♥♥ My LovinG Followers ♥♥

Sunday, July 12, 2009

~*~ Family Gathering ~*~

Hr nie km semu family sblh mak brkumpul masak.. makan ramai2. best sangat-sangat ya la.. start wan aku tak sihat.. pejam celik- pajam celik rupa-rupanya dah setahun kami tak berkumpul makan dan juga makan ramai-ramai... wan pun dah sihat.. jg sambut birthday m.jang.. tu pun bukan semua yang ada... yang balik berkumpul pun sedara yang rapat-rapat ja.. ala cuma satu family ja pelik sikit.. tak da hal.. kalau tak da lepa pun... selama nie majlis tetap jadi gak tanpa lepa sefamily...

bg aku kalau lepa tak join sekali lagi best. Alangkah bahagianya.... bukan pa aku geram sangat bila memikirkan apa yang telah lepa wat pada semua family.. terutamanya pada wan... harap kerja ja tinggi.. tp akal pendek.. semu family memang tak ngam ngan family lepa... terutamanya family aku susah sangat nak ngam betul-betul... tp tak la semestinya bila jumpa lepa terus kami lari tapi, bila jumpa family lepa salam-salam ja terus blah... hahaha... kadang-kadang rasa berdosanya... ish.. senangnya dapat dosa kering... nak buat camna aku memang tak bleh nak telan apa yang lepa anak beranak buat... bagi aku juga ahli family yang lain... lepa tue memang tak bermakna apa-apa.....

Hari nie macam-macam resepi... resepi wajib semestinya gulai (kari) kepala ikan... emmm.. sedap sangat.. m.su aku yang masak.. dia memang tarer bab-bab masak-memasak.. tambah lak rajin.. semua pun rajin dalam bahagian masing2... resepi wajib lain mee rebus special dari air tangan mak aku... kalau buat makan-makan family tak sah kalau tak dak mee rebus... lepas makan mesti dok teringat punya hahaha... mak aku tak meniaga mee rebus ja.. kalau meniaga hah!! comfirm famousnya...

hari nie best sangat2 rasa hati nie tenang ja... sentiasa gelak tawa... bercerita macam2.. gurau2 sesama macam2.. pendek kata hidup aku sangat bahagia... Alhamdulillah kerna aku di lahirkan dalam family sebegini.... masing2 ambil berat satu sama lain.. memahami.. yang penting family nie tak memerintah dan juga di perintah... semuanya sama bersatu.. ayat cam nak berkempen lak.. ehehe... emmm... menu hari nie... gulai kepala ikan apa tah tp besar gak, sotong ketupat, sayur campur, kerabu perut, sambal ulam, apa lagi a.. lupa la.. banyak jenis sangat.. yang special dan licin abes semua.. haa.. sayur campur aku yang masak sb kata m.su aku ngan yang lain aku pandai goreng sayur campur.. (sb ckit kot) heee.. bukan sayur campur ja tau yg lain bleh gak... klu tak tau masak lebih baik jng jadi perempuan@wanita... kalau asyik biar mak masak apa nak jadi.. mak aku selalu ingatkan setinggi manapun pendidikan.. sebesar mana kerja... secantik mana wajah.. kalau tak tau masak tak da gunanya.... yang paling npak susah ketupat sotong.. m.su aku pandai wat.. aku surrender.... tp dah bleh faham step ckit2...
pic nie ja smpat aku zoom.. bzy masak sngat... heee.. utk di kongsi bersama...

yg baju kuning mak aku tukang bungkus makanan bg adil haha.. tukang mee rebus merangkap tukang masak utama family, yg tngok trus ke camera m.su yg rajin sebut ja nak makan pa comfirm dia masaknya, tudung hijau m.lang tukang wat kerabu, siang ikan juga merangkap ketua basuh periuk.. ehehe... yg lelaki tue suami m.su.. p.su adik kpd mak aku... yang lawak n sporting abes.. yg xbest nya ayah aku xda sb da meeting.. sian ayah krj kuat... Insyaallah pengorbanan ayah akan km balas... cedih lak.. huhuhu!! adk ppuan aku xda gak.. dia da d KL da krj.. sian dia.. klu nak mkn pun tggu bulan puasa la.. tu pun klu bleh blik.. rasa2.. tggu raya la.. jawabnya... nak wat cmna tugas..



sebelah gulai tu la ketupat sotong di cicah dengan kuah kacang. sedap dan juga penuh dengan khasiat kurng baik.. lemak n kolesterol tinggi... m.su tngah potong.. sbnya nak wat ketupat sotong mesti beli sotong saiz besar.. aku mkn 2 slice ja ketupat sotong tue.. pikir kolesterol n lemak takott.. ikot ati nak mkn semangkok.. haha.. p.su pun dah xtahan tngok.. ehehe... xsmpat sotong di potong semua dah surut semangkok... bkn pa jrng dpt mkn ketupat sotong.. m.su ja pandai masak... dan jg xbleh amalkan... bahaya...

