♥♥ My LovinG Followers ♥♥

Tuesday, August 31, 2010

♥♥ Apabila kadang kala kita berada di atas dan bawah ♥♥

Melewati hari-hari yang telah berlalu…

Membuatkan aku tersedar dari mimpi…

Dalam kehidupan ini

Hidup ini tidak selalunya… bahagia dan gembira…

Adakalanya… Tanpa disangka-sangka…dugaan datang melanda

Bagai ombak menghempas ke pantai.. tanpa sempadan

dan kadang kala silih berganti

menguji kesabaran hati nurani seorang manusia…

Hidup ini umpama roda yang sentiasa berputar…

kadang kala di atas, kadang kala di bawah

berputar mengikut haluan

Ketabahan sering menjadi taruhan…

Kebahagian tidak selalu di kecapi...

Namun, apa yang penting perlu berusaha untuk mendapatkannya…

Adakalanya aku seperti seekor burung…

Yang hilang arah tuju…

Tetapi aku kembali sedar… Alhamdulillah

apa yang pasti! aku perlu berani menghadapi liku-liku hidup

Dan cabaran yang mendatang…

Dan bukannya masih bermimpi di awangan…


Hidup ini umpama roda yang berputar. Sekejap kita diatas, sekejap di bawah. Jadi, eloklah beringat-ingat selalu, ada masanya semua yang di kecapi tanpa di sangka hilang begitu sahaja. Nikmat pinjaman dari yang Maha Esa yang di pinjamkan hanya sementara.

Sebagai hamba, bila ALLAH ambil semula hak-Nya yang dipinjamkan, janganlah kita mula keluh kesah, umpama hilang pertimbangan. Hilang bahagia, sebab benda yang mendatangkan bahagia telah lenyap selamanya.. SUBHANALLAH!

ALLAH datangkan ujian sebagai penyebab untuk menyedarkan kita. sudah tentulah sangat susah untuk merasakan diri banyak melakukan kesalahan. Mungkin kita tidak perasan akan kesalahan yang berulang kali di buat? Jadi, memang patutlah ALLAH peringatkan kita.


Ini sekadar peringatan pada diri yang alpa dan secara tidak langsung juga mengingatkan kawan-kawan semua,bersyukurlah dengan segala nikmat pemberian ALLAH. Segala nikmat itu adalah pinjaman sementara sahaja untuk menguji samada kita bersyukur atau tidak dan samada kita menggunakan segala nikmat itu ke arah kebaikan atau tidak.

Hanya ALLAH sahaja tempat yang paling layak untuk kita mengadu, merayu dan merintih. Rasakanlah setiap ujian yang datang daripada-Nya sebagai peringatan untuk kita terus memperbaiki diri, merasakan diri tidak layak menerima anugerah nikmat dari-Nya Yang Sangat Baik itu. Hanya DIA sahajalah yang layak untuk diberi pujian. Hanya orang yang tunduk patuh kepada ALLAH sahaja akan dimasukkan ketenangan dalam hatinya. Waktu itu tidak kira apa sahaja yang didatangkan ALLAH, hati tetap tenang dan bahagia menerimanya. Alhamdulillah

Ingin sekali Maiza share kisah seorang rakan.. dia di timpa musibah kesian. Pagi-pagi sesampai saja di pejabat Maiza di khabarkan berita yang kurang enak di dengar. Dia dari seorang ketua bahagian entah kenapa dan mengapa dia di singkirkan. Dari mempunyai kedudukan tinggi ada pejabat besar terpaksa mengemas barang berpindah ke sebuah partion kecil. Ya Allah kesian, moga dia tabah lalui semua yang di tetapkan. Pada Maiza orangnya sangat baik. Zahir orangnya bertanggungjawab, amanah, jujur, Batin.. wallahu'alam kita tidak dapat menilai seseorang pada dalaman. Tapi Maiza beruntung dapat kenal dan berurusan dengannya.. Mata Maiza tidak tahan melihat dia, hati Maiza tersentuh.

Perumpamaan.. Jika sebelum ini Maiza dan kami semua ada masalah kerja, pintu pejabatnya di ketuk. Tapi tidak lagi, mungkinkah dia pula mengetuk pintu bilik kami.. Allah tak dapat di bayangkan kesian. Orangnya berpengalaman bertahun lamanya. Realiti dalam kehidupan. Kalau orang suka kita di angkat di kendong dan tak mustahil suatu hari jasa kita di lupakan sedikit demi sedikit. Bila kita sudah tidak di perlukan... Maiza tidak membayang akan kesalahannya mungkin! tetapi membayangkan kenapa sedemikian rupa. Selanjutnya Maiza tak tahu kenapa dan mengapa "Kawan" jatuh begitu. hanya 2 kemungkinan yakni "salah atau tidak" sahaja.. perit dan kesian tengok dia.. banyak kemungkinan di fikiran Maiza, cuma entah.. adakah itu jawapan atau hanya satu andaian... wallahu'alam...

