Yang di miliki tidak kekal selamanya, terkadang sebagai manusia terlalu mengikuti ego dan hawa nafsu untuk memiliki sesuatu, sehingga pasti pernah melakukan hal yang tidak sepatutnya untuk mencapai yang di ingini, mencintai sesuatu terasa sedih ketika kehilangan. Kerana setiap manusia pasti pernah mengalami kehilangan kesihatan, kehormatan, kekuatan, kekeluargaan, kekasih, dan cinta.
Reaksi yang lakukan saat kehilangan, bergantung pada keadaan di mulai marah-marah, menangis, stress, Gila, protes pada takdir, hingga ada yang sampai bunuh diri?? (subhanallah.. jauhkan) , kehilangan adalah sebuah proses mendapatkan dan begitu pula sebaliknya, mendapatkan adalah bahagian dari kehilangan. proses ini mengajarkan agar tidak tamak pada realiti dan menyedari hakikat juga takdir diri sebagai manusia yang memiliki titik mula dan akhir pada masanya.
Kehilangan memang menyedihkan tapi tidak boleh menghindarkan itu. Jangan pernah kesal dan tangisi kehilangan itu, tapi renungilah, buatlah perbandingan dengan tahun yang lalu. Hitunglah dan ukurlah seberapa besar kehilangan dan seberapa besar yang dah di dapat.
Jangan pernah terlena dengan sebuah kehilangan apalagi yang hilang itu semata-mata hanya kebendaan. Jangan pernah menangis atau menjerit bila yang hilang itu adalah sesuatu yang memang akan hilang pada saatnya. Lakukan yang seharusnya perlu di lakukan, berbesar hatilah dan persiapkan diri untuk kehilangan itu. Dalam hidup, suatu hal akan muncul dan akan pergi pada waktunya nanti. Tak ada yg abadi di dunia ini. Kehilangan akan membuat akan terasa rapuh tapi di sisi lain kehilangan membuat kita tegar, lebih kuat menahan..
Yang perlu di lakukan saat kehilangan adalah, muhasabah diri, apakah kita pernah mengambil hak orang lain, sehingga tuhan mengambil hak kita. Setiap yang Allah tentukan pasti ada hikmahNya, terima akan takdir seikhlasnya.
Kehilangan menimpa siapa saja. Tak pandang bulu. Lelaki, perempuan, anak-anak, orang tua, orang desa, orang kota. Siapa saja. Ini kerana kehilangan adalah sebuah proses yang harus di lalui dalam pergaliran kehidupan. Sesungguhnya apapun yang ada selama hidup di dunia ini tiada yang abadi. KeranaNya, harus belajar untuk menerima kehilangan. Mempersiapkan diri agar mampu menerima segala bentuk kehilangan yang akan terjadi dalam hidup. Yang dapat kita lakukan hanyalah cermat meguasai risiko kehilangan, supaya kita masih kuat melangkah dan teruskan melangkah ketika ada sesuatu yang di ambil kembali. Semoga kita mampu kuat menghadapi kehilangan jika sewaktu-waktu ia datang menghampiri.
Tetapi sesuatu Yang hilang belum tentu meninggalkan kekosongan, kerana jejak-jejak yang ditinggalkannya tak pernah benar-benar hilang. Maka, mari belajar untuk mencintai kehilangan itu, Kehilangan membuat banyak kenangan dan pengalaman baru buat kita agar kita dapat menerima dengan baik proses itu, menerima diri kita sendiri, manusia tak memiliki apa-apa kecuali pengalaman hidup. Bila sedar kita tak pernah memiliki apapun, kenapa harus tenggelam dalam kepedihan yang berlebihan ketika kita kehilangan, Kemenangan hidup bukan berhasil mendapat banyak, tetapi ada pada kemampuan menikmati apa yang di dapat tanpa menguasai.
Setiap kehilangan ada pembelajaran yang membuat jiwa makin dewasa. Atau mungkin menjadi sebuah proses lepasnya sebuah ego dalam diri. Di saat kehilangan, kita jadi meringkuk seperti bayi yang tak punya kuasa. Menyedari bahawa sekuat apapun jiwa dan diri, setiap hidup tak pernah lepas dari kehilangan. cerita di dunia ini bukan hanya celoteh kita, tapi ada celoteh lain yang harus di dengarkan, di penuhi dan di jalankan.
