♥♥ My LovinG Followers ♥♥

Monday, July 5, 2010

♥♥ Apa Khabar dia ♥♥


Assalamualaikum

Sebenarnya seperti biasa memang Maiza dah tak ada idea untuk menulis, maklum la dah malas membaca.. ooo.. ada-ada terpaksa terperam dulu la hehe ^ L ^ malas pula nak menaip panjang orang nak baca pun tak larat kan " Apa hal budak Maiza nie, panjang pula dia bercerita " ekk.. hihihi... Alhamdulillah sejak kebelakangan ini happy ja.. Asyik senyum gelak-gelak ja.. Tapi control la.. satunya Alhamdulillah ayah makin sihat rasa lega. " kena sihat dulu sebelum operation " kata Doktor... ok tinggalkan kisah itu... semuanya baik-baik belaka!!

Maiza ada baca kat blog ini FRC biasanya Maiza masuk ja blog mula la "mengendap" Love followers blog kat blog Maiza nie emm.. tertarik pula dengan tajuk entri kat blog FRC tajuk entrinya Paderi kristian Kaji Ilmu Islam. Sebenarnya kan.. Maiza kerap singgah kat blog sahabat semua hehe... ^ L ^ kalau sebelum ini Maiza kerap juga komen pada blog sahabat-sahabat tersayang tapi sejak kebelakangan ini saja kurang sikit.. maklum la otak dan fikiran ini melayang entah ke mana bukan berangan ya :) ya la.. kadang itu baca entri menarik tapi tiba-tiba blur pula nak komen... errr.. sorry hihihi...

ok berbalik pada entri menarik kat blog FRC baca punya baca tiba-tiba Maiza teringatkan seorang kawan yang sama-sama berjuang dulu err... bukan perang ya.. perang study dulu. Kami satu batch kira geng la.. memang sangat rapat.. nak ke mana-mana bersama.. presentation untuk final projek pun sekali... kiranya sentiasa bersama. Masa mula-mula Maiza bertemu dengan dia " kami bertemu kat toilet " ha.. sama-sama senyum dan tak sangka satu batch. Bila dah masuk bulan rejab ini Maiza tiba-tiba teringat dia, di tambah pula baca entri itu.

Kawan Maiza beragama Kristian baik sangat-sangat. Apa khabar dia.. Maiza selalu on9 ym sampai lewat malam kadang tue sampai awal pagi juga. Asyik tunggu dia. Dia seperti mahu menjauhkan diri. Kami berhubung melalui mesej sahaja. itupun kadang dia jawab kadang diam begitu sahaja, Maiza jadi bimbang, selalu terfikir kenapa dia ada masalah kah.. emm.. ok berbalik pada cerita itu.. hehe... Bila Maiza solat dia tahu hormati, Bila Maiza baca Al-Quran dia sentiasa perhati mula itu rasa janggal juga dalam fikiran ini " ehh.. apasal dengan dia nie.. tengok semacam ja " sebenarnya dia tue di kategorikan "alim" juga la.. patuh pada agama dia sendiri.. macam kita juga mesti nak patuhkan. Pernah juga kami di hantar training kami satu bilik.. nak dekat tidur tue.. tiba-tiba terdengar sayup dia sedang "membaca" faham kan... masa itu Maiza rasa lain, takut pula.. mula la Maiza zikir tak henti-henti bergetar tubuh ini "ehh.. dia nie nak mendrem aku ka nie" hehe.. boleh terfikir begitu pula ketika itu.. ya la baru ja kenal dia... zikir sampai tertidur. ke esokkannya bangun untuk solat subuh. Buka ja mata, mengiring ja badan nak bangun.. tiba-tiba toing!! nampak rantai berloket salib!! aduh... naik binau mata ini.... dia sangkut pada tiang katil maiza pula!! ishh... budak ini.. mulanya macam nak marah ja. Tapi bila terfikir lagi ehh.. kena hormati juga agama dia. Tapi ketika itu Maiza jadi musyikil " ada kitab injil, rantai berloket salib dalam bilik boleh ka aku solat ni.. sah ka" tiba-tiba fikir yang pelik-pelik pula... terus capai fon call ayah..

Maiza " Assalamualaikum ayah "......
Ayah " Waalaikummussalam"
Maiza " (mula bercerita kat ayah)......"
Ayah " la tak pa aih sembahyang la.... hang mengadap kiblat jangan dok mengadap lain pula, budak ni la... "
Maiza " hehehe... sorry ayah "

Maiza tak berbual panjang dengan ayah... dah terlewat nanti nak solat.. ingat lagi maiza.. malam kawan Maiza tue "dok buat hal dia" Maiza dah mula takut tiba-tiba, meremang bulu roma ini. terus capai Al-Quran baca, tak mau tengok dia buat apa....

