♥♥ My LovinG Followers ♥♥

Saturday, May 15, 2010

♥♥ Boleh ka? BOLEH!! (",) ♥♥

Assalamualaikum semua, eh.. eh.. rupanya dah seminggu maiza tak update blog. Masa begitu mencemburui di tambah pula kadang terganggunya line internet macam siput. Minggu lepas maiza sibuk dan gembira sangat.. eh.. maiza dah banyak join contest kali nie la baru menang. Ya la, sebelum ini join kuiz juga tapi tersalah tak baca syarat betul-betul. Contoh contest anak kecil cute maiza join.. ingatkan tak kisah la.. letak anak sedara pun tak apa.. aleh2 eh.. eh.. owner contest tanya.. berapakah usia perkahwinan anda? ha.. la maiza tak kawen lagi la.. lalainya tak baca syarat betul-betul. Ada tue maiza nak join tau-tau ala.. dah tamat la.. eh.. napa la ada lagi iklan tue.. Geram.. hehe.. ada tue join juga 1 contest nie.. tajuknya tak salah maiza pasal duit. due date hari buruh.. emm.. lupa plak hari buruh.. ish.. terlepas nak join lagi.. lepas tue maiza join kuiz kat blog nie... FaridRashidi.com sebulan maiza dng yang lain2 follow tiap n3 kat blog tue.. bknnya sebelum nie tak follow.. tapi bila membaca tue.. laju selajunya lah kan.. bila nak fight baca pun kena relax.. hehe.. ya la.. takut tak jumpa jawapan kan? siap print out lagi tau.. wahh!! sebab maiza pening kalau terlalu lama membaca kat moniter.. kat office pun asyik dok tenung monitor lama-lama bertambah rabun la.. setakat nie Alhamdulillah ok lg..

Khamis 13 mei 2010... pagi2 lagi sampai di office maiza terima call.. eh.. eh...
Maiza... "Assalamualaikum mak lang.." wa'alaikummussalam mai.. "mak lang sihat ka?.. alhamdulillah sihat..."
Kak Zu.. "mai.. keputusan kuiz dah keluar.."
Maiza.. "ooo.. ya ka... hari nie.. la mai blom check... jap mai nak on lappy"
kak zu aka mak lang "hehehe....."
Maiza "ehh.. mak lang awat gelak?"
kak zu "tak pa mai mak lang bacakan result tue..."
ok... no 1... mujahidahfisabilillah......
Maiza "ala... kalah..... hehe"
Maiza "wahhh... congrats mak lang......"
ok no 3..... Maizatul hayah.... mai ler...
Maiza "ehh.. betul ka mak lang? Alhamdulillah.." ish2 1st menang la.. tapi no 3.. ok lah kan..
maiza join kuiz sebab suka baca.. nak menang sudah tentulah kan.. tapi kalau tak menang tak apa.. pengalaman seronok ja.. walau hantar jawapan last minute.. err.. last2 jadi blur pula.. fikir slogan yg tak dapat idea.... Alhamdulillah ok lah tue kan.... kalau ada lagi nak join lagi.. hehe...

ok ini pula kaitan dengan maiza juga.. tiba-tiba ehh... boleh terfikir nak join XPDC ke gunung Tahan.. balik rumah ja maiza tanya pakcik google.. ala.. tingginya... boleh tahan ka tue.. ish... takut pun ada.. status maiza kat fb

♥♥ nak join ka.... tak mau... nak ka... tak nak.... ♥♥ ramai yg komen... join maiza join.. pengalaman indah cewah... memang join pun.. borang dah isi tapi blom hantar lagi....
Maiza "saya tak tau nak join ka tak mau nie.. takut tak tahan la..."
Geng "Cik Maiza.. jom ja la.. tak larat kami tolong pimpin..."
Maiza "ewah.. bukan main lagi".... emm... dah start training la.......


itu pula... berkaitan dengan sukan jabatan... ish.. ish.. tak masuk pun serba salah... tapi best juga.. tapi segan pula... mcm mn pun memang dah comfirm kena join la... tue nama dah ada... Adakah maiza di paksa.. terpaksa... teruk la.. dalam dilema... hummm.... mudah-mudahan semuanya berjalan lancar.. amen.... belum training dah terasa penat.. aduhai....

