♥♥ My LovinG Followers ♥♥

Friday, April 15, 2011

♥♥ Bila Maiza bercakap bab makan ♥♥

Assalamualaikum


Moga semua sihat dan sentiasa dalam redha Allah.. erm.. hari ni cuti minggu di sebelah utara dan pantai timur.. memang seronok rehat-rehat di rumah hujung minggu ni kan, di tambah pula semua balik kg.. bawa adik follow up.. ayah pula Alhamdulillah makin sihat dan dah boleh drive.. so, lega la sikit Maiza boleh la rehat hari minggu ni kan.. ok hari nak cerita bab makan :) hehe... dah lama tak cerita bab makan kan.. bila sorang kat rumah ni tak tau apa nak buat.. perut pun lapar.. tak kan tak masak.. ishh kena cop "PEMALAS" kan baru tau.. pada hal memang malas pun ;) ok jom la layan menu orang bujang yg ala-ala malas.... 


Telur sotong goreng kunyit 
tak pernah try masak semata2 telur sotong 
biasa mkn yg dlm sotong tu ja
ada kwn kat office jual 1kg RM18
kolesterol nih.. tapi teringin tiba-tiba terbeli lah pulak hehe
Maiza goreng kunyit, letak cili, bawang halia dan air asam jawa

ada kawan Maiza cakap
" Org pompuan tak pe sebab ada hormon estrogen (kata doc). Hormon ni selain berfungsi membina dada dia juga membersihkan saluran darah. Sebab tu org pompuan jarang kena sakit jantung kecuali yg dah menopous"
ermm.. ok la tu.. kira hari ni Maiza makan InsyaAllah ok
tapi jangan amalkan la... sekali sekala ja


tak sah kalau makan tak ada ulam-ulaman
awek muda hehe
saya penggemar ulam ermm

ini menu 2 minggu lepas 
Ayam lemon
saja try... boleh la jadi juga ;)


ingat masak untuk yang lain-lain sama
tau-tau.. yang lain makan kat luar lak
hehe.. macam tau-tau ja hari ni orang masak mcm nih
ok jom la layan makan ja la sorang

Sunday, April 10, 2011

♥♥ Siapa cakap tak sayang ♥♥

Assalamualaikum

moga semua sihat hendaknya dan sentiasa berada dalam redha Allah. Masuk ja bulan april belum update lagi blog ni.. makin lama makin malas hehe.. bukan apa sibuk dengan kerja bila dah letih mula la malas ja nak online. Kadang-kadang tu online kejap ja.. di buai mimpi.. minggu lepas memang kalut betul.. iya la.. adik lelaki bongsu merangkap anak lelaki tunggal dalam keluarga mengadu perut dia rasa sakit.. eh.. napa la pulak adik aku nih.. manja kot hehe.. saja mengusik dia tu.. orang lelaki memang tak tahan sakit eh.. hehe... sebelum tu dah bawa pergi klinik tapi dia mengadu perut dia tak ok juga.. Dah tu esoknya mak call Maiza kat office cakap adik kat KMC..

hah! napa lak dia.. doc suspek appendic [ntah betul tak ejaan ni] lahhh... 
"cepat la.. mak tunggu kat KMC.. adik kena masuk ward, petang ni operate" Mak
hah! sat2.. nak kuar dah ni.. orang otw mak.... 
masa drive otw g KMC fikiran ni.. risau betul la.. nyesal lak usik-usik dia.. alahh manja.. sakit sikit pun tak tahan ;) tak tahu pula sampai mcm ni.. sampai ja KMC terus g tengok adik kat treatment room.. sian.. cuak muka dia, ya la doc ckp ptg ni operate tapi tak comfirm lagi nak kena scan dl.. 

"kak takut la...." adik
"ishh.. sikit ja.. hero kena kuat :)" Maiza
"hari tu dah kena operate tangan dah ni perut pula" adik
"alah.. bila Allah bagi sakit dapat menggugurkan dosa-dosa kecil kita tau.. sikit ja operate tu" Maiza
padahal dalam hati... Ya Allah pelihara lah adik aku.. kesian dia baru ja sebulan lepas masuk operation theatre... lindungi lah dia.. Amen

ramainya pesakit.. bilik pun penuh
mujur ada ward baru ok la juga..

