♥♥ My LovinG Followers ♥♥

Tuesday, December 29, 2009

~*~ Ishh!!.. Bersangka baiklah ~*~

Setiap individu memiliki hati untuk memilih respon terhadap situasi, keadaan dan masalah yang datang. Inilah yang membezakan manusia yang dibekalkan akal fikiran dan hati nurani dengan makhluk ciptaan Allah lainnya. Manusia memiliki kebebasan hati untuk memilih apakah bersikap positif atau memilih respon negatif, dari setiap situasi, keadaan, tulisan, semuanya ditentukan dari hati.

Manusia yang dibekalkan kecerdasan hati nurani, sebaiknya selalu memilih sikap yang berlandaskan hati nurani terdalam. Hindari prasangka negatif sentiasalah bersangka baik dalam setiap tindakan, tidak terkecuali dalam apa-apa keadaan sekalipun. Kerana adanya prasangka buruk akan dapat menutupi kejernihan suara hati nurani.

Dalam sebuah hadits,

“ Takutlah kalian berprasangka, kerana itu merupakan sedusta-dusta perkataan.”

Memiliki prasangka negatif tidak sedikitpun mendatangkan kebaikan, baik buat diri sendiri mahupun orang lain. Yang ada hanyalah mendatangkan kerugian dan kekecewaan bagi semua pihak. Kerana suara hati nurani yang bersumber dari percikan sifat-sifat “Illahiah” dari Allah. Kehidupan tidak memiliki kejernihan hati, sehingga merugikan diri sendiri.

Apakah prasangka?

pengertian prasangka ini dari Imam Sufyan Ats-Tsauri seorang ulama muslim, sesungguhnya prasangka itu ada dua jenis:

  • Pertama, prasangka yang dilakukan oleh orang dengan menampakkannya melalui ucapan atau tulisan.
  • Kedua, prasangka yang dilakukan oleh orang yang hanya berprasangka dalam hati dan tidak diungkapkan dalam ucapan mahupun tulisan.

Meskipun memiliki kadar yang berbeza, tapi keduanya dapat berimplikasi buruk dan kerugian bagi kehidupan. Walaupun, seseorang hanya memiliki prasangka dalam hati yang nampaknya ringan sekalipun, hal ini dapat menjadi pembuka jalan terjadinya prasangka yang dinampakkan melalui ucapan, tulisan dan bahkan tindakan. Pada dasarnya prasangka negatif yang melalui ucapan atau tindakan itu terjadi bermula dari prasangka negatif dari dalam hati manusia.

Dalam banyak riwayat disampaikan bahawa,

Allah SWT justeru melihat apa yang ada di kedalaman hati hamba-Nya.”

Prasangka negatif dalam hati sekecil apapun tidak akan pernah luput dari pantauan Allah SWT. Kerana itu, dalam berkomunikasi, berusaha menghindari prasangka negatif dan prasangka buruk dari dalam hati, kerana ini hanya akan menutup potensi kejernihan suara hati nurani yang merupakan percikan sifat-sifat mulia yang bersumber dari Allah SWT. Lebih baik selalu berusaha mengarahkan hati pada fikiran positif, sehingga tulisan, tindakan dan ucapan tetap terjaga kejernihannya.

Kita adalah raja dari hati dan fikiran sendiri. Lebih baik mengendalikan hati dan fikiran untuk selalu kearah positif. Hati yang positif akan menentukan sikap hidup yang positif, sikap hidup positif akan mempengaruhi kebiasaan positif dalam kehidupan sehari-hari. Kebiasaan yang positif akan menghasilan hal-hal positif dan kemudahan dalam hidup ini.


Maiza

cuba elakkan diri dari berprasangka buruk

lebihkan berfikir secara positif

menuju keberhasilan

InsyaAllah

Amen


MaizaC’Joe


22 comments:

Gieyana said...

x tido lagi ker?

nice article!:)

MaizaC'Joe said...

Gie....

baru nak tdo nih... heehee..

thanks..

Maiyah said...

slalu jd camni pd org kita brsngka buruk tu pd org len apalagi org yg tak disukai

Tirana said...

Jika biasanya tengok sesuatu, kita akan sangka yang buruk dulu tapi mulai hari ni kita tukar, jika tengok sesuatu, kita sangka yang baik dulu. Bila kita sangka yang baik dulu, insyaAllah hati kita akan menjadi tenang.

Abd Razak said...

Salam...

Bersangka buruk adalah dorongan hawa nafsu, tanpa iman yang mantap pasti syaitan mudah mencelah utk menghasut. Awas jika hawa nafsu dan syaitan sudah berganding, iman yang lemah pasti kalah.

sahromnasrudin said...

prasangka yang berlebihan boleh menyebabkan kehancuran..alam rumahtangga boleh ebrkecai, organisasi akan kelamm kabut kerana penuh rasa curiga dan pelbagai perkara negatif lagi..

