
“Selamat datang pada kedua mempelai dalam keluarga kami…. terimalah kami seadanya…kerana setiap keluarga ada sejarahnya masing-masing… ada kekurangan dan kelebihan tersendiri…” tersekat-sekat ayahanda menyusun ayat dan kelihatan ada air yang bergenang di kelopak matanya..
begitu juga para hadirin..
ALLAH….. hati bergetar. Tidak tahu perasaan apa yang bersarang. Kelopak mata sudah bergenang di penuhi air mata.
Bersyukur kerana Allah menemukan pada sebuah pertemuan insani yang di dambakan oleh setiap muslimah.
Terharu kerana betapa tingginya kasih sayang ibu bapa terhadap anaknya dan penerimaan kesemua keluarga.
Sedih kerana tidak pasti adakah saya boleh menjadi menantu yang menenangkan hati mereka.
Gembira kerana dapat meluaskan lagi impian Rasulullah dalam membina silaturrahim.. alhamdulillah. Bila melihat majlis indah.. tersangat indah.. mula berfikir adakah?? iya takut sama ada boleh atau tidak mengembleng amanah yang bertambah di bahu?
Semuanya bercampur menjadi satu.
“Kak Long.. ada apa2 yang nak cakap..?” Ayahanda melemparkan pertanyaan...
Sambil tunduk…air mata bergenang tidak tertahan lagi.. kuatkan juga semangat utk berkata2.
“Bismillahirrahmanirrahim….pertama sekali..izinkan membahasakan diri sebagai kak long seperti ayahanda cakap tadi. Terimalah kak long seadanya.. Kak long ada keburukan dan kekuatan tersendiri… tegurlah kak long seperti anak sendiri kalau ada salah silap.” Air mata kian meluncur bertambah laju begitu tidak tertahan lagi..
Amanah bertambah sebagai seorang isteri, sebagai seorang anak, sebagai anak sulung yang tidak pernah dipikul, sebagai seorang menantu dan terutamanya sebagai seorang muslimah yang telah dididik dalam taman dakwah sejak kecil dalam kata lain makhluk ALLAH yang bertanggungjawab mengamalkannya untuk menyampaikan pada orang sekeliling. Moga pertanyaanNYA di akhirat nanti dapat kujawab. Ameen.
YA ALLAH... permudahkan jalan-jalan indah untuk ku susuri...
isk.. isk... iskkkk...... air mata berlinang bak hujan menandakan betapa hari yang penuh indah bahagia. Terasa di dada berdebar tidak terhingga.. YA ALLAH.. kuatkan, tabahkan.. moga mudah untuk merentasi jalan-jalan indah bersama...
ehemm... kak Long dah mula dah la...
ala.... kak long tue bukan apa, dia menjiwai watak utama...
haha!!.. hehe!!....... kahkahkah...!!
lamunan maiza terhenti... maiza melihat sekeliling.. Ayahanda bonda, kedua mempelai begitu juga dengan saudara-mara yang lain.. tersenyum melihat maiza.... hah!! ada juga sayup-sayup suara menyusup masuk ke ruang telinga hingga ke gegendang... "sapa yang kahwin sebenarnya ini??" hehe... biarlah.. kak long tue dok practice.. selalu apa-apa dia yang start dulu nangis.... huwaaaa......
haaa..... apa tue.... sapa tue.. suka hati mengata kita nie.... maiza tiba-tiba bersuara... iya la.. suka hati ja kan.. maiza pandang sekeliling.. ada yg tersenyum.. tersengih macam kerang busuk... ada yang senyum pelik.. ada yang dah menangis.... ya.. maiza berjaya!! ada geng yang menangis bersama... ishh.. tak tersentuh ka.. maiza tersentuh la.. lepas akad nikah... ada pula ucapan macam itu.... sedih.. kalau maiza sangat sedih.. iya la.. sudah berkahwin dan sudah tentu berjauhan dengan family dan dah tentu-tentu wajib ikut suami ke mana saja kan... kalau suami kena di sabah.. di sabah la jawabnya.. kalau di sarawak.. sarawak la jawabnya.. Tapi kalau di London? mana-mana saja.. oversea?? kalau suami orang kedah ok ja.. kalau luar kedah.. haaaa... kan? tak apa... wajib ikut suami... Tapi sekarang suami ikut isteri.. ya la kan.. cousin maiza si isteri doktor.. si suami cikgu kerja di sabah.. suami balik kerja di kedah.. haaa... kan best macam tue.. balik kg...
