♥♥ My LovinG Followers ♥♥

Tuesday, March 15, 2011

♥♥ Harus lebih tabah ♥♥



Kita hanya merancang dan Allah SWT yang menentukannya. Pastinya pepatah ini cukup sinonim dengan kehidupan seharian dan tidaklah menjadi masalah bagi sesiapa yang berpegang kata-kata ini untuk menerima suratan takdir meskipun hakikatnya sangat pahit. Sudah menjadi lumrah kadang kala manusia sering kali melatah apabila berdepan dengan ujian, apatah lagi sekiranya sesuatu kejadian itu berlaku di luar dugaan sama sekali. Hati mula berkata bahawa semuanya tidak masuk akal. Sedangkan kita lupa apa yang Allah tetapkan ada sesuatu di sebaliknya. Sesungguhnya DIA tahu mana yang terbaik untuk hambanya. 

Hidup ini penuh dengan ujian dan dugaan. Memang perit dan pedih untuk menghadapinya. Pujuklah hati... dengan berzikir dan mengingati Allah... dan bacalah Al Quran... sesungguhnya, banyaklah sudah isi-isi yang tersingkap di dalamnya... segala jawapan ada di dalamnya...

Allah Maha Kaya dengan segala anugerah serta nikmat yang tidak putus-putus diturunkan kepada semua hamba-Nya. Cuma percaturan Allah SWT sememangnya berbeza-beza mengikut kehendak-Nya Yang Maha Adil lagi Maha Mengasihi. Kita sebagai hamba, seharusnya akur dan redha serta percaya sepenuh hati bahawa ujian itu didatangkan dengan sejuta hikmah dan kita biasanya hanya menerima natijah setelah kita benar-benar pasti tentang apa yang sedang kita lalui. Sesungguhnya Allah SWT itu tidak pernah kejam ke atas hamba-hamba-Nya tanpa mengira siapa kita.

“... Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
 (Surah al-Baqarah: 286)

Musibah yang datang silih berganti sepatutnya dijadikan kayu pengukur kepada tahap iman dan taat kita terhadap Allah SWT. Mungkinkah selama ini kita leka dalam menjalani kehidupan? Setiap nikmat yang diberi Allah SWT kita hirup tanpa segan silu. Namun perintah-Nya tidak sezarah pun menjejaskan sosiologi kehidupan, kita abaikan tanggungjawab, amanah tanpa rasa bersalah. Kita manusia biasa yang banyak kekurangan, akan tetapi mengapa kekebalan doa tidak diguna pakai bagi menangkis godaan dan hasutan mereka yang sesat lagi menyesatkan kita, agar terus patah serta jatuh apabila berhadapan dengan dugaan yang kadang-kala mencabar kecekalan iman. Jangan berhenti berdoa'.

“... Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat) seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan.”
(Surah Yunus:12)


Bagaimana hendak menjadi seorang yang pemaaf ?

Tidak perlu hendak menang setiap masa, Mengingati bahawa Allah mengangkat darjat orang yang suka meminta maaf dan memaafkan orang lain, Berdoa supaya disabarkan hati, Bersangka baik, Memikirkan kebaikan yang telah dibuat oleh sahabat kita. Sentiasalah muhasabah diri... 


Sayidina Umar berpesan, "Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisabkan."



PS: Entri ini Maiza khas kan kepada seorang sahabat dengan harapan moga dia terus tabah, sabar dengan ujian daripadaNYA. InsyaAllah

Wednesday, March 9, 2011

♥♥ Semut hitam.. Semut Merah ♥♥

Assalamualaikum


moga semuanya sihat dan sentiasa berada dalam redha Allah.. lama Maiza tak update blog, hampir 3 minggu kalau tak salah. Setelah pulang dari bercuti terasa malasnya nak berblog. selepas bercuti agak lama kemudian kerja seperti biasa.. bermula la.. kerja menimbun. Sibuk bermakna kita masih di perlukan kan... :) tak kisah la.. seronok apa kerja banyakkk ;)


Malam ni entah kenapa.. rasa Marah..... Jelesss....... Gerammmm....... Menciiiiii :(
kecil hati sangat-sangat!....... rasa mcm nak cekik orang betul!
eh.. kenapa nak jeles
kenapa nak geram
kenapa nak menci..........


ishh.. heran ni........ kecelaruan hormon kot......
tak sukaaaa.........


