♥♥ My LovinG Followers ♥♥

Friday, July 16, 2010

♥♥ Hati terbuai, Cinta menyapa ♥♥

Ujian yang terberat dalam hidup adalah ketika sedang bahagia. Kerana disaat bahagia menjelma kadang kala alpa, terlupa sehingga jika ujian itu datang menimpa diri, ketenangan hati tercabut, langsung sama sekali tidak mempersiapkan diri dengan baik.

Kebahagiaan sering kali membuat lupa diri. Tidak sedar dan tidak awasi terhadap sekeliling meliputi diri kerana kadang kala juga merasakan suatu kenikmatan yang tidak terhingga . Biasanya hati terbuai kenikmatan begitu tertimpa kesedihan akan terasa keras guncangannya.

Ketika sesuatu melanda dalam diri, bagaikan melayang terbang mengikut haluan angin entah ke mana. Menatap, mengadu, merintih kepada maha pencipta. Dengan penuh keyakinan ” YA ALLAH pinjamkan biar sedikit ketabahan padaku, sesungguhnya aku tidak mampu ketika ini” Seusai solat disetiap detik memohon kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala, sementara hanya hati mampu berbicara…..

Hari-hari yang di lalui sebelum ini begitu sukar.. betapa sukar untuk di luah bicarakan, hanya yang terdekat tahu di mana posisi ketika itu. Bagaikan burung yang terbang tanpa arah, tidak mampu bertahan dengan ribut yang melanda.. terbang ke sana-sini mencari punca. Pun begitu hari-hari di lalui tidak menghancur luluhkan, walaupun berat sekalipun “Aku mampu pikul” Alhamdulillah YA ALLAH aku di kurniakan ketabahan… sebagai hambamu, sebagai anak sulung, kakak kepada adik-adikku.. aku tetap bertahan dan terus bertahan, walau pelbagai rintangan yang melanda aku tepis semuanya.. mataku mengarah tepat ke hadapan, mindaku berfikir meliputi setiap waktu, tanganku mengesat mata hinggakan menampakkan kering, akalku mampu mengawal semuanya..

Betapa beruntungnya diri semua peristiwa yang sempat, kadang terjadi sedikit alpa. Alhamdulillah.. menyedarkan diri agar sentiasa lebih dekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

'Maka apabila manusia ditimpa bahaya ia menyeru kepada Kami, kemudian apabila Kami berikan kepadanya nikmat dari Kami ia berkata, 'Sesungguhnya aku diberi nikmat itu hanyalah kerana kepintaranku.' Sebenarnya itu adalah ujian tetapi kebanyakan mereka itu tidak mengetahuinya. (QS. az-Zumar: 49).

Setiap kali Allah memberikan ujian maka disaat itulah Allah melimpahkan keberkahan pada diri kita. Allah Subhanahu Wa Ta'ala menguji hambaNya apakah mampu melewati ujian di saat kebahagiaan datang bertimpa. Apakah kita telah bersyukur atas nikmat yang telah diberikan olehNya? Apakah kita lalai kewajiban kita sebagai seorang muslim? Apakah kita lalai akan tanggungjawab sebagai seorang anak terhadap ibu bapa?

Dan bila kita berjaya melewati ujian itu, Allah melimpahkan keberkahan untuk diri kita dan keluarga kita. Selain itu Allah melimpahkan kenikmatan dan meninggikan darjat kita dan keluarga ke tempat yang lebih mulia iaitu ditempat hamba-hambaNya yang senantiasa diberikan petunjuk oleh Allah. Sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

'Dan Sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah khabar berita gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan 'Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raajiu'un (Sungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadanya jualah kami kembali). Mereka itulah yang mendapatkan keberkahan yang sempurnaan dan rahmat Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapatkan petunjuk.' (QS. al-Baraqah : 155-157).

