Ramai yang tahu tentang cinta, ramai yang tahu menyebut perkataan cinta.. ramai yang tahu bagaimana menyebut kata-kata cinta. Tapi adakah anda tahu apa itu cinta yang sebenar???Sifat cinta
cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. sifat cinta itu sempurna. Jika tidak cinta akan cacat. Itulah sebenarnya CINTA.
Cinta wujud sejak di lahirkan
Rasa cinta telah wujud dalam jiwa setiap manusia sejak di lahirkan ke dunia. cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepada kekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, yang pertamanya cinta kepada Tuhan, wujudnya cinta itu tak dapat di lihat tapi dapat di rasa dan cinta sebenar itu suci murni serta putih bersih.....
Cinta bersedia

Menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan di kasihi. Sedia untuk mengikat setiaBila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia serta saling memahami . Setia untuk di pertanggungjawabkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang di cintai...
Cinta itu indah
Walaupun kewujudan cinta tidak dapat di lihat, tapi itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak sesekali bertopeng. Bukan saja cantik, malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih...
Cinta itu mengharapkan balasan
Cinta antara manusia itu kehendak daripada jodoh, dari diri yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. bila dapat di cari bermakna, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan yang secocok dengannya...
Cinta itu menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai, kalau boleh mahu yang di kasihi hanya untuk dirinya sahaja juga tidak mahu di kongsi-kongsi. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan di cintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin di takluki sepenuhnya....
Cinta itu mengetahui
Sebenarnya cinta itu mengetahui. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa menbaca ilmiah atau novel cinta. tapi mereka tahu apa yang perlu di lakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta...
Cinta itu hidup
Cinta itu boleh berputik lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan, cinta mendengar cinta, berkata cinta juga melihat cinta. Cinta ada segalanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia menemui mati. Tapi cinta yang agung adalah cinta kekal selagi masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati...
Cinta itu suci
Sucinya cinta itu bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak di nodai dan tidak pula berdosa, itulah sifat cinta. Ia suci bagaikan baru di lahirkan. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan dari godaannafsu yang tiada batasan. Kerna nafsulah cinta suci menjadi bernoda dan berdosa...
Cinta itu mempesona
Cinta itu bukan saja indah tapi mempesonakan. Ia bukan kerna cinta itu nakal sifatnya, tapi kerna ia suci dan bersih. Contohnya anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih ia senyum pada anda dan meratapi anda. Anda terpesona kerna bukan saja ia comel tp kerna ia insan yang tidak berdosa. Kerna sifat cinta yang mempesonakan ini selalunya manusia berbuat silap bila bercinta.... apa saja yang di lakukan kekasih mempesonakan, walaupun itu adalah asatu dosa dan ia akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga memnyebabkan orang yang bercinta walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerna pesona cinta. Akal itu mampu di kalahkan oleh nafsu, nafsu tidak dapat di kalahkan melainkan jika sentiasa ingat pada Tuhan yang maha mencipta...
Apa itu bukti cinta
Cinta perlukan bukti?? ramai yang percaya bukti cinta ialah pengorbanan, menyerahkan apa saja yang kekasih mahukan. Adakah berlakunya sebegitu dapat membuktikan APA ITU CINTA ABADI?? maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Anggapan itu tidak tepat, jika di beri semuanya apakah yang akan tinggal?? Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan yang di cintai. Sebaliknya menjaga agar suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri....
Apa itu bukti cinta
Cinta perlukan bukti?? ramai yang percaya bukti cinta ialah pengorbanan, menyerahkan apa saja yang kekasih mahukan. Adakah berlakunya sebegitu dapat membuktikan APA ITU CINTA ABADI?? maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Anggapan itu tidak tepat, jika di beri semuanya apakah yang akan tinggal?? Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan yang di cintai. Sebaliknya menjaga agar suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri....
-in loving memory maizac'joe-






No comments:
Post a Comment