
Ujian yang terberat dalam hidup adalah ketika sedang bahagia. Kerana disaat bahagia menjelma kadang kala alpa, terlupa sehingga jika ujian itu datang menimpa diri, ketenangan hati tercabut, langsung sama sekali tidak mempersiapkan diri dengan baik.
Kebahagiaan sering kali membuat lupa diri. Tidak sedar dan tidak awasi terhadap sekeliling meliputi diri kerana kadang kala juga merasakan suatu kenikmatan yang tidak terhingga . Biasanya hati terbuai kenikmatan begitu tertimpa kesedihan akan terasa keras guncangannya.
Ketika sesuatu melanda dalam diri, bagaikan melayang terbang mengikut haluan angin entah ke mana. Menatap, mengadu, merintih kepada maha pencipta. Dengan penuh keyakinan ” YA ALLAH pinjamkan biar sedikit ketabahan padaku, sesungguhnya aku tidak mampu ketika ini” Seusai solat disetiap detik memohon kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala, sementara hanya hati mampu berbicara…..
Hari-hari yang di lalui sebelum ini begitu sukar.. betapa sukar untuk di luah bicarakan, hanya yang terdekat tahu di mana posisi ketika itu. Bagaikan burung yang terbang tanpa arah, tidak mampu bertahan dengan ribut yang melanda.. terbang ke sana-sini mencari punca. Pun begitu hari-hari di lalui tidak menghancur luluhkan, walaupun berat sekalipun “Aku mampu pikul” Alhamdulillah YA ALLAH aku di kurniakan ketabahan… sebagai hambamu, sebagai anak sulung, kakak kepada adik-adikku.. aku tetap bertahan dan terus bertahan, walau pelbagai rintangan yang melanda aku tepis semuanya.. mataku mengarah tepat ke hadapan, mindaku berfikir meliputi setiap waktu, tanganku mengesat mata hinggakan menampakkan kering, akalku mampu mengawal semuanya..
Betapa beruntungnya diri semua peristiwa yang sempat, kadang terjadi sedikit alpa. Alhamdulillah.. menyedarkan diri agar sentiasa lebih dekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
'Maka apabila manusia ditimpa bahaya ia menyeru kepada Kami, kemudian apabila Kami berikan kepadanya nikmat dari Kami ia berkata, 'Sesungguhnya aku diberi nikmat itu hanyalah kerana kepintaranku.' Sebenarnya itu adalah ujian tetapi kebanyakan mereka itu tidak mengetahuinya. (QS. az-Zumar: 49).
Setiap kali Allah memberikan ujian maka disaat itulah Allah melimpahkan keberkahan pada diri kita. Allah Subhanahu Wa Ta'ala menguji hambaNya apakah mampu melewati ujian di saat kebahagiaan datang bertimpa. Apakah kita telah bersyukur atas nikmat yang telah diberikan olehNya? Apakah kita lalai kewajiban kita sebagai seorang muslim? Apakah kita lalai akan tanggungjawab sebagai seorang anak terhadap ibu bapa?
Dan bila kita berjaya melewati ujian itu, Allah melimpahkan keberkahan untuk diri kita dan keluarga kita. Selain itu Allah melimpahkan kenikmatan dan meninggikan darjat kita dan keluarga ke tempat yang lebih mulia iaitu ditempat hamba-hambaNya yang senantiasa diberikan petunjuk oleh Allah. Sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
'Dan Sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah khabar berita gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan 'Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raajiu'un (Sungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadanya jualah kami kembali). Mereka itulah yang mendapatkan keberkahan yang sempurnaan dan rahmat Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapatkan petunjuk.' (QS. al-Baraqah : 155-157).
Wallahu'alam
MaizaC'Joe ~12.25pm~
p/s... Assalamualaikum, apa khabar semua, moga semua sihat ya :)






9 comments:
Salam..
Moga sihat hendaknya. alhamdulillah saya sihat.
Mencari bahagia bukanlah dari luar diri, tetapi dari dalam. Dalam senang itu tersimpan kesusahan, dan dalam kesusahan ada unsur kesenangan.
salam
Alhamdulillah cik maiza.. kami di sini sihat hendaknya.. suka dengan blog cik maiza.... bermanfaat, ceria, romantika pun ada..... suka.. suka.. Cik Maiza...... Alhamdulilah saya dan kami selalu perhatikan cik maiza memang seorang yang kuat dan tabah.. moga terus tabah!!
peminat setia blog cik maiza..
Salam
Akhirnya!!
Maiza.. awak sihat ker??.. saya memang tercari-cari blog awak.. bila tanya awak.. emm.. jng harap awak nak beritahu kan? last2 tengku bgtau dia suka baca blog awak.. saya minta url blog awak.. dan dah jumpa.. moga awak sentiasa kuat... entri awak menyentuh hati.... Maiza.. awak special......
Hye Cik Maiza.....
yuhuuu... dah jumpa.. patut aaa... ada peminat suka.. Sorry la cik maiza kami ini.. tak ada blog.. jadi nama kami pun bertukar.. entah.. awat la nie.. ehamm... aik.. nmpaknya.. mcm kenai ja komen ayat org atas tue.. hye anak Dato' ............. sampai ke sini mencari cik maiza...
Cik Maiza.. love u sayang..
cik maiza.. bila g nak post artikel pasal kahwin nih... dah tak sabaq la... aik.. ayat komen org atas nun.. cm nk kenal... sampai ke sini mencari hamboi......... hye anak Dato'....... patut la suka letak.."berlari mengejar cinta.." Cik Maiza moga sentiasa kuat... sayang cik maiza sangat2.........
hahaha... dah jumpa.. nice blog cik Maiza.. mcm orgnya juga....
your staff
Cik Maiza ada orang kirim salam.. your secrete admire..... masuk sini.. rasa manja ja.... Cik Maiza semua kirim salam rindu...
~wisma darul aman~
salam Maiza, kita merancang Allah pun merancang, tapi rancangan-Nya lah yg paling baik. Lah-Tahzan dan ceria dan jalani kehidupan singkat ini dgn memohon sentiasa petunjuk-Nya.
maiza...itu lah Dia...yang tetap sayangkan hamba..bila kita lalai..DIa 'cubit' kita..supaya kita tak terus lupakan Dia..
moga sihat2 selalu ya dik!
Post a Comment