mulalah maiza membaca dan tahu la sikit-sikit... kalau salah tegur-tegur ok... jangan lupa komen hehe... bersemangat!! lama tak berblog nie... untuk n3 lebih serius ----> Klik sini
MaizaC’’Joe






14 comments:
hehe..tersentuh jugak...
yang bab ikut suami ke UK tu best..akak teringin!!..heheheher
Salam...
Sudah lama mencuba bertandang ke sini, tak terhasil kerana pintu masih bertutup rapat. Agaknya keadaan di dalam masih belum teratur.
Alhamdulillah hari ni diizinkan...
syahdu lak plk baca eny nieh maiza
Assalamualaikum wbt
Manusia datang, manusia pergi tetapi amanah perwalian mesti diteruskan supaya generasi kita selamat dunia dan akhirat. Dalam keadaan sekarang, perempuan tidak mampu hidup berseorangan (subjektif) perlu ada saling bantu membantu utk menyelamatkan diri dan keluarga spt Dlm Surah AtTahrim: 6يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ قُوٓاْ أَنفُسَكُمۡ وَأَهۡلِيكُمۡ نَارً۬ا وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلۡحِجَارَةُ عَلَيۡہَا مَلَـٰٓٮِٕكَةٌ غِلَاظٌ۬ شِدَادٌ۬ لَّا يَعۡصُونَ ٱللَّهَ
Hidup mesti diteruskan w/pun tak lama tetapi yg ptg walau dimana kita berada, akidah dan maruah perlu dijaga. Wallahualam
rasa terharu lak..
panjang gak entry ni.. duk baca dari awal ish ish macam ya ya je..ish ish.
nak tanya juga pasal private blog tu.. tapi tak pe lah dah dibuka semula kan.
hehe.. mestilah ikut suami bila dah kawen. kalau suami panjat gunung maizapun kena panjat.. meredah lautan maizapun mesti ikut sama..
Ke mana jua akan bersama.. sehati sejiwa ..
Akak Afida
hehe.. bestkan kalau dapat p UK.. further study sana bestnya.... travel lg best...
Abd Razak
W'salam
iya.. hampir 2bln menutup rapat.. nanti kalau maiza beri keizinan masuk.. bertambah pening.. Alhamdulillah.... harap2 lepas nie berjalan lancar hendaknya... InsyaAllah.. terima kasih sudi singgah sini lagi...
Nurul Diana@Mama Adam + Aidil
syahdu ka? hehe.. ingat tak syahdu... thanks ya sudi singgah sini...
tajnur
terima kasih ats perkongsian.. iya.. di mana-mana pun sebagai seorang wanita "muslim" akidah & maruah diri, agama harus di jaga.
terima kasih sudi singgah sini..
sis Maiyah
hehe.. terharu jg ka... geng la kita.. berada dlm majlis tue lg rasa lain ja... thanks ya..
zan-xray
ya.. ya.. apa tue? tue mcm dah tnya pasal private blog kan... hee... blog maiza hr tue.. gelong.. semua setting lg.. di private coz repair blog.. kena cari punca napa blog jadi mcm tue.. apa2 pun Syukur Alhamdulillah.. dah selesai... thanks ya.. singgah sini lg...
Rashid
iya la.. suami ke mana-mana wajib kena ikut bersama.. tapi kan.. kalau pasal panjat gunung, meredah lautan ok maiza ikut.. tapi jangan terjun gunung ja.. maiza fikir dulu.. hehe.. gurau ja...
sehati-sejiwa ya... ehemm...
thanks ya.. sudi singgah sini..
Post a Comment