♥♥ My LovinG Followers ♥♥

Saturday, November 27, 2010

♥♥ Benar! Hati sukar di ramal ♥♥



Assalamualaikum

Jam menunjukkan hampir 3 pagi. Entah kenapa tidak dapat melelapkan mata bahkan juga sepatutnya perlu merehat serta menenangkan diri di kala hujung minggu ini. Akhir-akhir ini.. mungkin juga sudah hampir di penghujung tahun fikiran juga hati begitu sukar di ramal. Kadang kala ketenangan di himpit dengan kecelaruan yang sepatutnya tidak wujud di sisi.. Ah! apalah sangat.... Alhamdulillah di sinilah tempat untuk diri ini meluah rasa. Sebenarnya diri ini seorang yang sukar meluah secara direct lebih mudah berbicara di sini.. maaf ya!! 

Sebenarnya...

Dalam meniti kehidupan dan impian nyata Ku ingin sekali memiliki sesuatu yang sempurna, tanganku menggenggam sesuatu yang kecil tapi cukup bermakna walaupun tidak mampu meraih segala yang ada di hadapan mata, Tapi ku tetap yakin jiwa yang ada dalam tubuh dapat merangkul kesemuanya, Dan aku yakin mampu menggapai semua cita-cita harapan juga keinginan -sekalipun itu semua melayang lepas ataupun tergantung di hujung langit tertinggi, aku cuba untuk terus meraih....

Jiwaku tetap meruntun untuk jujur berbicara, sekalipun terasa berat, aku tetap berusaha. Mencuba dan terus mencuba...
Aku hanyalah insan biasa, Sesekali aku menyesali tetapi aku terus mencuba untuk tidak melihat masa silam , biarlah itu semua menjadi warna kehidupanku yang mana setiap arah langkahku.

Aku terus cuba menegakkan tubuhku ini, walau pedih perih terasa sesak dalam misteri. Aku terus cuba mengangkat  kembali karung-karung bernama harapan, aku tetap  terjatuh, Aku cuba untuk terus bangkit kembali, Aku terjatuh dan aku terjatuh…… Entah berapa kali aku terjatuh, aku tak dapat menghitungnya, Ya Allah....

Namun, aku masih tetap bertahan.. kerana hidup tidaklah untuk mengeluh, tidak perlu banyak persoalan dan mengaduh. Hidup adalah perjuangan, menyelinap pada setiap rahsia langit dan bumi, serta mencipta dan mengukir kehidupan adalah tujuan akhirku. Aku dapat merasakan getaran-getaran aneh ketika aku sedih, dan debaran ketika aku bahagia, bagiku keduanya adalah sama. Ya.. benar-benar sama!

Bagiku setiap tawa yang lahir adalah kesedihan yang terbuka dari penyamarannya dan tangisan adalah kebahagiaan yang tertunda di hari kedatangannya. InsyaAllah.....

Dan ku yakin masih ada hari esok bersama Pelangi yang indah. Aku terus berusaha dan berdoa tidak putus-putus, Aku serahkan tubuh dan jiwaku sepenuhnya untuk-Mu Ya Allah, Lindungi dan dekatkanlah aku, keluargaku juga sahabat-sahabatku pada-Mu. Rangkullah, pimpinlah dengan cahaya petunjuk-Mu, Dan ketika melihatnya,  terus  aku menyusun langkah berlari Mengejarnya!

Amen Ya Robb!!

 Of all the things I still remember.. 

Summer's never looked the same.. 
The years go by and time just seems to fly..
 But the memories remain...



Friday, November 26, 2010

♥♥ antara ikan dengan Kahwin ada kaitan? ♥♥

Assalamualaikum

Salam ceria dan hari minggu di sini.. kebiasaannya tiap-tiap minggu terutama hari jumaat atau sabtu dah tentu muka Maiza yang kena pergi pasar.. hehe.. so, bangun pagi ayat pertama "hari ni nak makan apa?" konon nya house wife tanpa ehemm.. ehemm lah kan.. Enhanced by Smiley Central

Sorang hamba Allah sebut.. "nak makan ikan keli" adui.. tak ada ikan lain nak minta ka.. nak siang satu hal tu.. walaupun bleh suruh budak kat pasar tolong siang tapi di potong perut ikan tu ja.. then bg ikan tu pengsan huhu...

"la.. ikan lain ja la.. orang dah la tak tau nak siang ikan tu.... "Enhanced by Smiley Central
"mcm mn nak kahwin kalau ikan tu pun tak tau nak siang" fuh! kena sebiji dng mak!
apa kena-mengena siang ikan dengan hal kahwin kan.... isk

Bukan apa.........
sbbnya Maiza paling terkejut bila nak cuci atau nak buang perut ikan tu, ikan masih gerak-gerak.. jadi, mula la.. mulut ni tak boleh dok diam.. dah tu bila pegang ja ikan tu terlepas plak.. dah terkejut.. Tapi sebab orang tersayang punya pasal.. pejam mata juga la siang ikan tu.. Demi orang tersayang kita sanggup buat apa saja kan... hehe.... so.. layan ja la.. 

ngeri kan tengok pic pertama tu.. darah uh!
dah siang cuci bersih-bersih
tadaaa... siap masak.. jemput semua Enhanced by Smiley Central


ini laksa kedah.. favaurite Maiza
tak makan nasi seminggu pun tak pa
janji ada laksa.. Enhanced by Smiley Central

MaizaC'Joe
Hidup ini benar-benar indah!
Apabila kita merasakan segalanya cukup...
Walaupun hanya bersederhana... Alhamdulillah syukur Ya Allah!


p/s moga semua sihat, ceria ya!

