♥♥ My LovinG Followers ♥♥

Monday, September 14, 2009

~*~ Cemburu.. ya ka?? ~*~


Sifat cemburu naluri manusia yang sememangnya amat sukar dibendung. Banyak jenis cemburu... Ada yg positif & ada yg negatif. Bila cakap pasal cemburu, dah tentu ramai yang menuding jari & mengaitkannya dgn kaum hawa. Ramai yang anggap org perempuan kuat cemburu. Sebenarnya dalam soal ni, kita tak boleh nak tuduh sesiapa pun, samada lelaki mahupun perempuan. Sifat cemburu ni ada pada setiap manusia. Cuma kita perlu bijak dlm mengawal perasaan cemburu tu. Jadi fikir-fikirkanlah yg mana baik & yg mana buruk.

Kebanyakkan hubungan mmg terdpt sifat cemburu. Ada pasangan sedar bhw sikap cemburu mereka ini kurang menyenangkan tapi tidak mampu mengawalnya. Mereka rasa apa yg mereka lakukan itu betul. Mereka sentiasa ingin tahu apa yg dilakukan oleh pasangan mereka. Jika terlewat 10 minit pun, pertengkaran boleh berlaku. emmm.. ya ka? pada saya tak bagus macam tue... beri dia peluang... kita hnya manusia biasa.. janganlah terlalu kejam sangat... bersangka yang baik-baik saja...


Apabila sedang di alam percintaan, sukar untuk menerima hakikat bhw pasangan kita mempunyai masalah terlalu cemburu. Adakah dia bersikap demikian utk melindungi kita atau dia akan mendtgkan masalah kpd kita? Ok, mari kita siasat & selidik tanda2 cemburu yg boleh kita perhatikan pada pasangan kita. saya dapat dari sebuah majalah... contonhnya...Dia menelefon kita beberapa kali sehari dan nampak marah & kecewa bila kita tiada

Dia menelefon kita semasa sedang mesyuarat & apapun alasan yg diberikan, dia tetap nak bercakap dgn kita. Sbb ingatkan ada hal mustahak, kita mungkin menjwb panggilannya tetapi merasa geram kerana dia hanya nak berbual je. janganlah buat macam tue...

Pada saya memang tak patut la.. cara sebegitu akan membuatkan pasangan kita cepat merasa bosan... jangan terlalu mengongkong... terutama pasangan kekasih... sifat cemburu memang tak dapat di pisahkan... saya?? ntah la... saya tak suka cara sebegini.. tapi hakikatnya kadang ada juga perasaan cemburu dalam hati... saya lebih suka "bersangka baik..."


Boleh atasi sifat cemburu??

Terima hakikat bahawa sifat cemburu kita adalah masalah kita sendiri & kita bertanggungjwb mengatasinya sendiri. Fikirkan tiada siapa yg boleh membuat kita cemburu. Kita boleh mengawal fikiran dlm apa bentuk situasi pun. Ingat!! pilihan terletak pd diri sendiri, bukannya org lain.
perlukah begitu??

Hormati perasaan pasangan kita. Spt kita, dia juga mempunyai hak utk menilai kecantikan wa
nita/lelaki lain. Jika kita dpt melakukannya, kita sudah dpt mengatasi sifat cemburu. tapi di harap jangan sesekali curang pada pasangan kita.. kalau benar-benar kita menyintai juga menyayangi dia...
Tiada siapa suka memikirkan pasangan mereka curang. Kalaupun ini terjadi, teruk sangatkah kesannya kepada kita. Kita mungkin sedih, kecewa & marah utk sementara waktu shj tetapi tidaklah sampai mati. Lambat laun kita akan dpt mengatasinya juga.Bagi diri sendiri masa untuk mengatasinya. Jika kita mmg seorg yg cemburu, usah berharap kita boleh berubah dlm masa yg singkat. Cuba tenangkan diri.. banyakkan bersangka baik...
Tuliskan apa perasaan kita bila kita merasa cemburu. Marah? Tidak tentu arah? Menangis? Geram? Rasa malu? Rasa bersalah? atau bertindak kasar? Adakah kita ingin meneruskan hidup kita dgn cara ini? Jika jawapannya tidak, maka cepat2 lah berubah. Saya suka luahkan perasaan melalui tulisan... bila semuanya dah ok... saya akan delete terus lupakan saja.. perlukah begitu?? tapi itulah cara saya... sentiasa bersangka baik , suka menjaga hati orang walaupun kadang hati kita sakit... tak kira walau apa cara sekalipun.. sbb tue saya susah nak marah.. tapi kalau dah marah..... ntah!!

Fikirkan kenapa cemburu kita meledak??