Award dari Sis Tinie
Terima kasih atas penghargaan :)

Kad Raya dari Sis Maiyah
Terima kasih atas ingatan Salam Lebaran :)

Friday, August 27, 2010

♥♥ Apabila 2 beradik bertemu muka bicara ♥♥

Assalamualaikum.. Salam Ramadhan.. harap semua sihat ya..

Dah masuk 17 Ramadhan, pantasnya masa berlalu dah nak raya nie.. ehh.. tak sabarnya.. hehehe.. sudah seminggu blog tak update rupanya. Masa mencemburui, di tambah pula tak ada idea adeh.. lagi la bertambah malas jadinya..

Jumaat lepas, adik Maiza yang bekerja di KL balik ke kampung halaman.. ecehh.. kampung ka ^L^ jadi macam-macam la plan kami dua beradik..

adik " kak, adik teringin nak makan kuih pau..."

Maiza " inti kak tau buat.. doh tak sure lagi... tau ka?"

adik " adik tau... ala.. kita try ja la.... "

Maiza " best gak kuih pau kan.. kita hentam ja la.. tanya pak cik google.. ^L^ "

adik " kak.. adik teringin nak makan blablablabal....... "

Maiza " hamboi.... macam restoren pulak main order ja.. "

Jumaat lepas Maiza pergi la sambut adik kat Airport Sultan Abdul Halim.. macam baru balik dari overc pulak... hehehe....

So.. pagi-pagi lagi kami berdua pergi pasar beli barang keperluan apa yang patut.. dah siap semua bermula lah dua beradik ini masuk dapur hehehe.... kali ini layan ja la entri ini.. entri balik kg.....

langsir dah di pasang

kuih raya dah di tempah.. tempah dan tempah lagi.. huhu.. tahun ini tak sempat nak buat kuih raya.. cehh!! padahal P.E.M.A.L.A.S ehh.. tak.... tak ada geng nak buat kuih raya la.... ^L^

Baju raya dah nak siap!

servay baju raya lagi dan lagi tapi tak beli pun :)

ehmm.... apa lagi persiapan tak siap ya...

Sahabat.. dah prepare untuk raya ka?... hihihi

layan ja la entri makan-makan.. balik kg nie ya ^L^

itu bukan Mak & Ayah Maiza ya :)
itu Tok & Wan Maiza
pic muda remaja.. hehe.. kalau tak salah time tue Wan baru balik dari mesir
baru bekerja... hensemmm kan ^L^

pandangan dari nun Pensyarah, peguam, pensyarah

nin ke bawah pulak Doktor, Pegawai IT, tukang kira-kira + IT ^L^

Jurutera, Manager bank, Cikgu

nak kerja apa semua ada ustaz ustazah pun ada :)

semua ini cousin + Maiza+ Adikku

ini 1/3 saja bagi gambar.. yang lain depa kata

Allah lupa pulak.. hehe


Koleksi Keluarga tak ada apa-apa :)

scroll ke bawah... jengok menu berbuka pula

yang menjadi idaman kalbu

yang membuat kami 2 beradik pergi pasar pagi-pagi buta

hihihi


Masak lemak siput sedut + nenas
favaurite Maiza :)

Ayam golek yang tak bergolek
sebab dah potong siap hehe

Kurma daging.. favaurite ayah

Siakap 3 rasa :)

kerabu sotong tak nampak rupa :)

Sambal tumis udang tak ada petai sebab makan dng nasi tomato :)

Pau macam-macam saiz
inti gulai ayam & nyok gula hangus :)

♥ T.A.M.A.T ♥
SALAM NUZUL QURAN


Thursday, August 19, 2010

♥♥ Tersenyum ♥♥

Assalamualaikum.. Salam Ramadhan semua..

ahh... dah lama blog tak update.. malasnya hehe.. hari ini sudah 8 ramadhan kejapnya masa. Pejam celik.. pejam lagi dah nak masuk 10 ramadhan.. pejam lagi.. eh.. dah nak dekat raya.. emm... cepatnya.. Hari ini buat Maiza tersenyum ++ tau kenapa? hehe.. hari ini Operasi + meeting. Operasi ke atas gerai atau restoran yang memulakan perniagaan seawal atau sebelum jam3 petang. Sebelum ramadhan lagi kita dah warning, jangan buka kedai awal.. jangan buka.. dekat radio pun dah ulang berkali-kali tapi tetap degilnya Ya Allah.. yang tau nak kaut untung, tak tahu ka untung yang di perolehi itu haram!! haram pun buat juga.. apa yang di tegah itu yang nak buat. Bila operasi rampasan di lakukan mula la nak marah macam-macam hal pula tue... tak kisah la apa pun janji tanggungjawab tetap di laksanakan.. kerja harus Amanah, jujur, dedikasi okey...

tiap kali penguatkuasa buat operasi.. tiap kali tue juga Maiza lupa nak snap pic :) sorry!