CITY® said...

salam maizac sayang..

hmmmmmmmmm
akak mmg pernah sangat n sangat ada -ve thinking , terutama pada lelaki.
tapi itu dulu, now dah kurang sikit. heeeeeeeeee..
bukan apa, sebagai sikap berhati2 utk menjaga diri agar tidak diambil kesempatan dan disalah erti.
tapi?
kena berfikir semula,
betul, kena bersangka baik juga berhati2 perlu..
heeeeeeee

M NazriBlog said...

Good info. A+++++ Always positif.

Aidil Fadzil said...

Salam ziarah, moga mendapat berkah jua.

insan pendidik said...

salam,

Sikap terlalu buruk sangka menjadikan hidup tak aman. Nak buat sesuatu pun jiwa tak tenang.Lebih baik kita sentiasa berprasangka baik. Supaya jiwa kita lebih damai. Dan moga mendapat keredaanNya juga.

myQza said...

oh! aku tak!
aku tak akan berprasangka baik selalu.

better berprasangka buuk terlebih dahulu.

zaman sekarang kalau kita asyik fikir baik je pun x boleh juga,

berwaspada!!

nak berprasangka baik kena tgk keadaan!! Jgn secara melulu

MaizaC'Joe said...

My lovely sis Maiyah

aah kan.. selalu mcm tue.. payah sngat nak bersangka baik dulu.. apatah lg pada org yg kita nyampah.. hee...

thanks dear...

MaizaC'Joe said...

My Lovely sis Tirana

Betul tue sis.. jika kita sentiasa bersangka baik hati kita akan tenang. jiwa perasaan kita sentiasa ceria n happy jer..

thanks dear...

MaizaC'Joe said...

Abd Razak

W'slm..
Betul tue.. jika tak dapat mengawal nafsu.. selalu bersangka buruk ja.. pasti hati kita akan sentiasa di tutup rapat. Tiada ketenangan di jiwa. Apatah lg itu yg harus di elakkan... sentiasa bersangka baik.. mudah-mudahan..

terima kasih atas perkongsian..
datang lg..

MaizaC'Joe said...

sahromnasrudin

Berprasangka buruk amat buruk.. menutup semua.. kejernihan hati pun tiada... kelam dalam kehidupan.. juga akan melibatkan orang lain..

terima kasih atas perkongsian..
datang lg...

MaizaC'Joe said...

My Loving sis blue..

aah.. tak da manusia yg tak pernah -ve thinking.. hee... tipu lah kan.. tapi.. sabar di tambah dng niat trbaik.. insyaallah aman, tenang sikit hati. Maiza pun mcm tue.. cuba brsabar, cuba utk positif, cuba utk brsangka baik.. now.. nikmatnya dh dpt di rasa.. w'pun tak bnyk.. Alhamdulillah..

yes.. betul tue.. w'pun brsangka baik.. tp, perlu berhati-hati..

thanks dear..

MaizaC'Joe said...

M Nazri

Thanks kali ke-3 komen di sini.. maiza amat-amat hargai.. w'pun tak kenal orgnya.. kedatangan sentiasa di alu-alukan.. ambil yg baik ja lah yer.. hee.. thanks for ur support..

sudi2 datang lg...
tq so much...

MaizaC'Joe said...

Aidil Fadzil

terima kasih sudi singgh dan folow.. maiza amat-amat hargai.. salam ukhwah jua.. nanti maiza datang berbalas singgah...

terima kasih sekali lg..
sudi2 datang lg...

MaizaC'Joe said...

insan pendidik

w'slm IP..
betul tue IP.. sentiasa bersangka baik akan membuatkan hati dan jiwa tenang.. sentiasa gembira dan ceria ja.. segalanya memudahkan urusan kita sehari-harian... InsyaAllah.. mudah-mudahan..

terima kasih IP..
sudi singgh sini.. dtng lg..

MaizaC'Joe said...

My dear sI tEDI

hee.. biasanya manusia.. semuanya tak sempurna.. mcm mn pun ada jg sifat trburuk dlm diri.. betul tue.. jng terlebih bersangka baik.. why not kita lebihkan berhati-hati.. sentiasa berwaspada.. bersangka baik tue.. lebihkan kepada.. moga buat hati kita tenang...

thanks dear...

Tea Cha Hai said...

Salam.
Bersangka baik.... berusaha untuk sentiasa bersangka baik terutamanya kpd mereka yg pernah membuat tidak baik pada diri....
:-)

MaizaC'Joe said...

My dear Ari

W'slm
sebagai manusia biasa kita tidak sempurna. Bersangka baik menenangkan hati... InsyaAllah.. Semoga orang yang buat tak baik pada diri.. akan sedar.. mudah-mudahan...

thanks dear...