♥♥ My LovinG Followers ♥♥

Wednesday, September 9, 2009

~*~ Sudah bersedia?? ~*~

Sudahkah bertemu dengan "Si dia" yang di cintai? Tapi.. masalahnya belum ada keyakinan... ragu-ragu untuk melangkah dan terus melangkah...

banyak yang perlu difikirkan sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga. kerna harus menyediakan diri dengan banyak perkara.

Adakah kerana masih teringat pelbagai perkara?

Perkara apa??
fikirkanlah perkara di bawah sebelum terus melangkah... tapi.. kalau dah sampai seru jangan terlalu berfikir sangat... Why not... Terima saja dengan hati terbuka...

Lain la.. kalau masih belum bertemu dengan "si dia"... macam sapa?? ehehe...

Alasan kukuh berkahwin

Paling utama keyakinan diri. Sebab itu, yakinkan diri kenapa kita harus mendirikan rumah tangga. Apa yang ingin kita perolehi daripadanya? Apa kesannya pada diri kita, pasangan dan keluarga masing-masing? Jika jawapannya pada diri kita.. pastikan alasannya belum lagi realistik, lebih baik tunda dahulu niat kita hinggalah benar-benar yakin...

"Dia adalah yang pasti untuk kita"....

Sedia berkongsi

Mesti terima kenyataan bahawa situasi tinggal bersama itu berbeza dengan tinggal sendiri. Semuanya harus dikongsi. Bukan sekadar berkongsi bilik, satu almari, satu bantal.. ya ka?? ehehe.. tetapi juga berkongsi waktu, pemerhatian, kewangan, zahir dan batin dan juga emosi.

Sedia untuk sakit hati

Segala tindakan dan perbuatan pasti mempunyai risiko. Begitu juga dengan mengambil keputusan untuk berkahwin. Perkahwinan akan membuka topeng masing-masing. Jika sudah memutuskan untuk berkahwin bererti kita harus sedia menerima risiko paling buruk tentang sikap pasangan kita. emm... waktu tue jangan pula kita menyesal.. sebab itu la.. dalam perhubungan bukan saja saling memerlukan tetapi juga saling menerima pasangan seadanya....

Sedia untuk berfikiran terbuka

Masalah selalu ada, bila-bila dan di mana saja. Adakalanya permasalahan timbul untuk memperbaiki kualiti hubungan kita. Jadi pada saya, lebih baik jika kita selalu sedia membuka diri untuk bertukar fikiran dengan pasangan agar hubungan emosi tetap terjalin InsyaAllah sampai bila-bila.

Sedia untuk kompromi

Punya agenda, pendapat atau prinsip sendiri memang boleh tapi ingat akan pasangan kita. Si dia juga mempunyai kesibukan, pendapat, keinginan yang mungkin berbeza dengan kita. Jadi, meningkatkan diri untuk bertoleransi, saling menghargai sangat membantu dalam sesebuah rumah tangga.

Sedia untuk berpisah

Di dunia ini tidak ada yang kekal abadi. Berkahwin merupakan cara untuk menyatukan dua hati yang berbeza dan membina sebuah mahligai bahagia. Namun dalam keadaan tertentu, terlalu sukar untuk mempertahankan kebahagiaan itu. Cara yang terbaik adalah dengan berpisah. Ketika pasangan kita melafazkan akad, kita harus menyedari bahawa akan ada salam perpisahan jika tidak seiringan dalam perhubungan. Kalau boleh nak juga kita elakkan... namun apakan daya... kita hanya manusia biasa yang punya perasaan...

Sedia menerima malu

Kita tentu mempunyai kriteria tersendiri dalam memilih pasangan. Tetapi, seburuk mana pun sifat dan perilaku pasangan kita di mata orang, dia adalah pilihan kita "Terima dia seadanya". Sebab itu, kita harus berani mati dan sedia untuk malu bagi menjaga kehormatan masing-masing "Cintanya kita pada si dia"...

Soal anak

Selepas mendirikan rumah tangga, kehadiran anak amat dinanti untuk menyerikan lagi kehidupan. Tetapi secara kita sedar atau tidak, anak dapat mempengaruhi hubungan dalam kehidupan rumah tangga kita. Kehadiran anak adalah kurniaan Tuhan. Maka bersikap rasional dalam masalah ini akan lebih baik. Kita tidak harus mengurangi waktu untuk berdua ketika ada atau tanpa anak sekalipun...

Tetapi semuanya.. rezeki, jodoh juga ajal.. adalah ketentuan daripada ALLAH... walaupun ada juga pasangan yang belum di kurniakan zuriat penghubung hubungan namun... "Semarakkan juga perhubungan saling terima seadanya" bersyukurlah dengan apa yang di kurniakan....

Apa yang penting dalam perhubungan???

Bagi saya....

