
"awat(kenapa) mak?" tanya Maiza... Mak diam saja. sekali maiza bertanya "Mak... awat?"
mak bersuara "Petang tadi mak sembang dengan mak cik A (bkn nama sebenar), dia kata "anak-anak dia dah kahwin, dah tak dak masalah dah.. tinggal dua lagi yang masih belajar (universiti / sekolah menengah) dia tak payah nak fikir masalah dah.. "semua dah lepas" kata mak cik A..
Maiza faham benar maksud mak, "Mak, dalam hidup tak semua sentiasa senang, sentiasa aman, sentiasa damai. mesti ada dugaan dalam hidup. Tak semestinya bila anak dia dah kahwin dia dah tak akan fikir apa-apa lagi" mustahil!! apa-apa pun kita bersyukur mak, keluarga kita sentiasa bahagia, semuanya cukup walau kehidupan kita sederhana. anak-anak mak dangan ayah Alhamdulillah sudah bekerja walaupun gaji kak tidak la sebesar mana tapi cukup.. sangat-sangat cukup mak. Tikah (adik ke-2) pun dah kerja.. pasal kerja dah tak perlu di fikirkan lagi.. Syukur Alhamdulillah. Cuma tinggal Do (adik ke-3 bongsu anak lelaki tunggal) dia saja masih dok sambung belajar Universiti. Alhamdulillah... anak-anak mak dengan ayah sudah berjaya setakat kemampuan kami mak....
Mak "Syukur Alhamdulillah" Alhamdulillah anak-anak mak tak lupa kat ayah dengan mak nie.. "Jangan lupa mak dengan ayah na..."
"Mak.... anak-anak mak ni tak lupakan mak dengan ayah, air mata Maiza bergenang bila mak kata begitu sebak hati tidak terkata. ALLAH kurniakan kekuatan untukku...
Maiza anak sulung, dan Maiza tahu apa erti tanggungjawab.. Maiza sentiasa ceria, maiza suka gembira, maiza suka ketawa. Rakan seperjuangan tika di Universiti selalu berkata "Maiza ko memang sukar di mengertikan" iya.. memang sangat sukar, begitu sukar... Tapi begitu mudah tika waktu kian tiba.......
Bila lagi?? mak tanya.....
"Mak nie.. tanya pula... macam mana tak ada orang nak hehehe..."
Mak "memilih" Maiza "mana ada, mana memilih"
" alah.. dah tiba masa nanti ada la tue..... hehehe.... "
emm... mak tue mesti dok fikir tue.. Tiba masa nanti InsyaAllah ada...
Mak "Bila lagi.. dok tunggu apa lagi??, umur berapa dah....."
Maiza "orang muda lagi la.........."
Mak "ehmm.... budak nie......."
Maiza " mak.. payah-payah sangat lepas nie sapa yang mai (datang) terima ja lah....."
statement berani mati maiza.........
mak senyum terus keluar bilik..... sekarang Maiza mula susah hati, tu lah memandai sangat keluarkan statement pelik-pelik....... kan?
kalau sebelum ini ahli keluarga lain sibuk bertanya "bila lagi?" tapi kali ini mak pula bertanya... lepas ini kalau ayah tanya........... Maiza dah mula risau, bertambah risau..
ada orang kata.. tu lah "time study tak mau cari siap-siap" Tapi Maiza sikit berbeza "time study.. study..." penting tue... Ayah dan Mak letakkan harapan tinggi.. tugas anak-anak buat sebaiknya.. jangan sesekali sia-siakan....
YA ALLAH
panjangkan umur ke dua ibu bapaku,adik-adikku begitu juga denganku
kurniakan kesihatan sempurna kepada mereka
Lindungi mereka, berkati mereka...
YA ALLAH
Berikanlah peluang padaku juga kesempatan untukku
membalas jasa & pengorbanan mereka terhadap ku juga adik-adikku
Amen....
MaizaC’Joe