Adakah adil kita menyisihkan pasangan kita drp org lain? Teruk sgtkah dia bila dia senyum pd seorang wanita/lelaki lain? Tidakkah kita sendiripun pernah tersenyum pd wanita/lelaki lain? saya suka senyum... susah hati kalau tak senyum... ada masalah pun senyum.. dalam hati tak pa org tak tau.. diri kita ja tau..

Ramai ada masalah cemburu suka menyalahkan org lain. Mereka kerap mencari kesalahan org lain & mahu pihak yg satu lagi mengubah sikap tetapi dlm masa yg sama tidak melihat kesalahan sendiri. Terima hakikat bahawa kita manusia sebenarnya tidak sempurna. Sifat cemburu.... cemburu tandanya sayang... ya ka??? boleh jadi juga.... Bagaimana pun hubungan antara kita dan dia... terima hakikat bhw masih ada lelaki/wanita lain yg lebih cantik/tampan, bijak & baik. Jadi jgnlah cuba mengongkong pasangan kita. Habiskan masa bersamanya dgn penuh kegembiraan. Jgn biarkan hubungan kita goyang dgn imaginasi kita yg karut lagi mengarut... sifat cemburu fitrah dalam hidup manusia...

Bina keyakinan
diri.

Kita mungkin berasa tidak selamat jika selalu bergantung kpd pasangan. Luaskan persahabatan dgn org lain. buka hati kita untuk orang lain juga... kalau belum comfirm jangan asyik tertunggu-tunggu dia... Tapi.. kalau saya.. susah nak buat mcm tue.. mungkinkah sifat saya yang terlalu setia.. sentiasa percaya...???
Jika perasaan cemburu semakin memunc
ak....bayangkan apa yg akan berlaku jika kita melepaskannya kpd pasangan kita. Contohnya jika kita nampak dia sedang berbual dengan perempuan lain.. mesra semacam ja... siap berahsia-rahsia.. apakah yang perlu di lakukan?? pada saya buat tak tau ja... jng main serbu tak tentu pasal.. jika benar dia sayangkan kita tak mungkin dia akan buat begitu.. Cemburu tidak akan dpt menghalang...

Cemburu boleh menghancurkan sesebuah hubungan yg mesra.
Nak ka mcm tue??

Jika pasangan kita mula menunjukkan rasa cemburu, jgn terbawa2 dgn sifatnya itu. Mungkin kita tidak perlu menjawab setiap soalannya. Lebih baik berdiam diri saja dpd terus menyemarakkan kemarahannya.. saya suka bertnya pada waktu tertentu yang sesuai saja...

Terima hakikat bhw dia tidak berniat utk melukai hati kita. Mungkin ini sifat semula jadinya & jgn ambil hati. sebab tue saya lebih suka bersangka baik ja... tak payah pening2 nak fikir... si dia pun mungkin juga selesa dengan cara cm tue.... emmm... ya ka?? itu cara saya...

Cuba sedaya upaya kita utk membina keyakinan diri....

Puji dia jika perlu, minta nasihatnya & salurkan rasa cinta kita. Tunjukkan kita menyayanginya w'pun dia tidak sama spt org lain.
Jgn berpoya2
dgn wanita/lelaki lain. Ini hanya membuatkan situasi lebih sukar. Apa yg dia perlukan adalah sokongan yg berterusan. orang lain ntah.. saya lebih suka memilih setia.. Berbincang dgn pasangan tentang perasaan cemburunya. yang ini saya tak suka sbb saya malu.. "pemalu" tak boleh nak bayangkan nak bncang hal cmtue... sebab tue saya suka menulis.. boleh elakkan kita dari berfikir yang tak baik... cool... senyum ja...

Pada saya dalam "CINTA"


Cemburu memang ada.. tak dapat di pisahkan dalam diri tiap manusia..

tak ada seorang pun manusia sempurna...

saya pinjam dari kawan saya.. klu dia tahu.. jng marah na.. pinjam ja..


T.R.A.C

TRUST, RESPECT, ADMIRE N CARE

semua ini penting dalam sesebuah perhubungan...

tak kira apa pun...

" Sentiasa Bersangka baik "



in loving memory

maizac'joe


12 comments:

~Insan Biasa~ said...

cemburu tanda sayang. tapi kalau terlalu cemburu...haih payah tu.

cemburu pada orang yg tahu kita sayang kat dia...ada jugak berbaloinya,

tapi kalau cemburu pada orang yang tak tahu kita sayang kat dia....berbaloikah?

apapun....cemburu itu satu anugerah.setiap manusia memilikinya.termasuk saya. hehe

MaizaC'Joe said...

insan biasa...

aa... cemburu tak dapat dipisahkan dalam diri setiap manusia.. tapi.. cara kita meluahkan rasa cemburu tue sangat penting pada saya..

ini hnya sebuah karya yang tiada hujung pangkalnya... sebab saya tahu ramai yang punya sifat cemburu... tak salah nak cemburu.. tapi ada batasannya...
asalkan kita selesa...