Contoh:


dalam satu group semut merah... lepas tu semut hitam muncul....
semut merah tak peduli kehadiran semut hitam...... kecik hati...... sedar diri....
kenapa semut merah panggil semut hitam
kan lebih baik jangan panggil semut hitam
semut hitam tak la kecil hati bila tak di peduli.........


semut hitam sedar diri...... ehmm.... diam ja la... :(

Friday, February 18, 2011

♥♥ Ke destinasi seterusnya ♥♥


Assalamualaikum

moga semua sihat hendaknya...


Malam ini akan berlepas ke satu destinasi terdekat sebelum ke destinasi yang agak jauh sikit ja :) sebenarnya perancangan dah agak lama.. Alhamdulillah akhirnya tercapai juga.. mungkin ini juga boleh di katakan cuba hidup berdikari sementara :) mencari pengalaman sementara.. InsyaAllah moga kita bertemu lagi.. Mohon doakan perjalanan Maiza ke destinasi seterusnya berjalan lancar dan di permudahkan. Amen Ya Robb!

PS: Tolong tengok-tengokkan rumah Maiza ni ya.... :)

Tuesday, February 15, 2011

♥♥ Salam Maulidur Rasul ♥♥


Assalamualaikum semua

SALAM MAULIDUR RASUL 


Alangkah indahnya hidup ini,
Jika dapat menatap wajahmu,
Dan pasti mengalir airmataku,
Kerna pancaran ketenanganmu..
Alangkah indahnya hidup ini,
Jika dapat ku kucup tanganmu,
Moga mengalir keberkatan dalam diriku,
Untuk mengikut jejak langkahmu..
Kami rindu padamu
Ya Rasulullah

"Tidak beriman seseorang kamu kecuali aku lebih di cintai daripada 
ke dua ibu bapanya anak dan manusia keseluruhannya"
[Nabi Muhammad SAW]


"Sesungguhnya orang yang paling dekat denganKU pada hari kiamat,
adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaKU"
 [Al-Nasai & Ibnu Hibban]

YA NABI SALAM ALAYKA

أنتَ نورُ اللـَّهِ فـَجرًا

جـِئتَ بَعدَ العُسر يُسرًا

رَبُّنا أعلاكَ قـَدرًا
يا إمامَ الأنبياءِ

أنتَ فى الوجدان حَىٌّ
أنتَ لِلعـَينـَين ضـَىٌّ
أنتَ عِندَ الحَوض رىٌّ
أنتَ هادٍ وَصَفىٌّ
يا حَبيبى يا مُحَمَّد

يا نـَبىّ سَلام عَلـَيكَ
يا رَسول سَلام عَلـَيكَ
يا حَبيب سَلام عَلـَيكَ
صَلـَواتُ اللـَّه عَلـَيكَ

يَرتـَوى بـِالحُبِّ قـَلبى
حُبِّ خـَير رُسل رَبّى
مَن بـِهِ أبصَرتُ دَربى
يا شـَفيعى يا رَسولَ اللـَّه

أيُّها المُختارُ فينا
زادَنا الحُبُّ حَنينا
جـِئتـَنا بـِالخـَير دينا
يا خِتامَ المُرسَلينَ
يا حَبيبى يا مُحَمَّد

Friday, February 4, 2011

♥♥ Mungkin Inilah yang dikatakan "Bersedia untuk melangkah lagi! " ♥♥

Assalamualaikum

hampir 3 minggu tak update blog. Ada yang bertanya khabar tinggalkan mesej di shoutmix chat, ada mesej offline di YM juga.. Sorry Maiza tak sempat nak update dan juga lama tak singgah ke blog sahabat semua. Alhamdulillah masih lagi di beri kesempatan mampu tersenyum juga bernafas lega. 