Maiza temankan dia masa nak scan tu..
sian lakk.. kat adik lelaki sorang tu huhu
bismillah.. tawakkal tau pesan Maiza
baca doa' shifa' InsyaAllah selawat banyak-banyak

dah masuk ward... kesian kena puasa la
awal tu makan ubat tulang.. tangan dia kan patah
belum jamah nasi ka apa pun
lepas tu nak operate plak.. dah kena puasa


sampai ke petang tunggu doktor tak muncul-muncul pun.. result test dia pun tak tau lagi.. ehmm.. risau.. terus pergi kaunter " macam mana ya.. result adik saya dah dapat ka? Maiza..
"ya cik.. dah dapat" nurse
"macam mana result dia.. ok? Maiza
"kita tunggu doc dulu cik, saya tak berani nak cakap" nurse
" haaa.. dah sudahh macam mana la result adik aku nih...sabar sabar..."
tak lama tu doc pun sampai la bawa result.. "ok saya dah tengok result.. tak perlu kita operation tak ada apa pun cuma sakit perut di sebabkan angin"
Alhamdulillah lega rasa... syukur la tak kena operate.. buat suspen ja lahh... perih air mata ni kesian kat adik huhu... bukan apa.. kalau tak kesian gak la.. dah masuk ward mesti la berpakej kan... 3 hari 2 malam.. erm.. apa-apa pun syukur..


Wednesday, March 23, 2011

♥♥ Getting bored day by day...♥♥


"Hidup ini adalah Warna-Warni yang terlakar pada kanvas,
walaupun tidak cantik,
tapi.... ia tetap memberi sejuta maksud"


Termenung...

tak kuasa menahan rasa

tidak tahu
Harus begini atau begitu

Dan harus bagaimana


Ya Rabbi…………
Yang membolak-balikkan hati
Peganglah hati ini
Agar tetap di jalanMu yang lurus
sehingga terpejamnya mata ini


huruf demi huruf tersusun atur mengikut barisan

titik dan koma berada diantara sela-sela melengkapinya

sesekali ada tanda seru menegaskan sesuatu

kadang tanda tanya muncul menanyakan ini itu

dan spasi selalu ada memberi jeda dan beda

tanpa suara
malah....
terdengar setiap sudut hati
tanpa senjata
tapi cukup untuk melukakan
menyakit dan mengecilkan hati
Terpadam keseluruhan ukiran 

yang terukir sekian lama

Tapi,

tanpa rasa tak kan ada guna

tanpa ilmu semua terasa hampa

terasa kosong..


awan beriringan di ujung mata

cahaya merangkak pergi entah kemana

mentari pun tak menampakkan senyumnya

entah benci keberadaanku

atau pada langkahku yang tak menentu hala?

aku diam dan terus diam

jawapannya ada di hati
Namun,

awan hitam berjajar mengelilingi
suara gemuruh mulai terdengar dari kejauhan
sesekali kilat menyambar bersautan



aku lihat

titik-titik air langit mulai berjatuhan

ribuan...mungkin jutaan

hatiku merasa begitu puas

Aku suka pelangi
pesonanya bagaikan lirikan senyuman
bagaikan memanjakan mataku ini.



aku mengerti

ada kekuatan di sebalik mendung yang kelam

ada harapan di balik kegelapan
ada hujan di balik awan hitam
ada pelangi di balik gerimis dan mentari


Makin hari ke hari
makin terasa sepinya hidup ini
terasa bosan begitu ketara
sampai bila?
Ya Allah, peganglah hatiku ini

walaupun keriuhan sentiasa ada
Namun,
tidak tahu menceritakan segalanya
Hati mengerti......

Getting bored day by day....

ada yang kata... 
dia "emmm dah tiba masa tu"
Maiza "masa apa?"
dia "kahwin lah apa lg..."
Maiza "betul, kahwin boleh selesaikan masalah?"
dia "ya, why not... accept me?"
Maiza "........................."


tak semua perkara yang di lafazkan mudah untuk di ambil kira
dan tak semua perkara yang mudah di terima menyelesaikan segala

PS: 
sibuk dengan program "5S" penat!
tension dengan manusia [tak ada kucing nak di peluk :) ]
sakit hati manusia punya kerja
tak ada mood nak beronline
kepala otak pun terasa berat bermacam nak di fikir
bila tak ada baru nak di cari......... 
bila ada tak di peduli...........
ini semua kerja manusia!
Tenang..... ingat Allah! ingat Allah!
Ya Allah, pegang kemas hatiku ini....

