♥♥ My LovinG Followers ♥♥

Tuesday, April 27, 2010

♥♥ Jika ini terakhir kali ♥♥

Wahai qalbu, sedarkah akan gerak hati

Wahai aqal, terfikirkah akan apa yang bakal terjadi

Andai ini merupakan yang terakhir kali

Buat sekujur jasad yang bakal berlalu pergi

Tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi

Pabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi

Kematian... adalah sesuatu yang pasti.....

Andai ku tahu ini yang terakhir kali

Tentu siangnya sibuk berzikir

[Bukankah dgn berzikir itu hati akan menjadi tenang..]

Biarpun anak tekakku kering kehausan air

Tentu tak akan jemu melagukan syair

Rindu mendayu..

Merayu...

Kepada-NYA Tuhanku yang satu..

Andai ku tahu ini yang terakhir kali

Tentu solatku dikerjakan di awal waktu

Solat yang dikerjai...

Sungguh khusyuk lagi tawadhu'

Tubuh, minda, dan qalbu...bersatu memperhamba diri

Mengadap Rabbul Jalil...

Menangisi kecurangan janji

"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"

[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...

kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

Andai ku tahu ini yang terakhir kali

Tidak akan aku persiakan walau sesaat yang berlalu

Setiap masa tak akan dipersia begitu saja

Di setiap kesempatan juga masa yang terluang

Alunan Al-Quran bakal ku dendang... bakal ku syairkan

Andai ku tahu ini yang terakhir kali

Tentu malam ku sibukkan dengan diri mendekatimu...

Berqiamullail...

Bertahajjud...

Mengadu...

Merintih...

Meminta belas kasih....

"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU

tapi... aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

Oleh itu duhai Ilahi...

Kasihanilah daku hamba-MU yang...

Hina..

Dhaif..

Jahil..

Lagi Banyak Dosa ini..

Menikmati bulan yg dirindui oleh nabi dan sahabatNya..

Moga setiap langkah ku zuhud kepada MU..

ANDAI AKU TAHU INI YANG TERAKHIR KALI

Wallahu`alam.


MaizaC’Joe

Sunday, April 25, 2010

♥♥ Purifying ♥♥

Iman seorang mukmin akan tampak di saat ia menghadapi ujian. Di saat ia totalitas dalam berdoa, tapi ia belum melihat pengaruh apapun dari doanya. Ketika, ia tetap tidak merubah keinginan dan harapannya, meski sebab-sebab putus asa semakin kuat. Itu semua dilakukan seseorang karena keyakinannya bahwa hanya Allah saja yang paling tahu apa yang lebih maslahat bagi dirinya. Ia yakin bahwa dengan ujian itu, Allah ingin melihat tingkatan kesabaran dan keimanannya. Ia yakin bahwa dengan keadaan itu, Allah menghendaki hatinya menjadi luruh dan pasrah kepada-Nya. Atau, boleh jadi melalui ujian itu, Allah menghendaki dirinya untuk lebih banyak lagi berdoa sehingga ia lebih dekat lagi dengan-Nya melalui doa-doanya. [Ibnul Jauzi dalam Shaidul Khatir, 375]



" Ya Allah..Aku memohon cintaMu dan amal yang membawa aku kepada cintaMu. Ya Allah...jadikanlah mencintaiMU lebih aku sukai dari mencintai diriku, keluargaku dan air yang sejuk.."


YA ALLAH

Tabahkan aku, tenangkan aku, moga dapat ku lalui jalan yang telah kau tentukan


YA ALLAH

Moga aku tidak leka


MencintaiMu adalah kebahagian yang tertinggi...ameen.




