♥♥ My LovinG Followers ♥♥

Sunday, July 5, 2009

~*~ Ada apa dengan hikmah bersabar ~*~

Kalau nak suruh orang bersabar sememangnya sangat senang tapi nak suruh diri sendiri sentiasa bersabar bukannya sesuatu perkara yang mudah. Senang ataupun susah untuk bersabar bergantung pada seseorang itu. Sebenarnya kita sebagai hamba allah sentiasa di tuntut supaya banyakkan bersabar kerana sentiasa ada hikmah di sebaliknya.....

1- Dapat mengelakkan daripada penyakit, jika kita tidak bersabar tentu hati dan fikiran serta perjalanan darah dalam diri kita akan terganggu. Contohnya katakan kita terlampau marah kepada seseorang kerana telah menjatuhkan air muka kita di depan orang ramai, maka kita pun tidak dapat menahan sabar lalu bertindak balas atau menyerangnya di depan orang ramai juga. Pada masa itu denyutan jantung kita semakin laju dan tekanan darah akan bertambah. Akibatnya, jika kita terus bersikap sedemikian sudah pasti lama-kelamaan kita mungkin akan di serang sakit jantung atau darah tinggi.

2- Dapat mengekalkan hubungan silaturahim. Bila orang melihat kita sentiasa bersabar menyebabkan orang sentiasa senang dengan kita dan mereka sudah tentu mahu mengekalkan hubungan baik dengan kita.

3- Allah akan sentisa bersama hambanya yang bersabar. Sabar itu adalah separuh daripada iman.

4- Amalan bersabar akan menyebabkan fikiran kita menjadi lapang dan tenang. Mungkin semasa kesusahan tidak berlaku kesenangan tetapi setelah itu baru kita dapat merasakannya..

5- Kajian telah mendapati ketika kita marah berjuta-juta sel dalam darah kita akan mati sedangkan sel-sel tersebut sangat penting untuk kita. Jadi, bagi mengelakkan kematian sel yang banyak kita perlu menyekat dengan cara menghentikan kemarahan dan sentiasa banyakkan bersabar.

W'pun begitu, kita sebagai hamba ALLAH perlu sentiasa tabah dan bersabar dengan dugaan yang di berikan kepada kita. Setiap dugaan yang ALLAH berikan pada kita hanya sekadar hendak menduga kita samada adakah kita dapat bersabar menempuh segala cabaran, mensyukuri dan juga menginsafi dengan kekuasaannya yang maha esa.......

lembaran ini saya kutip daripada seorang DR. PAKAR CARDIOLOGIST DATO' DR. MOHD AMINUDDIN (DR AMIN) yang pada ketika itu DR. yang bertanggungjawab merawat tok saya di unit rawatan rapi (ICU) dan juga di wad 505 (single deluxe) Kedah medical centre (KMC). Hasil daripada perbualan kami dapat saya simpulkan bahawa makna bersabar begitu penting dalam kehidupan.
moral of the story " Setiap cabaran dan dugaan pasti ada hikmah di sebaliknya yakni tabahkan hati dan sentiasa bersabar serta bersyukur dengan nikmat yang di berikan.. insyaallah"...


-luv'u'maizac'joe-

No comments: