♥♥ My LovinG Followers ♥♥

Tuesday, June 22, 2010

♥♥ Menyepi dalam bersendirian ♥♥


Assalamualaikum

kembali lagi membuang sawang-sawang di sini ^ _ ^ masa begitu mencemburui, Maiza asyik main "kejar-kejar" sahaja. Berkejar sana-sini ahh.. lupakan sahaja. Bolehkah melupakan begitu sahaja?? bisikan dalam diri sentiasa ada saja persoalan yang menerawang..

Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk' (al-Isra' :109).

mendongak ke langit mencari bintang entah kemana.. bulan berselindung di balik awan dalam keheningan ini sejenak melepaskan kehidupan, menyepi dalam bersendirian untuk menangis kepada Allah. moga di beri petunjuk.. memudahkan segala urusan.. pinjamkan biarpun hanya sedikit ketabahan.. menghirup udara segar.. Tapi entah kenapa sesak saja.. ini sudah teruk agaknya.. tak dapat lelapkan mata hingga awal pagi, susah juga begini keadaan diri ^ L^


belun terlambat rasanya maiza nak ucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua.. teristimewa untuk ayah.. ahh.. siang tadi maiza tak dapat menahan emosi yang di luar kawalan.. menatap wajah ayah.. hati makin pilu.. ayah menahan sakit Ya Allah!! sesungguhnya ia maha mengetahui apa yang ada dalam hati ini.....

"Selamat hari bapa ayah"
ayah hanya mengangguk.. tanpa mengeluarkan sepatah perkataan dari mulut dia...
jika sebelum ini.. pada hari lahir ayah.. 13 march 2010..
"ayah... Selamat Hari Lahir ayah...♥ semoga panjang umur, murah rezeki, di kurniakan kesihatan sempurna serta di berkati oleh ALLAH S.W.T (ala.. lambat wish sorry.. tapi ayah pun lupa tarikh hari nie (",)"
ayah tersenyum.. sambil tangan menepuk pipi ini
"nak bagi apa?? tanya ayah"
"ada la.. ayah.. special untuk ayah"

kebetulan hari ibu hampir dekat dengan hari lahir ayah jadi maiza dengan adik berpakat beri hadiah istimewa..
"untuk hadiah kali ini kita bagi kat ayah dengan mak"
Tapi.... sekarang ayah kurang ceria... selalunya sebelum ini riuh betul rumah kami.. macam-macam cerita
ada-ada sahaja cerita juga teka-teki dari ayah buat kami tak kering gusi....
ketawa juga senyuman indah semakin tidak kedengaran lagi... tiada lagi di pamerkan....

Maiza akui sekarang begitu tertekan dengan keadaan.. tidak hairanlah ramai yang kata maiza dah berubah walaupun diri tak sedar akan perubahan ini... kadang kala tidak dapat mengawal emosi yang datang secara tiba-tiba tanpa di undang.... Maaf jika ada yang terasa dengan Maiza... Maiza masih belajar dan di ajar untuk mengawal semua ini... Maiza tak ada abang.. Maiza tak ada kakak... adik-adik ada kakak...

"Mak kuat sebab ada anak-anak" pilu sekali mendengar....
"mak.. jangan risau kak dan kita semua ikhtiar InsyaAllah pasti ada jalan.. InsyaAllah"
"mak tolong doakan moga kami kuat.. ayah tabah dengan ujian ini.. kita sama-sama berdoa'"

Mengepas sayap kebebasan
Melepas secuil luka penderitaan
Buka mata menatap ke depan
Meraih mimpi bersama harapan

Mencuba meninggalkan suatu beban
Melepas suatu tanpa harapan
Sendu membelenggu kalbu
Memaksaku untuk menyapu

Hidup ini tidak hanya diam
Waktu terus berjalan
Waktu terus berpacu
Segenap kepastian telah lama menunggu

Ku berlari.....
Menuju suatu kepastian....
Melepas belenggu di fikiran.....
Bukan ku tak percaya....
Tapi semua atas kehendakNya....

Menghitung pada setiap satu,

Bernoktah pasti tidak terhenti?

terus langkah menari catatan yang pasti,

Tinggalkan jurang bernoktah sepi.

Kisah ini…
Buktinya lembayung cinta ilahi,
pada hamba-hambanya yang senantiasa mengerti,
erti untaian qalbi.

Dari jauh kelihatan wajah ayahanda,
bahunya semakin jatuh,
menjinjing rezki pemberian ALLAH.

Tangan jelas makin ligat,
milik ibunda.. tidak kenal erti penat.

Namun…
Setiap Timbunan yang di jinjing tidak menghancur luluhkan bahu itu,
cuma perjalanan yang lama, makin pantas..
kadang meletihkan pabila mataku senantiasa memandang sayu,
Ingin sekali menggapai gamitan indah membawa pergi bersamaku.

Untuk ibunda…
wajah syukur menutupi lemahnya tangan itu,
mengganti keluhan fitrah insani,
yang ingin berlari sama suatu ketika dahulu,
kerana kini anak-anak menggapai awan.

Di setiap seusai solat ku berdoa

Agar Allah sentiasa melimpahkan kasih-Nya tak kunjung putus

Buat ayahanda juga ibunda yang berhati mulus

moga sentiasa dalam Redha ALLAH

YA ALLAH

Sujudku tidak pernah putus

Yang memberikanku dikau wahai ayahanda dan bonda tercinta

Selamat hari hari bapa untuk ayah juga selamat hari lahir mak

Semoga Allah mencintai Insan yang ku cintai

Melebihi luas cintaku

Kepadamu wahai " ayah mak "

“Allahummaghfirli waliwalidaiya warhamhuma kama rabbayani saghira… amen ya rabbal `alamin”

7 comments:

Tea Cha Hai said...

Salam.
Kadang kita "disedak" untuk kita merasakan nikmat hidup. Allah mengasihimu Mai dan keluarga...Kerna itu peluang nikmat hidup ini untuk mu..

Semoga Mai lebih lapang dada... dan Ari pasti Mai mampu mengahadapinya.. cuma dalam perjalanan menghadapi apa sekarang byk perkara yanga mungkin kita sendiri tak sangka berlaku... dan mungkin itu yg org lain katakan perubahan... Bagaimana kita membawa dan memperlihatkan diri dalam menghadapi semua ini.. Bagaimana mereka d luar menerima situasi kita ini..

InsyaAllah. Semuanya will orite! Inilah jalan cinta..

Take care!

Abd Razak said...

Salam..

Dalam hidup, terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia.

Moga tabah..

Afida Anuar said...

Mai..akak tahu mai tabah...
Anak sulung ni memang dikurnia tabah yang lebih dari adik beradik lain...kan? hehe perasan!...

bila anak-anak kuat..insyaAllah mak ayah pun sama...

Tirana said...

Besar tanggungjawab anak sulong....Mudah-mudahan Allah kurniakan kekuatan buat Mai

Maiyah said...

beri senyuman pd ayah mak, berikan mrk sokongan..

penjejak maya said...

salam,

hidup ini cukup indah bila kita dikelilingi oleh orang yang kita sayangi..

Pn Kartini said...

Salam my dear..

"Di hujung kegelapan pasti ada cahaya sedang menunggu..
hanya KESABARAN,KETABAHAN ,KEGIGIHAN yang mampu membawa keluar dari kegelapan menuju ke cahayanya..."

My dear..
semmgnya kata2 itu mudah utk diucapkan..namun segala apa yg dirasa terbeban di jiwa..siapalah yang tahu..
Namun...jadilah kata2 itu satu semangat untk terus kuat..MOga Mai diberikan kekuatan itu....