MaizaC’Joe

Friday, April 23, 2010

♥♥ Bila Mak sudah mula bertanya ♥♥



"awat(kenapa) mak?" tanya Maiza... Mak diam saja. sekali maiza bertanya "Mak... awat?"
mak bersuara "Petang tadi mak sembang dengan mak cik A (bkn nama sebenar), dia kata "anak-anak dia dah kahwin, dah tak dak masalah dah.. tinggal dua lagi yang masih belajar (universiti / sekolah menengah) dia tak payah nak fikir masalah dah.. "semua dah lepas" kata mak cik A..
Maiza faham benar maksud mak, "Mak, dalam hidup tak semua sentiasa senang, sentiasa aman, sentiasa damai. mesti ada dugaan dalam hidup. Tak semestinya bila anak dia dah kahwin dia dah tak akan fikir apa-apa lagi" mustahil!! apa-apa pun kita bersyukur mak, keluarga kita sentiasa bahagia, semuanya cukup walau kehidupan kita sederhana. anak-anak mak dangan ayah Alhamdulillah sudah bekerja walaupun gaji kak tidak la sebesar mana tapi cukup.. sangat-sangat cukup mak. Tikah (adik ke-2) pun dah kerja.. pasal kerja dah tak perlu di fikirkan lagi.. Syukur Alhamdulillah. Cuma tinggal Do (adik ke-3 bongsu anak lelaki tunggal) dia saja masih dok sambung belajar Universiti. Alhamdulillah... anak-anak mak dengan ayah sudah berjaya setakat kemampuan kami mak....

Mak "Syukur Alhamdulillah" Alhamdulillah anak-anak mak tak lupa kat ayah dengan mak nie.. "Jangan lupa mak dengan ayah na..."
"Mak.... anak-anak mak ni tak lupakan mak dengan ayah, air mata Maiza bergenang bila mak kata begitu sebak hati tidak terkata. ALLAH kurniakan kekuatan untukku...

Maiza anak sulung, dan Maiza tahu apa erti tanggungjawab.. Maiza sentiasa ceria, maiza suka gembira, maiza suka ketawa. Rakan seperjuangan tika di Universiti selalu berkata "Maiza ko memang sukar di mengertikan" iya.. memang sangat sukar, begitu sukar... Tapi begitu mudah tika waktu kian tiba.......

Bila lagi?? mak tanya.....
"Mak nie.. tanya pula... macam mana tak ada orang nak hehehe..."
Mak "memilih" Maiza "mana ada, mana memilih"
" alah.. dah tiba masa nanti ada la tue..... hehehe.... "
emm... mak tue mesti dok fikir tue.. Tiba masa nanti InsyaAllah ada...
Mak "Bila lagi.. dok tunggu apa lagi??, umur berapa dah....."
Maiza "orang muda lagi la.........."
Mak "ehmm.... budak nie......."
Maiza " mak.. payah-payah sangat lepas nie sapa yang mai (datang) terima ja lah....."
statement berani mati maiza.........
mak senyum terus keluar bilik..... sekarang Maiza mula susah hati, tu lah memandai sangat keluarkan statement pelik-pelik....... kan?
kalau sebelum ini ahli keluarga lain sibuk bertanya "bila lagi?" tapi kali ini mak pula bertanya... lepas ini kalau ayah tanya........... Maiza dah mula risau, bertambah risau..

ada orang kata.. tu lah "time study tak mau cari siap-siap" Tapi Maiza sikit berbeza "time study.. study..." penting tue... Ayah dan Mak letakkan harapan tinggi.. tugas anak-anak buat sebaiknya.. jangan sesekali sia-siakan....

YA ALLAH
panjangkan umur ke dua ibu bapaku,adik-adikku begitu juga denganku
kurniakan kesihatan sempurna kepada mereka
Lindungi mereka, berkati mereka...
YA ALLAH
Berikanlah peluang padaku juga kesempatan untukku
membalas jasa & pengorbanan mereka terhadap ku juga adik-adikku
Amen....


