♥♥ My LovinG Followers ♥♥

Tuesday, February 9, 2010

~*~ Sedih dah buat salah ~*~

Untuk pertama kalinya

sepanjang bertugas di tempat baru

maiza dah buat salah

Ya Allah

kenapa la maiza nie

tak fokus ka?

tak bertanggungjawab ka?

tak boleh nak handle kerja ka?

tak bersistematik ka?

pening juga memikir

begini....

kelmarin maiza kena kira mengira

biasa la.. nama pun akaun...

tapi banyak sangat.. berbeza di hari biasa

bos ckp "maiza cepat2 sikit nanti big boss nak dah"

maiza dpt tugas tue hmpir 11.00 pagi

big bos nak jam 12.00 before lunch

kelam kelibut juga takut tak sempat

di tekan.. cepat sikit.. cepat sikit..

bos dok tanya dah tue....

ok.. tengah buat nie sabar sat...

seperti perancangan semua sattle pada masa di tetapkan

Alhamdulillah....

masuk office pagi ke esokkan

pengiraan semua ok... Alhamdulillah lagi

semua dah di hantar ke bank "ckp sorang bos nie"

ok lega lagi... tak lama lepas tue.. saja nak check sekali lg

ehh!! duit ada lg...

Ya Allah.. maiza tak masukkan semuanya..

ada sikit lg... maiza tnya pada second bos

tak apa ka??

tak apa.. setakat nie bank tak call lg..

seharian di office memang risau sangat2..

ish.. mcm mana la hari nie...

moga semuanya berjalan lancar

ish.. risau memang risau.. takut memang takut..

takut kena panggil soal dengan big bos huhuhu..

Ya Allah risaunya....

minta2 la semuanya ok...

ish... macam mana la boleh lupa

Ya Allah...

tak apa sabar..

Tabah lalui semuanya

dari seorang sahabat.. terima kasih

barangsiapa sedang menikmati dunia, di situlah aku pernah merasakan pahit getirnya kehidupan. bagiku dunia adalah tipu daya dan penuh berisi kedustaan, bagaikan fatamorgana di tengah padang sahara. dunia tidak ubah bagai bangkai2 busuk yang hanya anjing kelaparan yang mahu mendekatinya. jika engkau menjauhi dunia, kelak engkau terselamat dari kekotorannya. tapi, jika engkau dekati dunia, maka engkau diserang oleh anjing2nya..~imam Syafi'ie~ 'Tanda orang beradat, elok perangai sempurna sifat' 'Tanda orang beriman, perangai elok bicaranya sopan' 'Tanda orang berilmu, cakapnya tidak menyingkap malu' 'Tanda orang terpuji, bercakap tidak mengeji' 'Berbicara tidak memfitnah, menyanggah tidak menyumpah'


MaizaC’Joe

Saturday, February 6, 2010

~*~ Jadi terbaik?? ~*~

" Jadilah yang paling baik dari dua orang manusia.” - Al-Hadits -

Kebanyakan salah dalam mengertikan makna menjadi paling baik dalam hidup ini. Apakah itu dalam hubungan antara dua orang atau lebih dalam kaitannya.

Ramai yang berusaha menjadi paling baik dibandingkan dengan orang lain dengan cara mengalahkan orang lain, merendahkannya atau menyingkirkannya. Banyak juga yang berusaha menjadi lebih baik dibanding orang lain dengan ukuran penampilan luar atau ukuran duniawi semata.

Ada juga orang yang berusaha menjadi paling baik dibandingkan orang lain dengan ukuran lebih tinggi dalam kedudukan atau pangkat. Mereka berusaha lebih tinggi dibanding lainnya dalam hal kehormatan, kesombongan, populariti, keegoan pribadi, dll.

Kalau menghayati makna sesungguhnya dari hadits tersebut,

sesungguhnya bukan hal seperti ini yang menjadi makna terdalam. ” Jadilah yang paling baik dari dua orang manusia” yang dimaksudkan adalah lebih baik dibanding orang lain dalam hal mengutamakan kepentingan orang lain. Menjadi lebih baik dibanding orang lain dalam hal memberikan manfaat bagi orang lain. Lebih baik dalam menjaga kerendahan hati, dalam berbagi kebaikan, dalam kejujuran, menolong orang lain, mengembangkan sikap empati, dalam cinta kasih dan kesetiaan.