"u bahagian mana? "
"Jabatan hasil dan kewangan"
"ooo.. ehh.. jiran la kita ya "
" ya.... "
"Encik?"
" Undang-undang "
" owh.. inilah kapten yang baru ini, saya baru tengok orangnya...."
" hehehe... ya ka... selamat berkenalan.. apa-apa boleh i tanya ka?"
" boleh apa salahnya.. tapi jangan tanya pasal undang-undang banyak sangat saya tak mahir lagi ^L^ "

kapten yang baru maiza kenal tue.. smart orangnya.. low profile, dengar kata staff bawahannya sangat sukakan dia sebab di mudah di bawa berbincang.. " welcome kapten!! "

Lepas sembang kosong dengan kapten, big boss panggil meeting pula.. eh.. tiba-tiba panggil meeting, apa cerita.. Dato' tegur, puji sana-sini Alhamdulillah dan blablabla....
satu hal yang paling buat Maiza tak tahan dengan teguran big boss...

" i hairan la.. team u all ini bagus-bagus, kalau ada masalah cepat settle.. tapi cuma satu sahaja.. tak tau nak bergaya "
dengan muka kami yang agak ke hairanan, sambil berkerut dahi....
" maksud i.. pakaian u all memang ok tiptop.. tapi cuba la.. ini u all perempuan (sambil menuding jari ke arah team Maiza) make up"

kalau nak di ikutkan hati ini ketika itu memang nak tergelak sangat-sangat meremang bulu roma ini.. Ya Allah Dato' apa kena dengan dia.. last-last make up pula yang di tegur.. blablabla.. "orang-orang technical memang tak tau make up ka? " " Cik Maiza.. background u IT kan?"
" ya.. Dato' "..... ( sambil bercakap dalam hati ini ) eh.. eh.. Dato nie pasal make up ja... aduhai.. dah settle meeting.. keluar ja..

" Maiza any comment? "
" ehmm.. sangat-sangat bermasalah sebabnya Maiza tak tahu make up lah.. ishh so.. abaikan soal make up tue "
" hahahaha.... " semuanya pakat gelak lawak yang teramat sangat Dato' hari ini...

p/s : sapa yang background technical (IT atau apa saja berkaitan) memang simple kan.. kenyataan ka tue.. tapi memang pun Maiza pergi office sangat simple.. kalau orang lain ambil masa nak berdandan sana-sini.. Maiza senang, pakai baju, siap bertudung lengkap kemas yang penting tutup aurat tak payah buang masa make up lama.. ceh.. padahal mengaku diri memang langsung tak tahu make up!!

Friday, August 13, 2010

♥♥ Keindahan tercipta ♥♥


Assalamualaikum.. Salam Pagi Jumaat Semua..

♥♥ Jalan yang di lalui, memang bukan mudah. Ada duri, Ada ranjau, Ada luka. Namun, masih ada indahnya.. Pada harum bunga, Pada hangat mentari, Pada ribuan warna yang penuh pesona. ♥♥

Sudah 3 Ramadhan begitu pantas masa berlalu Alhamdulillah masih terus di beri peluang menikmati keindahan ciptaannya. Nyaman sekali udara di pagi hari, bersahur bersama keluarga tercinta walaupun anak tekak masih kurang mampu menerima makanan yang terhidang cukuplah beberapa suap nasi sudah mampu mengalas perut. Seusai solat subuh sudah mampu bertadarus syukur Alahamdulillah jika tidak langsung tidak dapat mengangkat tangan sekali pun, lutut seolah tidak mampu bertahan untuk berdiri, segala sendi terasa entahlah bagaimana mahu di bayangkan, kepala pula terasa sakit di keseluruhan yang amat sangat. Entah kenapa Ramadhan kali ini di sambut kondisi diri yang sangat teruk. Mungkin juga terlalu "manjakan" sakit emm.. agaknya juga. Sakit adalah satu nikmat tapi hati begitu teringin untuk berterawih di surau apakan daya sakit ini telah menyebabkan diri terpaksa melupakan sementara hasrat hati.

Sungguh!! belum pergi terawih lagi.. sayang.. sayang sekali... 1 Ramadhan berterawih sendirian di ruangan kamar kesayangan hanya mampu " buat 8 " tiada nikmat kepuasan tak seperti tahun lalu tidak dapat di bayangkan betapa seronoknya. Hari ini, di saat ini, pagi jumaat yang mulia dan indah ini terasa sudah begitu sihat... Alhamdulillah InsyaAllah dapatlah pergi berterawih..

