♥♥ My LovinG Followers ♥♥

Monday, January 3, 2011

♥♥ Entri Pertama di tahun baru ♥♥

Assalamualaikum

Entri pertama di tahun baru. Hari pertama kerja di tahun baru walaupun 3 januari 2011.... lah.. dah 2011 cepat betul rasanya.. Rasa baru ja create blog dan berkenal kenalan dengan sahabat maya semua kan? erhmm... makin hampir ke penghujung.. lumba-lumba kejar-kejar lagi.....

Semalam dah memang plan " nak kena keluar awal nih, mesti jam punya lahh "
So, pagi-pagi lagi memang keluar awal dari biasa.. agak luar biasa :) iya lah nak lari dari jam kononnya... dengan bersemangat waja.. azam tahun baru lah kann.... ahahaha.... gelak la sorang.........

Keluar rumah ja... Allah nak belok kereta keluar jalan utama pun tak boleh... aduhaii... jng harap la kereta-kereta lawa tu nak  beri laluan.. JANGAN HARAP! terus angkat tangan buat isyarat STOP hehe.. yes! yes! berjaya.. ada juga yang kesian.... Terima Kasih hanya Allah saja dapat membalasnya... :)

Bayangkan.. biasanya tekan pedal minyak ala-ala drive sopan santun 80-100km/j tapi pagi tadi.. paling laju boleh tekan minyak 30-40km/j... terfikir juga.. "ehh.. bertambah ramai masuk sekolah..." belajar rajin-rajin.. 

 "Maiza... how jam can it be kalau kat alor setaq tu?" tiba-tiba ada notification tertera di fon... ada post comment kat wall FB.. ehmm...
hamboi.. hamboi.. hamboi.. try la dok sini 2 hari pun cukup la... 

Boring menunggu turn snap lah suka hati... :)


jam + hujan lebat

Harap esok tak la jem gnie lagi hehe.. jng harap la...




Akhirnya...... sampai juga office dengan selamat.. Alhamdulillah walaupun ada kereta di hadapan.. berlanggar di antara satu dengan lain.. hampir 10 buah kereta! Alhamdulillah tak terlibat sama.. syukur!

Tapi yang tak bestnya.. azam dah tergolek awal-awal ni.. mana taknya.. 8.30am baru sampai office aduhai.. 1 1/2 jam.. biasa bertolak dari rumah.. 20-30minit dah boleh sampai.. kalau jam.. dulu la.. 40 minit dah boleh sampai.. hari ni tak terkawal lah pulak...

Tabik spring untuk abang-abang dan kakak-kakak Polis... kalau tak da depa.. lagi la jam teruk.. 

Friday, December 31, 2010

♥♥ Menutup tirai 2010, Selamat Datang 2011! ♥♥



Biar senja belum kian berlabuh
Biarpun malam belum berakhir
Langit seakan pecah menyinari bumi
Bersinar lagi indah sekali

Saat itu aku kembali merenung panjang
Saat itu datangnya gembira silih berganti
dan tidak mungkin aku lupakan
sepanjang hidup ini....

Ingin kutinggalkan bait-bait Luka lama
Untuk menyambut senyum yang baru
Tahun telah di lalui dengan menghadirkan berbagai cerita..
cerita indah..
cerita bahagia..
cerita kesedihan..
dan cerita – cerita kehidupan beraneka warna

Kini tahun kan berganti,
yang lama di tinggalkan,
kini menggamit kedatangan,
berganti dengan tahun yang baru..
harapan baru..
cerita baru..
dan mungkin kehidupan yang baru..

Apa yang telah kita lalui di tahun ini..
Penuh dengan ujian
serta dugaan dariNYA
kenangan indah..
atau pun kenangan pahit..
akan sentiasa tersimpan kemas dalam ingatan..

Di tahun yang baru nanti..
InsyaAllah berusaha untuk lebih baik dalam segala hal,
Perbaiki di mana kerosakan..
menambah semua kekurangan..
merubah kesalahan untuk lebih benar..
untuk kehidupan yang lebih baik..

Segalanya memulai lembaran baru..
mengisi cerita baru..
mimpi untuk jadi nyata..
dan harapan untuk terkabulkan..


Apabila bibir sentiasa terukir sekuntum senyuman, mampukah hati  juga turut tersenyum?

Alhamdulilllah Segalanya berjalan, sesuai dengan qadha' dan ketentuanNya. Di sebalik segala peristiwa ada suka, ada duka. Apa yang selama ini ku takutkan, malah menyenangkan..  terus ku cuba susuri lorong-lorong harapan dengan segenggam impian.... moga aku terus tetap di situ dan terus bertahan... InsyaAllah....

