My LovinG Followers

Thursday, November 12, 2009

~*~ Terima Kasih.. Syukur ~*~

Kehidupan ini umpama satu perjalanan yang menuju matlamat jauh. Dipenuhi berbagai suasana, ada kalanya mudah adakalanya susah. Berhadapan cabaran, rintangan dan halangan. Itu lumrah kehidupan. Kadang seperti mahu terbang tinggalkan semuanya, pergi ke tempat tiada siapa yang kenal "keluarga" mustahil untuk aku berbuat begitu....

Bila di beri sesuatu, kita lafazkan "terima kasih". Apatah lagi jika kita di beri sesuatu amat kita suka, bertalu-talu kita luahkan penghargaan. Tetapi, sedarkah kita… Allah Yang Maha Pencipta, yang mengatur dan mentadbir seluruh alam ini dengan menyediakan berbagai nikmat yang tidak terhitung, sangat sedikit ungkapan pujian yang dicurahkan... Astaughfirullah....

Kini sudah tiba masanya kita membina kesedaran berterusan sepanjang hayat semoga kita sentiasa bergerak di landasan kebenaran yang akan membawa kita sampai kepada matlamat keredhaan Allah. Semasa di dunia maupun di akhirat kelak

nikmat Allah kepada makhluk

“Dan Dia telah memberikan kepadamu keperluanmu dari segala apa yang kamu mohonkan kepadaNya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghitungnya. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari nikmat Allah”.(QS Ibrahim:34)

Firman Allah dalam surah Al-Maidah ayat 3:

“Pada hari ini telah Aku sempurnakan agamamu dan telah Aku cukupkan nikmatKu atasmu dan Aku redha Islam sebagai agamamu”.


Dengan Islam kita beroleh,

kebahagian, ketenangan dan ketenteraman.

Melalui Islam kita beroleh pedoman hidup yang sempurna

Tanpa Islam segala-galanya tidak bererti

malahan bencana akan menimpa diri

anak-anak juga harta benda

Hidup manusia yang tidak beroleh petunjuk Islam

sentiasa meraba-raba dalam kegelapan dan kekeliruan

Sabda Rasulullah s.a.w kepada seorang lelaki; “Bagaimana engkau pagi ini?”

Lelaki itu menjawab; “”Aku baik-baik saja”. Lalu Rasulullah mengulangi pertanyaan itu sehingga tiga kali, hingga lelaki itu menjawab; “Baik-baik saja. Aku panjatkan puji dan syukur kepada Allah”. Lalu Rasulullah berkata: “Inilah jawapan yang aku maksudkan dari kamu”.

Syukuri Nikmat Allah
Hati dan jiwa menjadi lembut dan mudah merasai dhaifnya diri
kerdilnya diri ini
di hadapan Allah

Maiza

Ya Allah

Kuatkan aku

Tabahkan aku

Moga aku dapat menyusuri laluan

Laluan yang telah kau tentukan untukku

Tenangkan fikiranku

Moga aku dapat berfikir

Sentiasa bersangka baik tidak kira kepada sesiapa

Ya Allah

Tolonglah aku

Lindungi aku, seluruh keluargaku

Juga rakan-rakanku tersayang

Bantulah aku, bimbinglah aku

Elakkan diri dari tidak mensyukuri atas Nikmatmu

Kerna aku tahu bahawa

Hanya Cinta Sayangmu Padaku

Maka aku senantiasa di pilih

Menerima dugaan darimu


in loving memory

MaizaC’Joe


14 comments:

maiyah said...

ttp masih ada yg dah jauh dgn nikmat dunia, mrk tngglkan tnggungjwb sbg Islam.
moga hdp kita dlm keberkatannya :)

Abd Razak said...

Assalamualaikum...:)

Pupuklah rasa syukur kepada Allah bukan sahaja apabila menerima nikmat, bahkan apabila menerima musibah. Buahkan rasa syukur dengan mengingat Allah (zikrullah).

Sesungguhnya Allah akan mengingat kita apabila kita mengingati-Nya. Allah berfirman dalam ayat 152, surah Al-Baqarah maksudnya:

“Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku.”

zai said...

Salam Maiza,

Mensyukuri nikmat yang tidak terhitung diberikan oleh Allah SWT hendaklah dengan cara kita tidak mengabaikan solat dan menyegerakan solat 5 waktu apabila tiba waktunya dan rajin mengamalkan amalan sunat dan sentiasa bertasbih dan bertahmid kepadaNYA dan Nabi Muhammad SAW junjungan kita..

Dan sentiasalah berbuat baik kepada kedua ibubapa dan menjaga silaturrahim antara sesama insan..insyaAllah hidup kita akan diberkati.

Terima kasih atas entri peringatan yg sangat baik. :)

kuIna LadyInRed said...

nice en3...
sama2lah kita mengsyukuri nikmatNYA.

mycaklempong said...

bersyukurlah dengan apa yang kita ada selagi kita diberi peluang..

arryani said...

suka N3 ni...

sama2 dpt manfaat

MaizaC'Joe said...

Sis maiyah

ya la sis.. sekarang nie kita dengar mcm2 cerita.. jadi rasul lah.. apa lah.. memurtadkan org la.. memurtadkan diri.. mcm2.. Allah dah beri peringatan yg mcm2 tapi msih lg tak sedar2 diri.. subhanallah.. Semoga kita sentiasa berada dalam lindunganNya.. InsyaAllah..

thanks Sis dtng lg..

MaizaC'Joe said...

Abd Razak

semoga kita sentiasa bersyukur atas nikmatNya.. terima kasih sudi berkongsi ilmu..

datang lg...

MaizaC'Joe said...

Sis zai

betul tue sis...
terima kasih sis.. sama-sama kita ingat mengingati.. terima kasih sudi berkongsi ilmu..

datang lagi..

MaizaC'Joe said...

kuIna LadyInRed

ya.. sama-sama kita ingat mengingati.. bersyukur ats nikmatNya..


thanks sudi hadir.. dtng lg..

MaizaC'Joe said...

mycaklempong

Alhamdulillah... semoga kita sentiasa bersyukur, syukur kita masih di beri peluang...

thanks datang lg...

MaizaC'Joe said...

Sis arryani

ya.. sama-sama kita manafaatkan..

thanks sis sudi hadir..
dtng lg..

blueCITY said...

salam maizac,

yupp...

walo susah
walo payah
walo senang sekejap
salo happy sementara
walo getir
walo perit
walo sedih
walo sayu

hidup harus ditempuhi juga
hidup harus diteruskan
hanya diri sendiri yg mampu membawa diri
bahagia...

huuuuuuu

MaizaC'Joe said...

Salam Sis Blue

ya.. betul tue sis...

Kita sendirilah yang menjadi penguasa hati kita sendiri
Kita sendirilah yang sepenuhnya mengendalikan hati kita
dan akan kita arahkan memilih jalan mana yang akan ditempuh
Adakah akan memilih mengarahkan hati mengikuti
tarikan positif “nilai-nilai spiritualisme” atau
mengikuti tarikan negatif “nilai-nilai materialisme”


thanks sis dtng lg..