Sudahkah bertemu dengan "Si dia" yang di cintai? Tapi.. masalahnya belum ada keyakinan... ragu-ragu untuk melangkah dan terus melangkah...
banyak yang perlu difikirkan sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga. kerna harus menyediakan diri dengan banyak perkara.
Adakah kerana masih teringat pelbagai perkara?
fikirkanlah perkara di bawah sebelum terus melangkah... tapi.. kalau dah sampai seru jangan terlalu berfikir sangat... Why not... Terima saja dengan hati terbuka...
Lain la.. kalau masih belum bertemu dengan "si dia"... macam sapa?? ehehe...
Alasan kukuh berkahwin
Paling utama keyakinan diri. Sebab itu, yakinkan diri kenapa kita harus mendirikan rumah tangga. Apa yang ingin kita perolehi daripadanya? Apa kesannya pada diri kita, pasangan dan keluarga masing-masing? Jika jawapannya pada diri kita.. pastikan alasannya belum lagi realistik, lebih baik tunda dahulu niat kita hinggalah benar-benar yakin...
"Dia adalah yang pasti untuk kita"....
Sedia berkongsi
Mesti terima kenyataan bahawa situasi tinggal bersama itu berbeza dengan tinggal sendiri. Semuanya harus dikongsi. Bukan sekadar berkongsi bilik, satu almari, satu bantal.. ya ka?? ehehe.. tetapi juga berkongsi waktu, pemerhatian, kewangan, zahir dan batin dan juga emosi.
Segala tindakan dan perbuatan pasti mempunyai risiko. Begitu juga dengan mengambil keputusan untuk berkahwin. Perkahwinan akan membuka topeng masing-masing. Jika sudah memutuskan untuk berkahwin bererti kita harus sedia menerima risiko paling buruk tentang sikap pasangan kita. emm... waktu tue jangan pula kita menyesal.. sebab itu la.. dalam perhubungan bukan saja saling memerlukan tetapi juga saling menerima pasangan seadanya....
Sedia untuk berfikiran terbuka
Masalah selalu ada, bila-bila dan di mana saja. Adakalanya permasalahan timbul untuk memperbaiki kualiti hubungan kita. Jadi pada saya, lebih baik jika kita selalu sedia membuka diri untuk bertukar fikiran dengan pasangan agar hubungan emosi tetap terjalin InsyaAllah sampai bila-bila.
Sedia untuk kompromi
Punya agenda, pendapat atau prinsip sendiri memang boleh tapi ingat akan pasangan kita. Si dia juga mempunyai kesibukan, pendapat, keinginan yang mungkin berbeza dengan kita. Jadi, meningkatkan diri untuk bertoleransi, saling menghargai sangat membantu dalam sesebuah rumah tangga.
Sedia untuk berpisah
Di dunia ini tidak ada yang kekal abadi. Berkahwin merupakan cara untuk menyatukan dua hati yang berbeza dan membina sebuah mahligai bahagia. Namun dalam keadaan tertentu, terlalu sukar untuk mempertahankan kebahagiaan itu. Cara yang terbaik adalah dengan berpisah. Ketika pasangan kita melafazkan akad, kita harus menyedari bahawa akan ada salam perpisahan jika tidak seiringan dalam perhubungan. Kalau boleh nak juga kita elakkan... namun apakan daya... kita hanya manusia biasa yang punya perasaan...
Sedia menerima malu
Kita tentu mempunyai kriteria tersendiri dalam memilih pasangan. Tetapi, seburuk mana pun sifat dan perilaku pasangan kita di mata orang, dia adalah pilihan kita "Terima dia seadanya". Sebab itu, kita harus berani mati dan sedia untuk malu bagi menjaga kehormatan masing-masing "Cintanya kita pada si dia"...
Soal anak
Selepas mendirikan rumah tangga, kehadiran anak amat dinanti untuk menyerikan lagi kehidupan. Tetapi secara kita sedar atau tidak, anak dapat mempengaruhi hubungan dalam kehidupan rumah tangga kita. Kehadiran anak adalah kurniaan Tuhan. Maka bersikap rasional dalam masalah ini akan lebih baik. Kita tidak harus mengurangi waktu untuk berdua ketika ada atau tanpa anak sekalipun...