Kawan " buat apa itu?" tiba-tiba dia tanya...
Maiza " Baca Quran " Dia senyum ja... lepas itu Maiza dah tak rasa takut pula..

Sejak itu kami selalu berbual kadang itu sentuh soal agama. Mana yang tahu Maiza jawab, mana yang tak tahu biasanya akan di rujuk pada ustaz. Bila tiba bulan rejab Maiza puasa dia bertanya kenapa puasa dan macam-macam. Dia memang nak tahu pasal islam!! sehari sebelum Ramadhan "Maiza saya nak puasa dengan awak" masa mula tue terkejut juga, tapi lama kelamaan dah biasa. Puasa 6 dia pun turut sama puasa... Dia memang berminat dengan Islam dan dia pernah menyatakan hasrat dia pada Maiza nak memeluk islam.. tapi sampai sekarang belum lagi. Dia pernah kata “bila saya puasa dng Maiza rasa mcm nak peluk islam, tapi bila dah kita jauh mcm nie.. selalu ada persoalan” Maiza selalu doa'kan mudah-mudahan dia di kurniakan hidayah oleh Allah taala…. Amen InsyaAllah... ehh.. terpanjang pula entri.. ^ L ^

p/s Maiza tengah mengumpul award nanti nak tempek kat blog thanks ya.. hehe...

Saturday, July 3, 2010

♥♥ Hanya sekadar berkisah ♥♥


Di saat masalah menghampiri dalam hidup, semakin di simpan semakin di ikat.. semakin mengetat dan membesar pula. Apa yang pastihadirnya pertolongan Allah seringkali tidak di fahami??. Semakin berkeluh kesah kepada Allah, merasa doa kita tidak dikabulkan, malah semakin berat seolah Allah tidak sayang lagi SUBHANALLAH!!!. Padahal pertolongan Allah senantiasa hadir dengan cara yang tidak terbatas. Hadirnya pertolongan Allah itu dalam bentuk nasihat, tulisan, bantuan, guncangan, senyuman, tangisan, pujian atau dalam bentuk yang lain. Ketika sedang dirundung masalah, Apakah benar sudah cukup peka terhadap hadirnya pertolongan Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang ada dihadapan??? Ataukah justeru telah mengabaikannya? Padahal pertolongan Allah itu sangat dekat,

sebagaimana firman Allah.

'Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu sangat dekat.' (QS. al-Baqarah: 214)

Syukur Alhamdulillah atas pertolongan darinya semuanya baik-baik belaka!! Apa khabar semua.. Maiza harap semua sihat sentiasa di lindungi OlehNya..... :)

Maiza " Allah sayang kita sebab itu DIA menduga kita begini, Dia tahu kita dapat lalui.. cuma DIA nak bukti.. atau nak pastikan..... agaknya... Sabar pasti ada jalan untuk buka kekusutan" kata Maiza pada adik....
Adik " adik rasa syukur sangat-sangat.. kita di duga bermacam-macam, walaupun ada ketika kita hampir tersungkur jatuh.. Alhamdulillah kita berjaya lalui semua ini kak..."
Maiza " Kalau tak.. pasti kita sedikit terlupa juga kan... ^ L ^ semoga jalan-jalan ini terus di permudahkan untuk kita lalui InsyaAllah Amen....

" Lebih baik jadi orang penting dan lebih penting jadi baik "

Tiba-tiba lamunan maiza terhenti dengan kata-kata dari seseorang, hanya memandang dan pamerkan senyuman.. Apa maksud dia? jahat ka maiza? atau maiza ada buat salah kah??
soalan pelik-pelik di benak hati.... sampai sekarang Maiza masih lagi berfikir maksud tersirat dari kata-kata itu... Maiza rumuskan yang baik-baik sahaja..... :))

sahabat " apa yang Cik Maiza fikirkan?.. dari tadi saya tengok Cik Maiza termenung sahaja.."
Maiza " Tak ada apa-apa... saja saya suka diam @ L @"
sahabat " Cik Maiza... orang kenal kita, kadang-kadang kita tak kenal orang.."
" kita kenal orang tapi kadang orang langsung tak kenal kita..."
dan kadang-kala kita tak sangka kita tak kenal diri kita......"
Maiza " ya.. saya sedang cuba mengenal diri........ " ^ L ^

Sunday, June 27, 2010

♥♥ Termeterai sudah CINTA ikatan suci ♥♥

♥♥ Sekali ia terlepas ia akan menancap di mana sahaja, tidak di tanganku juga di tanganmu yang mampu mematahkannya... Ia akan tetap di sana dan waktu akan membuat ia kekal di situ ♥♥
bila keyakinan telah datang
kasih bukan sekadar cinta
pengorbanan cinta yang
agung
di pertaruhkan
tanpa sadar nikmatnya alam kerana kuasaMu
yang takkan habis sampai di akhir waktu perjalanan ini...
















opss.. jangan salah faham ya :) ini bukan majlis maiza ya
hehehe... sekarang masih kurang idea...
nak mengelak dari blog terus menerus bersawang
untuk jadikan sedikit memori indah
Tahniah kepada kakak sepupu maiza
bila turn k.long nie... :)
ekk.. asyik-asyi dapat soalan cepu emas lagi...