Kalau kita sebagai seorang anak, berusahalah menjadi paling baik dengan tidak melupakan pengorbanan ibu bapa, Jika menjadi seorang kakak atau abang, jadilah kakak atau abang yang penuh rasa tanggungjawab terhadap adik-adik, Jika menjadi seorang kawan atau sahabat, jadilah seorang sahabat yang jujur, menghormati serta yang terbaik. Jika menjadi seorang isteri atau suami ataupun kekasih, jadilah isteri atau suami ataupun kekasih yang sesama setia, bertanggungjawab, mempercayai serta menghaormati antaranya. Kesemuanya merangkumi kebaikan kesetiaan, kepercayaan juga tanggungjawab antaranya....

Tetapi, kehidupan yang macam-macam seringkali menemukan satu titik noktah yang kadang memeningkan, mengecewakan, ketidakfahaman, kejujuran, kesetiaan sudah di leraikan. Ingin menjadi seorang yang kuat lumrah kehidupan, bertanggungjawab.. sudah tentu kepercayaan saling hormati. Tapi inilah dia kehidupan yang di sebaliknya...


Maiza

Kehidupan atau sebaliknya

Lebih mudah menjadi diri sendiri

mahukan terbaik

kuat meneruskan perjalanan yg di tentukan

sesungguhnya syukurnya aku

hanya padamu Ya Allah


MaizaC’Joe


Thursday, February 4, 2010

~*~ Seorang pun tak terjaga ~*~

entri kali ini, maiza ingin mengambil sedikit masa untuk membincangkan satu topik mengenai isu lelaki atau wanita yang tidak cukup dengan seorang pasangan (itu yang belum berumah tangga) yang sudah berumah tangga (Poligami) untuk wanita yang sudah berkahwin tapi ada perhubungan tak manis ( nak di letakkan sebagai apa?? )

Maiza tidak pasti samada ianya lumrah manusia atau sikap seseorang individu itu sendiri yang inginkan kekasih, pasangan atau isteri lebih daripada satu. Mempunyai seorang pun tidak terjaga. Inikan pula mahu lebih daripada satu. Memang cari nahas la jawabnya.

Kenapa sesetengah orang.. di ulang.. sesetengah orang, bukan semua perlukan kekasih atau isteri lebih daripada seorang? Adakah ianya sebagai ‘backup’ ataupun sebagai satu tanda yang menunjukkan kita ini seorang yang juara? Makin ramai gadis di keliling pinggang, makin macho dan hebatlah seseorang itu. Adakah itu yang diinginkan? Maiza sendiri tidak pasti apakah yang sebenarnya yang mereka fikirkan.

Kenapa maiza boleh terfikir postingkan n3 sebegini?? sebabnya maiza geram sangat kat seorang bos nie.. (nama di rahsiakan.. tak pasal2 kena saman pl nanti) dia dah ada isteri cantik, baik, peramah, berkedudukan, jawatan tinggi, dah ada anak.... lelaki perempuan semua ada... entah la, maiza tak tau nak cari di mana kekurangan pada diri isteri dia.. memang manusia tidak sempurna, tapi di mata maiza dia begitu sempurna. Kenapa?? kenapa? kenapa? masih cari orang lain.... masyaAllah.. isteri dia memang baik. Maiza tau la sebabnya pernah berurusan dengan isteri dia.. yang paling geram ada perhubungan dengan staff sendiri.. Ya Allah.. maiza selalu dengar dari mulut orang lain. Jadi, maiza malas nak masuk campur. Tapi kali nie dengan tak sengaja terjumpa, macam nak pergi ketuk ja 2 orang tue..

Mampu menanggung nafkah zahir dan batin isteri serta bakal isteri.

