♥♥ My LovinG Followers ♥♥

Sunday, August 8, 2010

♥♥ Ia tidak menyebelahi ♥♥


Assalamualaikum... ada satu kisah benar!!

Pada suatu hari beberapa bulan yang lalu ada seorang budak perempuan mahu lakukan injakan paradigma. Dia mahukan langkah menuju di teruskan, dia mahukan menapak ke satu tangga lagi terus menapak dan bertapak. Bukannya dia seorang yang tamak tapi kalau boleh dia mahu menjadi seorang yang lebih berjaya. Kebetulan tempat kerjanya ada menawarkan peluang untuk melangkah setapak lagi, jadi tanpa membuang masa dia dan juga kedua rakannya membuat permohonan. Peluang u all cerah!! kata seorang lelaki itu......... jadi kami dengan senang hati tak sabar menunggu tibanya masa itu. Menanti dan terus menanti dengan penuh harapan bahawa " ya saya nak menapak ke satu tangga lagi!! emm.. itulah tekad budak perempuan itu.....

Hari ini selepas lunch budak perempuan bersama rakannya berhorey di luar maklum la lepas makan, tengok itu ini untuk persiapan raya.. tapi tak beli pun.. masuk saja ke pejabat belum panas lagi kerusi yang di duduki itu tiba-tiba......

"Mas dapat interview" kata seorang rakan baik budak perempuan itu..
"ya ka.. wahh seronoknya.. " sambil memaling muka mencari kelibat rakannya itu.. kerana mahu menucapkan TAHNIAH!!
" yang kita apply tue " kata rakan baik....
"hah!! kita...?? tak ada ka???"

aduh berkecai harapan.. kenapa tak terpilih, budak perempuan itu sangat-sangat mahukan jawatan itu.. KENAPA?? KENAPA?? KENAPAAAA???
budak perempuan itu terus menyoal tanpa titik noktah.. kenapa mereka tidak utamakan kita yang sudah lama berkhidmat di sini?? terus tiada mode lagi.... harapan punah sama sekali

Terus menuju ke tandas, mengambil wuduk untuk menunaikan solat.. menenangkan diri.. fikiran yang berkecamuk lagi hancur... dan sudah tidak tahu nak berfikir lagi...
Seusai solat, budak itu menadah tangan memohon pada yang maha esa
" YA ALLAH murahkan rezeki untuk ku, ku mohon moga esok berlaku keajaiban!! " tanpa di sangka menitis juga air mata...
emm.... mana tahu dapat panggilan temuduga ka... huhuhuhu

Selepas mendapat tahu berita yang menghancur luluhkan itu, budak itu tiada mood untuk teruskan tugasan yang semakin menimbun, mujur lagi report yang penting telah di siapkan awal-awal lagi, kalau tak?? pasti report itu terbiar sementara di tepi meja...

" kenapa lambat sangat nak jam 5 nie.. tak sabar nak balik!! " kata budak itu di ikuti rakan baiknya yang dari tadi mood yang sama....
" ini kalau kita delete satu form ini... (sambil mata tertumpu di skrin monitor) nangis jabatan ini, gerenti cari siap peluk merayu-rayu kita punya hahahaha..... kan?? " kata rakan baik.....
" emm.. ya.. ya.., baru depa tau!! " macam mana nak delete ka.. hehehe... (tanduk hampir tumbuh) ish.. ish.... sedar-sedar... Astaughfirullah hal'azimmm.......... emm... ok dah kembali pada asal..

Belum lagi cukup jam sudah tunggu untuk p.card!! " aik.. awal nampak..." tegur seseorang yang ada kaitan dengan pengambilan temuduga itu....
" ehmmmmmm... " dengan memalingkan mimik muka serius!!
Dalam perjalanan pulang.. memandu sambil fikiran menerawang... mata masih tertumpu di hadapan... " alah sayangnya.. napa tak dapat nie.. kurang-kurang panggil la interview.. hari tue bukan main lagi peluang cerah la apa la.....dah la kena saman" mengomel sendirian...
eh.. dah lebih 100km/j kurangkan laju nanti takut langsung tak sampai rumah.... uhukuhuk...
sampai di rumah " mak, yang ceq minta tue, depa tak panggil (dengan muka sedih) dapat interview seorang saja yang lain semua orang luar, huwaaa... "

" tak pa lah... tak dak rezeki InsyaAllah ada rezeki lain lagi... sabaq la...." kata mak
tiba-tiba hati ini sejuk sedikit.. emm.. sabaq, emm.. sabaq, emm.. sabaq InsyaAllah ada rezeki lain lagi...