Tuesday, June 22, 2010

♥♥ Menyepi dalam bersendirian ♥♥


Assalamualaikum

kembali lagi membuang sawang-sawang di sini ^ _ ^ masa begitu mencemburui, Maiza asyik main "kejar-kejar" sahaja. Berkejar sana-sini ahh.. lupakan sahaja. Bolehkah melupakan begitu sahaja?? bisikan dalam diri sentiasa ada saja persoalan yang menerawang..

Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk' (al-Isra' :109).

mendongak ke langit mencari bintang entah kemana.. bulan berselindung di balik awan dalam keheningan ini sejenak melepaskan kehidupan, menyepi dalam bersendirian untuk menangis kepada Allah. moga di beri petunjuk.. memudahkan segala urusan.. pinjamkan biarpun hanya sedikit ketabahan.. menghirup udara segar.. Tapi entah kenapa sesak saja.. ini sudah teruk agaknya.. tak dapat lelapkan mata hingga awal pagi, susah juga begini keadaan diri ^ L^


belun terlambat rasanya maiza nak ucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua.. teristimewa untuk ayah.. ahh.. siang tadi maiza tak dapat menahan emosi yang di luar kawalan.. menatap wajah ayah.. hati makin pilu.. ayah menahan sakit Ya Allah!! sesungguhnya ia maha mengetahui apa yang ada dalam hati ini.....

"Selamat hari bapa ayah"
ayah hanya mengangguk.. tanpa mengeluarkan sepatah perkataan dari mulut dia...
jika sebelum ini.. pada hari lahir ayah.. 13 march 2010..
"ayah... Selamat Hari Lahir ayah...♥ semoga panjang umur, murah rezeki, di kurniakan kesihatan sempurna serta di berkati oleh ALLAH S.W.T (ala.. lambat wish sorry.. tapi ayah pun lupa tarikh hari nie (",)"
ayah tersenyum.. sambil tangan menepuk pipi ini
"nak bagi apa?? tanya ayah"
"ada la.. ayah.. special untuk ayah"

kebetulan hari ibu hampir dekat dengan hari lahir ayah jadi maiza dengan adik berpakat beri hadiah istimewa..
"untuk hadiah kali ini kita bagi kat ayah dengan mak"
Tapi.... sekarang ayah kurang ceria... selalunya sebelum ini riuh betul rumah kami.. macam-macam cerita
ada-ada sahaja cerita juga teka-teki dari ayah buat kami tak kering gusi....
ketawa juga senyuman indah semakin tidak kedengaran lagi... tiada lagi di pamerkan....

Maiza akui sekarang begitu tertekan dengan keadaan.. tidak hairanlah ramai yang kata maiza dah berubah walaupun diri tak sedar akan perubahan ini... kadang kala tidak dapat mengawal emosi yang datang secara tiba-tiba tanpa di undang.... Maaf jika ada yang terasa dengan Maiza... Maiza masih belajar dan di ajar untuk mengawal semua ini... Maiza tak ada abang.. Maiza tak ada kakak... adik-adik ada kakak...

"Mak kuat sebab ada anak-anak" pilu sekali mendengar....
"mak.. jangan risau kak dan kita semua ikhtiar InsyaAllah pasti ada jalan.. InsyaAllah"
"mak tolong doakan moga kami kuat.. ayah tabah dengan ujian ini.. kita sama-sama berdoa'"

Mengepas sayap kebebasan
Melepas secuil luka penderitaan
Buka mata menatap ke depan
Meraih mimpi bersama harapan

Mencuba meninggalkan suatu beban
Melepas suatu tanpa harapan
Sendu membelenggu kalbu
Memaksaku untuk menyapu

Hidup ini tidak hanya diam
Waktu terus berjalan
Waktu terus berpacu
Segenap kepastian telah lama menunggu

Ku berlari.....
Menuju suatu kepastian....
Melepas belenggu di fikiran.....
Bukan ku tak percaya....
Tapi semua atas kehendakNya....

Menghitung pada setiap satu,

Bernoktah pasti tidak terhenti?

terus langkah menari catatan yang pasti,

Tinggalkan jurang bernoktah sepi.

