
Assalamualaikum semua...
ehmm.. mula-mula mengeluh dulu. Siang tadi, awal-awal pagi Maiza terlibat dalam meeting bos besar, bos kecil, tak berapa nak bos (macam Maiza nie la) semua ada. Mula-mula Alhamdulillah berjalan lancar "kertas cadangan" Maiza di terima!! Syukur.. Syukur Alhamdulillah. Maiza amat memberi tumpuan pada paper tue. Penting untuk Maiza. Last week on9 YM status busy memanjang itu memang betul-betul busy. Hari minggu pun settle kerja buat selagi ingat hingga jam 2 3 pagi apatah lagi hari kerja. Memang semua tue penting, Penting untuk masa depan Maiza!! (mana tahu dapat naik pangkat? berangan ja lah Maiza) mana tahu jadi kenyataan Amen.. Doakan Maiza..
Projek, Operasi, kewangan (Hasil) ++ di bawah Maiza. tengok sampai ada plus.. plus!! Projek dengan Operasi Alhamdulillah setakat ini "No Problemooo" berjalan lancar. Tapi.. ada tapi kewangan tue.. aduh pening-pening dah 3 bulan pening lagi? pening la sbb maiza bukan celik account. Math pun failed hehe... report utk kewangan Maiza handle. tiap bulan Maiza check "betul ka tak" bulan ini tak betul pula dah.. bab2 nak check lain bertambah pening la.. kenapa la tak buat betul-betul bebudak tue.
Lepas meeting rush p kursus pula. Pasal kat tempat kursus nyaris-nyaris nak bergaduh, tapi tak gaduh lagi, relax Maiza.. relax.. tarik nafas dalam-dalam sabar-sabar. ok cerita sikit, sebenarnya Maiza nak lepas geram sikit ja. ada seorang senior nie bukan bos dia tue macam geng Maiza ( lbh kurang anak buah la.. cewah mcm along pula hehe) faham? boleh dia berebut PC dengan budak-budak tue.. MashaAllah.. Astaughfirullah hal'azim.... mengucap panjang Maiza. kecoh di buatnya. Apahal la dia tue.. hal kecil macam itu pun nak berkira macam budak-budak. Maiza cakap la dengan bebudak tue "tak pa-tak pa, tukar tempat biar dia dok situ.. biarlah kita mengalah tak pa.." dialog memujuk. Dah tue lepas lunch hour masuk-masuk ja "Cik Maiza dia dok line kami pula" la.. pula dah apasal la dia tue. Maiza pergi la cakap baik-baik "Maaf, Abang....... rasanya salah tempat nie" "APA PULAK HANG NIE!!" terkejut Maiza.. Maiza pun macam nak naikkan suara.. opsss.. opss.. -STOP- Maiza cool down. Maiza tanya dia kasar sangat ka tue?? salah Maiza?? ish.. pelik betul. Maiza hanya ingat dia lebih tua dari Maiza. Maiza hormati dia.. so biarlah dia.. "Mengalah tak bererti kalah" kalau Maiza berbalas kata "gaduh" dengan dia bererti Maiza "Bodoh" Maiza tak mau jadi bodoh...
ok lupakan.. lupakan.. anggap saja tak berlaku. Kadang tue bila letih mengelilingi diri ini, otak berputar begitu ligat, fikiran menerawang.. mula lah fikir macam-macam.. Maiza ada baca n3 bau bahagia kat blog nie Never Give Up On A miracle good idea... pencen awal.. sedang berkira-kira.. hahaha!! control sikit gelak tue Maiza.. nak kena lesing dengan Ayah mak... kan tak pasal-pasal.. tak habis study lagi tak sabar nak kerja.. ini dah kerja.. pencen awal?? hihihi... tiba-tiba berubah fikiran....... Dalam kehidupan macam-macam dugaan melanda, tanggungjawab perlu di pikul sekuatnya. Selagi di beri peluang lakukan.. lakukan.. lakukan.. jangan lepaskan peluang!! Jangan sesekali Lepaskan peluang. Mungkin peluang hanya datang sekali, jangan main-main Maiza...
Dan akhir kata, buat julung kalinya Maiza banyak join contest.. tiba-tiba busy yang tak ada tahap.. tak sempat nak jawab.. tapi akan jawab juga..... owner-owner contest terlibat kejap.. nanti Maiza jawab.. esok last kursus... InsyaAllah malam esok akan jawab.. hah!! malam tue baru nak jawab.. siang kerja la.......
MaizaC’Joe






12 comments:
Akak kalau bab akaun, surrender...dah tak ingat dah kredit debit, nak balance macam mana.. hehe..
huh, siap promote blog akak lagi tu maiza..hehe...
Kak tirana yang baca entry Mai ni pun rasa tercungap-cungap...penat..hehehe..apalagi orang yang berada dalam situasi tu ye..Tak pa..Mai muda lagi..kalau macam kak tirana ni rasanya nak duduk diam2 dah..
Salam!
Life is short, indeed. But why not make it broad by learning how to face the joy and happiness. Kerja mestilah dlm keadaan kita ceria biar mcmana susah sekalipun kerja tersebut. Kalau kita asyik tension dan stress, nanti hormon `adrenalin` akan meningkat, tekanan darah pun meningkat dan neurones dlm otak pun byk yg `malfunction`. Akibatnya, cepatlah sakit jantung, nyanyuk dan sakit jiwa dek benda2 yg tak tahulah apa yg nak kita kejarkan dlm hidup ini!
sian dia.. tp xpe.. utk mai jugakkan
mcm2 dugaan dlm idup nieh dik .. kena banyak bersabar tau .. inilah lumrah dlm kehidupan .. kita cubalah fahami mereka2 nie , mungkin itu kelemahan mereka .. ,
insyaallah dik , kalau kita tahu dan paham kelemahan org dan sudi memaafi kesalahan dia .. bila kita ada masalah dan terbuat salah org akan mudah memaafi kita ..
akak selalu ajar diri akak mcm tuh .. kenapa org selalu buat aku rasa kecewa , tapi aku tetap bersabar .. harapan aku satu mungkin suatu hari nanti aku juga ada buat org salah dan mungkin org itu mudah utk memaafi diri aku ini .. insyaallahhhh :)
Sis Afida
Maiza pun macam tue la.. last belajar akaun form 2 itupun subjek ERT(eko rumah tangga).. haa... tak apa lah bertambah pengalaman... promote.. hehe...
Sis Tirana
itulah kan.. bila study xsabar nak kerja.. bila kerja.. tak tahan pul;a dah.. ada la.. kadang ja jadi pelik gtue.. hehe.. housewife lg letih...
Tajnur
minta di jauhkan sakit2 begitu kan.. banyak lg tanggungjwb yg perlu di teruskan... selagi hidup.. Nikmati sepuasnya...
Sis Maiyah
kursus dah abes.. Alhamdulillah.. lega.. weekend rehat puas2...
Sis eida
lamanya tak tengok akak.. windu.. blog maiza ni buat kacau hmpir 2buln.. hehe.. itulah kan.. manusia nie mcm2.. kdng2 kita pun salah jg... berharap moga hari2 di lalui dengan sebaiknya... luv u akak...
salam,
heee
bzs gila2 ya, buat satu2 ya
ikut mana yg utama..
akak doakan maizac akan cepat naik pangkat, amin.
My laling sis blue
W'salam
busy gila2 punya.. hehehe..
apa2 pun.. weekend bleh rehatkan diri, tenangkan minda...
Amen ats doa tue..moga kita sesama juga naik pangkat.... ok ka tue akak... serius ja mlm nie... huhu...
Post a Comment