
sampai ke pagi
aku tak boleh lelapkan mata..
di paksa pun tak menjadi
nak YM pun tak ada mood
FB pun sunyi aja adalah 2 3 orang....
bagus juga ada orng minta perbaiki ejaan hilang boring...
tapi kejap aja...
mata dah ngantok tapi tak bleh nak pejam
aku ada baca satu buku nie
entah bila la aku beli nampak sngat tak habiskan membaca
bila boring cmnie bleh pl aku habiskan membaca
aku suka artikel nie...
aku kongsikan bersama..
baca sambil tersenyum...
Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.
Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
Barang siapa yang membawa hadiah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyayangi anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S
Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.
Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
Daripada Aisyah r.a
“Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
INGAT!!
Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
Aisyah r.a berkata
“Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda,… “Suaminya.”
“Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah S.A.W…."Ibunya. "
Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.
Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.
Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T
Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T
YA ALLAH
macam mana aku??
adakah aku akan tergolong dlm golongan itu..
besarnya pengorbanan seorang ibu (mak)
Ampunkan semua dosa ibuku YA ALLAH
peliharalah dia, lindungi dia..
AMIN
kecilnya aku.. kerdilnya aku...
hamba ALLAH ini.....
in loving memory maizac'joe







7 comments:
perempuan + syurga + neraka...
semua yg hang tulis tu menarik untuk kita jadikan ingatan..
istemewanya perempuan disisi agama....
jagalah.
kerana jatuh dan bangunnya seorang lelaki pun disebabkan - perempuan -
salam ,
betul betul betul
istimewanya kita kan
namun masih ada yg tidak tahu hargainya
masih ada anak yg tak tahu hargai ibu
masih ramai laki yg abaikan isteri, anak
masih ramai juga
wanita sendiri tak tahu hargai diri sendiri?
Jinggo
perempuan + maruah + harga diri + keperibadian + sifat + akal
penting semua itu.. perlu di jaga jika mahu di sukai + di hormati
jatuh dan bangun perempuan juga di sebabkan lelaki...
"sama2 memerlukan di antara satu sama lain"
kejujuran + saling mempercayai
TANPA SYARAT
thanks Jinggo sudi hadir
mycaklempong
ya... dunia hr nie sukar nak mencari wanita.. "betina" minta di jauhkan.
thanks mycaklempong sudi hadir..
datang lagi...
akak blue
memang sedih klu tak di hargai.. klu setakat tak hargai kekasih lain sikit.. tp klu tak hargai IBU "MAK" durjana lah orang itu "derhaka"
sedih betul kalau ada anak yg tak hargai ibubapa..
pengorbanan yg cukup besar.. tak terbalas kita nie..
bila dah tak ada baru nak meraung.. masa tue ha.. br padan muka... dah tak guna dah..
thanks akak blue sudi hadir..
Salam Maiza,
sya pernah terbaca tentang perkara ini ..sememangnya wanita sangat istimewa ...(^_^)
dan ini respon saya untuk entry awak kali ini
http://st-wnt.blogspot.com/2009/10/wanita-yang-dimurkai-allah.html
SilentThinker
thanks nanti sy jengok... ok... spt biasa sy akn copy post awk bleh...
Post a Comment