Kisah ini…
Buktinya lembayung cinta ilahi,
pada hamba-hambanya yang senantiasa mengerti,
erti untaian qalbi.

Dari jauh kelihatan wajah ayahanda,
bahunya semakin jatuh,
menjinjing rezki pemberian ALLAH.

Tangan jelas makin ligat,
milik ibunda.. tidak kenal erti penat.

Namun…
Setiap Timbunan yang di jinjing tidak menghancur luluhkan bahu itu,
cuma perjalanan yang lama, makin pantas..
kadang meletihkan pabila mataku senantiasa memandang sayu,
Ingin sekali menggapai gamitan indah membawa pergi bersamaku.

Untuk ibunda…
wajah syukur menutupi lemahnya tangan itu,
mengganti keluhan fitrah insani,
yang ingin berlari sama suatu ketika dahulu,
kerana kini anak-anak menggapai awan.

Di setiap seusai solat ku berdoa

Agar Allah sentiasa melimpahkan kasih-Nya tak kunjung putus

Buat ayahanda juga ibunda yang berhati mulus

moga sentiasa dalam Redha ALLAH

YA ALLAH

Sujudku tidak pernah putus

Yang memberikanku dikau wahai ayahanda dan bonda tercinta

Selamat hari hari bapa untuk ayah juga selamat hari lahir mak

Semoga Allah mencintai Insan yang ku cintai

Melebihi luas cintaku

Kepadamu wahai " ayah mak "

“Allahummaghfirli waliwalidaiya warhamhuma kama rabbayani saghira… amen ya rabbal `alamin”

Thursday, June 17, 2010

♥♥ Entah Mungkin juga.... ♥♥



dah masuk dua minggu tak ada apa-apa post n3 kan... sejak kebelakangan ini mood hilang entah la kenapa... blog pun makin bersawang, lupa la nak pesan tolong buangkan sawang tue.. hehe.. Apa khabar semua harap semua sihat, ceria dan bahagia ja... Entah mengapa..... tiba-tiba terjaga dari tidur panjang...bangkit dari kelalaian... mata dah tak boleh nak pejam.. susah juga nie.. huhuhu...

Melepaskan penat dan kelelahan kehidupan yang macam-macam, kadang agak pening, berserabut, bercelaru.. kadang susah betul nak rungkaikan... kadang tue.. ok ja... ehmm.... entah.. entah... entah.. apa nak jadi nie.. :))) duduk sejenak dalam kesunyian malam mengingat Allah lalu air mata mengalir begitu saja tanpa terasa, mengingat dosa-dosa diri yang pernah di lakukan pada sebuah perenungan terasa menyentuh hati yang paling dalam.

Jangan berhenti tersenyum, jangan berhenti berharap, dan janganlah lelah berusaha ... kerana DIAlah sebaik-baik pengatur urusanmu, dan DIAlah sahaja maha mengetahui.... Maiza sayang!!! ^ L ^


Luv (bkn nama sebenar) " Maiza....... ko dah banyak berubah, dah tak macam dulu "
Maiza " berubah jadi bertambah buruk ka.. atau lebih baik.. hehehe... "
Luv " ko nie...... orang serius dia main-main pula.. betul!! ko dah lain sangat-sangat..."
Maiza "uihh.. iya ka.. napa tak perasan nie...., lain sangat-sangat tue macam mana "
Luv " alah... mesti ko perasan diri ko mcm mana.. tak kan ko buat deekkk kat diri ko ja "
Maiza " merepek la..... tak ada tak ada... ok ja nie.. mana da lainnya..... uisss "
Luv " Maiza ko dah banyak diam ja sekarang nie.. kalau sebelum nie.. ko happening ja, ceria ja... kalau chat ngan ko.. terasa mcm ko ada depan mata nie.. bila ko gelak... terasa riuh... bla.. bla.. bla...... dulu ko suka usik-usik.. sekarang ko terus diam.. kami semua rindu ko dulu"
Maiza " hahahaha.... ok ja nie.. mana ada lainnya... ok ja.. dah-dah tukar tajuk "

kawan.. jika rasa maiza dah berubah kepada lebih baik.. doakan moga maiza terus tetap di situ, Jika sebaliknya.... doakan juga.. cepat-cepat tarik maiza ya..... ^ L ^
uhukuhukuhukk....
" La.. ko nie Luv... nangis pula..... " @ L @

'Jika dia mendekatkan diri kepadaKu sejengkal maka Aku akan mendekatkan diriKu sehasta. Jika dia mendekatkan diri kepadaKu sehasta maka Aku akan mendekatkan diriKu sedepa. Jika dia datang kepadaKu berjalan kaki maka Aku akan datang kepadanya berlari' (HR. Bukhari)