Rabu 26 feb 2011
6.30 petang...

Dapat call, adik lelaki bongsu merangkap anak lelaki tunggal dalam keluarga terlibat dalam kemalangan. Ya Allah, terkejut betul bagai nak tercabut jantung ini. Mak dah menangis bila terima call tu.. Maiza terfikir macam mana nak beritahu pada ayah memandangkan ayah baru saja sihat.. Allah permudahkan..

Syukur walaupun terkejut, namun Allah kurniakan ketenangan pada Maiza untuk harungi ujian DariNYA lagi.. dan lagi... bertenang terangkan pada ayah.. Alhamdulillah ayah tenang walau nampak terkejut dengan apa yang terjadi.. dengan segera capai kunci kereta bawa ayah dan emak ke hospital. Mesej di hantar kepada sepupu terdekat juga kepada sedara yang lain.. Ketika itu walaupun tenang, Maiza perlukan sokongan untuk melangkah...

Sampai saja di Hospital Sultanah Bahiyah.. langkah kami laju menuju ke pintu Zon emergency.. semak nama ya.. comfirm ada! berdebar tersangat laju jantung berdegup hingga terasa kaki bagai tidak terpijak di bumi.. Ya Allah tabahkan lah aku... tenangkan lah aku.. kuatkan lah aku untuk berdepan dengan ujianMU ini.. 

Adik di kelilingi oleh doktor-doktor juga jururawat... terasa sesak nafas ini! ayah nampak pucat.. cepat-cepat papah ayah duduk di kerusi luar dari zon itu.. 
ayah melangkah ikut Maiza keluar bersama.. 
" ayah duduk dulu... tenang.. adik tak apa tu " 
Alhamdulillah sepupu dah sampai boleh temankan ayah.. emak di dalam menangis.. Maiza cuba tenangkan.. di dalam hati berperang dengan emosi lawan selagi terdaya..

Setelah xray di jalankan.. Adik di sahkan patah kedua-dua belah tangan.. perlu di operation... pasang plate (besi) tisu di lutut juga terkoyak.. Namun, Alhamdulillah adik sedar... dia langsung tidak pengsan.. mahupun muntah-muntah.. menungggu giliran begitu memeritkan buat pesakit.. Hospital memang ramai.. setelah semuanya di sahkan.. Maiza berbincang dengan ayah dan mak.. mahu transfer adik ke private hospital (Kedah Medical Centre) jam 2 pagi ambulans dari KMC tiba untuk membawa adik ke sana.. 

Satu lagi pengalaman yang tidak akan Maiza lupakan.. bermula daripada ayah sakit banyak yang Maiza belajar.. mengawal emosi tenang hadapi segala kemungkinan.. mungkin inilah yang di katakan " Bersedialah untuk melangkah lagi " kadang kala terfikir sejenak... 

" Allah, patah sayap kiri ini... jika tidak adik lelaki yang membantu Maiza.. sepanjang adik perempuan tak ada.." tak apa... Allah nak uji.. nak duga aku lagi.. Aku redha Ya Allah.... 

Sekarang adik perempuan bercuti.. Alhamdulillah dia banyak membantu Maiza meringankan segalanya.. Syukur.. dalam masa 3 bulan adik lelaki perlu rehat atas nasihat doktor.. mohon doakan adik Maiza cepat sembuh ya!.. untuk dia sambung pelajaran lagi.. masih panjang perjalanan dia.. Cita-cita dia tinggi.. moga dia berjaya InsyaAllah...

menuju ke operation theatre
"jangan nangis hero kena kuat!" :)
operation bermula 10.30 pg berakhir 3 ptg
27 feb 2011

dari ICU di pindah masuk ke ward
walaupun belum sedar sepenuhnya
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar

Hari kejadian di Hospital

sekarang dah berada di rumah
walaupun ngeri tengok luka tu tapi tetap di gagahkan juga
dressing..
Semoga cepat sembuh!