Wallahu'alam
MaizaC'Joe ~12.25pm~

p/s... Assalamualaikum, apa khabar semua, moga semua sihat ya :)

Friday, July 9, 2010

♥♥ Bukannya mudah.. tapi Indah ♥♥


Bila pernah melakukan kesalahan, hendaklah bersedia mengakuinya. Bila orang lain melakukan kesalahan hendaklah memaafkannya. Mengakui kesalahan tidaklah semudah yang di sangka bahkan teramat menyakitkan. Semakin tinggi status sosial maka semakin tidak mudah untuk melupakan....

Menyedari tiap kesalahan tentunya berbeza dengan mengakui kesalahan. Mengakui kesalahan akan menyebabkan orang yang mengakui dosanya malu merana??. Jika mengakui kesalahan diri sendiri begitu sulit, apa lagi memaafkan kesalahan orang lain. Bahkan lebih sulit lagi.

" Saya tak boleh nak maafkan awak, saya tak dapat nak melupakan segalanya.. Luka hati saya masih terasa perih, luluhnya hati hancur berderai" .

Hati kecil berbisik, "sudahlah maafkan dia. sebesar apapun kesalahannya maafkanlah dia" Mengapa kita harus memaafkan? kerana hanya dengan memaafkan, Allah berkenan mengampuni kesalahan kita. Bila kita tidak memaafkan bererti kita menolak sifat Maha Pengampun Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Bila kita melakukan perbuatan salah maka kita akan terbelit oleh kesalahan yang kita lakukan. Ada perasaan berdosa yang membelit hidup kita terus menerus. Dosa itu seolah mengejar dimanapun kita berada. Kehidupan senantiasa tidak tenteram, tidak nyaman, tidak bahagia...

Demikian halnya dengan kesalahan orang lain. Bila kita tidak dapat memaafkan kesalahannya maka hati kita tersiksa akibat rasa geram, marah, benci dan dendam berpanjangan. Membelit dan menyesakkan dada. Belitan itu akan akan dapat di lepaskan ketika kita bersedia untuk memaafkan sebagai firman Allah Subahanu Wa Ta'ala.

Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang kebaikan, serta berpalinglah dari orang-orang yang tidak mengerti. (QS. al-A'raf : 199).


ah!! lupakan sahaja yang sudah tidak sudi berkawan, lupakan saja yang pernah cuba rapat, lupakan saja yang selalu mencari juga di cari.. lupakan saja... lupakan saja semuanya.. Jalani hidup seperti sediakala.. kerana pasti ada sesuatu yang tidak di ketahui... tersirat dalam tersurat...

Ya.. lupakan saja.. walaupun hati begitu hampa.. hampa dengan sikap yang hairan entah kenapa.. jika benar ikhlas mengenali jangan cuba di nafi.. jika benar betul terangkan saja.. tidak perlu bersembunyi di sebalik tanda tanya... Jika benar salah.. maafkan saja.. jika tidak? lupakan dan terus lupakan.. tidak perlu di teruskan.. mudah-mudahan sentiasa di lindungi dan di rahmati OlehNYA.... moga berbahagia hendaknya.. Amen Ya robbal'alamin....

Jom sama-sama kita memaafkan ya...

Maafkan Maiza jika ada salah dan silap... :)) manusia kadang kala terlajak kata.. juga terlajak gurau senda.. mana tau tak di sangka-sangka mengguris hati sehingga menyebabkan nan lara... mana tahu gurauan kita tak di suka.. maafkan jika perkenalan menyebabkan kepeningan.. juga menyusahkan... maafkan!! kerana mana tahu.. esok lusa.. mungkin kita tidak lagi akan bertemu sua......

Thursday, July 8, 2010

♥♥ Jom promosi ♥♥

Assalamualaikum semua... harap semua sihat sentiasa di lindungi dan terpelihara hendaknya Amen Ya Robbal'alamin... untuk entri kali ini dengan berbesar hati Maiza nak "promote" hasil-hasil kerja tangan, karya menyentuh qalbu dan tak lupa juga produk penjagaan Kulit.

