♥♥ My LovinG Followers ♥♥

Thursday, December 3, 2009

~*~ Air mata mutiara ~*~



Pada suatu hari seekor anak kerang di dasar laut mengadu dan mengeluh pada ibunya sebab sebutir pasir tajam memasuki tubuhnya yang merah dan lembik.

"Anakku," kata sang ibu sambil bercucuran air mata, "Tuhan tidak memberikan pada kita, bangsa kerang, sebuah tangan pun, sehingga Ibu tak dapat menolongmu."

Si ibu terdiam, sejenak, "Aku tahu bahawa itu sakit anakku. Tetapi terimalah itu sebagai takdir alam. Kuatkan hatimu. Jangan terlalu lincah lagi. Kerahkan semangatmu melawan rasa ngilu dan perit yang menggigit. Balutlah pasir itu dengan getah perutmu. Hanya itu yang mampu kau lakukan", kata ibunya dengan sendu dan lembut.

Anak kerang pun melakukan nasihat bondanya. Ada hasilnya, tetapi rasa sakit terkadang masih terasa. Kadang di tengah kesakitannya, ia meragukan nasihat ibunya. Dengan air mata ia bertahan, bertahun-tahun lamanya.

Tetapi tanpa disedarinya sebutir mutiara mulai terbentuk dalam dagingnya. Makin lama makin halus. Rasa sakit pun makin berkurang. Dan semakin lama mutiaranya semakin besar. Rasa sakit menjadi terasa lebih wajar.

Akhirnya sesudah sekian tahun, sebutir mutiara besar, kukuh berkilat, dan berharga mahal pun terbentuk dengan sempurna. Penderitaannya berubah menjadi mutiara air matanya berubah menjadi sangat berharga. Dirinya kini, sebagai hasil derita bertahun-tahun, lebih berharga daripada sejuta kerang lain yang disantap orang sebagai kerang rebus di pinggir jalan.

Moral dari kisah ini

Adalah sebuah paradigma yang menjelaskan bahawa penderitaan adalah lorong transendental untuk menjadikan "kerang biasa" menjadi "kerang luar biasa". Kerana itu dapat dipertegaskan bahawa kekecewaan dan penderitaan dapat mengubah "orang biasa" menjadi "orang luar biasa".

Banyak orang yang mundur saat berada di lorong transendental tersebut, kerana mereka tidak tahan dengan cubaan yang mereka alami. Ada dua pilihan sebenarnya yang dapat mereka pilih, menjadi `kerang biasa' yang disantap orang atau menjadi `kerang yang menghasilkan mutiara'. Sayangnya, lebih banyak orang yang mengambil pilihan pertama, sehingga tidak mengherankan bila jumlah orang yang berjaya lebih sedikit dari orang yang `biasa-biasa saja'.

Mungkin saat ini kita sedang mengalami penolakan, kekecewaan, patah hati, atau terluka kerana orang-orang di sekitar kamu cubalah untuk tetap tersenyum dan tetap berjalan di lorong tersebut, dan sambil katakan di dalam hatimu..

Maiza

Berharganya Air mata

Air mata mutiara

semoga di permudahkan

amen


in loving memory

MaizaC’Joe

22 comments:

Abd Razak said...

Salam...

Berkorban itu perkara mulia tetapi di sepanjang pengorbanan itu dihiasi dengan tangis yang tiada lagu..tiada siapa yang mengerti..bahagialah di atas penderitaan.

Pn Kartini said...

Salam My dear sis:):)
Semoga tangisan penderitaan itu bisa berbalas dgn kebahagiaan yang tidak terfikir oleh akal fikiran kita...
Memohon padaNya..sesungguhnya Dia Maha mendengar..:):)

Anonymous said...

uhuhuhuhu

sedey tetibe kak....

hukhukhuk

Ayu Cute said...

Salam Maiza...
Di sebalik kesedihan, akan ada jua kemanisan...beruntunglah jika kita dipilih untuk melalui kesedihan dan kemanisan itu....

hidup ujian said...

salam..

begitulah kiranya hidup seorang pelajar..

antara dua pengorbanan masa:
dengan tidur yang ni'matnya terputus apabila terjaga dari lena.

dengan belajar yang terkadang seksanya untuk memahami dan mengingati, namun ni'matnya kejayaan untuk diri dan kegembiraan yang dapat dikongsi bersama insan-insan yang disayangi.

wallahua'lam..

http://nasirdamanhour.blogspot.com/2009/12/di-mana-kata-semangat.html

ONE ZABA said...

masak sambal tumis kerang ok gak hari ni. pergi pasar dulu la...chiowww!!!