Begitupun, Abu al-'Aynayn dalam bukual-Ziwaj wa al-Talaq fi al-Islam berpandangan bahawa sebarang penambahan boleh diberikan kepada satu isteri dalam soal pemberian nafkah dengan dipersetujui oleh semua isteri. Ia tidak boleh diamalkan jika boleh membawa kepada perselisihan dan tidak puas hati di antara isteri.

Berlaku adil kepada isteri.

keadilan daripada pelbagai segi tanpa wujud pilih kasih antara mereka. Ia juga bermaksud meletakkan sesuatu itu sesuai pada tempatnya. Ini termasuk komunikasi, perbuatan, tutur kata, dan akhlak yang baik, juga membabitkan beberapa aspek iaitu nafkah, palaian, penempatan, giliran bermalam dan musafir.

Suami bagaimanapun tetap dilarang menunjukkan secara jelas perbezaan kasih sayang.

Apabila berpoligami, suami juga perlu adil dalam menyediakan tempat tinggal untuk isterinya. Sebaik-baiknya hendaklah diasingkan bagi mengelakkan perselisihan keluarga dan perasaan cemburu di kalangan isteri.

Suami juga wajib menentukan kadar giliran bermalam yang adil antara isterinya tanpa mengira samaada isterinya isteri muda, isteri tua atau sebagainya

Suami menanggung dosa sekiranya memberikan giliran lebih banyak kepada seorang isteri berbanding isteri yang lain.

Kelonggaran diberikan pada malam awal perkahwinan dengan isteri baru tanpa perlu diganti semula kepada isteri tua.

Imam Syafie pula berpendapat, suami wajib membuat undian antara isteri sekiranya beliau menginginkan seorang daripada mereka menemaninya bermusafir seperti ke luar daerah. Dalam hal ini, suami tidak wajib menggantikan giliran bermalam kepada isteri yang sepatutnya mendapat hak pada masa musafirnya. Wallahu'alam

Perlu berkemampuan dari pelbagai aspek

kalau tak ada.. jangan dok fikir

Kalau dah ada anak tue.. yang penting jangan lupa anak!!


Maiza
walaupun sukar menerima
Soal Jodoh hanya Allah yang tahu
Jika itu sudah di tentukan
Jika itu sudah di putuskan
Terima dan redha


MaizaC’Joe

Sunday, January 31, 2010

~*~ Indahnya Kehidupan ~*~

menatap langit biru
menatap pagi yang indah

menatap kehidupan yang kian mencabar
indahnya ciptaan Ilahi.
andai ku bisa menatapnya utk selamanya,
tak kan ku sia-siakan setiap langkah

Ya Allah

tenangkan hatiku seperti mana tenangnya sungai mengalir
lapangkan hatiku sebagaimana lapangnya bumi indah ini
penuhi hidupku dengan kepelbagaian warna duniamu ini
semoga ku bisa teruskan hidupku dengan pertolongan darimu
semoga ku tabah menghadapi dugaan mu
sabar dan bersyukur

segala dugaan dan nikmat yg telah engkau berikan..

Sementara menunggu di beri peluang melintas, sempat juga snap sana-sini pakai h'fon murah konon nak tenangkan diri sambil-sambil tue semoga perjalanan berjalan lancar..... Indahnya suasana di pagi hari. Walaupun sentiasa sibuk, tetapi tetap indah, tetap tenangnya hati, tetap gembiranya jiwa, lapangnya minda, ceria sentiasa ceria... Syukur Alhamdulillah masih di beri kesempatan merasa tiap nikmat dalam kehidupan... (makin sibuk jalan sedang di perbesarkan ----> ala-ala highway)

Di pagi hari.. dah menjadi rutin seharian lepas subuh jangan lewat 5 minit pun keluar dari rumah kalau tak inilah jadinya sesak, semua terkemut-kemut (orang kedah kata) slow... hee.. tambah-tambah bila tengok perempuan yang drive fuh!! jangan kasi chance.. kesian tunggu nak keluar lintas tunggu berminit-minit.. bukan semua tak bertimbang rasa.. ada yang prihatin juga....

