♥♥ My LovinG Followers ♥♥

Wednesday, August 19, 2009

~*~ Kenapa Bohong?? ~*~

aku baru sahaja membeli majalah nie.. bila aku membaca tiap-tiap helaian tetiba aku tersenyum sendiri. rupa-rupanya ada tips untuk kita nak mengesan teman lelaki atau pasangan kita berbohongan. So, aku ingin nak berkongsi tips tue dengan semua. Mana tau dengan tips ini mampu membuatkan kita boleh mengesan sikap pasangan kita.. Ada orang kata, perlu ka buat begitu?? "tepuk dada tanya selera". Bagi aku semua tue sangat perlu dalam sebuah kehidupan. Jika sekiranya kita mahu meneruskan kehidupan yang lebih harmoni tanpa sebarang penipuan dan prasangka yang tidak baik selamanya.. Berapa kerap kita perasan tiba-tiba teman lelaki atau pasangan kita berbohong?? ada sahaja alasan yang di beri sehingga kita merasakan ada sesuatu yang di selindungkan. Jika kita mengesannya dengan lebih awal dan kita akan tahu memang dia sedang berbohong. Tetapi bagaimana pula dengan si dia jika sedikit pun tidak menunjukkan bahawa dia sedang berbohong dan kita terus-terusan mempercayainya??? Jangan risau, tips di bawah akan membantu kita mengenalpasti samada pasangan kita berbohong atau tidak.

Menyentuh hidung.
  • Apabila seseorang itu berbohong, tisu erektil pada hidungnya akan di penuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga di kenali sebagai kesan pinocchio, jadi apabila si dia bercakap dengan kita dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal sebenarnya da sesuatu yang di sembunyikannya.
Menutup mulut
  • Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana sejak kecil lagi sudah di didik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.
Gagap
  • Apabila seseorang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini di sebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi, jika bertanya pada pasangan kita dan si dia gagap untuk menjawab maka kita tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.
Pergerakan mata
  • Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarannya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya ada juga keadaan di mana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan di sebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong. YA KA??
Melengah-lengahkan jawapan
  • Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda orang tersebut pendusta. TP ADA JG ORG YG DH TARER BERBOHONG TAK YAH BNYAK2 FIKIR.. hiksss...
Resah
  • orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ngubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.
  • sekiranya kita mahu mengesan samada seseorang itu berbohong, kita perlu sentiasa memerhati air muka dan gerak badannya dengan teliti. Body language sudah boleh menunjukkan samada dirinya berbohong atau tidak. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan orang tersebut berbohong.
Itulah serba sedikit yg dapat di kongsikan bersama. sepanjang aku membaca artikel itu, tak henti-henti aku mengukir senyuman!! apakah ertinya senyuman itu??? bagi aku juga dalam kehidupan perlu ada sikap jujur.. tapi sekiranya kita menyayangi, mencintai pasangan kita, kita perlu menghormati, mempercayainya. Tapi jangan pula pasangan kita mendustai kepercayaan kita itu. "Hati wanita ibarat gelas, pecah sedikit hancur semuanya" Semoga ALLAH S.W.T menganugerahi pasangan yang terbaik kepada kita.. AMIN...



in loving memories
maizac'joe

Monday, August 17, 2009

~*~ Rahsia wanita ~*~

  • Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
  • Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan

ucapan maaf.

  • Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
  • Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
  • Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!
  • Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
  • Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.
  • Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
  • Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
  • Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
  • Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
  • Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
  • Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
  • Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
  • Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
  • Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
  • Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
  • Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
  • Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
  • Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
  • Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
  • Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
  • Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
  • Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
  • Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
  • Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

Senjata wanita adalah airmata!!

  • Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
  • Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...
  • Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.


in loving memory
maizac'joe

Sunday, August 16, 2009

~*~ mimpi mengikut warna ~*~

Mimpi melihat warna biru.

  • Menandakan kasih sayang penuh juga kesetiaan dalam cinta akan diperolehi.

Mimpi warna hijau.

  • Alamat suatu kebahagiaan hidup. Rumput yang hijau dalam impian, kewangan terpelihara dan anak semakin banyak.

Mimpi warna kuning.

  • Alamat kepandaian dan suksesnya usaha anda menjadikan banyak orang irihati.

Mimpi warna merah.

  • Alamat kegirangan yang besar sekali. Anda akan awet muda dan beruntung, kesihatan baik.

Mimpi warna merah hati.

  • Alamat akan dituduh dengan tanpa alasan untuk sesuatu kesalahan.

Mimpi warna putih.

  • Alamatnya akan tiba rezeki yang berlipat ganda. Kesihatan peribadi sosial, rumah tangga akan teratur.

Mimpi warna ungu.

  • Alamat anda mempunyai sesuatu kesukaan yang mahal yang senantiasa tidak memberi kepuasan.
wallahu'alam

