♥♥ My LovinG Followers ♥♥

Sunday, November 8, 2009

~*~ Andai Ku Tahu ~*~

Andai ku tahu

ku punya waktu..

Akan ku hitung lakaran peristiwa

di setiap minit yang berlalu pergi,

Akan ku persembahkan lakonan insan

sebagai makhluk di bumi Tuhan,

Akan ku titipkan bersama setiap coretan

yang kuperoleh satu persatu,

Biar semua tahu,

Biar semua terpaku,


Kerana wujudnya insan bernama aku.


Andai ku tahu

ku punya waktu..

Akan ku pahatkan rangkaian nama-nama insan yang ku sayang

menjadi sebuah tugu nan indah,

Akan ku kotakan ikatan janji

pada setiap insan yang pernah ku taburi,

Akan ku laksanakan segala tugas dengan sepenuh ikhlas dihati,


Biar semua percaya,

Biar semua gembira,

Kerana itulah yang diharapkan oleh semua.


Andai ku tahu

ku punya waktu..

Akan ku ubati segala kelukaan

pada setiap insan yang pernah ku sakiti,

Akan ku pamerkan kegembiraan dalam diri

sehingga tidak timbul salah dihati,


Akan ku jalinkan bunga-bunga mekar

menjadi sebuah kalungan yang cantik,

Biar semua suka,

Biar semua bahagia,

Kerana aku dapat puaskan hati mereka....



Andai ku tahu

ku punya waktu..

Akan ku mohon kemaafan pada setiap

tangan yang berjabat denganku,

Akan ku simpulkan ikatan silaturrahim

tanpa mahu dirungkaikannya lagi,

Akan ku hadiahkan sekuntum senyuman

yang paling manis buat kali terakhir,

Supaya hati terhibur,

Supaya hati tak luntur,

Kerana aku berjaya mencipta satu memori terindah,

bersamamu sahabatku....

Mengingatkan kuasa Tuhan mengatasi segalanya…


Kerana dunia hanya bersifat sementara,

Sebagai kenang-kenangan…

Ku hadiahkan buatmu sahabat sebuah memori…

Andai ku pergi…kenangku dalam doamu…


Maiza

andai ku punya waktu
pasti aku nak mengecap segalanya
segalanya yang aku inginkan
akan ku rampas semuanya
menjadi milikku
andaiku punya waktu
beri kesempatan untukku
mengotakan impianku
impian yang aku idamkan
mudah-mudahan di beri keberkatan
serta dalam lindungan
dan di permudahkan
AMIN



p/s hanya sekadar n3 biasa

yg tiada kena mengena..



in loving memory

MaizaC’Joe

14 comments:

Tirana said...

Masalah aku tidak tahu apakah aku masih ada waktu untuk mengecap kehidupan ini kerana ajal dan maut itu di tangan Tuhan

CITY® said...

salam...

andai ku punya waktu, ingin aku bersamamu kembali seperti dulu..
ingin aku menyangimu sperti dulu
ingin aku dgr cerita2mu spt dulu

andai ku punya waktu
akan kubiarkan kau bahagia
walau apa sahaja yg berlaku
aku pasrah...

heeeee
take care maizac

MaizaC'Joe said...

Sis Tirana

kalau boleh nak langsaikan, kotakan impian segalanya... moga di beri kesempatan.... adakah aku punya waktu??

thanks Sis....

MaizaC'Joe said...

Sis Blue

andai ku punya waktu inginku mengecap segalanya... inginku memperindahkan lagi kehidupan, ingin ku mengotakan segalanya, ingin aku menambah dan memberi kebahagiaan, ingin aku menunaikan segalanya... tapi apakan daya... apakah aku punya waktu, waktu yang ingin aku dakap seerat-eratnya... mampukah aku?? hanya 'DIA' yg tahu....

thanks sis blue...

zan xray said...

hidup dalam keterbatasan waktu..
mengejar benda yang tak pasti
tak mau apa yang dikendung berciciran
yang dikejar entah ke mana

MaizaC'Joe said...

zan-xray

kehidupan hanya sementara.. di pinjamkan untuk kita sekejap sahaja. jangan di kejar yang tak pasti.. pastikan kejar yang betul2 pasti.. melangkah dan teruskan melangkah kerna kehidupan ini amat indah...

thanks Bro zan...

Maiyah said...

andai saja kita tahukan

andailah aku tahu aku tak bleh nak jalan lagik huhuu :)

zai said...

Andai kutahu bahawa blog MaizaC'Joe telah lama wujud ..tak mungkin aku tidak kesini dari dulu..hehehe..mungkin ini adalah komen kak zai yg pertama kali utk maiza yg dah pernah berkali2 singgah ke blog akak selama ini..sokongan mu sangat kuhargai adikku..semoga persahabatan ini mempunyai nilai karismanya yg tersendiri..

MaizaC'Joe said...

Sis maiyah

andai kita2 tahu.. jika kita akan tahu dulu apa akan terjadi.. dunia akan terbalik.. setiapnya pasti ada hikmah.. dugaan yg sis lalui buatkan maiza sangat2 cemburu dng ketabahan sis.. moga sis dan semua rakan2 blogger sentiasa kuat serta sentiasa dlm lindunganNya.. InsyaAllah...


thanks sis sudi datang...

MaizaC'Joe said...

Sis Zai

andai ku tahu....

tapi saya senantiasa tahu sis memang best.. sporting abes.. hee.. blog maiza yg satu lg (when i see u smile) br nak update. dh lama create tp masa itu.. hee (pemalas maiza nie) plan maiza n3 personal life aja.. tp br 20% ja.. haha..

komen sis yg pertama akn sy ingat smpai bl2.. begitu jg dng rakan blogger lain tiap yg follow, tiap yg hadir, tiap yg komen kali pertama.. semuanya 'first time' maiza ingat dan sentiasa hargai atas kunjungan.. thanks sis ats sokongan..

moga persahabatan maya kita akan kekal selamanya... thanks so much sis... luv u..

Sis dtng lg..

Tea Cha Hai said...

Salam Mai....
Andai ku tahu....cewah!
Kalau kita tahu semua perkara2 yang "barangkali" ni kan best juga...tapi kadang tak best juga...

Andai aku tahu dia tu baik sebegitu....he he he..ku terima nikahnya...kakakakaka....

Andai ku tahu dia tu seburuk2 perangai....hu hu hu...tak ku terima nikahnya....

****Apapun semuanya ada ganjaran/ujian disebaliknya...

MaizaC'Joe said...

W'slm Ari...

Andai ku tahu.. ku akan tahu.. ewahh.. ya la kan Ari klu kita tahu dl.. trbalik semuanya.. mesti xda surviver kan.. tak rasa adanya ujian cabaran dugaan.. tak best jg itu.. kenangan pengalaman mengajar apa erti kehidupan.. ewahh... hee...

Andai ku tahu dia baik... akan ku terima dng hati terbuka... SAH!!

Andai ku tahu dia buruknya perangai.. aku akan tinggalkan serta merta.. haha!! kejam nya... dan comfirm TAK SAH!! betul tak...

"tiap dugaan pasti ada hikmah di sebaliknya, InsyaAllah"

thanks dear....

Kelor said...

andai kutahu.....kalo semua hal pun dah tahu x syok ah. x suprise.

MaizaC'Joe said...

kelor

iya la kan.. kalau semua kita tau dulu.. pelik pula.. tak da survive kan.. mcm kelor kt tak surprise..

thanks dear...