Adik Maiza dah bising-bising bila lagi nak promote business dia.. hihihi.. kesibukkan melanda sampai terlupa! ok dah alang-alang maiza nak promote business adik, apa kata Maiza promotekan juga karya (Travelog) dan business keronsang sahabat Maiza.. mudah-mudahan rezeki mereka murah dan bertambah lagi.. Amen Ya Robbala'lamin....

Ingat lagi tak, Maiza pernah post entri pasal kuiz yang Maiza menangi (no3 ja.. hihihi) ha.. inilah berkaitannya... semasa join kuiz tu Maiza siap print out lagi entri sepanjang pertandingan.. Fuh!! tebal tau.. bayangkan betapa tebal dan menariknya kan.. tengok cover pun dah menarik minat membaca. Bila baca terasa seperti kita berada di situasi itu.. ha.. bayangkan.. ^L^
untuk tempahan dan nak tahu lebih lanjut..

ok ini business adik Maiza.. adik bongsu sekarang menuntut di KUIN dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda teknologi maklumat (networking). Dia memang minat business. Yang paling dia suka berkenaan komputer... di sebabkan kami 3 beradik minat berniaga jadi kami ada azam juga business komputer InsyaAllah tengah plan tapi Maiza dan adik ke-2 sibuk dengan kerja jadi terpaksa tangguh dulu.. Ini business adik lelaki Maiza, mula-mula macam tak yakin ja, tapi Alhamdulillah bertambah maju pula "sikit-sikit lama-lama jadi bukit" jika berminat boleh layari blognya.. berminat mahu menempah boleh hubunginya...

Ok.. ini business kawan Maiza.. antara kawan alam cyber yang rapat dengan Maiza.. (Ari.) Tak slah Maiza ini salah satu antara business dia..
Mai pilih mana yang suka... Mai jadi Duta kat oppis.. hehe... kata Ari....
sebagai duta ^L^ merasa diri bertanggungjawab pula.. hihihi... jika anda berminat dengan keronsang ini, boleh buat tempahan terus kepadanya..

Maiza dulu ketika study di alam universiti pernah aktif business untuk menambah pendapatan, lagipun maiza suka berdikari. Pernah dulu berniaga barangan kristal.. memang sold out la.. Maiza dengan rakan share design dan buat sendiri. Kristal original. Kami dapat tempahan bukan sahaja dari kawan-kawan sedara-mara malah ada doktor (regular customer) sanggup cari kami.. harga berpatutan selain itu hasil kerja tangan kami memuaskan. Keuntungan Alhamdulilllah!! kami terpaksa menghentikan business atas sebab sudah tahun akhir yang memerlukan kami menyiapkan final projek yang memakan masa hampir setahun.. ok.. pakat-pakat sokong business sahabat kita ya.. :)

Semoga sahabat-sahabat kita di murahkan rezeki lagi


Tuesday, July 6, 2010

♥♥ Perempuan memang berani!! ♥♥

Assalamualaikum

Hari ini Majlis Bandaraya tempat Maiza bekerja mengadakan operasi besar-besaran, dengan harapan bukan sahaja membanteras malah mahu melumpuhkan terus aktiviti gejala sosial yang semakin menjadi jadi di kalangan anak-anak remaja.. Operasi tertumpu pada anak remaja sekolah terutamanya.

Antara target kami adalah:
  • Aktiviti merokok di kalangan pelajar sekolah
  • Melepak di mall ketika waktu persekolahan
  • Ketika itu masih beruniform sekolah (kecuali yang pergi tuisyen selepas waktu sekolah)
  • Berpakaian "pelik" cth group apa pun tak tahu nama.....
  • Ponteng
Semua ini di bawah kendalian Jabatan Maiza.... :) kalau tidak pihak polis juga turut serta, di sebabkan masalah di kalangan remaja ini lagipun beri warning pertama dulu lah. Jika melibatkan polis kesian pula budak-budak itu kan.. tegur-tegur dulu itu pun ada yang dah menangis yang pelbagai jenis "lagu" baru depa tau.. sebelum ini bukannya tak pernah adakan operasi begitu tapi kali ini sangat-sangat mengejutkan. Merokok di kalangan pelajar perempuan.. dah la tue, kena tangkap pun degil Ya Allah... siap melawan lagi!! mujur bukan adik sendiri kalau takk... erkk.. hehehe...