Si warna merah menunggu
Ketika jingga menghampirinya
Si Kuning juga ikut bergabung
Bersama hijau menambah seru
Lalu datang juga si biru

Orang lain berkata,
“Mereka akan bersatu?
Benarkah??
Yang merah terlalu merah
Jingga dan kuning tidak cocok bersama
Hijau akan merosak saja
Dan yang biru?
Wah, tak mungkin!!!

Tapi mereka tetap bersama
Tak peduli kata siapa
Suka dirasa bersama
Duka dibagi rata
Seperti layaknya saudara

Dipenuhi tawa suka duka,
Si merah lalu belajar menjadi jingga
Di ujung suasana duka,
Yang kuning berubah menjadi hijau
Dan biru merangkumi di antaranya
Penuh cinta
Penuh kasih sayang

Masing-masing bila perlu lepaskan ego??
Untuk Menerima dengan hati terbuka
sama-sama tahu..
Ingin sekali
Mencintai, menyayangi sesamanya
Merasakan bahagianya

Merah, jingga, kuning, hijau, dan biru
Bergabung membentuk pelangi
Lihat di ujung langit sana
Berpegang teguh bersama
Saat hujan badai mereda

Siapa yang menyangka
Lima warna berbeza
Berubah menjadi bentuk penuh cinta dan kasih sayang
Semalam
Hari ini
Esok pagi
Selamanya
Semoga pelangi itu masih tetap ada
Berpegang teguh sesamanya
Subhanallah... Indah sekali ciptaan
Yang maha Esa



MaizaC’Joe


Thursday, January 28, 2010

~*~ Perigi Mencari Timba?? ~*~


Perigi mencari timba atau pergi mencari timba?? Pada masa kini istilah perigi mencari timba sudah menjadi satu isu yang biasa kita dengar, diperdebatkan dan diulas daripada peringkat bawahan sehingga golongan atasan dalam organisasi masyarakat.

Apa yang buat maiza tiba-tiba terfikir untuk n3 kali ini kerna ketika di pejabat siang tadi waktu rehat sambil menunggu makanan berbual-bual kosong dengan rakan-rakan, masing-masing memberi pandangan berbeza di selang-seli dengan gelak ketawa, gurau senda. “Maiza, boleh ka wanita meminang lelaki??tu kan macam perigi mencari timba ja..” soalan dari seorang rakan sepejabat yang tiba-tiba membuatkan kami semua ketawa..... jawapan maiza kepada rakan... tak tahu apa nak jawab, geli hati.. malunya.. (kalau maiza memang susah.. maluu..) maiza akan siapkan n3 malam nie.. tengok jawapannya.... semua terus tersenyum.

Namun, adakah kita faham apakah erti sebenar perigi mencari timba itu? Adakah terdapat konsep dan istilah ini pada perspektif Islam? Apa yang perlu kita fahami, apabila difikirkan menerusi pemikiran yang waras dan cerdik, sudah tentulah perigi tidak akan boleh mencari timba kerana apabila seseorang yang ingin menggunakan air di dalam perigi, sudah pastilah dia perlu mengambil dan menggunakan timba atau gayung untuk mengambil air tersebut. Oleh yang demikian istilah perigi mencari timba adalah satu istilah yang salah dan yang sepatutnya timba mencari perigi.

Tapi, jangan terus membuat kesimpulan lagi berkenaan isu dan istilah ini kerana maiza baru sahaja menerangkan ia menurut perspektif bahasa iaitu berkenaan susunan perkataan dan kesesuaian penggunaannya.

Wanita Meminang Lelaki??
“Eratkan dirimu dengan manusia untuk mengetahui masalah mereka, eratkan dirimu dengan Allah untuk membantu mereka menyelesaikannya”

Usah Malu Dengan Usaha Yang Mulia??

Selalunya lelaki yang harus memulakan dulu. Pihak lelaki merisik khabar, kemudian jika isyarat ‘lampu hijau’ diberikan, maka menyusullah rombongan peminangan. Lelaki meminang wanita. Bagaimana jika sebaliknya, pihak wanita yang merisik khabar, kemudian menghantar rombongan meminang? Wanita meminang lelaki. Ah, janggal. Tidak pernah dibuat orang. Begitulah sempitnya adat berbanding keluasan syariat. Justeru, dalam sejarah Islam, pihak wanita meminang lelaki adalah sesuatu yang lumrah.