Saturday, May 8, 2010

♥♥ Begitu Istimewa ♥♥


" Mak kenapa kak tiba-tiba sakit kan selalu kak sihat... kenapa mak??"

" Tak pa lah.. sabar banyak-banyak " hanya itu sahaja mak ukirkan kata-kata sudah mampu membuat hati begitu tenang. Malam itu diri tak dapat melelapkan mata.. walau sekelumit cuma... Ya Allah kuatkan lah aku menempuh pada hari esok seterusnya.... Bingkas bangun perlahan hanya kekuatan membayangkan wajah mak. Diri tidak menghiraukan lagi sesiapa sahaja di sekeliling memerhati di segenap pelusuk...

"Perlahan ketukan di pintu bilik mak.... mak.. mak...." Ya... malam nie nak tidur dengan mak.. ya.... perlahan rebahkan badan yang tiba-tiba terasa lemah longlai tidak terkata... Hanya Allah yang maha mengetahui ketika itu.. Tiada lain dapat di bayangkan.. wajah Mak, Ayah juga adik-adik bermain di fikiran.... YA ALLAH!!

"Mak.. kak takut esok.." mak memeluk erat sambil mengelap air mata jernih di wajahku yang tidak lagi tertahan, suaraku tidak lagi kedengaran hanya di hati YA ALLAH kurniakanlah ketabahan kekuatan juga kesempatan untukku.

Ingat lagi di minda yang takkan di lupa.. sewaktu di sorong ke medan "peperangan" yang tidak pernah sesekali di fikiran.. Namun apakan daya Allah maha berkuasa. Diri di kelilingi sanak saudara yang tidak henti-henti memberi semangat " Bismilla hitawakkal tu'alallah Lahaulawaquwataillabilla hil'aliyul'azim..... pesan tok pagi yang hening"

Mak menggenggam tangan memberi kekuatan.. melihat kelibat ayah dari jauh membuatkan hatiku runtuh.. "YA ALLAH lindungilah ayah, mak, adik-adikku juga saudaraku... berikanlah kesempatan untukku YA ALLAH" berkali-kali memohon tanpa kenal erti putus asa....

Sepanjang aku di duga.. Hanya ALLAH MAHA MENGETAHUI... Mak segala-galanya dalam hidupku, Ayah sentiasa memimpin aku.. Adik-adik penguat semangatku... Kini sudah berlalu kenangan yang sudah lama tercipta. Masih berpinar minda.. tak mungkin di lupa hingga ke akhir hayatku.... Ketika aku rebah jatuh tersungkur Ayah memimpin mengendong aku bangun semula.. ketika aku putus harapan tiada kekuatan mak senantiasa memeluk, menggenggam erat..

Situasi ini tidak dapat aku lupakan sampai sekarang kerana ia sangat memberi impak yang sangat bererti bagiku selama aku hidup. KASIH SAYANG, BERSEDERHANA, SHUKUR, dan MENGHARGAI. Itulah hasil paling besar selama aku bersama mak. Ditambah dengan pengajaran-pengajaran lain yang dididik emak secara indirek. Mampukah aku seperti itu apabila aku menjadi ibu nanti ? Pertanyaan itu menyapa dalam benakku. Moga ALLAH memberi kekuatan dalam mendidik akhlak dan sikap anak-anak kelak.


Buat mak…
Walaupun kau selembut-lembutnya tetapi kau tegas.. kau tetap berusaha mendidik anak-anakmu sehingga berjaya dan berakhlak dengan akhlak islami. Mungkin kejayaan anak-anakmu semua ini adalah kasih sayang ALLAH padamu. Kesabaranmu menjaga kami tiada tandingannya. Maafkan kami jika ada salah silap dari kami bertiga. Aku suka dengan didikan mu yang secara tidak langsung itu. Kami menjadi orang yang berfikir sendiri kebaikan dari kata-kata dan perbuatanmu. Itu kelebihanmu. Moga ALLAH mengampuni dosa-dosa mak. Ameen ya rabbal `alamin…

Kisah yang sudah
dalam sepi masih berbunga
dalam balam tetap bernyawa
tidak pernah pupus.
Bahangnya membakar hati yang makin luluh itu,
hingga merah kembali.