MaizaC’Joe

Wednesday, April 21, 2010

♥♥ I Change my mind ♥♥


Assalamualaikum semua...
ehmm.. mula-mula mengeluh dulu. Siang tadi, awal-awal pagi Maiza terlibat dalam meeting bos besar, bos kecil, tak berapa nak bos (macam Maiza nie la) semua ada. Mula-mula Alhamdulillah berjalan lancar "kertas cadangan" Maiza di terima!! Syukur.. Syukur Alhamdulillah. Maiza amat memberi tumpuan pada paper tue. Penting untuk Maiza. Last week on9 YM status busy memanjang itu memang betul-betul busy. Hari minggu pun settle kerja buat selagi ingat hingga jam 2 3 pagi apatah lagi hari kerja. Memang semua tue penting, Penting untuk masa depan Maiza!! (mana tahu dapat naik pangkat? berangan ja lah Maiza) mana tahu jadi kenyataan Amen.. Doakan Maiza..

Projek, Operasi, kewangan (Hasil) ++ di bawah Maiza. tengok sampai ada plus.. plus!! Projek dengan Operasi Alhamdulillah setakat ini "No Problemooo" berjalan lancar. Tapi.. ada tapi kewangan tue.. aduh pening-pening dah 3 bulan pening lagi? pening la sbb maiza bukan celik account. Math pun failed hehe... report utk kewangan Maiza handle. tiap bulan Maiza check "betul ka tak" bulan ini tak betul pula dah.. bab2 nak check lain bertambah pening la.. kenapa la tak buat betul-betul bebudak tue.

Lepas meeting rush p kursus pula. Pasal kat tempat kursus nyaris-nyaris nak bergaduh, tapi tak gaduh lagi, relax Maiza.. relax.. tarik nafas dalam-dalam sabar-sabar. ok cerita sikit, sebenarnya Maiza nak lepas geram sikit ja. ada seorang senior nie bukan bos dia tue macam geng Maiza ( lbh kurang anak buah la.. cewah mcm along pula hehe) faham? boleh dia berebut PC dengan budak-budak tue.. MashaAllah.. Astaughfirullah hal'azim.... mengucap panjang Maiza. kecoh di buatnya. Apahal la dia tue.. hal kecil macam itu pun nak berkira macam budak-budak. Maiza cakap la dengan bebudak tue "tak pa-tak pa, tukar tempat biar dia dok situ.. biarlah kita mengalah tak pa.." dialog memujuk. Dah tue lepas lunch hour masuk-masuk ja "Cik Maiza dia dok line kami pula" la.. pula dah apasal la dia tue. Maiza pergi la cakap baik-baik "Maaf, Abang....... rasanya salah tempat nie" "APA PULAK HANG NIE!!" terkejut Maiza.. Maiza pun macam nak naikkan suara.. opsss.. opss.. -STOP- Maiza cool down. Maiza tanya dia kasar sangat ka tue?? salah Maiza?? ish.. pelik betul. Maiza hanya ingat dia lebih tua dari Maiza. Maiza hormati dia.. so biarlah dia.. "Mengalah tak bererti kalah" kalau Maiza berbalas kata "gaduh" dengan dia bererti Maiza "Bodoh" Maiza tak mau jadi bodoh...

ok lupakan.. lupakan.. anggap saja tak berlaku. Kadang tue bila letih mengelilingi diri ini, otak berputar begitu ligat, fikiran menerawang.. mula lah fikir macam-macam.. Maiza ada baca n3 bau bahagia kat blog nie Never Give Up On A miracle good idea... pencen awal.. sedang berkira-kira.. hahaha!! control sikit gelak tue Maiza.. nak kena lesing dengan Ayah mak... kan tak pasal-pasal.. tak habis study lagi tak sabar nak kerja.. ini dah kerja.. pencen awal?? hihihi... tiba-tiba berubah fikiran....... Dalam kehidupan macam-macam dugaan melanda, tanggungjawab perlu di pikul sekuatnya. Selagi di beri peluang lakukan.. lakukan.. lakukan.. jangan lepaskan peluang!! Jangan sesekali Lepaskan peluang. Mungkin peluang hanya datang sekali, jangan main-main Maiza...

Dan akhir kata, buat julung kalinya Maiza banyak join contest.. tiba-tiba busy yang tak ada tahap.. tak sempat nak jawab.. tapi akan jawab juga..... owner-owner contest terlibat kejap.. nanti Maiza jawab.. esok last kursus... InsyaAllah malam esok akan jawab.. hah!! malam tue baru nak jawab.. siang kerja la.......