Maiyah said...

aku ttp ersnyum dan ketawa hehe

myQza said...

aduhai... mampukah aku menjadi sekuat dan setabah anak kerang?

Tea Cha Hai said...

Alhamdulillah.....diberi peluang untuk merasakan semua emosi...tinggal diri sendiri mengambilnya sebagai apa...sebagai penumbang diri atau sebagai pembangun diri.... Hari ini sudah lebih positif menghadapi penolakan, mengecewakan, patah hati atau terluka.. itu hari ini...hari esok, hanya mampu memohon...Ya Allah kuatkan aku...Tabahkan aku....

zaijb said...

Salam Maiza,

untuk berjaya kita pasti akan menempuhi pelbagai onak dan duri...
bukan mudah dan tak semudah yg di sangka....
hanya kekuatan dan kecekalan hati sahaja dapat melepasi...
tapi akhirnya kita jangan lupa... Allah sentiasa bersama kita... dan sentiasa beringat...
setiap ape yg berlaku pasti ada rahmatnya yg kita tidak ketahui...

Hasfanizam Hamdan said...

Salam Maiza,
i lke it (^_^)

MaizaC'Joe said...

Abd Razak

setiap pengorbanan itu selalu di hiasi dng mcm2.. sentiasa mahukan sesuatu yg terbaik tapi, akan ada dugaan sebelum merasa nikmat..

terima kasih atas perkongsian ilmu..

MaizaC'Joe said...

My lovely sis Tinie

mudah-mudahan sis.. kita mengharapkan yang terbaik.. semoga sentiasa di perkenankan....

thanks sis...

MaizaC'Joe said...

my dear jane

sedih ka dear... iya lah kan.. semuanya yg kita nak kecapi pasti perlukan pengorbanan dulu.. bukannya mudah...

thanks dear....

MaizaC'Joe said...

Sis Ayu

w'slm sis...

setiapnya pasti ada sesuatu.. setiap sesuatu pasti tersembunyi.. beruntungNya kita... di beri peluang merasa semuanya.....

thanks sis datang lg...

MaizaC'Joe said...

p.u.j.a.a.n.s.e.7.e.n™

bukan saja sebagai pelajar.. tapi lebih kepada sebagai manusia. kita tak kan lari dari semuanya.. Pengorbanan jadikan sebagai pembelajaran kehidupan.. bukan mudah nak mengecapi.. Tapi, mudah-mudahan sentiasa di beri jalan yg terbaik..

terima kasih ats info.. URL website tue.. nanti sy singgh dan terima kasih sudi singgh...

datang lg...

MaizaC'Joe said...

ONE ZABA

sedapnya sambal tumis kerang.. hehe..

thanks ya.. datang lg...

MaizaC'Joe said...

my lovely sis Maiyah

iya kan sis.. teruskan tersenyum dan ketawa.. tapi, jangan terlebih sudah.. hee.. bahaya...

thanks sis datang lg...

MaizaC'Joe said...

sI tEDI

ya la kan... boleh ka nak setabah kerang.. tau makan kerang ja maiza nie.. kita kongsi bersama...

thanks dear datang lg...

MaizaC'Joe said...

My dear... Ari

semoga kita semua sentiasa di dalam lindunganNya.. sentiasa di beri kekuatan untuk menempuh semuaNya.. Ya Allah.. kuatkan semangat, tabahkan hati, cekalkan jiwa, lapangkan fikiran.. moga kami semua sentiasa bersyukur atas Nikmat yg telah di kurniakan... mudah-mudahan di permudahkan..... Amen...

thanks dear.. datang lg...

MaizaC'Joe said...

My dear zai

sebelum merasa nikmatNya, pasti dugaan cabaran akan di tempuhi dulu. bukan mudah untuk menempuh tiap2 kesukaran.. Alhamdulillah.. kerna dia sentiasa di sisi.. sentiasa memohon di beri kekuatan... InsyaAllah nikmatNya.. pasti dapat di rasa..

thanks dear...

MaizaC'Joe said...

SilentThinker

w'slm niezam..

thanks atas kunjungan...

datang lg..