
Assalamualaikum
Sebenarnya seperti biasa memang Maiza dah tak ada idea untuk menulis, maklum la dah malas membaca.. ooo.. ada-ada terpaksa terperam dulu la hehe ^ L ^ malas pula nak menaip panjang orang nak baca pun tak larat kan " Apa hal budak Maiza nie, panjang pula dia bercerita " ekk.. hihihi... Alhamdulillah sejak kebelakangan ini happy ja.. Asyik senyum gelak-gelak ja.. Tapi control la.. satunya Alhamdulillah ayah makin sihat rasa lega. " kena sihat dulu sebelum operation " kata Doktor... ok tinggalkan kisah itu... semuanya baik-baik belaka!!
Maiza ada baca kat blog ini FRC biasanya Maiza masuk ja blog mula la "mengendap" Love followers blog kat blog Maiza nie emm.. tertarik pula dengan tajuk entri kat blog FRC tajuk entrinya Paderi kristian Kaji Ilmu Islam. Sebenarnya kan.. Maiza kerap singgah kat blog sahabat semua hehe... ^ L ^ kalau sebelum ini Maiza kerap juga komen pada blog sahabat-sahabat tersayang tapi sejak kebelakangan ini saja kurang sikit.. maklum la otak dan fikiran ini melayang entah ke mana bukan berangan ya :) ya la.. kadang itu baca entri menarik tapi tiba-tiba blur pula nak komen... errr.. sorry hihihi...
ok berbalik pada entri menarik kat blog FRC baca punya baca tiba-tiba Maiza teringatkan seorang kawan yang sama-sama berjuang dulu err... bukan perang ya.. perang study dulu. Kami satu batch kira geng la.. memang sangat rapat.. nak ke mana-mana bersama.. presentation untuk final projek pun sekali... kiranya sentiasa bersama. Masa mula-mula Maiza bertemu dengan dia " kami bertemu kat toilet " ha.. sama-sama senyum dan tak sangka satu batch. Bila dah masuk bulan rejab ini Maiza tiba-tiba teringat dia, di tambah pula baca entri itu.
Kawan Maiza beragama Kristian baik sangat-sangat. Apa khabar dia.. Maiza selalu on9 ym sampai lewat malam kadang tue sampai awal pagi juga. Asyik tunggu dia. Dia seperti mahu menjauhkan diri. Kami berhubung melalui mesej sahaja. itupun kadang dia jawab kadang diam begitu sahaja, Maiza jadi bimbang, selalu terfikir kenapa dia ada masalah kah.. emm.. ok berbalik pada cerita itu.. hehe... Bila Maiza solat dia tahu hormati, Bila Maiza baca Al-Quran dia sentiasa perhati mula itu rasa janggal juga dalam fikiran ini " ehh.. apasal dengan dia nie.. tengok semacam ja " sebenarnya dia tue di kategorikan "alim" juga la.. patuh pada agama dia sendiri.. macam kita juga mesti nak patuhkan. Pernah juga kami di hantar training kami satu bilik.. nak dekat tidur tue.. tiba-tiba terdengar sayup dia sedang "membaca" faham kan... masa itu Maiza rasa lain, takut pula.. mula la Maiza zikir tak henti-henti bergetar tubuh ini "ehh.. dia nie nak mendrem aku ka nie" hehe.. boleh terfikir begitu pula ketika itu.. ya la baru ja kenal dia... zikir sampai tertidur. ke esokkannya bangun untuk solat subuh. Buka ja mata, mengiring ja badan nak bangun.. tiba-tiba toing!! nampak rantai berloket salib!! aduh... naik binau mata ini.... dia sangkut pada tiang katil maiza pula!! ishh... budak ini.. mulanya macam nak marah ja. Tapi bila terfikir lagi ehh.. kena hormati juga agama dia. Tapi ketika itu Maiza jadi musyikil " ada kitab injil, rantai berloket salib dalam bilik boleh ka aku solat ni.. sah ka" tiba-tiba fikir yang pelik-pelik pula... terus capai fon call ayah..
Maiza " Assalamualaikum ayah "......
Ayah " Waalaikummussalam"
Maiza " (mula bercerita kat ayah)......"
Ayah " la tak pa aih sembahyang la.... hang mengadap kiblat jangan dok mengadap lain pula, budak ni la... "
Maiza " hehehe... sorry ayah "
Maiza tak berbual panjang dengan ayah... dah terlewat nanti nak solat.. ingat lagi maiza.. malam kawan Maiza tue "dok buat hal dia" Maiza dah mula takut tiba-tiba, meremang bulu roma ini. terus capai Al-Quran baca, tak mau tengok dia buat apa....
Kawan " buat apa itu?" tiba-tiba dia tanya...
Maiza " Baca Quran " Dia senyum ja... lepas itu Maiza dah tak rasa takut pula..
Sejak itu kami selalu berbual kadang itu sentuh soal agama. Mana yang tahu Maiza jawab, mana yang tak tahu biasanya akan di rujuk pada ustaz. Bila tiba bulan rejab Maiza puasa dia bertanya kenapa puasa dan macam-macam. Dia memang nak tahu pasal islam!! sehari sebelum Ramadhan "Maiza saya nak puasa dengan awak" masa mula tue terkejut juga, tapi lama kelamaan dah biasa. Puasa 6 dia pun turut sama puasa... Dia memang berminat dengan Islam dan dia pernah menyatakan hasrat dia pada Maiza nak memeluk islam.. tapi sampai sekarang belum lagi. Dia pernah kata “bila saya puasa dng Maiza rasa mcm nak peluk islam, tapi bila dah kita jauh mcm nie.. selalu ada persoalan” Maiza selalu doa'kan mudah-mudahan dia di kurniakan hidayah oleh Allah taala…. Amen InsyaAllah... ehh.. terpanjang pula entri.. ^ L ^
p/s Maiza tengah mengumpul award nanti nak tempek kat blog thanks ya.. hehe...






8 comments:
Salam maiza..akak tak pernah lagi ada pengalaman berroomatekan orang bukan islam ni..tapi kawan akak pernah la...
memang dia baik, tak kisah kita nak mengaji ke, solat ke, bagitau kawan akak ni la..cuma satu yang kawan akak ni amat berhati-hati, dengan air minuman..takut si kawan dia yang kristian ni pi letak air holy kat dalam minuman dia..WaAllahualam.
ceritanya hidup maiza ni memang panjang tapi seronok dan terkesan semasa membaca.
Apa kesudahannya kawan maiza tu ya.
semoga segala-galanya akan baik-baik aja :-)
salam,
doakan moga pintu hatinya terbuka untuk menerima Islam..
My Lovely sis Afida
Maiza pun hati-hati kalau bab makan minum. bukan tak percayakan dia cuma perlu hati-hati kan.. Air holy ya maiza pernah dengar juga pasal itu. Ada yang terminum langsung tak boleh nak mengucap... wallahualam...
Zan...
panjang cerita.. ketika study dia ada "fall in love" kat seorang lelaki melayu, hampir nak berkahwin pun.. ketika itu maiza berharap lelaki itu dapat la bimbing dia.. last2 nampak tak terkesan saja... entah la.. Maiza pun dah lama tak berhubung dengan kawan Maiza tue..
sahromnasrudin
InsyaAllah... mudah-mudahan..
penjejak maya
mudah-mudahan begitulah hendaknya..
Post a Comment