♥♥ My LovinG Followers ♥♥

Wednesday, November 18, 2009

~*~ Kalah... Menang ~*~


Kekalahan itu tentu menyakitkan, kemenangan amat manis bila di kenang. Begitulah
warna-warni kehidupan
, selalu ada kalah ada menang. Dalam kehidupan, ada masanya mengalami kesulitan, ada masanya kekalahan atau k
egagalan.

Setiap orang pasti pernah mengalami masa kekalahan. Cepat atau lambat, kesulitan seperti itu pasti akan datang dalam kehidupan setiap orang. Dan reaksi peribadi akan menentukan kualiti kehidupan, kebahagiaan dan kejayaan di masa depan.

“Seorang tak tahu apa yang akan di lakukannya bila kalah, tetapi apa yang akan di lakukannya bila menang. Sedangkan, pemenang tidak berbicara apa yang akan di lakukannya bila ia menang, tetapi tahu apa yang akan di lakukannya bila kalah.”

- Eric Berne -

Sudah menjadi fitrah di takdirkan akan mengalami berbagai tentangan kehidupan, mulai dari kesulitan dan kemudahan, kegagalan dan kejayaan, kemenangan dan kekalahan dalam hidup. Setiap hari pasti akan menerima kesulitan. Semua itu amat menyakitkan.

Pernah merasa gagal?
bila sudah lama berusaha tapi masih tak berjaya...
Peritkan?


Kekalahan dalam hidup, memberi kita “inspirasi” atau menjadikan “Berputus asa”. (aku kelompok yang mana?) Bagi yang termasuk kelompok yang mudah menyerah, kekalahan dalam kehidupan akan menjadi lebih parah.

Kelompok yang selalu optimis dan berfikir positif, kesulitan dan kekalahan dapat memberikan makna bagi setiap peningkatan diri. Kekalahan dalam kehidupan tidak menjadikan mundur, tetapi terus bersemangat kerja sampai benar-benar mendapatkan apa yang di inginkan.

Makna pada kekalahan, transformasikan menjadi sesuatu yang lebih berharga. Dalam membentuk keperibadian menjadi lebih unggul untuk memproses dan merespon setiap masalah, kesulitan, kekalahan dan perubahan secara positif. Evolusi kekalahan, lakukan perubahan melalui cara yang lebih baik untuk meraih kemenangan. Persiapkan diri menghadapi masa depan yang lebih bererti.

" Batu yang tidak berharga, menjadi amat berharga bila di gosok, begitu juga dalam kehidupan jika tidak mencuba, macam mana nak berjaya dah pasti tak ada nikmatNya"


Maiza

Di kelompok mana?
dah merasa semua
Tapi

banyak lagi yang perlu
masih lagi terus mencuba



p/s hee.. masih lg yg sama.. utk di kongsikan
Tajuk : The Art of Life Revolution

in loving memory

MaizaC’Joe



8 comments:

Tirana said...

Kegagalan adalah salah satu cara Allah menguji kita...mengajar kita erti ketabahan..menjadikan kita seorang yang bersabar.. Walaupun dengan mata kasar kita nampak kerugian bila kita kalah namun sebenarnya kita mendapat sesuatu yang berharga di sebalik kegagalan itu andainya kita melihat dengan mata hati

Maiyah said...

bila kita kalah, serta merta emosi akan brubah jd sedih.. kalo tak kawal emosi tu yg akan gagal slalu :)

Abd Razak said...

Salam...

Gagal bukan bererti berakhirnya batas ikhtiar, namum ianya harus diambil kira bahawa itu ujian dan cubaan.

Janganlah ada perasaan kecewa atau putus asa

Unknown said...

saya pernah berada dalam semua kelompok
tak ada apa2
langkah 1
kalah
menang
kalah
menang
..........akhirnya
menang : sebab kekalahan adalah kemenangan yang di tunda.

MaizaC'Joe said...

Sis Tirana

betul tue... apa pun yg perlu berbalik pada diri.. harus sentiasa bersabar dengan dugaan dariNya.. Kekalahan mendapat sesuatu yg hebat, walaupun payah.. tapi nikmatnya pasti dpt di rasa...


thanks sis.. datang lg..

MaizaC'Joe said...

Sis Maiyah

betul tue sis.. bila kalah emosi tak menentu mungkin pada permulaannya.. kena ambil sedikit masa perlukan sesuatu.. fikir positif sapaya hati dapat lebih bertenang.. moga dpt menjadi inspirasi yg terbaik.. InsyaAllah..


thanks sis.. datang lg..

MaizaC'Joe said...

Abd Razak

W'slm

saya setuju.. gagal tak bererti gagal selamanya, sebaiknya teruskan usaha.. ikhtiar utk dapatkan kemenangan.. serta sabar dng tiap dugaan yg di kurniakan.. mudah-mudahan ada hikmah di sebaliknya.. reaksi peribadi memberi inspirasi...


terima kasih datang lg..

MaizaC'Joe said...

Jinggo

saya kadang tak tahu di kelompok mana, cuma sy bl jatuh sy cepat2 bangun.. takut nti trtidur.. sy lbh rasa bnyk kalah.. menang pd akhirnya.. masih belum ada kepuasan lg.. sy masih terus mncuba.. mudah-mudahan sentiasa di permudahkan jln utk di lalui..

terima kasih pada Jinggo dan semua atas komen yg membina...

datang lg..