-in loving memory maizac'joe-

Tuesday, July 7, 2009

~*~ Rahsia Bulan Kelahiran ~*~

Januari
* bercita-cita tinggi dan orangnya serius suka mendidik dan di didik.
* suka melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* rajin dan setiap yang di buat nampak keuntungan.
* suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* pandai mengambil hati orang lain.
* pendiam kecuali apabila di ransang.
* agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang tinggi.
* mudah mendisiplinkan diri.
* badannya sihat tetapi mudah di serang selesema.
* bersifat romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya
* sifat cemburu yang sangat tinggi.

Februari
* sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* bijak dan pintar.
* berperwatakan yang mudah berubah.
* mudah menawan orang lain.
* agak pendiam.
* pemalu dan rendah diri.
* jujur dan setia pada segalanya.
* keras hati untuk mencapai matlamat.
* tidak suka di kongkong.
* mudah memberontak apabila di kongkong.
* emosi mudah terluka dan sanagt sensitif.
* suka pada kegiatan lasak.
* suka berangan-angan.
* sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* berkecondorongan percaya pada benda-benda tahyul.
* sangat pemboros.
* suka pada kecantikan.

March
* personaliti menarik dan menawan.
* mudah di dampingi.
* sangat pemalu dan pemendam rasa.
* sangat baik secara semulajadi' jujur, pemurah dan mudah bersimpati.
* sangat sensitif, suka pada kedamaian.
* sesuai dengan kerjaya dengan memberi khidmat pada orang lain.
* tidak cepat marah dan sangat amanah.
* tidak tahu membalas dan mengenang budi.
* pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* kecendorongan kepada pendendam jika tidak di kawal.
* suka berangan-angan.
* suka melancong.
* sangat manja dan suka di beri perhatian.
* kelam-kabut dalam memilih pasangan.
* suka dengan hiasan rumah tangga.
* terlalu mengikut selera dan perasaan.

April
* sangat aktif dan dinamik
* cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal
* sangat menarik dan pandai menjaga diri
* daya ketahanan mental yang sangat kuat
* suka di beri perhatian
* pandai memujuk dan menyelesaikan masalah orang
* emosi cepat terusik
* kecendorongan pada sifat pendendam
* kuat daya ingatan
* gerak hati yang sangat kuat
* berpenyakit di sekitar dada dan kepala
* sangat cemburu
* pengasih, penyayang. bersopan-santun dan pemurah

Mei
* keras hati dan tegas
* kuat semangat dan bermotivasi tinggi
* pemikiran yang tajam
* mudah marah apabila tidak trekawal
* pandai menarik hati dan perhatian orang lain
* perasaan yang mendalam
* cantik dari segi fizikal dan mental
* tidak perlu di motivasikan
* tetap pendirian tetapi mudah di pujuk
* bersifat sistematik (otak kiri)
* kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain
* suka berangan
* bahagian telinga dan leher mudah di serang penyakit
* daya khayalan yang tinggi
* pemikiran yang tajam
* pandai berdebat
* fizikal yang baik
* kelemahan sistem penafasan
* suka sastera, seni & muzik serta melancong
* tidak berapa suka duduk di rumah
* tidak boleh duduk diam
* tidak mempunyai ramai anak
* rajin dan bersemangat tinggi
* agak boros

June
* berfikiran jauh dan berwawasan
* mudah di tawan kerana sifat baik
* berperangai lemah-lembut
* mudah berubah sikap, perangai idea & mood
* idea yang terlalu banyak di kepala
* bersikap sensitif
* mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir)
* sukat melakukan sesuatu dengan segera
* bersikap suka menangguh-nangguh
* bersikap terlalu memilih dan mahukan yang terbaik
* cepat marah dan cepat sejuk
* suka bercakap dan berdebat
* suka buat lawak dan bergurau
* otaknya cerdas dan berangan-angan
* mudah berkawan dan pandai berkawan
* seseorang yang sangat tertib
* pandai mempamerkan sikap dan mudah kecil hati
* mudah kena selesema
* suka berkemas
* cepat rasa bosan
* sikap terlalu memilih dan cerewet
* kurang mempamerkan perasaan
* lambat untuk sembuh apabila terluka hati
* suka pada barang yang berjenama
* kedegilan yang tidak terkawal
* sesiapa yang memuji di anggap musuh, sesiapa yang menegur di anggap kawan.

