
Dua bulan musim hujan berlalu sehingga pepohonan menghijau. Kelihatan seekor ulat di antara dedaun menghijau yang bergoyang-goyang d iterpa angin.
"Apa khabar daun hijau," katanya.
Tersentak daun hijau menoleh ke arah suara yang datang
"Oh, kamu ulat. Badanmu kelihatan kurus dan kecil, mengapa?" tanya daun hijau.
"Aku hampir tidak mendapatkan dedaunan untuk makananku. Bolehkah engkau membantuku sahabat?" kata ulat kecil.
"Tentu.. tentu.. dekatlah kemari." Daun hijau berfikir, "Jika aku memberikan sedikit dari tubuhku ini untuk makanan si ulat, aku akan tetap hijau. Hanya sahaja aku akan kelihatan berlubang-lubang. Tapi tak apalah."
"Perlahan-lahan ulat menggerakkan tubuhnya menuju daun hijau.
Setelah makan dengan kenyang ulat berterima kasih kepada daun hijau yang telah merelakan bahagian tubuhnya menjadi makanan si ulat. Ketika ulat mengucapkan terima kasih kepada sahabat yang penuh kasih dan pengorbanan itu, ada rasa puas di dalam diri daun hijau. Sekalipun tubuhnya kini berlubang di sana-sini namun ia bahagia dapat melakukan sesuatu bagi ulat kecil yang lapar.
Tidak lama berselang ketika musim panas datang daun hijau menjadi kering dan berubah warna. Akhirnya ia jatuh ke tanah, disapu orang dan dibakar.
Moral dari kisah ini
Apa yang terlalu bererti di hidup sehingga enggan berkorban sedikit sahaja bagi sesama, akhirnya semua yang ada akan "mati" tidak menutup mata ketika sesamanya dalam kesukaran. Yang tidak membelakangi dan seolah tidak mendengar ketika sesamanya berteriak meminta tolong. Ia rela melakukan sesuatu untuk kepentingan orang lain dan sejenak mengabaikan kepentingan diri sendiri. Merelakan kesenangan dan kepentingan diri sendiri bagi sesama memang tidak mudah, tetapi indah. Allah itu maha mengetahui...
Bagi "daun hijau", berkorban merupakan sesuatu perkara yang indah serta memuaskan. Dia bahagia melihat sesamanya dapat tersenyum kerana pengorbanan yang ia lakukan. Ia juga melakukannya kerana menyedari bahawa ia tidak akan selamanya tinggal sebagai "daun hijau". Suatu hari ia akan kering dan jatuh ke tanah.
Hidup ini hanya sementara, kemudian kita akan mati. Itu sebabnya isilah hidup ini dengan kasih sayang, pengorbanan, pengertian, kesetiaan, kesabaran dan kerendahan hati.
Berkorban itu sebagai sesuatu yang menyenangkan dan membawa sukacita tersendiri.
Mendahulukan kepentingan sesama, melakukan sesuatu bagi mereka, memberikan apa yang kita punyai dan masih banyak lagi pengorbanan yang dapat kita lakukan.
Maiza
memberi dengan penuh keikhlasan
kasih sayang yang berpanjangan
gembira melihat orang bahagia
ceria melihat orang ketawa..
Ya Allah
tabahkan hatiku, cekalkan jiwaku
lapangkan fikiranku
moga aku dapat lalui jalan yg telah
kau tentukan untukku
AMEN..
in loving memory MaizaC’Joe






20 comments:
slalunya akan berkorban dgn org yg terdekat.. kalo ada kasihsyg sudah pasti akan ada pngorbanan
apalagi kalo ngan ank2 kan tapi taknak lubang2 kena mkn hehee :D
Kita akan sanggup berkorban bila kita saya pada seseorang so pupukkan kasih sayang sesama insan agar pengorbanan mudah dilakukan.
Salam...
Berkorban tidak semudah apa yang dikata. Sifat mementingkan diri sendiri akan sentiasa hadir dalam diri seseorang, dan tidak semuanya boleh melawan kehendak ini.
salam my dear maizac,
betul betul betul
tak rugi kita bahagiakan org lain
pasti kita juga akan senyum bahagia
apa lagi, kita happykan org2 yg kita sayang..
pasti kita juga akan dibalas baik
pasti....
kekdg kita perlu berkorban..
dh bekorban dh td
My lovely sis maiyah
lubang tue yg tak tahankan.. hee..
thanks sis datang lg..
My Lovely sis Tirana
betul tue sis.. kita sanggup berkorban jika ada kasih sayang.. moga kasih sayang sentiasa mekar..
thanks sis...
Abd Razak
w'slm
betul tue... bukan mudah nak berkorban bukan semua orang sanggup utk berkorban...
terima kasih
My lovely sis blue..
moga pengorbanan kita semua ikhlas.. tak rugi kita berkorban.. kelak dpt juga merasa.. kan...
thanks sis datang lg...
atty's
ya la kan.. kadang kita juga kena berkorban.. semoga kita semua di permudahkan....
thanks datang lg...
DarK_sHadow™
korban apa?? raya korban kot..
thanks ya datang lg..
berkoban dengan ikhlas dan niat serta cara yang betul tentu akan ada ganjarannya...
cuma manusia suka berfikir banyak untuk melakukan pengorbanan...
nice day maiza..
sorry lama tak menjenguk..
banyak dah tertinggal..
:)
korban kasih syang la wak..
My dear izzah
betul tue.. kadang manusia nak berkorban di fikir dulu.. nak ke tak nak.. biasanya berkorban pada yang tersayang sangat mudah kan... apa2 pun semoga kita semua di beri jalan penyelesaian.... serta di permudahkan...
thanks dear.. nice day to....
hee... xpa lah izzah cuti rehat sepuas2nya... izzah tetap di hati.. ada masa datang lah lg.. yuhuuu... hee...
DarK_sHadow™
oo.. ya ka korban kasih sayang.. mcm putus harapan ja.. ok la tue.. ada juga yg nak berkorbankan..
thanks ya.. datang lg...
berkorban apa saja... yg pasti biarlah pengorbanan tu ikhlas tak minta dibalas tp akan dihargai...
org yg sanggup berkorban ni dia tidak pentingkan diri sendiri. Tetapi berkorban pun jgn ler pada tempat yg salah...
kuIna LadyInRed
iya betul tue.. semoga kita berkorban sentiasa ikhlas tak minta di balas tp sentiasa di hargai... mudah-mudahan.. Thanks Dear...
CINTAMANISZ Lite
my lovely sis Alona
aah.. jangan berkorban pada tempat yg salah... berkorban apa saja.. harta atau pun nyawa..... mcm tue boleh ka?? InsyaAllah...
thanks dear datang lg...
Post a Comment