Biji tasbih berjalan,
jari merah itu tidak jemu.
Letih sudah mulut menguak,
terus terkumat kalimah “La ila ha illallah” .
Semakin bosan tikar melihatnya,
semakin bertambah gelap dahi.
Kekuatan harus dicari,
kerana dia tahu,
pelurus tulang bengkoknya semakin pergi,
tiada yang menemani.

Kerana hemah terlalu dalam,
sabar akan segala,
ibu setenang jiwa,
Rabb menjadi teman,
dan kami tumbuh dewasa,
dari tangan yang berbeza.

Doa mak menyentuh kalbu
Memberi sahdu dikehidupanku yang haru
Aku malu dan tidak tahu
Betapa pengobananmu penuh luka & biru

Mak maafkan ampunkan salah silap anakmu
Aku berjanji akan membahagiakan
Dengan segenap jiwa ragaku
Untuk satu tujuan hidupku

Mak doakan anakmu
doamu selalu ada dalam denyut nadiku

juga degupan jantungku

Mak, redhailah jalanku
Redhamu memberikan kemudahan dalam hidupku

YA ALLAH, ampuni dosa-dosa ibuku
Orang yang telah melahirkanku
YA ALLAH, masukkanlah ibuku kedalam surgamu
Orang yang telah berjuang untuk hidupku

Hidup ini lengkap dengan hadirmu

SYUKUR YA Allah yang mendatangkan mak menemaniku


Kufikir ia tanda kasih-Nya yang mendodoi kalbu

Sukar kutafsirkan tetapi itulah yang berlaku

Kulihat kau amat sederhana

Nasihat-nasihatmu memanah jiwaku

Kadangkala berjujuran air mata membaca bicaramu

Terasa terjaga dari lena alpa dengan suaramu



Hari ini hari mu

Di setiap sesusai solat ku berdoa

Agar Allah sentiasa melimpahkan kasih-Nya tak kunjung putus

Buatmu ibu yang berhati mulus

moga sentiasa dalam Redha ALLAH

YA ALLAH

Sujudku tidak pernah putus

Yang memberikanku dikau wahai ibu

Selamat hari Ibu

Semoga Allah mencintaimu

Melebihi luas cintaku

Kepadamu wahai Mak

“Allahummaghfirli waliwalidaiya warhamhuma kama rabbayani saghira…amen ya rabbal `alamin”
SELAMAT HARI IBU kepada semua ibu di dunia
moga di lindungi dan senantiada dalam redha Allah...


MaizaC’Joe

Thursday, May 6, 2010

♥♥ Tidak terkawal ♥♥


Mengapa manusia di sebut makhluk yang paling sempurna di antara makhluk ciptaan Allah lainnya ?

kerana manusia memiliki “kebebasan hati” untuk memilih jalan kehidupan. Di hadapan kita terbentang dua pilihan jalan kehidupan. Di beri kebebasan untuk memilih.Hidup di dalam hati yang tinggalkan bukanlah mati pada Sesuatu yang dicintai selalu indah Apa yang berasal dari hati, Selalu menyentuh hati apabila Kehadiran adalah lebih daripada sekadar berada di sana. Kadang merasa kegelisahan hati dan jiwa tidak tahu apa yang harus di lakukan. Merasakan beban hidup yang sangat berat, tidak tahu macam mana nak di luah bebaskan. Merasa tertekan dengan himpitan yang macam-macam seringkali menghalang langkah kehidupan tidak tahu harus melangkah kemana. Kegelisahan hati yang mendalam, tubuh bergetar dan semuanya menjadi serba tak teratur dan seringkali serba salah. Terlalu himpit kegelapan hati.

Assalamualaikum
Sudah 2 hari maiza tidak dapat mengawal emosi yang terlalu menekan diri di kelilingi bermacam-macam hal. Seolah-olah mahu menjatuhkan maiza mungkin!! Entah la.. pening betul diri ini. berserabut segala hal macam. Mana lagi kerja sendiri terbengkalai gara-gara terpaksa selesaikan tanggungjawab orang lain. Apatah lagi di marah tanpa sebab munasabah. Menanggung segala macam hal yang membuatkan maiza tak dapat mengawal emosi. Maiza katakan pada diri. MAIZA SABAR!! tapi kenapa Maiza dah tak boleh bersabar? Ya Allah bantulah hambamu ini... kuatkan aku.. tabahkan aku Ya Allah...