Maiza chayok!!
Don't give up.... never.. never.. never give up!!
huuu........ saya masih mood sedih!!

Alhamdulillah bila mak kata macam itu, kurang sikit bebanan di fikiran ini.. Bersangka baik pada ALLAH.. InsyaAllah pasti semua ini ada hikmah di sebaliknya...

YA ALLAH..
mohon esok berlaku keajaiban Amen Ya Robbal'alamin....
Tolong Doa'kan ya!!

Saturday, August 7, 2010

♥♥ Saya pun RINDU ♥♥

Assalamualaikum...

Jantung masih berdegup, nadi masih berdetik, kudrat masih kuat Alhamdulillah nafas masih ada pada jasad ini.. syukur masih di beri peluang oleh Allah taala untuk menikmati hari-hari penuh bahagia lagi indah!!. Entah mengapa kali ini ingin sekali membicarakan tentang RINDU "Saya pun RINDU" ^L^.

Maiza suka terbang sana sini, suka mencari arah mengecap suatu nikmat.. Alhamdulillah dapat singgah berpaut pada suatu dahan lagi kukuh!! jadi bicara RINDU ini maiza nak kongsikan..

Islam adalah agama fitrah. Cinta dan rindu adalah fitrah seorang insan. Islam datang untuk menunjukkan cara sebenar mengendalikan cinta dan rindu. Bukannya menafikan rindu dan cinta itu hadir dalam kehidupan seseorang.

Perbuatan orang yang bercinta itu yang perlu dipersoalkan kerana mendahulukan nafsu daripada iman yang terdapat dalam sanubari. semakin lama tak bersua atau semakin sukar digapai sesuatu, maka semakin rindu & semakin ingin serta semakin bertambah harap pada sesuatu. Amnya, rindu didefinisi & dikaitkan sesama manusia. Ibu & anak, among family members, sesama taulan & sahabat, suami & isteri, & yg semakin menjadi " permainan dunia adalah sesama pasangan cinta ". Namun, ramai yg kurang menyedari bahawa rindu adalah suatu perasaan yang seharusnya dijaga & dipelihara dgn sebaiknya utk orang yg tertentu.

Tetapi perasaan rindu pada yang tidak kita pernah temui ini sukar diwujudkan andai kita tak mengenali siapa yang di rindui. Maka benarlah sebuah hadith menyatakan

" Peliharalah suruhan & larangan Allah. nescaya kamu akan rasakan kehadirannya..."
Maka bila kita bersungguh2 menjaga perintah Allah, jaga mana perbatasan halal & haram, jaga pandangan, & jaga macam-macam yang ada pada pandanagan mata rasional ideologi barat & liberal dalah sesuatu yang absurd. Sebab, mereka tak meyakini & tak percaya akan kepastian Qiamat.

Rindu ialah sesuatu perkara yang berlaku kerana terlalu mencintai seseorang. Maka terkadang rindu dibaluti dengan sikap berjaga-jaga. Terkadang ada juga yang terlalu berlebih-lebihan dalam mengungkapkan kalimah rindu sehingga melangkaui batas yang diletakkan oleh Syarak.

Bukanlah semua rindu itu sesuatu yang tidak baik dan menjijikkan. Kerana rindu yang dihiasi dengan iman dan taqwa akan menatijahkan sesuatu yang terbaik bagi sang perindu.

Rindu seperti yang ketahui, merupakan perkara yang berlaku selepas hadirnya cinta. Maksudnya, bila cinta mekar maka rindu akan hadir secara tidak langsung. Rindu juga adalah merupakan amalan hati yang mana manusia tiada kuasa untuk menghalangnya.

Menurut Syeikh al-Qadhi Muhammad Ahmad Kan’an

seorang perindu yang benar-benar menjaga dan menyembunyikan perasaan tersebut daripada pengetahuan orang lain akan mendapat pahala dan ganjaran di atas mujahadah yang dilakukannya. Bahkan al-Imam Tahtawi radhiyallahu anhu menyebutkan di dalam hasyiyah Muraqi al-Falah
(kitab fiqh Mazhab Abu Hanifah),
beliau menukilkan perkataan daripada al-Imam Suyuti radhiyallahu anhu :

“ Orang yang menyembunyikan perasaan rindu sebegini kepada seseorang yang dirinduinya maka jika dia mati dalam keadaan tersebut akan mendapat ganjaran seumpama golongan Syahid akhirat”.


