♥♥ My LovinG Followers ♥♥

Sunday, October 18, 2009

~*~ Senyumlah Sayang ~*~


SENYUM
adalah bahasa dunia. Ia menunjukkan keceriaan
Setiap kali berhubung dengan orang lain, sewajarnyalah kita Senyum
Senyum apabila berhadapan dengan sahabat adalah satu sedekah
jambatan persahabatan.
satu pelabuhan yang pastinya tidak akan merugikan.
Senyum harus ada ketulusan
yang dibuat-buat pasti tidak akan menyenangkan
sama saja dengan kening yang berkerut
So.. Jangan
Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata
Jangan Sebab semuanya untuk keselamatan kita
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya

Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang tubuh, mampu memberi manfaat kepada sistem saraf otak dan juga hormon

Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum kita ketawa.

Sedar tak?
kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa.
Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan. ( ya la.. kanak2 tau apa asyik enjoy aja.. mn nak fikir masalah apa.. tapi kita kena juga jadikan contoh kanak2... senyum lah.. ketawa.. InsyaAllah...)

sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan
terdapat dua jenis 'stress'
iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik.
Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik.
Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan

Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

" Ketawa adalah ubat terbaik penawar segalanya"

Junjungan besar kita sentiasa senyum… Senyum baginda itu ada lah satu sunnah yang kita boleh ikut dan kita dapat pahala lagi. Seperti firman ALLAH

“sesungguhnya telah ada pada diri RasulluLLAH itu suri tauladan yang baik bagi kalian (iaitu) bagi orang-orang yang mengharap (rahmat) ALLAH dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut ALLAH” (al-ahzab:21)


Dengan kita senyum kita menjadikan baginda tauladan, adalah satu tuntutan dalam segala urusan kita jadikan baginda sebagai mentor kita..

Senyum menzahirkan kita ini umat yang cukup mesra, lembut , toleransi dan beradab. Bila orang lain tengok pun senang hati.. Kenapa nak berkerut saja,tak elok sangat kita asyik nak berkeras sebab nanti muka tu cepat tua dari usia yang sebenar dan kawan pun susah nak dapat... Sebab ALLAH telah berfirman

“sekiranya kamu bersikap keras dan berhati kasar tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu”(ali-imran:159)



maiza
ketawa awet muda
senyum
lah sentiasa

yang lepas jng di fikirkan lg
ambil masa sedikit untuk senyum
jangan marah-marah
senyumlah sayang
senyum

InsyaAllah moga Allah akan permudahkan
sentiasa berdoa dan terus berdoa
moga hati itu tenang kembali
moga apa yg berbekas di hati akan reda kembali
kalau tak tahan sangat menangis
sepuas-puasnya
tiap dugaan ada hikmahnya
sabar


p/s panjang betul n3 kali nie
khas utk kwn2 yg sukar nak senyum, ketawa..


in loving memory
maizac'joe

Saturday, October 17, 2009

~*~ Kenal Pastikan ~*~


Makna di sebalik tulisan

Dato' Dr Fadhilah


Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.

Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan

dan tidak berbekas.
Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
Emosional, prihatin, pengasih penyayang,

kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan

(otak kreatif)

Tulisan yang tajam-tajam @ leper-leper
Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus

dan banyak memakai otak di sebelah kiri

(otak logical)


Condong ke kanan

Extrovert, suka bercerita,

berkongsi maklumat dengan orang lain,

peramah, mudah bercampur dengan orang,

mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang,

Penyayang, berani, pemurah


Condong ke kiri
Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu,

tak suka berubah,

amat setia kepada kekasih, keluarga,

organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang

Tegak
Systematic, mudah kawal diri,

suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia,

tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah

Campur-campur
Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur

atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)

Jarang-jarang
Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

Rapat-rapat
Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain,

jimat atau kedekut

Kecil, pendek dan tak sempurna
Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin,

tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun

sayang itu banyak dalam diri


maiza

dah lama di kenal pasti

rupa-rupanya

tue yg di hightlighkan

colour lain dr yg lain

mudah-mudahan

AMIN


in loving memory

maizac'joe

~*~ Tak seperti dulu ~*~

Dulu riuh rendah
kini sepi... sangat sepi
dulu rapat
kini sangat jauh... jauh... jauh...
berubah dah sangat berubah
dulu bila start walau hanya sekecil-kecilnya
habis kecoh semuanya....

tak ada perbincangan terlalu serius
tapi adakalanya
topik serius pasti di bincangkan juga
tapi ada juga terselit gurauan
ketawa dan terus ketawa
sekarang dah tak ada
hilang semuanya
tapi tetap jg
ada..

tika itu walau masing2 jauh
tapi sentiasa dekat-dekat di hati
tapi masih dapat mendengar ketawa.. gurau senda..
tetap terasa keriuhan, ketawa, usik mengusik
kini semuanya lenyap sama sekali
Tapi
kami masih tetap bersama
masih ada gurau senda
kini ada jauhkan diri
tak seceria dulu
mungkin
AKU?
aku tak boleh tak ceria
macam mana pun
teruskan seperti biasa


Kini
walau kami kadang bertemu group kecil
kami seolah-olah tetap kotakan janji
tetap terasa kemeriahannya
sentiasa bersama

entah la perasan atau tidak
tapi aku perasan situasi kini dah lain benar
dah tak macam dulu lagi
gurauan usik mengusik dah hilang
dulu timbul 1 2 3 4 5
riuuuhhh
sekarang dah semakin kurang riuh
perasan atau tak
semua terus diam.. entah la...
mungkin dah tak ada idea... tapi aku perasan
aku juga pasti ada yang perasan
semua diam dan terus diam

