♥♥ My LovinG Followers ♥♥

Sunday, November 22, 2009

~*~ Kebahagiaan ini ~*~

Sesungguhnya kebahagiaan itu ialah kehidupan
untuk pemikiran yang benar dan kukuh
untuk akidah terbesar yang menyelesaikan
permasalahan alam yang lampau
persoalan yang di soal
tanya semasa sedar
sedar semasa berfikir

Dari manakah aku datang?
Ke manakah aku hendak pergi?
Kenapa aku dijadikan?

Adakah aku hidup kembali?

Lalu bersinarlah keyakinan di dalam jiwa
terusir segala keraguan yang degil
terdidiklah fikiran yang waras
terciptalah akhlak yang mulia
dan kembalilah setiap akal yang menyeleweng
kepada jalan yang benar dan lurus
hidup akan di kurniakan nilai

oleh Allah agar hidup terbina
supaya mata memandang di segala ufuk
ke arah cita-cita yang tinggi

Lalu hiduplah di dunia untuk akhirat
di sanalah kehidupan kekal dan tidak fana'
" kau tudung bumimu dengan langit
dan para malaikat menjadi saksi "
Sesiapa yang hidup memikulnya sambil memekik
dengan namanya,

“dialah orang yang berbahagia”


Maiza

Kehidupan pelbagai

Begitu indah tersangat indah

Syukur masih di beri peluang

Ya Allah

Permudahkan, kuatkan, tabahkan

tenangkanlah fikiran, Lindungilah

Aku, keluargaku juga rakan-rakanku

SesungguhNya

Kau maha pengasih

Kau maha mengetahui

AMEN..

Sesungguhnya aku tidak sempurna



20 comments:

Maiyah said...

akak rasa ta pernah bahagia, mngkin skjp kot.. tapi skrg ni rasa nak grab utk kebahgiaan disana Insyaallah :)

Tirana said...

Jika bahagia yang kita fikirkan, maka bahagialah yang kita dapat..jika kita pandang hidup ini penuh dengan kesengsaraan, maka kita akan jadi sengsara..

Anonymous said...

salam kak..
kebahagiaan ada dlm diri stiap insan kan..

cuma kita harus bijak mncarinya...

huuuuuuuu~syg akak~
xoxooxox

Pn Kartini said...

Salam My dear..:)
Sememangnya..kebahagiaan itu didambakan oleh setiap antara kita..dunia & akhirat....:):)

Abd Razak said...

Salam...:)

Bahagia lawannya derita dan kita hidup di dunia ni tidak semestinya sentiasa bahagia dan kadangkali kena merasa derita kerana semuanya itu anugerah Allah kepada kita, bahagia atau derita adalah dugaan dan ujian dari Allah kepada kita...:)

Ayu Cute said...

Lumrah kehidupan,ada bahagia, ada derita, ada naik dan ada turunnya...semoga sentiasa tabah dalam menghadapi segala cabaran dan dugaan kerana dengan menghadapi cabaran dan dugaan itulah yang akan membawa kebahagiaan!

MaizaC'Joe said...

Sis Maiyah

sis.. kadang bila susah hati mula la rasa tak bahagia.. pada hal Allah dah beri segalanya.. cuma bila kita fikir bahagia... hati kita akan senang.. kalau kita fikir sebaliknya, begitulah sebaliknya.. Apa2 pun sis memang seorng wanita tabah..

thanks sis datang lg..

MaizaC'Joe said...

Sis Tirana

aah.. betul tue sis.. jika kita fikir bahagia.. mudah-mudahan begitulah hendaknya.. tapi itulah manusia.. mudah lupa macam maiza.. kena selalu di ingatkan...

thanks sis.. datng lg..

MaizaC'Joe said...

Jane

aah.. betul tue dear.. kebahagiaan sentiasa hadir dlm diri kita cuma kita kena selalu percayai akan kehadirannya...


thanks dear datang lg..

MaizaC'Joe said...

w'slm my lovely sis

betul tue.. kita sentiasa nak bahagia di dunia jg di akhirat.. semoga semuanya di permudahkan..


thanks sis.. datang lg..

MaizaC'Joe said...

Abd Razak

kehidupan yang pelbagai.. bahagia lawannya derita.. semua ujian darinya.. semoga sentiasa di lindungi dan di permudahkan... Syukur dengan apa yg telah di kurniakan


thanks datang lg..

MaizaC'Joe said...

Ayu Idris

Sis Ayu.. ya betul tue.. lumrah dalam kehidupan ada kala kita bahagia ada kala derita.. tetap bersyukur dengan semuanya...


thanks sis datang lg...

Idalara said...

salam Maiza
hnya kebahagiaan anak2 yg kak ida harapkan untuk dunia dn akhirat mereka..biar kebahagian kak ida sendiri kak ida ketepikan demi anak2...

MaizaC'Joe said...

w'slm Sis Ida

sedih lak akak ckp cmtue.. ada prob ka.. moga akak sentiasa tenang damai hendaknya.. Moga kita semua di ketenangan, kebahagiaan di dunia juga di akhirat... mudah-mudahan akak.. InsyaAllah...


thanks sis.. dtng lg..

Ahmad Zulfadhli Zulkefli said...

kita sememangnya x sempurna.. banyak buat silap dan dosa.. tapi allah suruh kita sentiasa perbaiki diri kita.. berfirman yang allah x akan mengubah nasib sesuatu kaum selagi dia x berusaha untuk mengubah nasib dirinya sendiri.. =)

MaizaC'Joe said...

Putra Al-Maliki

kita hanya manusia biasa yg tak dpt lari dr melakukan kesilapan kealpaan namun sebagai hambanya amat takut dengan semuanya.. kehidupan yg pelbagai.. yg perlu kita lawan.. langkah dan teruskan perjalanan.. moga sentiasa mendapat keberkatan darriNya.. InsyaAllah


terima kasih ats kunjungan...

CITY® said...

salam,

bahagia sebenar adalah dtg diri kita sendiri kan,
org lain hanya sebab dan musabab sahaja kot,
heeeeeeeeee

take care dear

MaizaC'Joe said...

w'slm my lovely sis blue

aah.. betul tue.. klu kita fikir bahagia, bahagia la.. klu fikir sebaliknya.. lain la jadinya.. tapi bleh caya ka.. napa dng kakak ku ini lain mcm ja... ok ker?? hope semu ok... take care dear..

-maiza-

Kelor said...

salam,

suka ngan kata2 diatas

hope semua kita akan bahagia selalu.

MaizaC'Joe said...

W'slm

thanks kelor... hope kita semua bahagia di dunia mahupun di akhirat.. mudah-mudahan..


thanks dear.. dtng g k..