Wednesday, November 24, 2010

♥♥ Apa dia fikir ♥♥

Assalamualaikum!!

Bila ada akaun FB memang best.. bukan apa.. kadang-kadang hanya online saja seronok.. sebagai hiburan, perhubungan dengan sahabat maya.. ada juga sebagai medium untuk berdakwah.. Alhamdulillah... 

Tapi yang tak bestnya.. bila bertemu atau berkenal-kenalan dengan sahabat yang salah.. ermm... kalau Maiza bagi chance 3 kali.. lepas tu kalau pelik juga.. terus remove dan block orang tu.. InsyaAllah mudah-mudahan tak kan jumpa lagi..

Manusia macam-macam peel.. antara 2 sahabat maya yang berbeza.. 

Sahabat blogger :  Sahabat FB
Tidak di nafikan ada segelintir sahabat blogger "bergeng" juga di FB..... ramai juga la.. Enhanced by Smiley Central

yang sudah kenal di blog memang tak ada masalah... tapi, kalau yang baru kenal. Kadang-kadang haru biru jadinya.. Nak bersahabat tak salah tapi ada "peraturannya" ada batas-batasnya....

Jangan lebih-lebih..
Maiza paling tidak suka pertama kali berkenal (FB) cakap dah pelik semacam..
Komunikasi tidak menjadi! salah step Enhanced by Smiley Central kan sudah membuang masa...
Bila di layan sikit semakin pelik jadinya.. iskk.... 

ada seorang kenalan maya.. baru lagi "fresh" nak kenal-kenal.. ok la..
bersahabat tak salah kan... terus dia add di YM.. ermm... ok.. approved dulu..
sembang punya sembang...... orangnya baik juga Enhanced by Smiley Central
Last... terlampau berterus terang.. sampai naik terkejut juga..
Hadoi gopoh sungguh Pak Arab tue.. huhu

Bukan apa, Dunia sekarang ini macam-macam.. kita tidak boleh kesan baik buruk seseorang hanya sekadar ber"chat" 30 minit........ tak mungkin!! dan jangan terlalu percayakan orang yang baru kenal BAHAYA!!! 

Di bawah hanya sekadar selingan.. jangan ambil mudah setiap perkenalan baru.... takut nanti tak pasal-pasal muka masuk paper... ehmm... Allah... minta di jauhkan...Enhanced by Smiley Central


Sunday, November 21, 2010

♥♥ Tiada sepalit dendam di hati ♥♥


Assalamualaikum!  Enhanced by Smiley Central

Jika kesedihan sudah berlalu seiring waktu, maka mulai sedarkan diri. Mulai menguasai diri, mekarkan walau sedikit senyuman dan tidak terlalu larut dalam kedukaan. Demikian pula pada orang yang kehilangan orang yang dicintai kerana berpisah akan selalu dihinggapi rasa marah, benci, dendam, kesal. Namun berjalan secara perlahan, sikap seseorang dalam menghadapi kedukaan akan berubah menjadi tenang. Jadi, kuatkanlah iman! Banyak kebaikan yang Allah berikan dalam hidup kita sekalipun hal itu telah membuat hati kita terasa perih, terluka dan kita tidak suka.
Walau apa sekalipun, jauh di sudut hati langsung tiada dendam dalam hati...!!  Enhanced by Smiley Central


'Barangkali kamu tidak menyukai sesuatu, 
padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak' 
(QS. al-Baqarah : 216).


p/s saja-saja sapu sawang kat sini.. iskk makin malas ja jari ni nak menari ligat macam dulu.. padahal rumah ni tak la lama sangat!! Enhanced by Smiley Central

Tuesday, November 16, 2010

♥♥ Salam Aidil Adha ♥♥


Assalamu'alaikum,

Dengan izin ALlah, kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha buat kesekian kalinya. Di tahun ini, Insya ALlah, umat Islam di Malaysia akan menyambutnya pada hari esok iaitu jatuh pada hari Rabu.

Sahabat yang dirahmati ALLAH

Jauh di Mekah sana, saudara-saudara seIslam sedang mengerjakan ibadah haji yang mengikat hati mereka dengan Makkah al Mukarramah, tempat terbitnya Islam dan daripadanya berpusat sinaran Tauhid ke seluruh alam ini. Di sana berhimpunlah orang-orang Islam dengan kesatuan dan kasih sayang tanpa mengira bangsa, warna kulit, pangkat, harta dan kedudukan.

Di kesempatan ini.. Maiza dengan rasa rendah diri menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf jika ada salah tutur kata terlajak gurau senda di alam maya sepanjang persahabatan ini.. Maaf zahir dan Batin ya!