Terasa begitu menyesakkan mahu memilih lari jauh tingalkan semuanya Tapi.. itu semua hanya fikiran merepek saja.. lebih baik hadapi, jangan larikan diri.. Tanggungjawab di fikir beban.. pengalaman di fikir hanya buang masa... kekuatan hakikatnya lemah belaka..

ok ini sesi lepas geram dan sedikit kesal..
1- Report... kenapa la report selalu salah.. tak pernah di buat betul. Maiza di pertanggungjawabkan untuk semak semula report. Kalau pun maiza kena semak semula.. Tolong serius ketika bekerja ya.. pening betul dengan budak-budak tue.. tak serius.. budak2 ka??
2- kira duit... tau.. bayangkan mesin kira syiling mcm dekat bank tue.. tiba-tiba meletup.. Ya Allah bayangkan perlu kira syiling hampir 3K dalam satu masa.. mana nak sempat. bertambah lagi bebanku. di sebabkan orang yang sepatutnya atas tanggungjawab dia tak datang kerja.. haaa......
3- meeting.. meeting... sapa yang tak bayar cukai pintu lagi?? notis E dah keluar itu semua dah selesai. sekarang waran dah keluar pula.. tunggu la rumah sapa atau bangunan sapa pula kena sita ok...
4- Cik Maiza roolcall bila nak buat... buat ja la jangan tunggu saya... ha kan.. dah mula marah..
5- Bigboss panggil... ha.. Cik Maiza kenapa... #$%&%^$#&%%5% “Astaghfirullah.. astaghfirullah..." kenapa Maiza pula di marah.... kena marah tanpa sebab munasabah.. Ok.. sabar.. sabar... emosi dah sedikit tercalar. Gara-gara kehidupan seharian begitu memeningkan.
6- Projek belum siap lagi... asyik error ja... tak boleh nak run...... KENAPA???
7- Cik Maiza... ada meeting, urgent!!.. semua bos dan tak berapa bos wajib hadir... kat meeting +-x%/ = PENING
8- Cik Maiza... kita ada operasi petang ini.. "KITA?? saya tak mau join" terkelu budak --budak tue... ishh.. kesian pula.... maiza.. maiza.....
9- Bila nak balik ja.. kereta kena block pula... Ya Allah bertambah geram... announcement kepada pemilik KCM.... sila alihkan kenderaan anda dengan segera.. harap maklum.. ulangan......... aduh.. lamanya menunggu bagai terbakar hati nie... "Cik Maiza.. tuan punya kereta nie.. tue ada dok minum2 kat cafe.. hah!! dok minum.. hamboi senang dia.. ok tak apa... " Maiza masuk dalam kereta revers macam nak langgar kereta dia.. kelam kabut dia.. ha.. kan jangan main-main dengan Maiza ya.." Penyebuk perempuan nie.. Aik.. marah maiza?? dia salah marah kita pula.. "Encik lain kali parking kereta.. tolong pakai otak.. kalau encik nak parking belakang kereta orang pun... Please alert ok.. jam 5ptg semua orang balik kerja... so.. kena faham.. dia buat dekk ja.. blah dr situ.. sombong.. mentang-mentang la kereta dia lawa.. BMW 5series uh.. maiza toyota ja...

Setiap ujian itu tanda Allah kasihkan umatnya.. bukan?... tapi.. tidak perlulah sehingga berputus asa... pokok pangkalnya.. apa-apa pun perlu bersabar. kerana ALLAH sangat suka dengan golongan yang bersabar dengan musibah!! wallahu'alam..

MaizaC’Joe

Monday, May 3, 2010

♥♥ Hanya dia tahu ♥♥


Assalamualaikum.. seusai solat, maiza mengenang kejadian di siang hari. sebaknya dada sedih tidak terkata. Ketika waktu di hambat sepi bertali arus tidak bertepi. Perjalanan menuju suatu yang pasti. ALLAH HUAKBAR!! Ketika diri tidak sabar menanti bulan mei, betapa diri tidak sabar menanti terus menghargai pengorbanan mak tetapi ada manusia tidak berbangga, tidak menghargai ketika emak masih di sisi..

