♥♥ My LovinG Followers ♥♥

Thursday, July 8, 2010

♥♥ Jom promosi ♥♥

Assalamualaikum semua... harap semua sihat sentiasa di lindungi dan terpelihara hendaknya Amen Ya Robbal'alamin... untuk entri kali ini dengan berbesar hati Maiza nak "promote" hasil-hasil kerja tangan, karya menyentuh qalbu dan tak lupa juga produk penjagaan Kulit.

Adik Maiza dah bising-bising bila lagi nak promote business dia.. hihihi.. kesibukkan melanda sampai terlupa! ok dah alang-alang maiza nak promote business adik, apa kata Maiza promotekan juga karya (Travelog) dan business keronsang sahabat Maiza.. mudah-mudahan rezeki mereka murah dan bertambah lagi.. Amen Ya Robbala'lamin....

Ingat lagi tak, Maiza pernah post entri pasal kuiz yang Maiza menangi (no3 ja.. hihihi) ha.. inilah berkaitannya... semasa join kuiz tu Maiza siap print out lagi entri sepanjang pertandingan.. Fuh!! tebal tau.. bayangkan betapa tebal dan menariknya kan.. tengok cover pun dah menarik minat membaca. Bila baca terasa seperti kita berada di situasi itu.. ha.. bayangkan.. ^L^
untuk tempahan dan nak tahu lebih lanjut..

ok ini business adik Maiza.. adik bongsu sekarang menuntut di KUIN dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda teknologi maklumat (networking). Dia memang minat business. Yang paling dia suka berkenaan komputer... di sebabkan kami 3 beradik minat berniaga jadi kami ada azam juga business komputer InsyaAllah tengah plan tapi Maiza dan adik ke-2 sibuk dengan kerja jadi terpaksa tangguh dulu.. Ini business adik lelaki Maiza, mula-mula macam tak yakin ja, tapi Alhamdulillah bertambah maju pula "sikit-sikit lama-lama jadi bukit" jika berminat boleh layari blognya.. berminat mahu menempah boleh hubunginya...

Ok.. ini business kawan Maiza.. antara kawan alam cyber yang rapat dengan Maiza.. (Ari.) Tak slah Maiza ini salah satu antara business dia..
Mai pilih mana yang suka... Mai jadi Duta kat oppis.. hehe... kata Ari....
sebagai duta ^L^ merasa diri bertanggungjawab pula.. hihihi... jika anda berminat dengan keronsang ini, boleh buat tempahan terus kepadanya..

Maiza dulu ketika study di alam universiti pernah aktif business untuk menambah pendapatan, lagipun maiza suka berdikari. Pernah dulu berniaga barangan kristal.. memang sold out la.. Maiza dengan rakan share design dan buat sendiri. Kristal original. Kami dapat tempahan bukan sahaja dari kawan-kawan sedara-mara malah ada doktor (regular customer) sanggup cari kami.. harga berpatutan selain itu hasil kerja tangan kami memuaskan. Keuntungan Alhamdulilllah!! kami terpaksa menghentikan business atas sebab sudah tahun akhir yang memerlukan kami menyiapkan final projek yang memakan masa hampir setahun.. ok.. pakat-pakat sokong business sahabat kita ya.. :)

Semoga sahabat-sahabat kita di murahkan rezeki lagi


11 comments:

sahromnasrudin said...

salam tuan tanah, semoga tuan tanah siha2 hendaknya :-)

CITY® said...

salam

sihat ke maicaz?
hope semuanya okay ya
hehehhe
buku kat atas cam best jerk
akak pernah guna sabun aqura tuh
mak yg belikan dari nurse
akak guna jer la
hehheeh

penjejak maya said...

salam,

alhamdulillah dengan usaha itu kita memang digalakkan untuk berniaga..

Dalam Islam pun telah menetapkan sembilan punca rezeki itu datang melalui perniagaan manakala satu lagi dari sumber yang lain..

yang penting perniagaan itu berlandaskan etika islam dan bertujuan mendapat keredhaan-Nya jua..

moga menjadi usahawanita yang berjaya kelak.. :)

Rashid said...

salam

ermm .. bagus tau berbisnes ni. Boleh cepat kaya.. hehe

Maiza, tiba-tiba teringat lagu kristal..

ieda said...

org islam lama dulu2 punn berniaga .. janji halal dikkk ok aper ..
hubby akak punn berniaga jugak :))

MaizaC'Joe said...

sahromnasrudin

w'salam

Alhamdulillah.. tuan tanah sini sihat ja.. moga tuan tanah sana pun sihat juga ya.. :)

MaizaC'Joe said...

My lovely sis blue

w'salam akak...
Alhamdulillah semua ok ja.. buku atas tue memang best.. sbb maiza tak tertinggal baca n3 kat blog tue.. klu nak tempah la.. :) sabung aqura maiza pakai jg.. best jg..

MaizaC'Joe said...

penjejak maya

w'salam

ya.. betul tue PM.. Maiza dng adik2 ada plan juga tapi entah bila akan tercapai hasrat kami tue.. InsyaAllah.. t.kasih ya ats doa'....

MaizaC'Joe said...

Rashid

w'salam
hehe.. sapa la tak mau kaya kan.. bestnya kaya bertambah kaya.. tapi jangan pula lupa diri..

lagu kristal.. err... tak tau la....

MaizaC'Joe said...

my lovely sis eida

oooo.. hubby akak pun berniaga ya.. wahh.. mesti best la..

Tea Cha Hai said...

salam sayang...

Moga sehat2 n ceria ceria...
Adeh...Ari semakin kurang belayar d alam maya ni... hari ni ambik masa lawat blog ni...

Tak sangka plak mai promote keronsang tu..hehehehe

Buat masa ni Ari sibuk Mai... Ari masih belum mampu membahagi masa.... antara kerja hakiki, minat dan juga impian.... Ari masih dlm proses belajar....

Apapun Thanks dear... semoga ukhwah kita semakin erat dan dibekartiNya...

:-)

Kita jarang menyapa..Ari jarang mengunjungi blog ni... Namun percayalah Ari sentiasa ingat Mai.. mmmuah!

Salam.