Julai
* sangat suka di dampingi
* suka berahsia dan sukar di mengertikan terutamanya lelaki
* agak pendiam kecuali di ransang
* ada harga dan maruah diri
* tidak suka menyusahkan orang lain tetapi tidak marah apabila di susahkan
* mudah di pujuk dan bercakap lurus
* sangat menjaga hati orang lain
* sangat peramah
* emosi sangat mendalam tetapi mudah terluka hati
* berjiwa sentimental dan jarang berdendam
* mudah memaafkan tetapi sukar melupakan
* tidak suka cara remeh-temeh
* membimbing cara fizikal dan mental
* sangat peka dan mengambil berat serta penyayang
* layanan yang serupa terhadap semua orang
* mudah gemuk kalu tak kawal diet
* suka kawan tapi tidak cari kawan
* mudah terluka hati tapi lambat pulih
* suka mengenang peristiwa
* lemah dari segi kesihatan perut
* terlalu mengambil berat dan suka membuat kerja

Ogos
* suka berlawak
* sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain
* berani dan tidak tahu takut
* tegas dan bersifat kepimpinan
* pandai memujuk, pemurah dan bersikap ego
* nilai harga diri yang sangat tinggi
* dahagakan pujian
* mudah marah dan suka mengamok
* sangat cemburu
* mudah marah apabila katanya di lawan
* daya pemerhatian yang tajam dan teliti
* suka memimpin dan di pimpin
* suka berangan
* sensitif tapi tidak mudah merajuk
* cepat sembuh apabila di timpa penyakit
* belajar untuk bertenang
* sikap kelam-kabut
* romantik, pengasih dan penyayang
* suka mencari kawan

September
* sangat bersopan-santun dan bertolak-ansur
* sangat cermat, teliti dan teratur
* suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik
* pendiam tapi pandai bercakap
* sikap cool, sangat baik dan mudah simpati
* sangat prihatin & terperinci, amanah, setia dan jujur
* kerja yang di lakukan sangat sempurna
* sangat sensitif yang tidak di ketahui
* seorang yang banyak berfikir
* otak bijak dan mudah belajar
* suka mencari maklumat
* mudah memahami orang lain kerana bijak menyimpan rahsia
* suka bersukan, hiburan dan melancong
* kurang menunjukkan perasaan
* terlalu memilih pasangan
* bersistematik

Oktober
* suka berbual
* suka orang yang sayang padanya
* suka ambil jalan tengah
* sangat menawan dan sopan santun
* kecantikan luar dan dalam
* tidak pandai berbohong dan berpura-pura
* mudah rasa simpati dan baik serta mementingkan kawan
* hati mudah terusik tetapi merajuk tak lama
* cepat marah dan mementingkan diri sendiri
* tidak menolong orang kecuali di minta
* tidak suka terima pandangan orang
* suka memandang dari segi perspektif yang lain
* emosi mudah terusik, suka berangan & pandai bercakap
* romantik dalam percintaan
* ambil berat tentang orang lain
* seorang yang adil
* boros dan mudah di pengaruhi persekitaran
* mudah patah semangat

November
* banyak idea dalam setiap perkara
* sukar untuk di mengertikan atau di fahami sikapnya
* berfikiran kehadapan
* berfikiran unik dan bijak
* penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa
* pemikiran yang tajam
* daya firasat yang sangat halus dan tinggi
* sesuai menjadi seorang doktor
* cermat dan teliti
* personaliti yang dinamik
* sifat yang berahsia, pandai mencukil rahsia dan mencari rahsia
* banyak berfikir kurang bercakap tetapi mesra
* berani, pemurah dan banyak kesabaran
* terlalu degil dan keras hati
* apabila kehendakkan sesuatu akan di usahakan sehingga berjaya
* tidak suka marah kecuali di gugat
* mudah ambil berat terhadap orang lain
* pandai muhasabah diri
* cara berfikir yang lain dari yang lain
* otak yang sangat tajam
* pandai mendorong diri sendiri
* tidak hargai pujian
* kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi
* kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik
* tidak pasti dengan hubungan kasih sayang
* suka duduk di rumah
* sangat rajin dan berkemampuan tinggi
* amanah, jujur, setia dan pandai berahsia
* tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
* bercita-cita tinggi
* perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