Aku
rindu suasana dulu
sangat mesra

sentiasa gembira
sentiasa tenang damai

bila bersama... ramai-ramai... hilang semuanya
angkara ketawa...
hilang stress, hilang tansion, hilang sekejap masalah
senyuman sentiasa terukir dan terus terukir
mungkin juga betulnya
"Biarkan saja.. lama kelamaan akn faham"

Berubah dah sangat berubah
namun masih bersama
bila ketemu pasti ada saja gurauan
sapa menyapa, usik mengusik
ketawa.. ketawa dan terus ketawa
semua ketawa.. wlu jauh terasa kedengaran ketawa

dulu seperti janji waktu ketika nak bersua
semua dah tau waktunya bila
erat dan masih tetap erat
walaupun hanya di alam maya
teruskanlah... teruskanlah

"Rindu kenangan dulu"



in loving memory
maizac'joe

Friday, October 16, 2009

~*~ Percaya... Lebih Percaya ~*~

Ketika rasa percaya diri menjadi tak terkendali
hanya aura lemah ada dalam diri
ketika rasa kurang percaya diri menguasai diri
hanya aura ketidakmampuan yang akan terpancar
dari dalam diri

Aku mahukan kekuatan kecerdasan emosional
hanya kerana mahu menjaga rasa percaya diri
mengharapkan keseimbang dalam keharmonian diri
Aku juga wajib membangun kualiti diri
kekuatan rasa percaya diri yang
seimbang keharmonian dalaman

Moga rasa percaya dalam diri yang baik
akan terlihat dari aura diri yang positif
akan terlihat dari
body language percaya diri
akan terlihat dari
kata-kata
dan tata bahasa yang positif
akan terlihat dari
kemampuan memainkan peranan

fungsi diri di dalam kehidupan
dan akan terlihat dari
kekuatan emosional baik

yang menguasai semua sikap dan sifat hidup aku
Rasa percaya diri yang seimbang akan selalu
mendapat sokongan
sentiasa mengharapkan begitu seterusnya
sebab dalam rasa percaya diri yang seimbang

ada sikap rendah diri
juga kelembutan hati

"Seseorang akan rasa percaya diri yang seimbang
akan selalu
mampu menyesuaikan diri
dengan kultur dan gaya hidup apa pun"

"mudah mesra"


Aku berharap akan sentiasa merasa nyaman

di dalam lingkungan manapun,

tanpa merasa diri luar biasa hebat

atau pun merasa diri serba kekurangan

Aku berharap seterusnya diri akan percaya
kepada semua keyakinan
kepercayaan
dan pola hidup dari insan-insan sekeliling
aku
keluargaku tersayang
ayah, mak , adik-adik, "dia" kawan

dengan rasa percaya diri yang seimbang

selalu merasa bahagia
dan mengharapkan ketenangan dan kedamaian

Semoga aku sentiasa dalam Lindungan OlehNya
di beri kekuatan tempuhi cabaran mendatang
serta di berkati dan permudahkan

InsyaAllah.... AMIN....


in loving memory
maizac'joe

Wednesday, October 14, 2009

~*~ Menangis Sepuas Hati ~*~

Ketika menghadapi masalah yang membuat kepala sangat pening, ketika itu perlunya mencari seseorang untuk brkongsi masalah. Berkongsi masalah dengan orang lain dapat mengurangkan stress. Tetapi sering mengalami kesulitan untuk di kongsikan, dan alih-alih yang muncul hanya airmata, tangisan...

Menurut Dr William Frey dari Minnesota, menangis dapat membuat seseorang merasa lebih baik kerana airmata yang keluar berfungsi menghapus ketegangan saraf pada tubuh, yang salah satu penyebab stress, Oleh kerana bebanan masalah.

Air mata terbahagi kpd 2:
Air mata iritasi, air mata yang keluar kerana ada benda asing yang masuk kemata
Air mata emosional, air mata yang keluar kerana dorongan emosi atau perasaan

Jika stress dianalogikan seperti racun, maka jika tidak dikeluarkan dari tubuh akan menurunkan sistem kekebalan tubuh dan proses biologis lainnya. Proses pengeluaran racun dari dalam tubuh biasanya adalah ketika berkeringat/ berpeluh dan menangis.

Selain melegakan, menangis itupun sihat.
Alasan lain kenapa orang merasa lebih baik menangis saat emosional adalah, kerana air mata yang keluar mengandungi lebih banyak protein termasuk hormon penyebab stress.

Dengan menangis, air mata yang keluar akan menstimulasikan produksi hormon endorphin, sehingga muncullah rasa lebih baik pada diri..
Menyedari fungsi airmata, tidah hairan para psikologi merekomendasikan 'menangis' sebagai langkah awal untuk memulai penyembuhan stress. Jika tidak menahan atau menanggung bebanan masalah yang merumit lagi menyesakkan, menangislah dengan sepuas-puasnya... menangis mampu menenangkan emosi..!!

maiza
mengapa menangis??
kasih sayang dan kelembutan hati
kerana rasa takut
takut padaNya
takut kehilangan
kehilangan keluarga

Ayah, mak, adik, "Dia" kwn2
kerana gembira
gembira kejayaan juga kerana kegagalan
kerana cinta dan kasih sayang
kerana kesedihan terlampau
kerana menghadapi penderitaan
kerana kadang terasa lemah
lemah kerana sakit