♥♥ My LovinG Followers ♥♥

Friday, May 6, 2011

♥♥ Getaran kasih sayang ♥♥



Assalamualaikum,
moga semua sihat dan sentiasa berada dalam redha Allah..

Mei bulan yang penuh dengan kasih sayang. Ini kerana bulan ini setiap tahun adanya sambutan Hari Ibu iaitu Insan yang begitu bermakna dalam hidup kita. Hidup ini di kelilingi oleh aneka warna.. penuh "Getaran Kasih Sayang" Alhamdulillah beruntungnya kita punyai Ibu Bapa, adik beradik juga sahabat akrab yang sentiasa di sisi. Untuk entri kali ini, ingin sekali berbicara akan "Cinta dan Kasih Sayang" sesama kita..


Pernahkah menatap orang-orang terdekat ketika saat dia sedang tidur?
Kalau belum, cubalah sekali untuk menatap wajah mereka saat mereka sedang tidur.
Saat itu, yang nampak adalah ekspresi paling suci dan paling jujur dari seseorang.

Perhatikanlah ayah Mak ketika sedang tidur.
Sedarilah, badannya yang dulu tegap dan gagah itu kini semakin tua dan lemah,
betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya,
betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya.
Orang inilah yang setiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya.
Orang inilah, rela melakukan apa saja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.


Sekarang, beralihlah.

Lihatlah wajah mereka
kulitnya mulai berkedut dan tangan yang dulu halus membelai-belai tubuh
kini kasar kerana tempaan hidup yang sukar.
Orang inilah yang tiap hari mengurus keperluan kita.
Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan mengomeli kita semata-mata kerana rasa kasih dan sayang,
dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan.


Cubalah menatap wajah orang-orang tercinta itu :
Ayah, Ibu, Suami, Isteri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat, Semuanya....
Rasakanlah kuasa cinta yang mengalir perlahan disaat menatap wajah bersih yang terlelap itu.
Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat
betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan anda.
Pengorbanan yang kadang tertutup oleh silap faham yang kecil
Entah kenapa selalu sahaja nampak besar.

Secara ajaibnya, Allah mengatur agar pengorbanan itu
agar boleh dilihat melalui wajah-wajah jujur mereka semasa sedang tidur.
Pengorbanan yang kadang melelahkan namun enggan mereka ungkapkan.
Dan ekspresi wajah ketika tidur pun mengungkap segalanya.
Tanpa kata, tanpa suara dia berkata :
“betapa lelahnya aku hari ini”.
Dan penyebab lelah itu?
Untuk siapa dia berlelah-lelah? Tak lain adalah kita.
Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka. Rasakanlah betapa kebahagiaan dan keharuan yang muncul  jika mengingati itu semua.

Thursday, April 28, 2011

♥♥ Sindrome Terlupa/ Pelupa... Cuai? ♥♥

gambar hiasan :)

Assalamualaikum


Moga semua sihat dan sentiasa ceria :)
Hari ni adalah "antara" ;) hari yang paling panik sedunia.. sepanjang hidup ni. Pagi tadi keluar nak pergi kerja sebelum tu berhenti stesyen minyak dulu lepas tu mula gerak la otw pergi office. Masa drive tu dah cakap dalam hati "eh.. napa la keta ni tak masuk gear pun tak kan la sbb tak panas enjin dulu sebelum nak gerak?" bermonolog sendirian... "eh.. tak mungkin lah..." dan tu terus tekan pedal minyak dengan harapan masuk ke gear 2? hehe.. laju juga la tekan pedal minyak tu..dah tu... "eh.. napa ni.. tak ok pun.. bunyi kuat pelik semacam ja..." apa lagi..... terus bagi isyarat "signal ke kiri.. kena berhenti la.." bila berhenti tu...

gambar hiasan :)

Ya Allah... alamak! Ya Allah....
bau hangit huhu... pastu berasap.. Ya Allah napa ni.. ada la kereta potong dari tepi tunjuk isyarat kat sebelah belakang.. dengan muka blur.. buat heran pulak tu huhu.. dari dalam kereta Maiza tengok tak berasap pun enjin? ingat memang dah sedia nak kena larikan brg berharga.. larikan diri.. sbbnya.. kebarangkalian "MELETUP" takut la terjadi... Ya Allah....

sebelum tu terus matikan enjin.. "eh.. enjin tak berasap pun.." jadi terus matikan hasrat nak lari.. duduk dalam kereta diam-diam terus call ayah..
"Ayah... kereta orang berasap! cepat ayah.. orang berhenti tepi jalan"
ayah... "berasap? pasai pa?"
Maiza.. "pancit kot... eh.. tak tau.."

