♥♥ My LovinG Followers ♥♥

Sunday, April 18, 2010

♥♥ Tersadar sebuah amanah ♥♥


“Selamat datang pada kedua mempelai dalam keluarga kami…. terimalah kami seadanya…kerana setiap keluarga ada sejarahnya masing-masing… ada kekurangan dan kelebihan tersendiri…” tersekat-sekat ayahanda menyusun ayat dan kelihatan ada air yang bergenang di kelopak matanya..
begitu juga para hadirin..

ALLAH….. hati bergetar. Tidak tahu perasaan apa yang bersarang. Kelopak mata sudah bergenang di penuhi air mata.

Bersyukur kerana Allah menemukan pada sebuah pertemuan insani yang di dambakan oleh setiap muslimah.
Terharu kerana betapa tingginya kasih sayang ibu bapa terhadap anaknya dan penerimaan kesemua keluarga.
Sedih kerana tidak pasti adakah saya boleh menjadi menantu yang menenangkan hati mereka.
Gembira kerana dapat meluaskan lagi impian Rasulullah dalam membina silaturrahim.. alhamdulillah. Bila melihat majlis indah.. tersangat indah.. mula berfikir adakah?? iya takut sama ada boleh atau tidak mengembleng amanah yang bertambah di bahu?

Semuanya bercampur menjadi satu.

“Kak Long.. ada apa2 yang nak cakap..?” Ayahanda melemparkan pertanyaan...

Sambil tunduk…air mata bergenang tidak tertahan lagi.. kuatkan juga semangat utk berkata2.

“Bismillahirrahmanirrahim….pertama sekali..izinkan membahasakan diri sebagai kak long seperti ayahanda cakap tadi. Terimalah kak long seadanya.. Kak long ada keburukan dan kekuatan tersendiri… tegurlah kak long seperti anak sendiri kalau ada salah silap.” Air mata kian meluncur bertambah laju begitu tidak tertahan lagi..

Amanah bertambah sebagai seorang isteri, sebagai seorang anak, sebagai anak sulung yang tidak pernah dipikul, sebagai seorang menantu dan terutamanya sebagai seorang muslimah yang telah dididik dalam taman dakwah sejak kecil dalam kata lain makhluk ALLAH yang bertanggungjawab mengamalkannya untuk menyampaikan pada orang sekeliling. Moga pertanyaanNYA di akhirat nanti dapat kujawab. Ameen.

YA ALLAH... permudahkan jalan-jalan indah untuk ku susuri...

isk.. isk... iskkkk...... air mata berlinang bak hujan menandakan betapa hari yang penuh indah bahagia. Terasa di dada berdebar tidak terhingga.. YA ALLAH.. kuatkan, tabahkan.. moga mudah untuk merentasi jalan-jalan indah bersama...

ehemm... kak Long dah mula dah la...
ala.... kak long tue bukan apa, dia menjiwai watak utama...
haha!!.. hehe!!....... kahkahkah...!!
lamunan maiza terhenti... maiza melihat sekeliling.. Ayahanda bonda, kedua mempelai begitu juga dengan saudara-mara yang lain.. tersenyum melihat maiza.... hah!! ada juga sayup-sayup suara menyusup masuk ke ruang telinga hingga ke gegendang... "sapa yang kahwin sebenarnya ini??" hehe... biarlah.. kak long tue dok practice.. selalu apa-apa dia yang start dulu nangis.... huwaaaa......

haaa..... apa tue.... sapa tue.. suka hati mengata kita nie.... maiza tiba-tiba bersuara... iya la.. suka hati ja kan.. maiza pandang sekeliling.. ada yg tersenyum.. tersengih macam kerang busuk... ada yang senyum pelik.. ada yang dah menangis.... ya.. maiza berjaya!! ada geng yang menangis bersama... ishh.. tak tersentuh ka.. maiza tersentuh la.. lepas akad nikah... ada pula ucapan macam itu.... sedih.. kalau maiza sangat sedih.. iya la.. sudah berkahwin dan sudah tentu berjauhan dengan family dan dah tentu-tentu wajib ikut suami ke mana saja kan... kalau suami kena di sabah.. di sabah la jawabnya.. kalau di sarawak.. sarawak la jawabnya.. Tapi kalau di London? mana-mana saja.. oversea?? kalau suami orang kedah ok ja.. kalau luar kedah.. haaaa... kan? tak apa... wajib ikut suami... Tapi sekarang suami ikut isteri.. ya la kan.. cousin maiza si isteri doktor.. si suami cikgu kerja di sabah.. suami balik kerja di kedah.. haaa... kan best macam tue.. balik kg...

mulalah maiza membaca dan tahu la sikit-sikit... kalau salah tegur-tegur ok... jangan lupa komen hehe... bersemangat!! lama tak berblog nie... untuk n3 lebih serius ----> Klik sini