“Jalan cepat sikit lambat, tak bagi ikut nak ikut juga, kelihatan seorang wanita tua membuntuti anaknya." Maiza mendengar patah kata kasar dan kurang ajar yang keluar dari mulut seorang anak yang tidak tahu menghargai pengorbanan mak, ibu, ummi, mama............. sungguh kasar!!


“Wanita tua itu hanya berdiam diri, melangkah sepantas mungkin hanya kudrat tua yang ada mampukah berjalan seiring dengan kudrat muda yang masih gagah berlari?? tidak bolehkah orang muda sama-sama beriring, sama-sama memimpin tangan ketika mahu melintas?? tidak kasihankah wahai anak, tinggalkan emak di belakang sedangkan dunia begitu sibuk dengan hal masing-masing....


“Astaghfirullah..astaghfirullah..lailahaillallah….” dari awal lagi maiza melihat situasi begitu memeritkan, memeritkan untuk seorang emak, ibu, ummi atau mama??...... kenapa begitu sekali?? tidak kasihankah wahai anak.. jika terjadi sesuatu menangis keluar air mata darah sekalipun semuanya tidak akan kembali lagi.... ALLAH.. ALLAH.. ALLAH..

"nak bawa yang tue pun mak ngot (lambat atau lembab)" terpacul perkataan kasar dan kurang ajar seorang anak... ALLAH kenapa begitu sekali....

"Adik jangan cakap macam itu... mak adik masih ada, mak kakak pun masih ada.. hargai.. tolonglah hargai mereka selagi mereka ada di sisi, jangan sakiti, jangan sekali bersikap begitu. Tanpa mak maka kita tiada di sini" Hanya itu mampu Maiza katakan YA ALLAH moga adik itu cepat sedar kembali ke pangkal jalan.....


Saban hari Maiza mendapatkan situasi di atas yang hampir sama sehingga membuatkan diri berfikir, Subhanallah..hebatnya kekuatan wanita yang ALLAH beri. Sebelum dua nyawa dapat diselamatkan, pasti situasi di atas tidak akan dilepaskan. Kerjaya Maiza saban hari pasti ketemu bermacam ragam manusia yang kadang- kala tidak dapat di bayangkan. Dapat dirasakan seperti ada sesuatu yang menarik di sini yang tidak dapat digambarkan. Moga tugasku ini sentiasa di berkati Ameen..

Apabila berhadapan dengan situasi di atas, mulanya diri tidak tahu apa yang harus dibicarakan pada ibu. Tidak dapat di gambarkan bagaimana sakitnya kecilnya hati seorang ibu.. YA ALLAH hindarkan aku jauhkan aku dari berbuat begitu pada "mak". Wajahnya menggambarkan segalanya. Yang hanya mampu diri keluarkan adalah istilah sabar. Mengajar mereka istighfar bagi yang beragama ISLAM. Subhanallah…aku tidak dapat membayangkannya. Kadang, apa yang di nasihatkan.. sabar dan sebagainya.. bagaikan masuk di telinga kiri dan keluar di telinga kanan mereka. Masakan itdak begitu kecilnya hati tidak dapat di gambarkan. Bukan sengaja tidak menghiraukan itu semua, tapi tahap fokus pada kesakitan itu lebih tinggi. Tidak ada tandingnya.

Itulah kekayaan seorang ibu. Kesakitan itu manis. Manis kerana dari situ timbulnya telaga kasih sayang pada anaknya yang tidak terhingga. Tidak hairanlah dalam sabda Rasulullah SAW, keutamaan pada ibu itu adalah tinggi dari segalanya.

“ Layani Ibumu, kemudian Ibumu, kemudian Ibumu, kemudian Bapakmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu kemudian saudara-saudara jauhmu.”

Berbuat baik pada mereka

"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil". Tuhanmu lebih mengetahui apa yang ada dalam hatimu; jika kamu orang-orang yang baik, maka sesungguhnya Dia Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat." (al-Isra`23-25)

Yakinkah kita yang kita tak pernah mengecilkan hati ibu?