ingat!! ini hanya sebuah karya..
tak lebih daripada itu.. hee..
psssttt... sebenarnya saya tak ada idea nak buat n3 apa.. heee...

thanks insan biasa (Anis)

Unknown said...

cemburu
kenapa fitrah tu ada..
sebab nak menanda kita masih dalam lingkungan pasangan kita...
cemburu dikaitkan dengan sayang..
sayang - cemburu - takut kehilangan..

untuk mengurangkan rasa cemburu - satu buku menyatakan - redhalah - kadang2 pasangan kita dipinjamkan pada diri - hargai sewaktu dia masih bersama......


hari ini - pratikal - kerana perubahan persekitaran yg macam2.....

MaizaC'Joe said...

Jinggo..

sifat cemburu lahir sejak azali lagi.. semua manusia di kaitkan dengan cemburu.. sememangnya fitrah mcm tue.. cemburu tandanya sayang.. tp cemburu ada batasannya..

ya.. hargai dia sewaktu dia masih bersama kita.. "saya sentiasa hargai"
walaupun persekitaran yg macam2.. tiap pasangan kekasih @ kawan kena saling menghargai..

bila suatu hari nanti dah tak ada......

thanks Jinggo sudi hadir

Tirana said...

Cemburu tandanya sayang tapi kalau terlebih cemburu, hilang sayang, timbul benci so hati-hati dengan perasaan cemburu ini.

MaizaC'Joe said...

Akak Tirana..

aa.. betul tue.. walaupun cemburu tandanya sayang tapi cemburu ada had dan batasannya... jangan terlebih cemburu sudah.. takut termakan diri nanti...

thanks Akak Tirana sudi hadir..

Rashid said...

ermm.. cemburu le pada awak. hehe

Cemburu itu tanda sayang. Risau akan kehilangan.

psstt cemburu juga boleh hadir pada teman yang rapat kan.kan...

MaizaC'Joe said...

Rashid

hee.. n3 cemburu utk semua.. trmasuk awak jg..

psstt.. "cemburu juga hadir pada teman yang rapat" awak la tue.. hee..

ish... memandai ja dia..
tak da masa nak cemburu2.. malas nak fikir.. hee..

Thanks hadir awak..

Tea Cha Hai said...

Salam Mai...
Mungkin ini komen luar topik...tapi nak amik yg tersirat dan kaitkan dgn N3...(bukan apa pun..lagu byk bantu duuuuulu kala..)


Don't you ever wish you were someone else,
You were meant to be the way you are exactly.
Don't you ever say you don't like the way you are.When you learn to love yourself, you're better off by far.
And I hope you always stay the same,cuz there's nothin' 'bout you I would change.

I think that you could be whatever you wanted to be
If you could realize, all the dreams you have inside.
Don't be afraid if you've got something to say,
Just open up your heart and let it show you the way.

Believe in yourself.
Reach down inside.
The love you find will set you free.
Believe in yourself, you will come alive.
Have faith in what you do.
You'll make it through.

************
Sudah dimaklumi bahawa cemburu itu ptg...cuma cemburu yg bagaimana?
Percaya kpd diri..
Percaya kpd pasangan..
Percaya kpd rakan2...
Percaya kpd takdir...
InsyaAllah kita REDHA bukan SELESA dgn apa adanya...
Kalau sebaliknya...
Cemburu kan memakan diri..
Cemburu kan memburukkan hubungan..
Cemburu kan membikin rasa dunia tidak adil..
Kerana rasa cemburu(buta) - diucapkan kecemburuan - ble jadi doa....

Believe In Yourself..
-aribiy-

MaizaC'Joe said...

Ari...

amboi.. ari panjang lebarnya... boleh di jadikan satu n3 hot nie.. hee... sihat cemburu sememangnya sudah termaktub dlm diri tiap manusia namun.. sifat cemburu harus berpada-pada jangan melebihi batasan.. kerna cemburu buta boleh memakan diri sendiri... ya tak??

thanks ari sudi hadir...

cik iman said...

cemburu..rase yang gagal dikesan..kekdg mendtgkan kebaikan dan kekdg keburukan..
nmaun..tnpe sifat cemburu..tiadanye "warna" dlm perhubungan..")

**..sy baru terima amanat ringkas dr BF saye..slmae ni xpenah bersuare tetb..
"jgn maen msg dah ngan dak TUDM tu..saye JELES"..kekdg lelaki ni ego nak ngaku

MaizaC'Joe said...

nurul iman..

ya.. kadang cemburu ada jg baik.. ada juga buruknya.. cemburu tandanya sayang tp jng la keterlaluan...
bagus jg BF nurul xplain cmtue.. sekurang2nya dia tak makan hati dlm diam.. huhuhu.... heee....

thanks sudi hadir...