MaizaC’’Joe

Saturday, April 17, 2010

♥ Syukur Alhamdulillah ♥




Dalam pada itu juga rakan-rakan blogger sentiasa bertanyakan khabar, Terima Kasih Sungguh!! maiza sangat sayang dan hargai semua ada juga yang menawarkan diri mahu membantu maiza ada yang membantu maiza melalui mesej inbox di FB.. Terima kasih Sis Maiyah ada juga membantu maiza di YM.. Terima kasih Ari, FaridRashidi, Rashid ada juga sentiasa bertanya khabar melalui blog tika maiza berkunjung Terima kasih Sis Tirana, Sis Tinie, Sis Alona, Sis Idalara, Sis Blue apatah lagi di FB pasti ada saja sentiasa bertanya Terima kasih Sis Zaijb, Jinggo, mak lang aka kak zu, En Abd Razak, EN Faizal Yusuf, kak As aka merpati putih.. ada sesiapa lagi yang maiza tak sebutkan?.. ingatkan maiza ya..

Di YM juga orangnya sama.. Ari sentiasa bertanya Mai bila blog siap?? Terima kasih Ari.. FaridRashidi "Mai blog macam mana?" Terima kasih Farid. Cikgu Rashid "Maiza blog dah ok ker? Terima kasih Rashid.. Mak Lang aka kak zu " Sabarlah mai, pasti ada penyelesaiannya nanti" InsyaAllah Terima kasih mak lang.. Kak Long "blog kami pun gelong" kami buat begini.. try.. ala.. tak jadi juga la dear.. ok tak apa.. kak " adik pun tak tau la.." adik pun dah lama tak update blog huhuhu... ok la dear.. thanks antara dialog maiza.. he.. sehinggakan tiap kali nak repair ja.. sentiasa berdoa " Ya ALLAH bagilah kali ini menjadi" see.. betapa pentingnya blog ini sayang maiza pada followers.. sayang semua.. Tapi, tetap tiada penyelesaian.. ALLAH juga sayang maiza.. ALHAMDULILLAH di kirimkan seseorang membantu maiza Syukur.. Mai create yang baru ja.. "Dia cadangkan hadithuna.com"

Maiza "ok ka yang itu?" Dia " Ok ja, try create dulu"
Maiza "emm... n3 lama boleh convert? Dia " Rasanya boleh"
Maiza " Oooo..... " Dia " Ka nak tolong.. boleh ja kalau nak tolong"
Maiza "iya ka.. ish.. menyusahkan pula" Dia " ok ja.., mai create dulu.. apa-apa bagitau saya"
Maiza "ok, mai create dulu.. dalam hati Alhamdulillah.. sambil senyum.." sampai satu tahap tetap tiada penyelesaian maiza setuju create baru

Title yang sama

Bila dah create.. dah create blog baru, hadithuna.com.. Tapi.. ala susahnya.. status maiza di FB, lepas itu maiza di bantu lagi.. Alhamdulillah maiza sentiasa di bantu.. Syukur.. syukur pada Allah. seseorang tolong convert n3 maiza dari blogspot ke hadithuna.com dan design blog. Alhamdulillah.. yang lain-lain itu pandai-pandai lah maiza "godek-godek" lama-lama akan tau la. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.. tidak di sangka-sangka rupanya maiza sudah dapat tahu di mana masalah yang membelit blog maiza sehingga "gelong" semacam atas bantuan info dari seseorang maiza cuba lakukan apa yang di ajarkan. T.Kasih banyak-banyak atas pertolongan tak terbalas jasa.. Jasamu tetap di kenang sampai bila-bila... Terima Kasih semua.. sila la.. berkunjung ya blog maiza yang baru MaizaC'Joe.. InsyaAllah kedua-dua blog akan aktif dan akan Maiza manfaatkan..


MaizaC’’Joe

Tuesday, February 9, 2010

~*~ Sedih dah buat salah ~*~

Untuk pertama kalinya

sepanjang bertugas di tempat baru

maiza dah buat salah

Ya Allah

kenapa la maiza nie

tak fokus ka?

tak bertanggungjawab ka?

tak boleh nak handle kerja ka?

tak bersistematik ka?

pening juga memikir

begini....

kelmarin maiza kena kira mengira

biasa la.. nama pun akaun...

tapi banyak sangat.. berbeza di hari biasa

bos ckp "maiza cepat2 sikit nanti big boss nak dah"

maiza dpt tugas tue hmpir 11.00 pagi

big bos nak jam 12.00 before lunch

kelam kelibut juga takut tak sempat

di tekan.. cepat sikit.. cepat sikit..

bos dok tanya dah tue....

ok.. tengah buat nie sabar sat...

seperti perancangan semua sattle pada masa di tetapkan

Alhamdulillah....

masuk office pagi ke esokkan

pengiraan semua ok... Alhamdulillah lagi

semua dah di hantar ke bank "ckp sorang bos nie"

ok lega lagi... tak lama lepas tue.. saja nak check sekali lg

ehh!! duit ada lg...