Tahun ini adalah antara tahun yang penuh dengan ujian dan dugaan.. entah berapa muka surat yang mampu di sempurnakan.. biarlah segalanya terpahat di hati yang tidak mungkin luntur dalan ingatan...

Selamat Tahun baru 2011!
Selamat tinggal 2010
semakin bertambah kian meningkat
Moga terus bersedia dengan setiap detik dan saat
sepanjang perjalanan hidup ini....
Bersedialah untuk melangkah lagi!
Teruskanlah tersenyum


Setiap langkah-langkah kehidupan
yang sedang atau pernah di jalani
baik berupa kebaikan mahupun keburukan
akan terhubung di masa mendatang
dan di saat itulah baru di sedari dan tahu
mengapa itu harus terjadi…
lantunkanlah selalu doa’-doa’ mulia dalam kehidupan
InsyaAllah mudah-mudahan Tuhan menjadikan kita lebih mulia
meskipun mekanisme yang Allah berikan seringkali membuatkan airmata berlinang
Dan beban yang memuncak di dada...
moga terus berlalu pergi..
Alhamdulillah Syukur

PS: yang mana belum tercapai.. kena carry forward la nampaknya.. :)

Sunday, December 26, 2010

♥♥ Datang dengan beribu makna ♥♥

Jalan cinta yang di terima Allah
InsyaAllah

Yang di tunggu tak kunjung tiba.. 
yg muncul pula membawa beribu makna.... 
Bersabar dan berdoa..... 
walau penantian itu kian menambah rasa.... 
dalam beribu makna ada sebutir sejati..... 
dah itulah dia... 
 seribu makna yang datang keterlaluan pantas sebenarnya...
maka makin kian mencabar naluri..
pantas itu mengejutkan..... 
pantas itu menguji kita utk cepat..
samada cepat akal atau emosi dalam membuat pilihan...
 apabila tiap pantas yg datang menguji secara tiba-tiba.. 
membuatkan berpinar rasanya.. 
bimbang pula pilihan yang di buat mengikut emosi.. 
bukan akal sebenarnya..
tunggu tak lama.... kunjungnya pula bertalu dan bertubi
membikin hati hati bertanya.... yang mana satu???
yg pasti yang datang bertubi membikin keresahan dan menambah ketakutan.. 
yang mana satu pilihan sebetulnya di hati.....
Allah

Assalamualaikum 

moga semua berada dalam redha Allah..
hampir 3 minggu juga Maiza tak meluah apa-apa yang terbuku di sini.. atas sebab kesibukan melanda diri.. kesibukan dengan kerja-kerja yang sentiasa memenuhi jadual... juga kesibukan hati yang makin di penuhi sesuatu yang tidak di rancang sebenarnya.. Entah la.. apabila masa pantas berlari.. kaki kelu untuk mengejar kembali.. Adakah penat datang mengusik diri...? bukan... tidak sama sekali.. mungkin mencari masa untuk ketenangan hati memilih mengikut akal yang di beri.... InsyaAllah

sebagai hambaNYA...
Perancangan sentiasa di atur.. tersusun kemas
Allah merancang juga menentukan
Tidak langsung mengecewakan


award dr kak tinie
terima kasih atas ingatan

Monday, December 6, 2010

♥♥ Menekan ctrl A lalu delete ♥♥


Assalamualaikum!
ada yang menyukai pudina? tidak semua kan.....

Daun pudina, Jenis sayuran yang sungguh tak akan nyaman turun di kerongkonganku. Entah mengapa, sayur yang satu ini betul-betul tak mampu menggugah selera makanku. Meski ia selalu hadir dalam mangkuk makanan kegemaranku, atau sebagai garnish pada makanan berkuah lainnya juga boleh di jadikan ulaman. Sungguh, aku tak suka pudina! bila di gigit rasanya seperti ubat gigi, walaupun ubat gigi sebahagian dalam kehidupan.. "hari-hari berus gigi pakai ubat gigi" namun untuk menelan sukar sekali....

Kenangan. 
Ingatan juga hati adalah ruang yang selalu setia menampung berupa kenangan. Entah baik, entah buruk, entah indah atau menyakitkan. Kenangan adalah jejak jejak kita di masa lalu, lalu mengapa harus melupakannya. Sungguh, aku tak ingin melupakan segala kenangan! 

Namun, ada beberapa kenangan yang harus dan segera di lupakan.. bimbang memudharatkan.. bukan semua kenangan itu manis.. yang manis itu mudah saja bertukar menjadi pahit.. biasakanlah diri untuk menelan sesuatu yang pahit.. kerna bukan semua yang pahit itu umpama racun untuk di telan..

Kembali berjalan menyusuri lelorong panjang, kesibukan dalam kehidupan cukup membantu melupakan sesuatu "selepas waktu bekerja, sampai di rumah.. solat, makan, berbual dengan ayahanda bonda sebentar... masuk ke syurgaku sendiri.. meletakkan kepala terus terbuai tanpa mimpi". 