RINDU
Anugerah Allah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu

Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahagiaan

Yang bertaqwa pasti
Rindukan kebenaran
Kejujuran dan keikhlasan
Keredhaan pada maha Esa

Yang mukmin merindukan
Anak-anak yang soleh
Isteri-isteri yang solehah
Keluarga bahagia
InsyaAllah

Di hati sanubari
Merindukan tertegaknya
Kalimah allah di muka bumi
Dan dalam asyik merindukan
Keampunan DariNya
Aku terlalu rindukan cahaya
Yang mana
akan menyinari kehidupan
Rindu kepada NYA
pejamkan mata membayangkan suatu Indah

Tuesday, August 3, 2010

♥♥ Lintasan berlalu pantas ♥♥


Assalamualaikum, salam ceria.. moga semua sihat ya :) sejak kebelakangan ini Maiza kurang sihat la.. aduhai.. panas dalam badan, pening sebelah kiri kepala di tambah pula telinga ini rasa bengang semacam ja.. selesema.. pergi check-up Alhamdulillah tak ada yang kronik cuma BP terlalu rendah yang memerlukakan Maiza rehatkan diri secukupnya huhuhu....

Doc " BP rendah sangat nie.. ada pening-pening? kena banyak rehat!!, bahaya BP terlalu rendah "
Maiza " ^ L^ ok doc......... " (dalam hati, macam mana nak rehat banyak hal perlu di selesaikan)

♥♥ Lintasan berlalu pantas ♥♥

iya lah kan, pejam celik.. pejam celik pejam lagi dan lagi.. laa.. dah masuk ogos nie, dah penghujung sya'aban.. InsyaAllah tak lama lagi Ramadhan kembali bersua.. tak sabar rasanya kan... semoga kita semua di beri kesempatan!! InsyaAllah........

Siang tadi Maiza dapat call dari hospital penang
nurse (Penang) " boleh bercakap dengan Cik Maizatul "
Maiza " Ya saya.. Maizatul "
Nurse (Penang) " ok cik saya just nak comfirmkan saja.. Adakah Cik bersetuju operation ke atas ayah Cik di jalankan pada bulan puasa ini? "
Maiza " emm... maaf ya cik, bulan puasa bila? maksud saya minggu ke berapa?
Nurse " InsyaAllah Cik minggu ketiga, bermula minggu ini...."
Maiza " owhh.... (susah nak buat keputusan, moga keputusan ini adalah yg terbaik) baiklah saya bersetuju.. Terima kasih ya.. apa-apa boleh inform saya.."
Nurse " sama-sama apa-apa nanti pihak hospital akan maklumkan pada Cik... "

InsyaAllah Ramadhan berpuasa dan berkampung di penang.. Inilah masanya Maiza perlu korbankan segalanya demi orang yang terpenting dalam hidup ini... orang yang sanggup bersusah payah untuk hidup ini.. Ya.. inilah masanya.... macam-macam bercampur dalam hati juga kepala ini.. risau pun ada, takut pun ada, bersyukur pun ada.. serba serbi ada... apa-apa pun tawakkal kepada ALLAH InsyaAllah.. mudah-mudahan di permudahkan OlehNya.. Amen Ya Robbal 'alamin... mohon Doa'kan ya!!

Ok seterusnya Maiza nak terangkan entri sebelum ini :) ♥♥ Puas merasa Setiap Lintasan ♥♥ sebenarnya bukan 100% berkaitan dengan Maiza.. cuma untuk perkongsian bermanfaat sahaja. Maiza tak ada la sedih melampau yang tak ada tahap itu.. hihihi.... Alhamdulillah ok ja...

Sebab apa perlu Maiza terangkan??

kerana semua komen di tujukan pada Maiza.. ya lah kan... dah blog Maiza mesti la orang ingat Maiza yang alami... Maiza alami semua lintasan-lintasan itu tapi Alhamdulillah masih ingat Allah taala.... Entri sebelum itu contoh sahaja bagi yang merasa setiap lintasan bagaimana jatuh bangunnya diri.... moga beroleh manfaat ya.. ^L^

Terima kasih pada pengomen setia blog MaizaC'Joe " THOUSANDS OF MEMORIES "..... setiap nasihat, komen anda semua Maiza amat hargai...!!