tak lama tu ayah sampai... "tak pancit pun.. brake jammed kot..."
muka blur depan ayah... tukar kereta pinjam kereta ayah dulu..
Maiza.. "ayah mcm mn kereta ok ka? Ayah bawa balik kereta ok ja... 
Maiza... aik! hehehe

release handbrake dak?
err.... dah... laaa.... ehh... 
dah 4 orang termasuk ayah tanya hal sama...
tiba-tiba Maiza confused? hihi
sampai ja kat rumah... dengar ayah cakap....
"pagi-pagi baru nak isi minyak.. lepas tu kalot.. handbrake pun tak lepas.. tekan minyak sampai berasap!"
"eh..... ya ka... orang tak bawa turun handbrake ayah?..."
"ayah bawa tadi cmna... ok dak?"
ayah..... "kita bawa p sana sini tak pa pun......"

ooooo..... kalau macam tu.. comfirm! cuai... mujur lagi.....
ingatan untuk diri.... lain kali drive jangan fikir hal lain... huhu.... 

Friday, April 15, 2011

♥♥ Bila Maiza bercakap bab makan ♥♥

Assalamualaikum


Moga semua sihat dan sentiasa dalam redha Allah.. erm.. hari ni cuti minggu di sebelah utara dan pantai timur.. memang seronok rehat-rehat di rumah hujung minggu ni kan, di tambah pula semua balik kg.. bawa adik follow up.. ayah pula Alhamdulillah makin sihat dan dah boleh drive.. so, lega la sikit Maiza boleh la rehat hari minggu ni kan.. ok hari nak cerita bab makan :) hehe... dah lama tak cerita bab makan kan.. bila sorang kat rumah ni tak tau apa nak buat.. perut pun lapar.. tak kan tak masak.. ishh kena cop "PEMALAS" kan baru tau.. pada hal memang malas pun ;) ok jom la layan menu orang bujang yg ala-ala malas.... 


Telur sotong goreng kunyit 
tak pernah try masak semata2 telur sotong 
biasa mkn yg dlm sotong tu ja
ada kwn kat office jual 1kg RM18
kolesterol nih.. tapi teringin tiba-tiba terbeli lah pulak hehe
Maiza goreng kunyit, letak cili, bawang halia dan air asam jawa

ada kawan Maiza cakap
" Org pompuan tak pe sebab ada hormon estrogen (kata doc). Hormon ni selain berfungsi membina dada dia juga membersihkan saluran darah. Sebab tu org pompuan jarang kena sakit jantung kecuali yg dah menopous"
ermm.. ok la tu.. kira hari ni Maiza makan InsyaAllah ok
tapi jangan amalkan la... sekali sekala ja


tak sah kalau makan tak ada ulam-ulaman
awek muda hehe
saya penggemar ulam ermm

ini menu 2 minggu lepas 
Ayam lemon
saja try... boleh la jadi juga ;)


ingat masak untuk yang lain-lain sama
tau-tau.. yang lain makan kat luar lak
hehe.. macam tau-tau ja hari ni orang masak mcm nih
ok jom la layan makan ja la sorang

Sunday, April 10, 2011

♥♥ Siapa cakap tak sayang ♥♥

Assalamualaikum

moga semua sihat hendaknya dan sentiasa berada dalam redha Allah. Masuk ja bulan april belum update lagi blog ni.. makin lama makin malas hehe.. bukan apa sibuk dengan kerja bila dah letih mula la malas ja nak online. Kadang-kadang tu online kejap ja.. di buai mimpi.. minggu lepas memang kalut betul.. iya la.. adik lelaki bongsu merangkap anak lelaki tunggal dalam keluarga mengadu perut dia rasa sakit.. eh.. napa la pulak adik aku nih.. manja kot hehe.. saja mengusik dia tu.. orang lelaki memang tak tahan sakit eh.. hehe... sebelum tu dah bawa pergi klinik tapi dia mengadu perut dia tak ok juga.. Dah tu esoknya mak call Maiza kat office cakap adik kat KMC..

hah! napa lak dia.. doc suspek appendic [ntah betul tak ejaan ni] lahhh... 
"cepat la.. mak tunggu kat KMC.. adik kena masuk ward, petang ni operate" Mak
hah! sat2.. nak kuar dah ni.. orang otw mak.... 
masa drive otw g KMC fikiran ni.. risau betul la.. nyesal lak usik-usik dia.. alahh manja.. sakit sikit pun tak tahan ;) tak tahu pula sampai mcm ni.. sampai ja KMC terus g tengok adik kat treatment room.. sian.. cuak muka dia, ya la doc ckp ptg ni operate tapi tak comfirm lagi nak kena scan dl.. 

