

BISMILLAH (DENGAN NAMA ALLAH)
Barang sesiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara daripada godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut. Barang sesiapa membaca sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca.
SURAH AL-FATIHAH (PEMBUKAAN)
Barang siapa membaca sebanyak 41 kali di antara sembahyang sunatnya nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan di kasihi oleh makhluk dan di takuti oleh musuh. Barang siapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap kali sembahyang fardhu, nescaya pintu rezekinya di lapangkan oleh ALLAH dan bertambah baik keadaannya serta bercahaya rohaninya.

AYAT AL-KURSI (KEKUASAA ALLAH S.W.T)
Barang siapa membacanya sekali selepas setiap kali sembahyang fardhu, nescaya terpelihaya daripada tipudaya dan gangguan syaitan. Dengan membacanya seseorang yag miskin akan menjadi kaya, dan jika membaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman. Barang siapa sentiasa membaca ayat AL-KURSI, nescaya ALLAH S.W.T akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikan yang tidak terhitung banyaknya. Barang siapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya ALLAH S.W.T akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan ALLAH S.W.T akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk si pembaca sehinggalah ke hari Qiamat dan tersebut dalam Hadith yang lain barang siapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya ALLAH S.W.T akan membuka pintu rahmat baginya hingga ke subuh dan mengurniakan NUR menurut bilangan rambut di badannya..
-in loving of memory maiza-






No comments:
Post a Comment