My LovinG Followers

Tuesday, November 17, 2009

~*~ Gali dalam Hati ~*~


Tanpa di sedari telah salah menempatkan orientasi hidup, seringkali merasa tidak damai, tidak bahagia, serba kekurangan, kemiskinan hati dan kehilangan makna hidup yang dinamakan
“Spiritual Illness”. (penyakit rohani)

Kebanyakan menyangka kedamaian, kebahagiaan dan makna kehidupan adalah dari luar diri dan semua itu dapat diraih melalui berbagai simbol seperti kekayaan, kekuasaan, populariti dan lainnya. Jadi, sibuk menggali, mencari dan berusaha mendapatkan berbagai simbol kejayaan dengan mengabaikan nilai dalam hatinya. (Adakah rasa gembira?, puas hati?)


Pengalaman memberi sebuah pelajaran berharga, melihat dan berhasil meraih kejayaan hidup, memiliki kedamaian hati, ketenangan jiwa, kebahagiaan dan kehidupan dan dari luar diri.


Kebahagiaan hidup, memberikan makna dan kehidupan, bermula dari dalam hati kita sendiri. Mencari kedamaian, kebahagiaan dan makna hidup yang hanya bukan untuk kepuasan akhirnya menemukan kegagalan hidup, ketidakseimbangann hidup, kemiskinan hati, kekosongan jiwa dan ketidakmaknaan hidup.


Menggali dalam hati, setia pada hati nurani dan menjalani hidup di bimbing suara hati akhirnya menemukan kedamaian dan kebahagiaan sejati. Mendengar suara hati, menjalani hidup percaya pada hati nurani, jadikan hati nurani sebagai bimbingan dalam kehidupan, akhirnya menemukan keseimbangan hidup, keberhasilan, kedamaian dan kehidupan yang sempurna.


Hati adalah pusat yang memerintahkan otak atau akal fikiran, memerintah untuk bekerja atau bertindak sesuai dengan apa yang kita mahukan, InsyaAllah akan menemukan keseimbangan hidup.


Memandang kehidupan dari dalam hati. Dapat menjalani kehidupan, tetapi memegang teguh berdasarkan nilai dalam hati. Hidup selalu berdepan dengan nilai kebaikan, kebersamaan, kasih sayang, keadilan, kejujuran dan kebenaran. Inilah yang dapat di raih kehidupan lebih bermakna.


walau bagaimanapun, kita sebagai hambanya berbalik pada jalan yang terbaik, berserah padaNya, semoga sentiasa di beri kekuatan dan ketabahan untuk melangkah menjalani kehidupan ini.. Mudah-mudahan..



Maiza

Cuba lebih positif dlm hidup
Berusaha menggali
Mengenali suara Hati Nurani

Semoga di permudahkan



p/s teruskan membaca w'pun masih tebal lg...
Tajuk : The Art Of Life Revolution


in loving memory

MaizaC’Joe


8 comments:

- jinggo - said...

maiza.
perkongsian yang menarik
amat menarik.
saya faham...
tapi.......................


terlalu akademik untuk orang lain nak baca - olahkan sedkit agar lebih mudah dikongsikan dengan org lain...

MaizaC'Joe said...

Jinggo

saya akan olahkan sedikit.. hee.. mcm mn nie.. tak apa sy cuba olahkan lagi..

thanks ya...

izzah said...

salam maiza,

kebahagian ada dalam hati...
dalam dasar hati...
ramai yg tahu hakikat itu...
tapi tidak ramai yang berusaha menyelam dasar itu untuk memahami dan merasa hakikat bahagia...

MaizaC'Joe said...

W'slm izzah

betul tue..
masih ramai yg memahami tapi tidak mahu cuba menggali bersama..


thanks dear datang lg...

Tirana said...

Gali hati, gali diri sendiri... Jika kita bijak menggali, di situ kita akan menemui kebahagiaan sebenar. Kena cari kemahiran menggali...

MaizaC'Joe said...

Sis Tirana

ya.. pertama kena gali hati diri sendiri. kena ada skill menggali.. baru la boleh jumpa agaknya...

thanks sis datang lg...

maiyah said...

kata2 yg membina :)

MaizaC'Joe said...

Sis Maiyah

n3 nie saya dh olah 2 kali.. rasanya ini ok kot.. hee...

thanks sis datang lg..