Ya Allah.. maiza tak masukkan semuanya..

ada sikit lg... maiza tnya pada second bos

tak apa ka??

tak apa.. setakat nie bank tak call lg..

seharian di office memang risau sangat2..

ish.. mcm mana la hari nie...

moga semuanya berjalan lancar

ish.. risau memang risau.. takut memang takut..

takut kena panggil soal dengan big bos huhuhu..

Ya Allah risaunya....

minta2 la semuanya ok...

ish... macam mana la boleh lupa

Ya Allah...

tak apa sabar..

Tabah lalui semuanya

dari seorang sahabat.. terima kasih

barangsiapa sedang menikmati dunia, di situlah aku pernah merasakan pahit getirnya kehidupan. bagiku dunia adalah tipu daya dan penuh berisi kedustaan, bagaikan fatamorgana di tengah padang sahara. dunia tidak ubah bagai bangkai2 busuk yang hanya anjing kelaparan yang mahu mendekatinya. jika engkau menjauhi dunia, kelak engkau terselamat dari kekotorannya. tapi, jika engkau dekati dunia, maka engkau diserang oleh anjing2nya..~imam Syafi'ie~ 'Tanda orang beradat, elok perangai sempurna sifat' 'Tanda orang beriman, perangai elok bicaranya sopan' 'Tanda orang berilmu, cakapnya tidak menyingkap malu' 'Tanda orang terpuji, bercakap tidak mengeji' 'Berbicara tidak memfitnah, menyanggah tidak menyumpah'


MaizaC’Joe

Saturday, February 6, 2010

~*~ Jadi terbaik?? ~*~

" Jadilah yang paling baik dari dua orang manusia.” - Al-Hadits -

Kebanyakan salah dalam mengertikan makna menjadi paling baik dalam hidup ini. Apakah itu dalam hubungan antara dua orang atau lebih dalam kaitannya.

Ramai yang berusaha menjadi paling baik dibandingkan dengan orang lain dengan cara mengalahkan orang lain, merendahkannya atau menyingkirkannya. Banyak juga yang berusaha menjadi lebih baik dibanding orang lain dengan ukuran penampilan luar atau ukuran duniawi semata.

Ada juga orang yang berusaha menjadi paling baik dibandingkan orang lain dengan ukuran lebih tinggi dalam kedudukan atau pangkat. Mereka berusaha lebih tinggi dibanding lainnya dalam hal kehormatan, kesombongan, populariti, keegoan pribadi, dll.

Kalau menghayati makna sesungguhnya dari hadits tersebut,

sesungguhnya bukan hal seperti ini yang menjadi makna terdalam. ” Jadilah yang paling baik dari dua orang manusia” yang dimaksudkan adalah lebih baik dibanding orang lain dalam hal mengutamakan kepentingan orang lain. Menjadi lebih baik dibanding orang lain dalam hal memberikan manfaat bagi orang lain. Lebih baik dalam menjaga kerendahan hati, dalam berbagi kebaikan, dalam kejujuran, menolong orang lain, mengembangkan sikap empati, dalam cinta kasih dan kesetiaan.

Kalau kita sebagai seorang anak, berusahalah menjadi paling baik dengan tidak melupakan pengorbanan ibu bapa, Jika menjadi seorang kakak atau abang, jadilah kakak atau abang yang penuh rasa tanggungjawab terhadap adik-adik, Jika menjadi seorang kawan atau sahabat, jadilah seorang sahabat yang jujur, menghormati serta yang terbaik. Jika menjadi seorang isteri atau suami ataupun kekasih, jadilah isteri atau suami ataupun kekasih yang sesama setia, bertanggungjawab, mempercayai serta menghaormati antaranya. Kesemuanya merangkumi kebaikan kesetiaan, kepercayaan juga tanggungjawab antaranya....

Tetapi, kehidupan yang macam-macam seringkali menemukan satu titik noktah yang kadang memeningkan, mengecewakan, ketidakfahaman, kejujuran, kesetiaan sudah di leraikan. Ingin menjadi seorang yang kuat lumrah kehidupan, bertanggungjawab.. sudah tentu kepercayaan saling hormati. Tapi inilah dia kehidupan yang di sebaliknya...