Terima Kasih banyak-banyak!!

Saturday, July 31, 2010

♥♥ Puas merasa setiap lintasan ♥♥


Apabila mengejar impian tidak tercapai, hidup seolah tiada makna terasa diri mahu saja berlari meninggalkan semuanya, mencari arah.. arah yang sepatutnya untuk di tujui tatkala tiba-tiba tanpa di sangka jatuh dan tersungkur. Kepercayaan diri juga ikut terjatuh, yang dirasakan hidup semakin jauh dari harapan yang diinginkannya kerana disebabkan kononya ketidaksempurnaan yang yang ada pada diri.

Dalam erti kata lain.. jika kehidupan sudah seperti itu, dirundung dalam kegagalan dan kesedihan. Cara pandang terhadap diri akal juga kelalaian fikiran dan terhadap orang lain menjadi berubah "JAGALAH SEGALA LINTASAN DI HATI JUGA FIKIRAN".

Pada dasarnya Allah sudah menetapkan rezeki, jodoh, kehidupan pada setiap orang dengan keadilanNya. Namun disaat kita sedang di timpa kegagalan dan kesedihan terasa berat untuk di teruskan. Seolah Allah Subhanahu Wa Ta'ala berlaku tidak adil, kenapa Allah menciptakan penderitaan? Kenapa Allah harus menurunkan ujian atau musibah hanya untukku?

ALLAH..ALLAH..ALLAH
lantang sekali lidah berbicara, hati juga di fikiran tidak terkawal
SUBHANALLAH!!

Memang terkadang hidup ini terasa berat, bila diri merasa dirundung kesedihan. Kegagalan menggapai impian bukanlah akhir dari segalanya. Apatah lagi ketika itu mahu menjaga semuanya. Hati dan perasaan bagaikan tersekat-sekat. Tidak tahu bagaimana mahu di luahkan juga di bicarakan. Ya, Hanya dia maha mengetahui.. hanya DIA

Percayalah bahawa sesungguhnya Allah tidak akan pernah menjerumuskan kita namun Allah telah memberikan yang terbaik dalam hidup ini kerana kegagalan dan kesedihan juga dugaan membuatkan kita melihat dan kembali berfikir apa yang terbaik pada diri. Apa yang ada pada diri kita saat ini dan apa yang kita miliki saat ini itulah yang terbaik pada diri kita.

Boleh jadi engkau membenci sesuatu padahal itu baik bagimu. Dan boleh jadi engkau menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, sedangkan engkau tidak mengetahui apa-apa. (QS. al-Baqarah : 216).

Kadang kala kalah dengan emosi
tapi aku terus cuba untuk perbaiki
cuba untuk melangkah
tapi kadang kala
kakiku terus kaku
langkah longlai di atur
aku cuba meniti suatu kesempatan
tapi kadang kala
aku seolah-olah tidak sempat
aku sentiasa mohon untuk di beri izin
walaupun untuk pertama atau terakhir
aku puas mengesat
hinggakan tidak terlihat di wajah
wajah yang di anggap ceria
aku puas merasa pelbagai rasa
rasa yang tidak dapat di gambarkan

MaizaC'Joe ~1:00am~

Friday, July 23, 2010

♥♥ Rindu "DIA" ♥♥

"CINTA adalah MATEMATIK..

maka yg mencintai kita akan MENDARABKAN kebahagiaan sampai tidak terhingga..

MEMBAHAGI kesedihan hingga tidak bererti..

MENAMBAH keyakinan hingga utuh..

MENGURANG keraguan hingga habis.. ''


♥ TERIMA KASIH ATAS INGATAN ♥


ada yang kata...
Jika kita sedang merindui
Maka kita juga sedang di rindui
eh.. eh... pandai-pandai ja si penganalisis tue
hehehe..
mengarut.. mengarut.
entah betul entah tidak

apa khabar semua harap semua sihat ya :)
Maiza beberapa hari ini kurang sihat
terkena virus-virus CINTA
ehh.. tak.. ^L^ Virus selesema + Demam
mood nak meronda pun kurang
Sekarang Alhamdulillah, walau tak sepenuhnya sihat
tapi syukur boleh potpetpotpet di sini
Maaf ya Maiza lama tak berbalas kunjung
InsyaAllah Maiza akan cuba sampai malam ini juga
flight dah tak delay :))
tunggu ya!!
Assalamualaikum