MaizaC’Joe

Tuesday, April 20, 2010

♥♥ Bila Last Minute?? ♥♥


Assalamualaikum semua, hari ini sangat busy. Apa tidaknya petang orang semua nak balik.. gate office pun dah nak tutup.. tapi..

Geng Maiza "cik maiza kita ada operasi hari ini"
Maiza " hah!! laaaa..... saya nak balik nie, apa pula operasi-operasi tue, tak ada kena mengena dengan saya la..... ishhh....."
Geng Maiza "hehehe.... operasi besar "gempaq-gempaq" cik Maiza... banyak tue.. semua bawah cik Maiza.. hehe...."
Maiza " apa pula.. saya jengok-jengok (istilah suka hati ja tue) akaun ja la.. kalau hasil saya yg check, apa pula operasi.. mana ada klassss.........."
Geng Maiza " hahaha... cik Maiza nie buat dahhhh!! "
Maiza " pandai la hampa.... orang lain hampa tak cari "
Geng Maiza " Cik Maiza.. macam biasa.. kat sana, tempat biasa ok!!"
Maiza " tengok la macam mana dulu, kalau rajin baru saya p " (saja ja kata macam tue, bebudak geng-geng Maiza riuh.. bebudak? tak2 senior pun ada..
Geng Maiza " hahahaahaha!! Cik Maiza nie..... "

sudah jadi kebiasaan kalau ada operasi, muka ini la akan di cari... Maiza kena pantau geng2 tue.. contoh " happpp...... buat kerja.. hehe lebih kurang la.. "


dah macam KL.. jam... memanjang, pening letih kejap break, kejap tekan minyak nasib la kereta auto kalau manual.. gerenti kereta maiza mati "sekerap-kerapnya" maklum la terlalu tarer.. hehe....

Nak keluar dari persimpangan rumah pun.. selalu maiza amalkan. dekat persimpangan kalau tak buat kaedah begini, alamatnya tak ada can la.. buka tingkap, angkat tangan macam polis buat arahan "STOP" buat macam tue sambil senyum.. gerenti kereta tue bagi lalu punya. Tapi, ada juga tak bagi can ehmm.. kesian

contohnya kita dah nak keluar nie, tiba-tiba HONNNNN!!!! oi.. sabar la oi.. pagi-pagi orang lain pun nak pergi kerja juga.. mamat nie... langgar satg.. haa.. cewah.. nak langgar konon.. keluarlah dengan tenang.. kalau tak tenang macam2 boleh jadi.. kan.. pagi2 maiza dah mula banyak cakap.. "ishh.. kawan nie memang teruk la...." aleh2 ja "alamak!! pak lebai.. eee... tauladan buruk "relax pak cik, sabar la...." semua orang nak cepat.

Bila drive laju.. sikit ja, potong la kereta geng si mamat mana ntah.. kereta yang maiza bawa baru tukar enjin.. enzos memang kuat yang tak ada tahap.. tapi di LULUS kan.. geng2 tue.. pusing tengok kereta maiza " ya la.. potong kereta depa kan , dah la ekzos bunyi kuat yg tak ada tahap, sampai traffic light "nak lumba ka cik adik??" eee... mana ada la...... perli kita pula...

paling geram dapat surat last minute " sukacita di maklumkan, Cik Maizatul........ terpilih...... kursus...... 2 hari.. hah!! ishh.. last minute baru bagitau... suka hati ja.. dah la.. maghrib baru sampai rumah.. pagi esok ada meeting lagi.. penatttt......

kan best zaman study dulu...
hanya fikir.. pergi kuliah, study bagi result gempak InsyaAllah.. ini kerja.. huuu...
tapi kerja paling best time gaji... yuhuuu.... esok lusa maiza tak ada.. buat la macam rumah sendiri ya... jaga diri.....

p/s : entah pa2 n3 hari nie

MaizaC’Joe