
agak menarik untuk di kongsikan. Maiza kongsikan bersama...
Mengapa sampai sekarang kau belum menikah?" Ujar Latiff kepada temannya, Borhan yang sampai sekarang masih membujang. (watak yg tiada kaitan dengan sesiapa)
"Hmmm... sebenarnya sampai sekarang ini aku masih belum bertemu dengan seorang wanita yang sempurna. Itulah sebabnya aku masih membujang.
Dulu waktu aku bekerja di utara semenanjung, aku berjumpa dengan seorang wanita yang cantik, bijak, periang, lemah lembut, baik, bertanggungjawab, penyayang dan sangat ceria. Aku fikir itulah wanita yang ideal untuk aku dan sesuai dijadikan isteri." "Namun tidak lama selepas mengenalinya.. ketika hubungan semakin intim baru aku tahu dia sebenarnya kami tiada keserasian. Hubungan kami putus sampai di situ"
"Di Ipoh, aku bertemu seorang perempuan yang cantik jelita, ramah dan dermawan. Pada pertemuan pertama aku begitu takjub dan seronok. Jantungku berdegup kencang dan ketika itu aku pun terfikir bahawa inilah wanita idealku. Namun selepas mengenalinya dengan lebih dekat baru aku tahu banyak tingkahlakunya yang tak baik dan tidak bertanggungjawab.
"Di JB, aku bertemu dengan seorang wanita yang manis, baik, periang dan pintar. Dia sangat menyenangkan bila di ajak berbicara. Selalu menyambung perbualan kami dan penuh humor. Tapi terakhir aku ketahui ia dari keluarga yang berpecah belah dan selalu meminta di luar kemampuan. Akhirnya kami berpisah."
"Aku terus mencari, namun sering mendapati ada kekurangan dan kelemahan pada setiap wanita yang aku temui. Hinggalah pada suatu hari, aku bertemu dengan wanita ideal yang aku dambakan selama ini. Dia begitu cantik, pintar, baik hati , dermawan dan penuh humor. Dia juga sangat prihatin dan menyayangi orang lain. Aku fikir inilah pendamping hidup yang dikurniakan oleh Tuhan untuk aku..."
"Kemudian bagaimana?" pintas Latiff tidak sabar-sabar apabila mendapati Borhan diam seketika. " Apa yang terjadi?" Bagaimana hubungan kau dengan dia sekarang?" tanya Latiff lagi apabila mendapati Borhan terus mendiamkan diri. "Kemudian...." Borhan bersuara perlahan,"Sebenarnya beberapa hari lalu baru aku mengetahui bahawa wanita itu juga sedang mencari seorang lelaki yang sempurna..."
Faham dengan apa yg tersirat di atas? Nobody's Perfect!!
"Jangan mensia-siakan sesiapa yang ada di hadapan kita. Belum tentu kita akan mendapat lebih baik daripada apa yang kita ada sekarang. Kalau kita mahu mencari kesempurnaan, cermin dahulu diri, apakah sudah sempurna di mata org lain ".
Wahai Lelaki, luruskan wanita dengan jalan yang di tunjukkan Allah. Didiklah mereka dengan panduan daripadanya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, kerana nanti mereka semakin liar. Jangan menghiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka yang semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal kerana di situlah punca kekuatan dunia. Akal wanita setipis rambutnya, tebalkan ia dengan ilmu. Hatinya serapuh kaca, kuatkanlah dengan iman. Hiasilah ia dengan akhlak. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukanlah suatu kelemahan. Ia bukan diskriminasi Tuhan tetapi di situlah kasih sayang Tuhan.
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa iman, ilmu dan akhlak mereka tidak akan lurus bahkan membengkok. Bila wanita derhaka, dunia lelaki akan huru-hara. Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan tetapi binalah kepimpinan.
Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Ilahi, pimpinlah diri sendiri kepadaNya. Jinakkan diri kepada Allah, nescaya jinaklah segala di bawah pimpinanmu. Jangan mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra, seandainya peribadi tidak sehebat Sayidina Ali Karamallahu Wajhah..... Begitu jugalah sebaliknya

Maiza
sesungguhnya
tidak sempurna
bersyukur atas apa
yang di kurniakan
OlehNya
Alhamdulillah
in loving memory
MaizaC’Joe









