♥♥ My LovinG Followers ♥♥

Saturday, September 5, 2009

~*~ Special Dedicated to Me ~*~

sambungan daripada n3 ~*~ usahlah mengeluh sayang ~*~
" melihat negatif dalam positif " drpada SilentThinker (sahabat bloggerku Niezam)
Thanks for the response...


Untuk suami/isteri yang tidur
berdengkur diwaktu malam, 
BERSYUKUR kerana beliau
tidur disisi kita, bukan dengan orang lain. 
  
Untuk anak/adik perempuan kita 
yang mengomel apabila mencuci pinggan,
BERSYUKUR kerana itu bermakna dia berada 
di rumah, bukan dijalanan berpeleseran.
  
Untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, 
BERSYUKUR kerana itu bermakna 
kita masih mempunyai pekerjaan. 
 
Untuk pakaian kita yang dah tak muat, 
BERSYUKUR kerana itu bermakna kita cukup makan. 
  
 
Untuk lantai yang perlu dimop, tingkap 
yang perlu dilap, dan rumah yang perlu dikemas, 
BERSYUKUR kerana itu bermakna
kita mempunyai tempat tinggal. 
  


Untuk bunyi bising jiran-jiran,
BERSYUKUR kerana itu bermakna 
kita masih lagi boleh mendengar. 
  
Untuk timbunan pakaian
 yang perlu dicuci/digosok, 
BERSYUKUR kerana itu bermakna 
kita ada pakaian untuk dipakai. 
  
Untuk keletihan/kesakitan 
otot selepas seharian bekerja, 
BERSYUKUR Kerana itu bermakna
 kita masih berupaya untuk kerja kuat. 
  
Untuk tempat letak 
kereta yang jauh daripada lif, 
BERSYUKUR kerana itu bermakna 
kita masih berupaya untuk berjalan. 
  
Untuk jam loceng yang 
berdering pada waktu pagi, 
BERSYUKUR kerana itu bermakna 
kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut


in loving memory
maizac'joe

8 comments:

Hasfanizam Hamdan said...

Maiza,
Sabda Rasullahlah SAW yang bermaksud:
“Orang yang makan dan bersyukur sama darjatnya dengan orang puasa yang sabar.”....

MaizaC'Joe said...

SilentThinker

aah.. sabar itu separuh drpd iman..
thanks ya..

Unknown said...

bersyukurlah..
kerana masih ada kesempatan untuk itu........

Unknown said...

...syukur...post yg menarikla maiza....bermanfaat dan meyedarkan....

Kelor said...

syukur adakah kita berpuas hati??
&
x puas hati dgn apa yg kita perolehi adakah itu bererti x bersyukur????

MaizaC'Joe said...

jinggo..

betul tue... brsyukur kerna kita masih di beri peluang...

MaizaC'Joe said...

anak ain...
terima kasih sudi hadir..

MaizaC'Joe said...

kelor..

bkn xbrpuasa hati.. tp sekurng2nya kt perlu brusaha lagi.. nak yg lbh trbaik.. harus brusaha.. melangkah dan terus melangkah...