Tetapi semuanya.. rezeki, jodoh juga ajal.. adalah ketentuan daripada ALLAH... walaupun ada juga pasangan yang belum di kurniakan zuriat penghubung hubungan namun... "Semarakkan juga perhubungan saling terima seadanya" bersyukurlah dengan apa yang di kurniakan....
Apa yang penting dalam perhubungan???
Bagi saya....
Saling menyintai sepenuh hati, saling mempercayai juga menghormati, menerima seadanya,
Bak kata seorang kawan saya " CINTA bukan pada kata-kata tapi pada tindakan"
Asasnya "CARING"
banyak yang dapat saya pelajari juga perolehi daripada dia...
walaupun baru kenal Tapi... "Seperti dah lama kenal"
Thanks kawan....
in loving memory
maizac'joe








12 comments:
maiza...
satu bahan @ ilmu yang menarik untuk dijadikan rujukan kepada sesiapa yg mahu melibatkan diri dalam alam perkahwinan.
catuan 2 identiti yg berbeza
kita bebeza...
ilmu seharusnya menjadi asas untuk memudah proses tersebut.
sebab perkahwinan tidak sekadar berjalan secara praktikal seperti adanya.
kkesedian untuk berada dalam alam ini seharua diletakkan diatas..
sanggup @ tidak........
jinggo
nak menjejak ke alam ini sememangnya harus di letakkan di atas.. tapi sebelum itu tak salah kan ...
sebab menjejak ke alam perkahwinan bukannya main-main.. sangat2 serius bagi sy..
sbb itu saya ada menyatakan di atas.. " klu dah sampai masanya.. jangan terlalu berfikir.. terima saja dengan hati terbuka" bahawa dialah untuk kita (ini sy tambah lg)
sanggup @ tidak...
klu sy sudah tentu sy snggup.. cuma ini hanya karya "sebelum melangkah"
"saya budak baru belajar.. klu salah tolong tunjukkan"
terima kasih atas ilmu yang di curahkan.. jng jemu datang utk comment..
thanks jinggo sudi hadir..
cmne kite nk tau die untuk kite?
nurul iman..
he.. ntah la sy pun xtau.. cuma kita boleh tau klu hati kita berbisik.. berbicara dengan dia buat hati kita berdebar.. itu yang pasti.. tapi tak ada tindakan semuanya tak kan terjadi..
saya rasa nurul iman kena tnya jinggo dia lbh arif..
mungkin dia dpt membantu.. sy pun mencari ilmu.. "kita tak sempurna semuanya kan.. cuma jangan kita merendahkan diri"..
thanks sudi hadir..
maiza,
"sedia atau tidak..bolos saja dinding itu" :)
Maiza,
Hati Maiza berbisik tak? ...Berdebar tak ketika berbicara dengan dia?
So, bertindaklah...takut nanti rasa itu akan hilang dek masa...
"jgn tunggu lama2, nanti lama2 dia diambil org..."
:-)
wow.. nie entry sesuai dgn kaum2 bujang erk.. heheh..
SilentThinker
hee... nak bolos dinding tue.. adoii.. sakit tue.. tak pasal2 pl masuk wad..
SilentThinker.. psttt...
"sedia @ tidak"
heee.. pandai la dia..
thanks sudi hadir..
Ari...
aik.. bukan saya la..org tue2.. hee.. Ari hati Ari berbisik tak bl brbual ngan si dia?? hee...
nak kena bertindak ker?? adoii..
"nak tggu lama2 ka.. xnak tgu lama2" hee.. ntah la..
ishh.. Ari nie.. bkn sy la.. memandai ja dia..
Thanks sudi hadir..
UnGu VioLet..
aaha.. n3 nie memang sesuai utk org bujang.. klu awk nak pun bleh ja..
klu dah tak bujang pun bleh jg..
kot2 nak tambah cawangan.. oppsss.. terlebih suda.. tarik balik coz bln posa hee...
Thanks sudi hadir....
bersedia atau tidak kalo dah jumpa mr. right person...kena tanya diri sendiri ler.kekdg kapel lelame tp x sedia2 gak.
kelor..
aa'ah la kelor..
lama2 brcouple nti bosan lak..
hee.. Moga dpt brjpa dng Mr.Right Person.. Amin..
thanks kelor sudi hadir..
Post a Comment