♥♥ My LovinG Followers ♥♥

Saturday, January 23, 2010

~*~ Hanya Doa' ~*~


Sebuah kapal karam di lautan nan luas. Hanya dua lelaki yang dapat menyelamatkan diri dan berenang ke pulau kecil yang gersang. Dua orang yang selamat itu tak tahu apa yang harus dilakukan kecuali berdoa. Untuk mengetahui doa siapakah yang paling dikabulkan, mereka sepakat pergi ke daerah berasingan dan mereka tinggal berjauhan.

Doa pertama, mereka
memohon diturunkan makanan. Esok harinya, lelaki pertama melihat sebuah pohon penuh buah-buahan tumbuh di sisi tempat tinggalnya. Sedangkan di daerah tempat tinggal lelaki lainnya (rakan) tetap kosong.

Seminggu kemudian.
Lelaki pertama merasa kesepian dan memutuskan berdoa agar diberikan isteri, keesokan harinya, ada kapal karam dan satu-satunya penumpang yang selamat adalah seorang wanita yang terdampar di sisi pulau tepat lelaki pertama tinggal. Sedangkan di sisi tempat tinggal lelaki ke dua tetap saja tidak ada apa-apa.

Segera saja,
lelaki pertama ini berdoa memohon rumah, pakaian dan makanan. Keesokan harinya, seperti keajaiban, semua yang diminta hadir untuknya. Sedangkan lelaki yang kedua tetap saja tidak mendapatkan apa-apa.

Akhirnya, lelaki pertama ini berdoa meminta kapal agar ia dan isterinya dapat meninggalkan pulau itu.

Pagi siang hari mereka menemui kapal tertambat di sisi pantai. Segera saja lelaki pertama dan isterinya naik ke atas kapal dan siap-siap berlayar meninggalkan pulau itu.
Ia pun memutuskan meninggalkan lelaki kedua (rakannya) yang tinggal di sisi pulau lain. Menurutnya lelaki kedua itu tidak pantas menerima keajaiban tersebut kerana doa-doanya tak pernah terkabulkan.

Apabila kapal siap berangkat, lelaki pertama mendengar suara dari langit (kononnya), "Hai. Mengapa engkau meninggalkan rakanmu yang ada di sisi lain pulau ini?"

"Berkatku hanyalah milikku sendiri, hanya kerana doakulah yang dikabulkan," jawab lelaki pertama.

"Doa temanku itu tak satupun dikabulkan. Maka ia tak pantas mendapatkan apa-apa,"

"Kau salah!" suara itu bertempik.

"Tahukah kau bahawa rakanmu itu hanya memiliki satu doa. Dan semua doanya terkabulkan. Bila tidak, maka kau takkan mendapatkan apa-apa."

Lelaki pertama bertanya, "Doa apa yang dipanjatkan olehnya sehingga aku harus berhutang atas semua ini padanya?"

"Rakanmu itu berdoa agar semua doamu dikabulkan"

Maiza
Kesombongan apakah yang membuat
kita merasa lebih baik dari yang lain?
Lebih banyak pengorbanan segalanya
demi kebahagiaan kita.
Tak selayaknya mengabaikan peranan orang lain,
ibubapa keluarga juga sahabat
dan janganlah menilai sesuatu hanya dari
"yang terlihat"


MaizaC’Joe


20 comments:

tajnur said...

Assalamualaikum!
Doa merupakan senjata bagi orang2 mukmin! Dengan kekuatan doa, menunjukkan betapa rapatnya hubungan kita dengan Maha Pencipta. Dialah yang menentukan ketentuan hidup kita sejak dari Azali lagi dan kita kena redha apa jua yang Allah swt berikan kepada kita. Ada orang mendapat bahagian ganjaran di dunia sahaja, ada orang mendapat ganjaran di akhirat saja dan ada yang dapat kedua2nya!

myQza said...

doalah yg baik2 sahaja.

janganlah doa memunaskah org lain!! :)

Menarik cerita!