maizac'joe

Friday, August 14, 2009

~*~ Tips menguruskan tekanan ~*~

Tarik nafas panjang dalam beberapa kali.
  • cara ini membuatkan penafasan menjadi perlahan sekaligus mengecut dan merehatkan gentian otot-otot dalaman.
Bersenam secara tekal
  • 20 minit setiap sesi sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. senaman bukan sahaja meningkatkan kesihatan emosi ia juga membantu mendapatkan fizikal yang lebih menarik sekaligus membuatkan diri berasa lebih yakin dengan penampilan diri.
terimalah diri seadanya
  • cuba menyukai diri sendiri, bersikap realistik terhadap keupayaan dan tetapkan matlamat yang boleh di capai. cuba lakukan sesuatu yang boleh menimbulkan kepuasan.
Bersikap positif
  • belajar menerima kelemahan diri. jangan berasa gusar mengenai perkara yang di luar kawalan. Berfikir secara positif dan renungkan kembali pencapaian dan kejayaan yang di miliki apabila merasa tertekan.
Dapatkan sokongan.
  • Dapatkan bantuan sebelum kita tenggelam punca. Kongsi masalah dan perasaan dengan seseorang yang boleh di percayai seperti pasangan hidup, ahli keluarga, rakan-rakan @pun pemimpin agama. Berkomunikasilah dengan mereka supaya mereka dapat membantu, juga serba sedikit dapat meringankan tekanan yang kita tanggung.
Bina silaturahim yang baik
  • biarkan diri sentiasa di sayangi, di hargai, di hormati, dan mempunyai tempat mengadu. Bersikap jujur dan bertimbang rasa dalam perhubungan. Amalkan pemakanan yang sihat dan tidur secukupnya.
Seimbangkan masa kerja
  • peruntukan masa untuk hobi dan rekreasi.
Kira dari 1 hingga 10
  • Aktiviti ini boleh menjadikan anda berhenti dan rehat sebentar sebelum memberikan respons terhadap situasi yang memberikan tekanan.
Luahkan perasaan.
  • luah perasaan dengan menangis atau ketawa sepuasnya. selain itu boleh menulis jika mahu juga boleh mendengar mizik yang menenangkan. cara aku sendiri, biasanya aku terlalu tertekan aku suka menaip mesej melalui h/f kemudian aku save. lps tue bl semunya aku dh lupa br aku akn delete msej tue.. selain tue jg.. jika aku tertekan aku akan mendekatkan diri pada ALLAH yang maha esa.. Alhamulillah aku sentiasa akn tenang dng cara begitu.
Rehat dan tenangkan diri dng berurut
  • berurut, bermeditasi, membuat renungan seperti membayangkan pemandangan yang menenangkan. boleh juga melakukan renggangan bagi merehatkan otot-otot dan membantu mengurangkan ketegangan. Biasanya otot-otot di belakang leher dan bahagian atas belakang menjadi tegang apabila mengalami stress.
Dapatkan bantuan
  • Jika tidak dapat tidur, sakit kepala dan sakit belakang atau leher pergilah berjumpa doktor.
Ubah suai persekitaran
  • untuk menyingkirkan unsur-unsur yang boleh menyebabkan tekanan. Pilih persekitaran yang selesa dan bersesuaian dengan diri.
Tingkatkan kemahiran
  • Bersedialah untuk membuat sesuatu keputusan dan menangani masalah dengan berkesan. Lengkapkan diri bagi menjawat jawatan atau pekerjaan yang memuaskan.
Uruskan masa dengan baik
  • Senaraikan perkara-perkara yang perlu di lakukan mengikut kepentingan. Elakkan dari menerima kerja yang terlalu banyak.
Bijak dlm membuat keputusan.
  • Pertimbangkan buruk baiknya sebelum memutuskan sesuatu.
"bagi aku cara yang paling baik mendekatkan diri dengan ALLAH"
insyaALLAH ALLAH sentisa berada di sam
ping kita ketika kita memerlukan..
sentiasa berdoa dan
terus berdoa..



TAPI INGAT!!!
JNG SESEKALI MELUAHKAN PERASAAN @ BERCERITA

PD ORANG YANG TIDAK BOLEH DI PERCAYAI
BURUK AKIBATNYA..

in loving memory
maizac'joe

Thursday, August 13, 2009

~*~ dah ok!! ~*~


alhamdulillah...
mey dah ok..
w'pun selera mkn msih kurng lg..
tp dh mkn jg.. drp tak mkn lgsung..
tak bawa mey p klinik pun coz npak dia dh
kembali aktif..
smlm sekali lg muntah ats katil aku..
jam 3 pg aku bangun tukar cadar...
sian mey.. pas dia muntah..
trus lari masuk bwh katil..
mayb dia takut aku marah dia..
tak trgamak aku nak marah dia..
coz dia tak pernah buat cmtu pun...
dia tak sihat sngat tu la dia tak sengaja trmuntah...
smlm risaunya aku tngok dia..
tak makan.. asyik tdooo ja..
time nak solat subuh aku bangun..
ala.. trpijak muntah mey dpn pintu bilik aku..
haii.. risaunya aku..
dlm xsihat pun nak kluar rumah gak..
mmang dh rutin dia tiap2 awal pg mst dia kluar rumah..
biasanya jam 4 pg dia kacau aku..
nak aku bukakn tingkap utk dia kluar..
tp brbeza pg td jam 6 time subuh br dia nk kluar...
bagi mkn pun xmooo...
bl dh siang ingat nk bw p klinik..
tp npak cm dh ok ja..
aktif dah brbanding smlm..
tp still xmkn jg.. xpa la dia minum jg...
krj meronda ja.. pastu cari gadoh ngan saudara baru..
ehehe... ntah la ank kucing dr mn..
mak aku suka bg mkn kucing..
mey plak tak suka spesis spt dia.. yg dia xkenal ada kt kwsn umah..
mula la dia p kacau2.. dia xkera kucin tue kecik ka besar..
janji dia mmang tak puas hatinya..
penat aku marah dia.. mey buat deeekkk ja..
ptg lak time masak utk berbuka..
mak sj bg ikan mentah kt mey..
ok dah mkn.. tp seekor ja..
klu tak setakt seekor tue lekat celah gigi dia ja..
mlm lak mkn friskies...
ok la.. mak kt besa la pahit mulut lg kot..
mujur la aku sntiasa sper ubat mey..
mlm nie dh tak muntah..
dah ok.. leganya hati aku..
alhamdulillah...



maizac'joe