Tuesday, March 15, 2011

♥♥ Harus lebih tabah ♥♥



Kita hanya merancang dan Allah SWT yang menentukannya. Pastinya pepatah ini cukup sinonim dengan kehidupan seharian dan tidaklah menjadi masalah bagi sesiapa yang berpegang kata-kata ini untuk menerima suratan takdir meskipun hakikatnya sangat pahit. Sudah menjadi lumrah kadang kala manusia sering kali melatah apabila berdepan dengan ujian, apatah lagi sekiranya sesuatu kejadian itu berlaku di luar dugaan sama sekali. Hati mula berkata bahawa semuanya tidak masuk akal. Sedangkan kita lupa apa yang Allah tetapkan ada sesuatu di sebaliknya. Sesungguhnya DIA tahu mana yang terbaik untuk hambanya. 

Hidup ini penuh dengan ujian dan dugaan. Memang perit dan pedih untuk menghadapinya. Pujuklah hati... dengan berzikir dan mengingati Allah... dan bacalah Al Quran... sesungguhnya, banyaklah sudah isi-isi yang tersingkap di dalamnya... segala jawapan ada di dalamnya...

Allah Maha Kaya dengan segala anugerah serta nikmat yang tidak putus-putus diturunkan kepada semua hamba-Nya. Cuma percaturan Allah SWT sememangnya berbeza-beza mengikut kehendak-Nya Yang Maha Adil lagi Maha Mengasihi. Kita sebagai hamba, seharusnya akur dan redha serta percaya sepenuh hati bahawa ujian itu didatangkan dengan sejuta hikmah dan kita biasanya hanya menerima natijah setelah kita benar-benar pasti tentang apa yang sedang kita lalui. Sesungguhnya Allah SWT itu tidak pernah kejam ke atas hamba-hamba-Nya tanpa mengira siapa kita.

“... Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
 (Surah al-Baqarah: 286)

Musibah yang datang silih berganti sepatutnya dijadikan kayu pengukur kepada tahap iman dan taat kita terhadap Allah SWT. Mungkinkah selama ini kita leka dalam menjalani kehidupan? Setiap nikmat yang diberi Allah SWT kita hirup tanpa segan silu. Namun perintah-Nya tidak sezarah pun menjejaskan sosiologi kehidupan, kita abaikan tanggungjawab, amanah tanpa rasa bersalah. Kita manusia biasa yang banyak kekurangan, akan tetapi mengapa kekebalan doa tidak diguna pakai bagi menangkis godaan dan hasutan mereka yang sesat lagi menyesatkan kita, agar terus patah serta jatuh apabila berhadapan dengan dugaan yang kadang-kala mencabar kecekalan iman. Jangan berhenti berdoa'.

“... Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat) seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan.”
(Surah Yunus:12)


Bagaimana hendak menjadi seorang yang pemaaf ?

Tidak perlu hendak menang setiap masa, Mengingati bahawa Allah mengangkat darjat orang yang suka meminta maaf dan memaafkan orang lain, Berdoa supaya disabarkan hati, Bersangka baik, Memikirkan kebaikan yang telah dibuat oleh sahabat kita. Sentiasalah muhasabah diri... 


Sayidina Umar berpesan, "Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisabkan."



PS: Entri ini Maiza khas kan kepada seorang sahabat dengan harapan moga dia terus tabah, sabar dengan ujian daripadaNYA. InsyaAllah

Wednesday, March 9, 2011

♥♥ Semut hitam.. Semut Merah ♥♥

Assalamualaikum


moga semuanya sihat dan sentiasa berada dalam redha Allah.. lama Maiza tak update blog, hampir 3 minggu kalau tak salah. Setelah pulang dari bercuti terasa malasnya nak berblog. selepas bercuti agak lama kemudian kerja seperti biasa.. bermula la.. kerja menimbun. Sibuk bermakna kita masih di perlukan kan... :) tak kisah la.. seronok apa kerja banyakkk ;)


Malam ni entah kenapa.. rasa Marah..... Jelesss....... Gerammmm....... Menciiiiii :(
kecil hati sangat-sangat!....... rasa mcm nak cekik orang betul!
eh.. kenapa nak jeles
kenapa nak geram
kenapa nak menci..........


ishh.. heran ni........ kecelaruan hormon kot......
tak sukaaaa.........


Contoh:


dalam satu group semut merah... lepas tu semut hitam muncul....
semut merah tak peduli kehadiran semut hitam...... kecik hati...... sedar diri....
kenapa semut merah panggil semut hitam
kan lebih baik jangan panggil semut hitam
semut hitam tak la kecil hati bila tak di peduli.........


semut hitam sedar diri...... ehmm.... diam ja la... :(