Kita tidak boleh terlalu yakin yang kita tidak pernah mengecilkan hati ibu. Hati ibu itu terlalu sensitif. Cuma kadang-kadang dia menyembunyikan sehingga kabur dari pandangan mata kita. Kisah Al-Qamah telah membuktikan segalanya. Hanya sedikit saja kasih sayangnya dilebihkan pada isterinya. Hanya sedikit.. Namun, hati ibunya terasa. Sehinggakan pada waktu beliau mahu meninggal, kalimah syahadah tidak mampu dikeluarkan. Rasulullah SWT meminta ibunya mengampunkan dosanya dan akhirnya Al-Qamah dapat mengucapkan shahadah sebelum meninggal. Peristiwa ini berlaku untuk peringatan pada kita yang hidup setelahnya. Selalulah memohon ampun pada mereka pada setiap waktu. Sebelum melangkah ke sekolah, sebelum tidur malam, setelah solat berjemaah dan sebagainya.

Air mata bercucuran tidak tertahan. "MAK" ampunkan dosa kami!! sesungguhnya kami mengaku pernah dan sentiasa sakitkan hati "Mak" walaupun tidak terlintas di hati tapi kami selalu menurut nafsu diri... ALLAH.. ALLAH.. ALLAH...

Sedarlah oh anak!

Seorang ibu itu seperti laut. Hamparan airnya yang tidak pernah kering, sesuai bagai kasih ibu yang tidak pernah habis. Dengan cinta yang tidak bertepi dan selalu mengalir sejuk di hati anak-anaknya. Laut pun tidak pernah protes walaupun manusia mengotorinya dengan segala macam sampah. Dan seperti itulah seorang ibu memilih rela menerima perlakuan apapun dari anaknya, dengan menjadikannya sebagai bahagian dari pengabdiannya kepada ALLAH SWT. Kita yang selalu lupa. Lupa susahnya dia bertarung nyawa waktu mahu melahirkan kita. Dengan situasi akhir zaman sekarang, banyak anak-anak menjadi tuan kepada ibunya. Na`uzubillah….

Kerana ini semua, sudah saatnya kita belajar memahami segala perlakuan ibu pada kita, belajar memahami cara ibu mencintai kita, yang mungkin dalam satu dua hal tidak selalu sama dengan
keinginan kita. Maafkanlah ibu. Sebagaimana ibu pun selalu memaafkan kita sepanjang waktu.

Usah disangsikan lagi
inilah lambang kasih sejati
termetri dalam hati kasih ibu sejati
tiada yang di pinta
melainkan kesejahteraan anak-anaknya
biar dia sendiri terseksa
kerana melahirkan anak itu adalah korban mulia
cuma ibu yang tahu
anugerah kasih tanpa hijab
jadilah ibu, baru kau tahu
kenapa ALLAH meletakkan syurga
di bawah telapak kakinya..
Wallahu`alam.

MaizaC’Joe

Wednesday, April 28, 2010

♥♥ Sekelumit Nan Indah.. moga tidak leka ♥♥

“Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah, dan tiada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.” Surah Al Israa’ : Ayat 44


Sesungguhnya Allah menjadikan bulan mengeliling bumi pada orbitkan. Bumi pula mengeliling matahari dalam sistem suria bersama-sama planet-planet lain tanpa berlanggaran antara satu sama lain, sedikitpun tidak lari dari garis pandu orbitnya. Semua pergerakan adalah "arah lawan jam".

Di bumi Allah jadikan Baitullah, bagi sekalian makhluk termasuk manusia untuk bertasbih dan memuji Allah dengan cara bertawaf pada arah yang sama, "lawan jam" sebagaimana semua alam semesta , langit dan seluruh binaannya. Subhanallah!


Kadang kala Allah sembunyikan matahari..

Di datangkan petir dan kilat.. Hati menangis dan tertanya-tanya

kemana hilangnya sinar???..

kemana perginya harapan???

ke mana perginya???

"owhhh..... Rupa-rupanya.. nak hadiahkan pelangi..”

Indah sekali

Alhamdulillah..




" ALLAH tidak memberi apa yang di harapkan..Tetapi memberi apa yang di perlukan.."

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran"


MaizaC’Joe