Maiza tak turut serta pun operasi tue.. tunggu kat office ja la... tak kan nak kejar sama dengan berpakaian baju kurung erkk.... hehe...
Penguatkuasa " Cik Maiza semua dah ready.... "
Maiza " Ramai dak?"
Penguatkuasa "Jom la Cik Maiza tengok sendiri... macam-macam jenis ada... nak apa semua ada!! hahaha"
Maiza " hehehe.... ya la... "

ya la macam-macam ada, ada yang rambut terpacak, ada yang lukis sana sini "bertatu", ada yg siap merokok lagi.. perempuan pula tue.. Zaman sekarang ada orang kata "tak hairan lah perempuan merokok.. berlambak!!" tapi Maiza cukup hairan.. takut pula tengok.. siap di tendang-tendang penguatkuasa tu aduhai.. Wahai adik-adik sedarlah.. masa sekarang untuk belajar tumpu pada pelajaran itu... jangan pula asyik mahu berundur dan terus berundur.. hihihi.. nasihat tak seberapa dari Maiza yang tak ada pengalaman ini.

Kenapa awak merokok??
  • nak kurus
  • sedap
  • seronok
  • saja
  • ikut suka la...
cantiknya bahasa.. Bahasa mencerminkan keperibadian anda!!
ok sekarang pilih nak ke balai atau macam mana?
konon saja buat-buat garang...
tiba-tiba menangis pula... la.. ingatkan gengster hebat sangat yang tadi bukan main melawan lagi tau-tau kalah juga.. Kesian anak melayu kita..
Seperti biasa call ibu bapa budak-budak itu.. ternyata dari keluarga yang berberantakan.. kesian, tiada didikan sempurna....

Ada seorang bapa ini, Maiza merasakan dia bekerjaya profesional. Dia datang tengok anaknya.. terus Pang!! aduhai.. kena penampar, mengalir air mata dia hampa dengan sikap anaknya mungkin!! entah salah siapa

Harapan Maiza dan kami semua yang terlibat dalam operasi kali ini.. berakhir setakat ini. Tapi bolehkah berakhir?? emmm.....


♥♥ Bila Hati menyusun kata ♥♥


Sebelum saat itu hadir di hati,
Saat hati ini tidak mampu berbuat apa-apa lagi,
hanya jasad yang berkata,
ungkapkanlah segala yang terbuku di hati,
atas permintaan hati..
atas suruhan fikir..
atas paksi kebersamaan semua terjadi,

Sebelum saat itu kian hadir,
detik ini masih ada waktu,
beristighfar sepuasnya,
memohon ampun padaNya,

Lembut suara indah itu
Mengalun syahdu penuh energi
Mampu menggetarkan sanubari
Degupan hati
Berdebar mendengar indahnya
Subhanallah,
Hati terlalu merindui,
Lantunan indah
Menundukkan hati untuk sejenak tafakur
Kembali memuji Sang Cinta sejati
Mengadu
Mengemis kasih
Mengharap sayang
Memohon ampun

Menghamba penuh kerendahan hati

Memuji tak kenal henti
Kembali lagi mendamba kasih

kadang berfikir adakah benar tiap tindakan yang di lakukan.. adakah semata-mata hanya untuk kepuasan hati, adakah sukar percaya dalam pada itu amat percaya.. Tapi semua itu perlukan jawapan yang pasti

BENAR atau TIDAK??

p/s.. ekk berkarat semacam pula... hehe....