♥♥ My LovinG Followers ♥♥

Sunday, September 6, 2009

~*~ For The First Time ~*~

n3 nie bagus untuk sesiapa yg hatinya berbunga-bunga sekarang... sebelum menikmati semuanya apa kt klik video di bawah!! baru mood lg best... oppsss.. lupa pastikan lagu saya tue di stopkan dulu ok....




Cinta seperti matahari, ia tetap bercahaya. Walau malam menjelma, cahayanya pada bulan tetap menerangi kekadang ia juga gerhana tetapi akan kembali jua kecerahannya.

Cinta adalah santapan jiwa. Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong tanpa penghuni tanpa segalanya... Cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang putus tali.

Adakah cinta itu buta??…

cinta tidak mengenal usia, paras rupa, mahupun kekayaan dan harta benda, tetapi dari keikhlasan dari mata hati setiap insan antara satu sama lain.

Tidak semua orang yang kamu cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

Sayang tidak bermaksud cinta...

Suka tidak serasi dengan cinta...

Kagum tidak bererti cinta....

Bangga tidak semestinya cinta...

For The First Time...

Cinta adalah CINTA....

Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali... Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang memberi kehangatan di hati...

Cinta umpama ‘treasure hunt’...

Cita cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling mengembirakan. Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Andainya tidak mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di kebas oang lain.

Tetapi tak usahlah kecewa. Walaupun hadiahnya tidak kita perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah rasai. Jadi bercintalah sepenuh hati. Namun jangan letakkan harapan terlalu tinggi.

Ingat!! jaga maruah diri...

Kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan, terlalu payah untuk dilupakan namun dalam cinta pasti akan merasai kecewa dan dikecewakan walau bukan itu matlamat dalam setiap percintaan.

Kadangkala orang yang paling mencintai kita adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya pada kita kerana orang itu takut kita berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandangan kita…. kita akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kita sedari….

"It’s true you don’t know what you’ve got until it’s gone, but it’s also true You don’t know what you’ve been missing until it arrives!!!"

Cinta suatu yang indah, cinta boleh buat kita gundah, cinta buat hati berdarah dan cinta jua boleh membawa kesalan yang tak sudah... ya ka??

tp bagi saya.. semua tue boleh di jadikan sebagai memori yang indah..

ini hanya sebuah karya.. xda apa...

in loving memory maizac'joe

9 comments:

Unknown said...

macam2 tafsiran mengenai cinta
dalam satu buku saya rujuk..
cinta bukan pada kata2 tapi pd tindakan.....
asasnya adalah
CARING.
.........

MaizaC'Joe said...

jinggo

aa.. betul tue..
"cinta pada tindakan"
klu xbrtindak mn nk jadi kan..

thanks sudi hadir..

~Insan Biasa~ said...

kebetulan pulak...saat membaca n3 awak ni..buku tafsir cinta ada ditangan.:-)

cinta itu manis, tapi manusia yang menjadikannya kadang2 pahit,kadang2 masam, kadang2 payau...

MaizaC'Joe said...

insan biasa..

perasaan cinta tak dapat di gambarkan. betul tue.. kdng2 manis, masam, mcm2 rasa...
kdng cinta mmbuat kt sangat bahagia.. susah nak di luahkan dengan kata2..

seperi kata JINGGO..
"cinta bukan pada kata2 tapi pada tindakan.." CARING

thanks insan biasa sudi hadir..

Rashid said...

Cinta, bila ia hadir penawarnya akan bisa menyembuhkan segala rasa. Hadirnya akan buatkan kita ingin terbang bersama..
Hadirnya akan berikan kita kekuatan untuk hadapi segala kemungkinan ..

MaizaC'Joe said...

Rashid..

cinta begitu indah..kdng menyakitkn.. kadng menyembuhkan.. kdng mengubat segalanya.. kdng buat kt xkeruan..
ya.. hadirnya juga memberikan satu kekuatan...

thanks Rashid.. sudi hadir..

CITY® said...

salam maiza,

cintaku padamu punya 7 rasa,

rasa sayang
rasa suka
rasa cemburu
rasa rindu
rasa marah
rasa bahagia
juga
rasa duka
....=)

MaizaC'Joe said...
This comment has been removed by the author.
MaizaC'Joe said...

w'slm akak Blue...

"CINTA" memang ada macam2 rasa.. kdng sedap manis.. kdng payau tak rasa apa...
"CINTA" utama pada ALLAH.. PARENTS N FAMILY... SI DIA...
itu pendapat sy...

thanks sudi hadir