Siti Khadijah meminang Rasulullah S.A.W. Sayidina Umar pernah ‘meminang’ Sayidina Abu Bakar untuk puterinya Siti Habsah (tetapi Siti Habsah kemudiannya menjadi isteri Rasulullah S.A.W). Pada zaman kegemilangan Islam, kedua-dua cara dipraktikkan. Sama ada wanita melamar lelaki atau lelaki melamar wanita. Tidak ada istilah perigi mencari timba seperti yang diungkapkan oleh adat atau budaya masyarakat hari ini. Kebenaran kerap kali nampak janggal (untuk dimulakan) sebab ia bertentangan dengan budaya. Tetapi kita perlukan keberanian untuk melakukan anjakan paradigma, seterusnya perubahan sikap… biarpun terpaksa menanggung risiko dituduh tidak tahu malu!

Perlu diingat kekadang adat dan syariat boleh diselaraskan. Namun adakalanya adat bertentangan dengan syariat. Maka pada ketika itu hendaklah diutamakan syariat kerana adat hanya berasal daripada pemikiran dan perasaan manusia manakala syariat bersumberkan wahyu Ilahi. Adat relatif sifatnya- boleh berubah mengikut zaman dan perubahan minda manusia. Tetapi syariat bersifat mutlak, tetap relevan dan signifikan sampai bila-bila.

Tidak dinafikan adat kekadang bersumberkan ajaran agama. Namun apabila selera nafsu dan kecelaruan fikiran berlaku, sering syariat menjadi mangsa pengubahsuaian yang mencemarkan kesuciannya. Adat ‘membatalkan air sembahyang’, kenduri walimah secara keterlaluan (hingga menyebabkan pembaziran dan sikap menunjuk-nunjuk), mas kahwin yang berjumlah beribu-ribu ringgit, adalah antara contoh bagaimana sesuatu yang mulanya berasalkan kehendak syariat telah bertukar menjadi kehendak nafsu. Sering berlaku, yang sunat dianggap seperti wajib. Manakala yang wajib pula dianggap remeh dan dipinggirkan.

Pada ibu bapa pihak wanita, malah wanita itu sendiri, jangan takut untuk merubah budaya. Kita mesti berani melawan arus. Hubungan dengan Allah dan sesama manusia saling berkaitan. Marilah kita jaga hubungan kita dengan Allah, untuk mendapat kekuatan menyelesaikan masalah manusia. Kita tidak boleh lagi terikat dengan cara-cara yang konvensional sahaja untuk menyelesaikan masalah ummah. Oleh itu, jika ada seorang lelaki yang di percayai boleh dan layak menjadi calon suami yang soleh, ambillah tindakan untuk mula merisik dan melamarnya... heehee.. Jika diterima, alhamdulillah. Jika ditolak, tidak mengapa. Usah merasa malu kerana bukan melakukan sesuatu yang salah dan haram di sisi agama.

Sekalipun ditolak, pihak wanita atau wanita itu sendiri sebenarnya telah melakukan satu usaha yang mulia malah mengikuti jejak langkah Sayidina Umar yang menawarnya puterinya untuk Sayidina Abu Bakar. Bukankah pinangan Umar juga ditolak dengan baik oleh Sayidina Abu Bakar? Namun kemudiannya Umar mendapat calon yang lebih baik apabila Rasulullah sendiri sudi memperisterikan Siti Habsah. Jadi bagaimana dengan kita he..? Tidak mustahil natijah yang sama mungkin akan di alami… insyALLAH Allah tidak akan mengecewakan para hamba yang komited mengikut syariat-Nya.♥

Wallahu'alam....

“Telah aku tinggalkan kepada kamu dua perkara. Sekiranya kamu berpegang teguh dengan keduanya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu, Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnahku.”


Maiza
maut, rezeki,
jodoh pertemuan
semua di tangan Allah


MaizaC’Joe