Maiza

Kehidupan atau sebaliknya

Lebih mudah menjadi diri sendiri

mahukan terbaik

kuat meneruskan perjalanan yg di tentukan

sesungguhnya syukurnya aku

hanya padamu Ya Allah


MaizaC’Joe


Thursday, February 4, 2010

~*~ Seorang pun tak terjaga ~*~

entri kali ini, maiza ingin mengambil sedikit masa untuk membincangkan satu topik mengenai isu lelaki atau wanita yang tidak cukup dengan seorang pasangan (itu yang belum berumah tangga) yang sudah berumah tangga (Poligami) untuk wanita yang sudah berkahwin tapi ada perhubungan tak manis ( nak di letakkan sebagai apa?? )

Maiza tidak pasti samada ianya lumrah manusia atau sikap seseorang individu itu sendiri yang inginkan kekasih, pasangan atau isteri lebih daripada satu. Mempunyai seorang pun tidak terjaga. Inikan pula mahu lebih daripada satu. Memang cari nahas la jawabnya.

Kenapa sesetengah orang.. di ulang.. sesetengah orang, bukan semua perlukan kekasih atau isteri lebih daripada seorang? Adakah ianya sebagai ‘backup’ ataupun sebagai satu tanda yang menunjukkan kita ini seorang yang juara? Makin ramai gadis di keliling pinggang, makin macho dan hebatlah seseorang itu. Adakah itu yang diinginkan? Maiza sendiri tidak pasti apakah yang sebenarnya yang mereka fikirkan.

Kenapa maiza boleh terfikir postingkan n3 sebegini?? sebabnya maiza geram sangat kat seorang bos nie.. (nama di rahsiakan.. tak pasal2 kena saman pl nanti) dia dah ada isteri cantik, baik, peramah, berkedudukan, jawatan tinggi, dah ada anak.... lelaki perempuan semua ada... entah la, maiza tak tau nak cari di mana kekurangan pada diri isteri dia.. memang manusia tidak sempurna, tapi di mata maiza dia begitu sempurna. Kenapa?? kenapa? kenapa? masih cari orang lain.... masyaAllah.. isteri dia memang baik. Maiza tau la sebabnya pernah berurusan dengan isteri dia.. yang paling geram ada perhubungan dengan staff sendiri.. Ya Allah.. maiza selalu dengar dari mulut orang lain. Jadi, maiza malas nak masuk campur. Tapi kali nie dengan tak sengaja terjumpa, macam nak pergi ketuk ja 2 orang tue..

Mampu menanggung nafkah zahir dan batin isteri serta bakal isteri.

Begitupun, Abu al-'Aynayn dalam bukual-Ziwaj wa al-Talaq fi al-Islam berpandangan bahawa sebarang penambahan boleh diberikan kepada satu isteri dalam soal pemberian nafkah dengan dipersetujui oleh semua isteri. Ia tidak boleh diamalkan jika boleh membawa kepada perselisihan dan tidak puas hati di antara isteri.

Berlaku adil kepada isteri.

keadilan daripada pelbagai segi tanpa wujud pilih kasih antara mereka. Ia juga bermaksud meletakkan sesuatu itu sesuai pada tempatnya. Ini termasuk komunikasi, perbuatan, tutur kata, dan akhlak yang baik, juga membabitkan beberapa aspek iaitu nafkah, palaian, penempatan, giliran bermalam dan musafir.

Suami bagaimanapun tetap dilarang menunjukkan secara jelas perbezaan kasih sayang.

Apabila berpoligami, suami juga perlu adil dalam menyediakan tempat tinggal untuk isterinya. Sebaik-baiknya hendaklah diasingkan bagi mengelakkan perselisihan keluarga dan perasaan cemburu di kalangan isteri.

Suami juga wajib menentukan kadar giliran bermalam yang adil antara isterinya tanpa mengira samaada isterinya isteri muda, isteri tua atau sebagainya

Suami menanggung dosa sekiranya memberikan giliran lebih banyak kepada seorang isteri berbanding isteri yang lain.

Kelonggaran diberikan pada malam awal perkahwinan dengan isteri baru tanpa perlu diganti semula kepada isteri tua.

Imam Syafie pula berpendapat, suami wajib membuat undian antara isteri sekiranya beliau menginginkan seorang daripada mereka menemaninya bermusafir seperti ke luar daerah. Dalam hal ini, suami tidak wajib menggantikan giliran bermalam kepada isteri yang sepatutnya mendapat hak pada masa musafirnya. Wallahu'alam

Perlu berkemampuan dari pelbagai aspek

kalau tak ada.. jangan dok fikir

Kalau dah ada anak tue.. yang penting jangan lupa anak!!


Maiza
walaupun sukar menerima
Soal Jodoh hanya Allah yang tahu
Jika itu sudah di tentukan
Jika itu sudah di putuskan
Terima dan redha


MaizaC’Joe