Disember
* sangat setia dan pemurah
* bersifat patriotik
* sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
* sikap kurang sabar dan tergesa-gesa
* bercita-cita tinggi
* suka di puji, di beri perhatian dan di belai
* seronok bila di dampingi
* sangat jujur, amanah dan bertolak ansur
* tidak pandai berpura-pura
* cepat marah
* perangai yang mudah berubah-ubah
* tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi
* benci pada kongkongan
* suka berlawak
* pandai buat lawak dan berfikiran logik

AYAH - 17 March
MAK - 19 June
AKU - 28 November
ADIK (tkah) - 27 Mei
ADIK (Do) - 8 March

Rahsia bulan kelahiran ini adalah daripada hasil kajian yang telah di jalan oleh Yang Berbahagia Dato' Fadzilah Kamsah

w'bagaimanapun, ada juga ketidaksamaan hasil daripada kajian
dalam diri setiap insan tetapi boleh di jadikan untuk menambah pengetahuan...
" fikir-fikirkan!!!"


-maizaC'joe-

Monday, July 6, 2009

~*~ Apa itu Cinta ~*~

Ramai yang tahu tentang cinta, ramai yang tahu menyebut perkataan cinta.. ramai yang tahu bagaimana menyebut kata-kata cinta. Tapi adakah anda tahu apa itu cinta yang sebenar???


Sifat cinta
cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. sifat cinta itu sempurna. Jika tidak cinta akan cacat. Itulah sebenarnya CINTA.

Cinta wujud sejak di lahirkan
Rasa cinta telah wujud dalam jiwa setiap manusia sejak di lahirkan ke dunia. cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepada kekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, yang pertamanya cinta kepada Tuhan, wujudnya cinta itu tak dapat di lihat tapi dapat di rasa dan cinta sebenar itu suci murni serta putih bersih.....

Cinta bersedia
Menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan di kasihi. Sedia untuk mengikat setiaBila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia serta saling memahami . Setia untuk di pertanggungjawabkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang di cintai...

Cinta itu indah
Walaupun kewujudan cinta tidak dapat di lihat, tapi itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak sesekali bertopeng. Bukan saja cantik, malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih...

Cinta itu mengharapkan balasan
Cinta antara manusia itu kehendak daripada jodoh, dari diri yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. bila dapat di cari bermakna, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan yang secocok dengannya...

Cinta itu menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai, kalau boleh mahu yang di kasihi hanya untuk dirinya sahaja juga tidak mahu di kongsi-kongsi. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan di cintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin di takluki sepenuhnya....

Cinta itu mengetahui
Sebenarnya cinta itu mengetahui. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa menbaca ilmiah atau novel cinta. tapi mereka tahu apa yang perlu di lakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta...

Cinta itu hidup
Cinta itu boleh berputik lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan, cinta mendengar cinta, berkata cinta juga melihat cinta. Cinta ada segalanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia menemui mati. Tapi cinta yang agung adalah cinta kekal selagi masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati...

Cinta itu suci
Sucinya cinta itu bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak di nodai dan tidak pula berdosa, itulah sifat cinta. Ia suci bagaikan baru di lahirkan. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan dari godaannafsu yang tiada batasan. Kerna nafsulah cinta suci menjadi bernoda dan berdosa...

Cinta itu mempesona
Cinta itu bukan saja indah tapi mempesonakan. Ia bukan kerna cinta itu nakal sifatnya, tapi kerna ia suci dan bersih. Contohnya anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih ia senyum pada anda dan meratapi anda. Anda terpesona kerna bukan saja ia comel tp kerna ia insan yang tidak berdosa. Kerna sifat cinta yang mempesonakan ini selalunya manusia berbuat silap bila bercinta.... apa saja yang di lakukan kekasih mempesonakan, walaupun itu adalah asatu dosa dan ia akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga memnyebabkan orang yang bercinta walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerna pesona cinta. Akal itu mampu di kalahkan oleh nafsu, nafsu tidak dapat di kalahkan melainkan jika sentiasa ingat pada Tuhan yang maha mencipta...

