♥♥ My LovinG Followers ♥♥

Saturday, June 5, 2010

♥♥ Hati di asak bertalu-talu ♥♥

Assalamualaikum

Hari makin berlalu menginjak sepi, pendulum kehidupan berlagu syahdu sepi. Hati bagai di racik, di sulam tidak bertepi. Kehidupan yang pasti harus di tempuhi tanpa mengenal erti putus asa.. Maaf kepada semua n3 kebelakangan ini lebih tertumpu pada ayahanda tercinta. Kerana Maiza merasakan diri ini perlu meluahkan hanya sedikit cuma. Alhamdulillah hari demi hari makin tabah lalui.. syukur... Segala puji bagi ALLAH yang mencipta sekalian alam. ALLAH maha mengetahui ALLAH jua mengatur segalanya SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALAILAHAILALLAH ALLAH HUAKBAR!!

Tanggungjawab yang di pikul sentiasa merasakan manis walau walau pelbagai dugaan mahupun ujian, kami sekeluarga merasakan tiap ujian ini InsyaAllah moga ada hikmah di sebaliknya. Walaupun berat tetapi tetap rasa ringan untuk di pikul. Harungi setiap ujian.. ALLAH itu maha mengetahui, maha pengasih penyayang........ Tangisan kering setiap kali, kering di hadapan mak adik-adik terutama ayah.. Langkah tetap di teruskan walau kadang cukup meresahkan... YA ALLAH kami merima dugaan, ujianmu dengan hati terbuka.. kami REDHA YA ALLAH... mohon kurniakan ketabahan YA ALLAH..

Ujian, Dugaan... YA ALLAH kami cuba lalui walau pelbagai uijian kami lalui. Buat ayah kami sentiasa mohon ALLAH beri ketabahan padanya... kasihanilah ayahanda juga bonda kami..

"ayah, walau apa saja doktor beritahu nanti kita terima na... redha" Maiza cuba menenangkan ayah..
"ya... " ayah mengangguk setuju..
Alhamdulillah....
"ayah.. ayah kena kuat, kena semangat.. kita usaha ayah.. InsyaAllah!!"
"ya...." ayah mengiyakan saja...

Isnin minggu depan ayah akan di masukkan ke ward di hospital penang, entah berapa lama kami di sana. Adik sudah memohon cuti 20 hari, maiza juga akan berbuat demikian untuk menjaga ayah memberi semangat pada ayah begitu juga dengan emak... InsyaAllah... kami mohon mudah-mudahan ALLAH TAALA memudahkan urusan kami melancarkan segalanya.. Amen.. Ya Robbal'alamin..

Terima kasih pada semua kerana sudi singgah di sini.. maaf maiza tak sempat nak berbalas kunjung kerana mood berblog makin kurang sejak kebelakangan ini. Selain dari bekerja, masa maiza lebih tertumpu kepada ayahanda tercinta... ke sana-sini berikhtiar demi ayah... Moga ALLAH TAALA perkenankan doa kami... Terima kasih pada semua atas doa'.. mohon doa'kan ayah maiza cepat pulih, segalanya berjalan lancar... Amen....

Dalam musibah itu terdapat empat seni, iaitu mencari pahala dari ALLAH, Berkawan dengan kesabaran, berzikir dengan baik dan menunggu kelembutan dari ALLAH SWT..

mutiara kata AL-QARNI (La Tahzan)

YA ALLAH

Sejukkanlah gelojak hati ini dengan salji keyakinan dan padamkanlah bara di jiwa dengan air keimanan

YA ALLAH

Lenyapkanlah dukacita kami, hilangkan kesedihan kami dan halaukanlah keresahan dari jiwa kami..

YA ALLAH

kami berlindung kepadamu dari rasa takut, kami bersandar dan berserah padamu, Kami tidak meminta kecuali padamu, kami tidak meminta tolong melainkan padaMu, Engkaulah pelihara kami sebaik-baik pelindung dan penolong…

8 comments:

Chenta said...

Moga Ayahanda Maiza akan sembuh .

Sehingga tiba saat itu , bersabarlah ...

Abd Razak said...

Salam..

Sakit dan Musibah adalah Takdir Allah Azza wa Jalla..

Bersabarlah dan redhalah terhadap takdir Allah SWT..

Moga ayah Maiza cepat sembuh..

Adimuz said...

Salam...

selain berusaha secara fizikal, doa jangan ditinggalkan. Saya tidak lupa untuk mendoakan kesejahteraan ayahanda Maiza dalam setiap doa saya...

Maiyah said...

moga ayah akan sembuh, sedih pasti bertndang, yg pnting sabar ye..

sahromnasrudin said...

kami akan sentiasa mendoakan kesejahteraan ayahmu...

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Hidup ini perlu pengorbanan. Betapa susahnya ibubapa kita membela dan mendidik kita sehingga menjadi org yg berguna dimata masyarakat. Inilah masanya kita korbankan diri, masa, wang dan pelbagai lagi utk mereka walaupun sesaat! InsyaAllah, kesemua itu adalah ikhlas dimana Allah swt yg membalaskannya. Semoga semuanya dalam keadaan sihat sejahtera diberkati Allah SWT

Afida Anuar said...

Salam maiza...

Maiza kene kuat..demi ayah..jangan lupa pinta dariNya kekuatan dan kesejahteraan ayah Maiza..

insyaAllah..akak doakan ayah maiza cepat sembuhh

Rashid said...

salam

Maiza, saya tau sukarnya dan beratnya bebanan maiza. Apapun jangan lemah k.. kuatkan hati dan diri. Semuanya tika ini perlukan maiza .. kekuatan maiza juga kekuatan ayah, emak dan adik-adik.

saya doakan moga ayah maiza akan sembuh.. insyaAllah..