Ramadhan tahun lalu gembira, seronoknya tidak dapat di bayangkan. Berterawih ke surau di belakang rumah, menyusuri jalan bersama ayah, mak juga adik.. seronok sangat seronok. Rumah terang benderang dengan lampu neon beraneka warna. Sebelum Ramadhan lagi ayah dah siap sediakan segalanya. kata ayah " tiap-tiap malam buka lampu, senang orang nak lalu ke surau " sekarang, lampu yang sudah lama di pasang kebanyakkannya sudah tidak bercahaya makin tidak terang namun lampu yang lainnya cuba untuk berfungsi memberi cahaya walaupun kurang terang tapi orang-orang tetap dapat lalui jalan untuk ke surau Alhamdulillah...

ah.. sudah Maiza jangan bermadah keterlaluan, senang cerita Alhamdulillah sudah makin sihat bertambah sihat. Rasanya sudah 3 minggu kondisi badan ini tidak stabil, sekejap demam, sekejap kebah.. demam kembali kebah pula.. ahh.. pening-pening. Pergi jumpa doktor saja kena marah asyik kena marah ja.

Doktor " U ni tak dengar cakap, U kena rehat (BP) U terlalu rendah bahaya!!

huhuhu.. kena marah lagi....
Maiza " Doktor, saya nak share seperkara.. saya hairan bila saya fikir, ayah sebelum sakit dulu hari-hari kerja, hari minggu ke kebun, dusun menebas sana sini kuat betul ok ja. Ini saya baru lagi memikul tugas kepala keluarga (bukan ketua keluarga ya.. hehe) sudah jadi semacam ini apa hal ini.. hairan saya.....
" U kena rehat......... "

bestnya cuaca pagi ini, terasa nak kemas rumah, kemas bilik.. almari yang lama tida di pedulikan terasa nak jongging pun ada.. ehh... ada ka orang jongging bulan puasa ni.. nanti orang ingat budak ini apa hal.. eh.. tak pelik kan.. kalau malas kemas rumah pergi jongging ja la.. kemas rumah lebih bagus..

emm.. menu apa petang ni ya.. hehehe... awal lagi Maiza.. Maiza....

p/s jaga kesihatan ya.. jangan jadi macam Maiza.. degil yang amat..
ketegaq kata mak dengan ayah ^L^

Wednesday, August 11, 2010

♥♥ Beringat sama!! ♥♥


Assalamualaikum

Salam Ramadhan buat semua.. hari ini dah 1 Ramdhan dah 1/2 hari.. bagi yang dah biasa puasa bulan Rejab, sya'aban juga Ramadhan ( ehem.. ehem..)InsyaAllah tak ada masalah kan.. jangan pula puasa yok yok buka periuk hehe... ^L^ tak ada lah kan...

Menu apa hari ini? kat rumah maiza hingga saat ini tak habis-habis berbincang menu berbuka, sehinggalah kena penangan marah dari mak.. huhuhu.. padan muka... kalau bercerita pasal menu berbuka di tambah pula puasa-puasa ni memang tak habis.. lepas itu berbuka tak ingat dunia.. lepas berbuka mula la ada alasan tak mau pergi terawih kannnn......

kalau perut boleh bercakap, bayangkan apa perut cakap
" oii... sudah la.. berhenti la makan tu.. perut tak larat terima dah nie.. " lepas tue pergi terawih mula la letih nak sujud ja.. adehhh.... penuh sangat perut.. lepas tue pula "ala buat 8 dah la.. errkk..." ehh.. sat ja p terawih?? "ala orang buat 8 ja.. tak larat la.. buat juga kan.." ke situ pula alasan dan jawapan kononnya bernas la tue....

"mak, hari ini orang ingat nak masak siakap stim, sambal udang petai (tak tahannya..) sayur campur (mesti ada)"
"ikut la... macam mana pun... masak jangan banyak sangat.."
"mak kita masak asam pedas ikan pari blablabla....."
"yang mana satu hampa nak makan nie sambil menjeling ke arah Maiza"
"hehehe... ok ok.. tak jadi... "
"kak masak la special sikit ayam golek ka.. ketam ka.. " kata adik
"ni lagi.. ingat la sama.. orang susah nak beli ikan temenung pun tak mampu kita yang ada ni bersyukur sama apa yang ada, sat gi lepas makan mula la mengeliat 'baloq liat' nak p terawih"
"hehehe.. kan dah kena.. serang tebuan jangan di jolok!! "

Beringat-ingat sama ya.. ala kadar lebih afdhal
p/s: pssstttt..... sahabat semua berbuka dengan menu apa petang nie.. ^L^



Ikhlas dari Sis Tirana
Terima kasih atas ingatan

Ikhlas dari Sis Kamsiah
Terima Kasih atas ingatan