Apa itu bukti cinta
Cinta perlukan bukti?? ramai yang percaya bukti cinta ialah pengorbanan, menyerahkan apa saja yang kekasih mahukan. Adakah berlakunya sebegitu dapat membuktikan APA ITU CINTA ABADI?? maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Anggapan itu tidak tepat, jika di beri semuanya apakah yang akan tinggal?? Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan yang di cintai. Sebaliknya menjaga agar suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri....


-in loving memory maizac'joe-

Sunday, July 5, 2009

~*~ Ada apa dengan hikmah bersabar ~*~

Kalau nak suruh orang bersabar sememangnya sangat senang tapi nak suruh diri sendiri sentiasa bersabar bukannya sesuatu perkara yang mudah. Senang ataupun susah untuk bersabar bergantung pada seseorang itu. Sebenarnya kita sebagai hamba allah sentiasa di tuntut supaya banyakkan bersabar kerana sentiasa ada hikmah di sebaliknya.....

1- Dapat mengelakkan daripada penyakit, jika kita tidak bersabar tentu hati dan fikiran serta perjalanan darah dalam diri kita akan terganggu. Contohnya katakan kita terlampau marah kepada seseorang kerana telah menjatuhkan air muka kita di depan orang ramai, maka kita pun tidak dapat menahan sabar lalu bertindak balas atau menyerangnya di depan orang ramai juga. Pada masa itu denyutan jantung kita semakin laju dan tekanan darah akan bertambah. Akibatnya, jika kita terus bersikap sedemikian sudah pasti lama-kelamaan kita mungkin akan di serang sakit jantung atau darah tinggi.

2- Dapat mengekalkan hubungan silaturahim. Bila orang melihat kita sentiasa bersabar menyebabkan orang sentiasa senang dengan kita dan mereka sudah tentu mahu mengekalkan hubungan baik dengan kita.

3- Allah akan sentisa bersama hambanya yang bersabar. Sabar itu adalah separuh daripada iman.

4- Amalan bersabar akan menyebabkan fikiran kita menjadi lapang dan tenang. Mungkin semasa kesusahan tidak berlaku kesenangan tetapi setelah itu baru kita dapat merasakannya..

5- Kajian telah mendapati ketika kita marah berjuta-juta sel dalam darah kita akan mati sedangkan sel-sel tersebut sangat penting untuk kita. Jadi, bagi mengelakkan kematian sel yang banyak kita perlu menyekat dengan cara menghentikan kemarahan dan sentiasa banyakkan bersabar.

W'pun begitu, kita sebagai hamba ALLAH perlu sentiasa tabah dan bersabar dengan dugaan yang di berikan kepada kita. Setiap dugaan yang ALLAH berikan pada kita hanya sekadar hendak menduga kita samada adakah kita dapat bersabar menempuh segala cabaran, mensyukuri dan juga menginsafi dengan kekuasaannya yang maha esa.......

lembaran ini saya kutip daripada seorang DR. PAKAR CARDIOLOGIST DATO' DR. MOHD AMINUDDIN (DR AMIN) yang pada ketika itu DR. yang bertanggungjawab merawat tok saya di unit rawatan rapi (ICU) dan juga di wad 505 (single deluxe) Kedah medical centre (KMC). Hasil daripada perbualan kami dapat saya simpulkan bahawa makna bersabar begitu penting dalam kehidupan.
moral of the story " Setiap cabaran dan dugaan pasti ada hikmah di sebaliknya yakni tabahkan hati dan sentiasa bersabar serta bersyukur dengan nikmat yang di berikan.. insyaallah"...


-luv'u'maizac'joe-

Saturday, July 4, 2009

~*~ Dugaan Hidup ~*~

bln jun lps mcm2 dugaan..
masyaALLAH...
mula2 tue hal aku xabeh2 memikir akhirnya satle gak
dlm bln nie jg tok aku dpt demam chikungunya...
pada hari ahad 28 jun 2009 dpt berita mngejutkan tok menakan aku
meninggal dunia..

pastu tok aku sakit...
esok tue npak tok semakin lemah ayah mak dan aku bincang nk trus ja
bw tok ke KMC...
29 jun 2009 tok di masukkan ke ICU di KMC...
moral of the story
"setiap dugaan pasti ada hikamh di sebaliknya"
INSYAALLAH...





-luv'u' maizac'joe-