Maiyah said...

tepat kata2 ni.. manusia mmg slalu merasa diri sntiasa sempurna

Abd Razak said...

Salam...

Manusia sering lupa apabila diberi nikmat mudah membanggakan dan lupa diri...moga kita sentiasa bersyukur atas nikmat diberi

ONE ZABA said...

jgn lupa doa makan!!!

Ahmad Zulfadhli Zulkefli said...

kita hidup di dunia nie x boleh mementingkan diri sendiri.. kite kene sentiase prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh orang2 di sekeliling kite.. memberi 2 lebih mulia dari menerima.. ingat 2 dan sentiase amalkan.. :)

CITY® said...

salam..

kalau lah semua doa2 dimakbulkan on the spot, setiap masa lah manusia asyik berdoa,
heeeeeeeeeee

insan pendidik said...

salam,

kite memanjatkan doa untuk sekalian yang ade...tapi adakalanye dalam doa tu kite berharap agar biarlah insan lain tu lebih menemui kebahagiaannye ...

MaizaC'Joe said...

tajnur

W'salam tajnur..

sebagai hambanya.. umatnya kita pastinya sentiasa berdoa kepadaNya.. tiap yg telah di tentukan OlehNya.. Redha.. itu sebaiknya.. ada doa kita termakbul di dunia.. ada juga tidak termakbul.. tapi.. sentiasa redha.. sabar.. InsyaAllah pasti dapat ganjarannya.. kalau bukan di dunia.. tapi InsyaAllah di akhirat kelak.... amen.. yarobbal'alamin...

thanks tajnur..
sudi2lah singgh lg..

MaizaC'Joe said...

sI tEDI

betul tue.. doa yg baik2 saja.. InsyaAllah pasti ada ganjarannya..

thanks dear...

MaizaC'Joe said...

my lovely sis maiyah

itulah kan... manusia kadang mudah lupa...

thanks dear...

MaizaC'Joe said...

Abd Razak

W'salam..
InsyaAllah.. moga kita semua sentiasa bersyukur akan nikmatnya... amen..

thanks...

MaizaC'Joe said...

ONE ZABA

cgu one..
doa makan memang tak bleh lupa..
nti xpasal2 trcekik plak... ya la.. lupa baca doa.. hee...

thanks....

Tea Cha Hai said...

Berdoa dan bertawakal.....
kadang kita tidak sedar diri.... kejayaan dan kesenangan kita bukannya atas usaha dan doa kita seorang sahaja....

Amat sykur punya kawan2 yg baik hatinya... u juga Mai... thanks..

MaizaC'Joe said...

Ahmad Zulfadhli

manusia kalau mementingkan diri.. ego.. lupa akan sekelilingnya... amat2 sedih bersikap begitu...

thanks...

MaizaC'Joe said...

My lovely sis blue

W'salam
kalaupun tak termakbul doa2 kita on the spot.. jatuh putus asa... teruskan berdoa.. kalau kita tak terima di dunia.. InsyaAllah kita akan terima di akhirat kelak....

kalau boleh nak kan semua doa2 trmakbulkan... Allah maha pemurah.. pengasih... akak... maiza doakan akak... akan.............. amen..

thanks dear....

MaizaC'Joe said...

insan pendidik

W'salam IP..

iya.. moga semuanya berbahagia hendaknya.. amen..

thanks IP..

MaizaC'Joe said...

Ari...

bersyukur ke hadrat Allah taala.. bersyukur punya kawan2 yg baik hati.. bersyukur di kelilingi oleh insan2 terbaik dlm hidup ini.... juga Ari...

thanks Ari...

CITY® said...

akak doakan maizac sentiasa beroleh kebahagian didunia dan akhirat

amin

MaizaC'Joe said...

my lovely sis Blue

thanks akak... maiza pun mcm tue juga.. moga akak beroleh kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat hendaknya.. InsyaAllah... amen..
luv u..