Sayangnya kehilangan bukan hanya soal normatif, ia juga bicara tentang perasaan. Meskipun begitu kuatnya rasiko ini berpijak bahawa satu kehilangan akan tergantikan dengan perolehan yang lain, tapi kenapa begitu sulit merelakan yang hilang..........
" Tiba saatnya perlu akan kehilangan "
Maiza
Pengharapan itu sauh yang kuat dan aman bagi jiwa kita
yang telah di labuhkan sampai kebelakang tabir
Terus mengharapkan yang terbaik
maka akan menghasilkan yang terbaik
maka akan menghasilkan yang terbaik







10 comments:
salam maizac,
huuuuuuuuuu
aku pernah kehilangan dulu seorg sahabat kicintai, namun aku happy tgk dia hepy walu dari jauh..
aku pernah hilang seorang yg ku harap dapat jadi payung, tapi semua itu tak berlaku dan aku redha dan terima...
aku kehilangan seorg yg sangat kusayangi sepenuh hati, namun aku harus terima dia bukan untukku...
aku takut kehilangan org tua tercinta, tapi itu semua lumrah kehidupan, yg hidup pasti akan mati. aku kena tempuhi juga...
tapi
aku masih belum hilang rasa sayang kasih ku ini
namun pada siapa?
entah!!
heeeeeeeee
Apa yang Biru taip panjang2 kat atas ni :p
cara kita hadapi situasi berbeza mungkin. Kekuatan pada orang pun berbeza..
Walaupun lemah pada mulanya tika menghadapi kesukaran dan kehilangan diharapkan akan ada juga kekuatan
'Hilang' itu pasti !
Terima kehilangan itu dengan redha dan bersedia untuk menerima yang baru .
Insyallah... mungkin itu yang terbaik buat kita.
kehilangan tu bukan pengakhiran krn ada hikmahnya, harus bersyukur, redha dan jdikan satu iktibar :)
tiada yg kekal didunia ni..semuanya hanya pinjamanNya saja..bial2 masa Dia tarik semula...
Sis Blue
ala.. sedih plak baca. banyaknya Sis blue hilang.. sabar tenangkan diri dear.. semoga bertambah kuat. saya sentiasa takutkan kehilangan tapi kalau dh di tentukan begitu.. apa nak di kata.. redha ja.. terima dng hati terbuka.. best setabah sis blue..
thanks dear datang lg...
Bro zan-xray
Sis blue meluahkan rasa diri.. dulu2 tue ok la.. tak boleh simpan dlm hati lama2 hee.. aa.. betul tue.. ketabahan hati seseorang tak boleh di ukur siapa orang tue. jng ingat nampak di luar kuat.. tp tak semestinya zahirnya pun kuat.. cuma bila kehilangan sesiapa pun tak mampu melawan tapi setelah itu di harap berfikir sebaik2nya.. terima redha..
thanks Bro.. dtng lg ok..
Sis Linda
yes.. "Hilang itu pasti"
pastikan hilang apa.. bl hilang bkn senang nak menerima yg baru. mayb ambil masa yg lama.. tabahkan hati.. redha..
betul tue.. klu itu yg trbaik utk kita.. terima saja..
thanks Sis Linda..
datang lg ok..
Sis Maiyah
kehilangan bukan pengakhiran.. Jika dah di tentukan utk kebaikan.. jika dah ditentukan OlehNya.. takdir.. terima dan harus terima... Sis.. sy amat cemburukan sis.. hebatnya sis.. menempuh semuanya.. semoga sentiasa tabah dan terus tabah..
thanks Sis datang lg...
Sis Kamsiah
betul tue tiada yang kekal di dunia ini.. tapi pada permulaan bila kehilangan agak sukar.. tapi fikirkan "ada hikmah di sebaliknya"
hati kembali tenang.. mudah2an sentiasa di beri kekuatan..
maiza.. klu di duga kehilangan.. Ya Allah.. moga di beri ketabahan.. semoga di permudahkan..
thanks Sis datang lg ok..
Post a Comment