Epitaph yang terukir sepanjang dinding seolah menjelma nyata. Apabila "MEREKA" seringkali mengganggu fikiran tenang menjadi  goyah semula.. Adakah mereka tidak memahami? atau hanya sekadar bebas untuk mengungkap kata-kata.. Sungguh! begitu letih dan penat walaupun tidak berubah posisi diri, tidak juga berlari... "MEREKA" seringkali berkata MEMAHAMI hakikatnya TIDAK sama sekali

maaf, menjauhkan diri  buat masa ini lebih baik.. pesanan SMS memaksa masuk tanpa henti.. begitu juga panggilan telefon yang membuatkan ku terpaksa menyembunyikannya di bawah bantal.. agar "ringingnya" tidak mengganggu ketika aku terbuai tenang....

tolonglah MEMAHAMI.. walaupun aku tidak pernah mengungkap sepatah kata hakikat sebenarnya.... Namun, TOLONGLAH.. biarkan ketenangan selalu menjengahku...

Telah banyak peristiwa yang ternyata menjadi rona dalam kehidupan. Serupa inilah kenangan yang ku punya. Untuk melupakannya adalah sebahagian dalam hidupku kini.........

Pudina hanya sedikit sahaja yang menarik buatku. Mungil, Sederhana. Segala yang sederhana selalu menarik buatku. Dan kesederhanaan itu ku jumpai pada daunannya yang menghijaun.  Begitu cantik untuk di jadikan hiasan di pinggan. Tapi, meskipun begitu masih saja kerongkonganku menolak, aku masih tidak suka pudina.

Tiap orang yang hadir menjelma. Melukis beragam corak dalam kanvas ingatan. Merah, jingga, biru, ungu, kelabu, hitam. Membawa sekeranjang tawa. Tak jarang menghadiahi sebongkah duka. Datang bergantan. Berlalu satu-satu. Lalu menyisakan lorong lengang penuh tanda bahawa mereka pernah hadir. Melupakan kenangan serupa menekan ctrl A lalu delete, maka terhapuslah semua tanda. Begitu mudah, namun jika tidak "empty the Recycle Bin" maka ia tetap berada di situ.

Dan akhirnya, ku paksakan kerongkonganku menelan semangkuk makanan kegemaran yang bercampur pudina segar bersamaan dengan ingatanku yang mengikis segala kenangan yang menyesakkan. Sungguh! melupakan kenangan sama saja memaksakan diri menyukai pudina. Dan sepertinya aku harus menyukai pudina, sebab tak kutemukan lagi sayuran lain di sini....


Friday, December 3, 2010

♥♥ mula tak tahan ♥♥

Assalamualaikum semua!

sejak kebelakangan ini Maiza kurang online di sini, terlalu sibuk. maklum la sudah hampir ke penghujung tahun.. sememangnya busy tahap gaban hehe.. lama tak pakai ayat ni.. sesekali kena gak termerapu sikit Enhanced by Smiley Central busy sememangnya ada fasa tertentu.. iaitu 3 fasa... letak setakat 3 dah la.. banyak sangat.. tak larat nak huraikan..

fasa 1.. awal tahun
fasa 2.. pertengahan tahun
fasa 3.. penghujung tahun

biasanya, fasa 1 dengan 3 yang paling busy.. fasa 2 busy juga tapi masih sempat bernafas. Tahun ini start fasa 1 - 3 busy memanjang busy.. Alhamdulillah bila busy kita lebih di hargai dan sangat di perlukan.. Sekarang penghujung tahun, meeting untuk projek tahun depan, untuk tahun ni.. ermm... siap Dato' marah-marah lagi adui.. tension! tambah-tambah pula audit lagi.. sesak nafas di buatnya.. audit oooo audit.. jawab jangan tak jawab.. sampai tak terjawab di buatnya.. dah dekat 2 bulan kat sini.. adui.. bila depa nak balik! huhu...

tidur tak cukup
audit punya hal.. dah beberapa hari tidur tak cukup.. letih gila, ya la.. kena semak macam-macam.. 
"rasa dah betul ni.. tapi kalau tak sampai ke tahap kepuasan auditer.. ehmm... jangan harap la.. ada saja di cari SALAH argghh! pening-pening.... "
bosan betul kena buka kitab-kitab yang berlambak tengok number dah naik satu macam ja mata... 
tambah buka kitab ISO... errr.... bila auditer nak balik tu.... moga cepat balik hihihi Enhanced by Smiley Central




p/s baru-baru ni bawa Ayahanda ke Penang.. follow up.. Alhamdulillah baik sepenuhnya..
6 bulan akan datang follow up lg.. T.kasih semua atas doa'!