Saling menyintai sepenuh hati, saling mempercayai juga menghormati, menerima seadanya,

Bak kata seorang kawan saya " CINTA bukan pada kata-kata tapi pada tindakan"

Asasnya "CARING"

banyak yang dapat saya pelajari juga perolehi daripada dia...

walaupun baru kenal Tapi... "Seperti dah lama kenal"

Thanks kawan....

in loving memory

maizac'joe

Sunday, September 6, 2009

~*~ For The First Time ~*~

n3 nie bagus untuk sesiapa yg hatinya berbunga-bunga sekarang... sebelum menikmati semuanya apa kt klik video di bawah!! baru mood lg best... oppsss.. lupa pastikan lagu saya tue di stopkan dulu ok....




Cinta seperti matahari, ia tetap bercahaya. Walau malam menjelma, cahayanya pada bulan tetap menerangi kekadang ia juga gerhana tetapi akan kembali jua kecerahannya.

Cinta adalah santapan jiwa. Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong tanpa penghuni tanpa segalanya... Cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang putus tali.

Adakah cinta itu buta??…

cinta tidak mengenal usia, paras rupa, mahupun kekayaan dan harta benda, tetapi dari keikhlasan dari mata hati setiap insan antara satu sama lain.

Tidak semua orang yang kamu cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

Sayang tidak bermaksud cinta...

Suka tidak serasi dengan cinta...

Kagum tidak bererti cinta....

Bangga tidak semestinya cinta...

For The First Time...

Cinta adalah CINTA....

Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali... Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang memberi kehangatan di hati...

Cinta umpama ‘treasure hunt’...

Cita cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling mengembirakan. Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Andainya tidak mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di kebas oang lain.

Tetapi tak usahlah kecewa. Walaupun hadiahnya tidak kita perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah rasai. Jadi bercintalah sepenuh hati. Namun jangan letakkan harapan terlalu tinggi.

Ingat!! jaga maruah diri...

Kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan, terlalu payah untuk dilupakan namun dalam cinta pasti akan merasai kecewa dan dikecewakan walau bukan itu matlamat dalam setiap percintaan.

Kadangkala orang yang paling mencintai kita adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya pada kita kerana orang itu takut kita berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandangan kita…. kita akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kita sedari….

"It’s true you don’t know what you’ve got until it’s gone, but it’s also true You don’t know what you’ve been missing until it arrives!!!"

Cinta suatu yang indah, cinta boleh buat kita gundah, cinta buat hati berdarah dan cinta jua boleh membawa kesalan yang tak sudah... ya ka??

tp bagi saya.. semua tue boleh di jadikan sebagai memori yang indah..

ini hanya sebuah karya.. xda apa...

in loving memory maizac'joe

Saturday, September 5, 2009

~*~ Special Dedicated to Me ~*~

sambungan daripada n3 ~*~ usahlah mengeluh sayang ~*~
" melihat negatif dalam positif " drpada SilentThinker (sahabat bloggerku Niezam)
Thanks for the response...


Untuk suami/isteri yang tidur
berdengkur diwaktu malam, 
BERSYUKUR kerana beliau
tidur disisi kita, bukan dengan orang lain. 
  
Untuk anak/adik perempuan kita 
yang mengomel apabila mencuci pinggan,
BERSYUKUR kerana itu bermakna dia berada 
di rumah, bukan dijalanan berpeleseran.
  
Untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, 
BERSYUKUR kerana itu bermakna 
kita masih mempunyai pekerjaan. 
 
Untuk pakaian kita yang dah tak muat, 
BERSYUKUR kerana itu bermakna kita cukup makan. 
  
 
Untuk lantai yang perlu dimop, tingkap 
yang perlu dilap, dan rumah yang perlu dikemas, 
BERSYUKUR kerana itu bermakna
kita mempunyai tempat tinggal. 
  


Untuk bunyi bising jiran-jiran,
BERSYUKUR kerana itu bermakna 
kita masih lagi boleh mendengar. 
  
Untuk timbunan pakaian
 yang perlu dicuci/digosok, 
BERSYUKUR kerana itu bermakna 
kita ada pakaian untuk dipakai. 
  
Untuk keletihan/kesakitan 
otot selepas seharian bekerja, 
BERSYUKUR Kerana itu bermakna
 kita masih berupaya untuk kerja kuat. 
  
Untuk tempat letak 
kereta yang jauh daripada lif, 
BERSYUKUR kerana itu bermakna 
kita masih berupaya untuk berjalan. 
  
Untuk jam loceng yang 
berdering pada waktu pagi, 
BERSYUKUR kerana itu bermakna 
kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut


in loving memory
maizac'joe

Wednesday, September 2, 2009

~*~ Usahlah mengeluh Sayang ~*~


Hari ini sebelum mengatakan kata-kata yang tidak baik, fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berbicara sama sekali.


Sebelum mengeluh tentang rasa dari makanan, fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.