"kak takut la...." adik
"ishh.. sikit ja.. hero kena kuat :)" Maiza
"hari tu dah kena operate tangan dah ni perut pula" adik
"alah.. bila Allah bagi sakit dapat menggugurkan dosa-dosa kecil kita tau.. sikit ja operate tu" Maiza
padahal dalam hati... Ya Allah pelihara lah adik aku.. kesian dia baru ja sebulan lepas masuk operation theatre... lindungi lah dia.. Amen

ramainya pesakit.. bilik pun penuh
mujur ada ward baru ok la juga..

Maiza temankan dia masa nak scan tu..
sian lakk.. kat adik lelaki sorang tu huhu
bismillah.. tawakkal tau pesan Maiza
baca doa' shifa' InsyaAllah selawat banyak-banyak

dah masuk ward... kesian kena puasa la
awal tu makan ubat tulang.. tangan dia kan patah
belum jamah nasi ka apa pun
lepas tu nak operate plak.. dah kena puasa


sampai ke petang tunggu doktor tak muncul-muncul pun.. result test dia pun tak tau lagi.. ehmm.. risau.. terus pergi kaunter " macam mana ya.. result adik saya dah dapat ka? Maiza..
"ya cik.. dah dapat" nurse
"macam mana result dia.. ok? Maiza
"kita tunggu doc dulu cik, saya tak berani nak cakap" nurse
" haaa.. dah sudahh macam mana la result adik aku nih...sabar sabar..."
tak lama tu doc pun sampai la bawa result.. "ok saya dah tengok result.. tak perlu kita operation tak ada apa pun cuma sakit perut di sebabkan angin"
Alhamdulillah lega rasa... syukur la tak kena operate.. buat suspen ja lahh... perih air mata ni kesian kat adik huhu... bukan apa.. kalau tak kesian gak la.. dah masuk ward mesti la berpakej kan... 3 hari 2 malam.. erm.. apa-apa pun syukur..


Wednesday, March 23, 2011

♥♥ Getting bored day by day...♥♥


"Hidup ini adalah Warna-Warni yang terlakar pada kanvas,
walaupun tidak cantik,
tapi.... ia tetap memberi sejuta maksud"


Termenung...

tak kuasa menahan rasa

tidak tahu
Harus begini atau begitu

Dan harus bagaimana


Ya Rabbi…………
Yang membolak-balikkan hati
Peganglah hati ini
Agar tetap di jalanMu yang lurus
sehingga terpejamnya mata ini


huruf demi huruf tersusun atur mengikut barisan

titik dan koma berada diantara sela-sela melengkapinya

sesekali ada tanda seru menegaskan sesuatu

kadang tanda tanya muncul menanyakan ini itu

dan spasi selalu ada memberi jeda dan beda

tanpa suara
malah....
terdengar setiap sudut hati
tanpa senjata
tapi cukup untuk melukakan
menyakit dan mengecilkan hati
Terpadam keseluruhan ukiran 

yang terukir sekian lama

Tapi,

tanpa rasa tak kan ada guna

tanpa ilmu semua terasa hampa

terasa kosong..


awan beriringan di ujung mata

cahaya merangkak pergi entah kemana

mentari pun tak menampakkan senyumnya

entah benci keberadaanku

atau pada langkahku yang tak menentu hala?

aku diam dan terus diam

jawapannya ada di hati
Namun,

awan hitam berjajar mengelilingi
suara gemuruh mulai terdengar dari kejauhan
sesekali kilat menyambar bersautan



aku lihat

titik-titik air langit mulai berjatuhan

ribuan...mungkin jutaan

hatiku merasa begitu puas

Aku suka pelangi
pesonanya bagaikan lirikan senyuman
bagaikan memanjakan mataku ini.



aku mengerti

ada kekuatan di sebalik mendung yang kelam

ada harapan di balik kegelapan
ada hujan di balik awan hitam
ada pelangi di balik gerimis dan mentari


Makin hari ke hari
makin terasa sepinya hidup ini
terasa bosan begitu ketara
sampai bila?
Ya Allah, peganglah hatiku ini

walaupun keriuhan sentiasa ada
Namun,
tidak tahu menceritakan segalanya
Hati mengerti......

Getting bored day by day....

ada yang kata... 
dia "emmm dah tiba masa tu"
Maiza "masa apa?"
dia "kahwin lah apa lg..."
Maiza "betul, kahwin boleh selesaikan masalah?"
dia "ya, why not... accept me?"
Maiza "........................."


tak semua perkara yang di lafazkan mudah untuk di ambil kira
dan tak semua perkara yang mudah di terima menyelesaikan segala

PS: 
sibuk dengan program "5S" penat!
tension dengan manusia [tak ada kucing nak di peluk :) ]
sakit hati manusia punya kerja
tak ada mood nak beronline
kepala otak pun terasa berat bermacam nak di fikir
bila tak ada baru nak di cari......... 
bila ada tak di peduli...........
ini semua kerja manusia!
Tenang..... ingat Allah! ingat Allah!
Ya Allah, pegang kemas hatiku ini....