Sebelum mengeluh tidak punya apa-apa, fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.


Sebelum mengeluh bahwa diri ini buruk, fikirkan tentang seseorang yang berada pada tingkat yang terburuk didalam hidupnya.


Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri, fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.


Hari ini sebelum mengeluh tentang hidup, fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.


Sebelum mengeluh tentang anak-anak, keluarga.. fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya belum di beri rezki lg..


Sebelum kamu mengeluh tentang rumah yang kotor karana pembantu tidak mengerjakan tugasnya, fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan yang tidak punya pembantu.


Sebelum mengeluh tentang jauhnya kamu telah di duga, fikirkan tentang seseorang yang menempuh jarak yang sama dengan berjalan.


Dan disaat lelah dan mengeluh tentang pekerjaan, fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan yang halal juga.


Sebelum menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain, Ingatlah bahwa tidak ada seorang pun yang tidak berdosa.


Dan ketika sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan, kesepian, kesengsaraan, Tersenyumlah dan berterima kasihlah kepada Allah bahawa kita masih di beri peluang merasa nikmat kehidupan !!!


Life is a gift..
Live it…
Enjoy it…
Celebrate it…
And fulfill it..


Cinta diciptakan tidak untuk disimpan atau disembunyikan...

Adakah mencintai seseorang kerana dia cantik atau tampan atau kaya raya???

semua itu tiada ertinya jika kita tidak di hargai.. di cintai sepenuh hati.. di terima seadanya.. rupa cantik dan tampan.. kaya raya.. hanya sekadar bonus.. hiasan dunia semata-mata..

It’s true you don’t know what you’ve got until it’s gone, but it’s also true You don’t know what you’ve been missing until it arrives!!!



in loving memory

maizac'joe

Tuesday, September 1, 2009

~*~ Kalaulah dapat diputarkan kembali ~*~


ishh...kejap ja masa berlalu sekarang nie...
pejam celik.. pejam celik.. dah 11 ramadhan..
pejam celik.. pejam celik.. 1 september...
pejam celik.. pejam celik.. umur dah meningkat.. ahaksss...
pejam celik.. pejam celik.. semuanya berlalu dengan pantas...
tak sempat nak kejar pun...
lepas nie.. pejam celik.. pejam celik.. dah masuk tahun 2010..
ishh.. macam tak caya la... tapi percaya la...
ya la.. skrng nie jadi risau lak.. sbbnya takut tak sempat nak mncapai matlamat2 aku..
semoga Allah memberi kesempatan untuk aku mencapai segalanya...
InsyaAllah.. Amin...

tau tak???

“Tak ada satu pun makhluk dimuka bumi ini yang diberikan WAKTU lebih banyak atau sedikit dari yang lain.

Dan tak ada segala sesuatu yang sangat berharga ataupun yang terkuat yang diciptakan dimuka bumi ini yang dapat memajukan, memundurkan, melebihkan, mengurangkan, membeli bahkan menjual yang namanya WAKTU.

Sungguhnya WAKTU adalah satu-satunya perkara dunia yang biasa menghentikan segala sesuatu… “

Segalanya yang terjadi dalam kehidupan ini diukir oleh berjalannya WAKTU.

WAKTU adalah sesuatu yang terus maju. Tak kenal kompromi alih-alih dapat diulang kembali. Takmungkin..

Kerana tak sedikit pun kisah yang terjadi dengan sangat dramatis begitu sangat ingin diubah oleh manusia walaupun WAKTU dapat diputar kembali. Ya ka??

Sungguhnya keinginan manusia yang terbesar adalah memiliki kemampuan memutar kembalinya WAKTU. kalau Waktu dapat di putar kembali kan bagus...

Namun sayang… Kekuaatan dari WAKTU tak ada yang dapat melawannya. Dan sungguhnya Allah itu maha agung yang menciptakan WAKTU.

Kita pun mungkin menyedarinya bahawa setiap dari diri kita telah ditetapkan urutan WAKTU hidup kita. Dan itu tak akan dapat dikurangkan ataupun ditambah baik dimajukan maupun dimundurkan.

Melewati perjalanan WAKTU hidup kita setiap saat dapat diperumpamakan dengan pekerjaan , tak kiralah kerja apa pun.. setiap pekerjaan perlu di lakukan dengan sebaik mungkin.. tanpa mengira Waktu.. pentingnya Waktu...

Bagi aku...

jika Waktu dapat di putar kembali...
banyaknya perkara yang aku kehendaki...
aku akan cuba lebih baik lagi..
aku akan rampas semuanya..
aku akan buat untuk segala-galanya..
tapi sayangnya...
Waktu berlalu tak dapat di nikmati lagi...
jadi.. Waktu sekarang ini tak boleh di lengahkan lagi...
semoga Allah memberi aku lebih Waktu untuk sempurnakan segalanya..
InsyaAllah.. Amin..


in loving memory
maizac'joe