
Kesabaran
sabar pada sesuatu
kadang tidak dapat menahan sabar
tapi tetap jua bersabar dan terus bersabar
dugaan yang datang sering bersilih ganti tak terkira
namun tetap jua aku
melangkah, menolak, menepis semuanya
gara-gara bersabar
sebenarnya aku takut
takut tak mampu bersabar
takut hilang kesabaran di dada, di hati, di nurani
Jika ia terjadi
apa saja tak mampu lagi menghalang aku
bersabar selagi mampu
Kesabaran... pengetahuan, keadaan dan amal. Pengetahuan di dalamnya seperti pohon, keadaan seperti ranting-ranting, dan amal seperti buah. keagamaan terdapat dalam kesabaran. Akibatnya, timbul kekuatan dan dorongan untuk melakukan kesabaran.
Ini kerana ibadah atas sabar sentiasa akan bersabar. Dalam semua keadaan itu memerlukan kesabaran hingga tidak berlebih-lebihan dalam melakukan perbuatan yang mudah.
kesabaran dalam ibadah... bahawa seseorang bersabar beberapa hari dan akan bahagia selama-lamanya sebagai imbuhannya InsyaAllah. Jadi, perlunya kesabaran... sabar dan terus sabar....
Kesabaran terbesar adalah sabar dalam menahan diri dalam melakukan apa-apa pun yang tidak berasas,jangan di fikirkan... kelak begitu berat dan menyesakkan. aku harus sabar bila tak kira macam mana pun. sama ada di ganggu emosi aku, perasaan aku tak kiralah apa pun samada dengan perkataan atau perbuatan.
Seorang sahabat Nabi SAW berkata: “Kami tidak menganggap iman seseorang sebagai iman bila ia tidak sabar di kala menghadapi gangguan.”
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan Kami sungguh-sungguh akan bersabar terhadap gangguan-gangguan yang kamu lakukan kepada kami. Dan hanya kepada Allah sajalah hendaknya orang-orang bertawakkal.” (Ibrahim: 12)
Kesabaran ini kadangkala dilakukan atas perbuatan itu dengan menahannya dan kadangkala sabar dari pembalasannya. Itu menunjukkkan kesempurnaan iman. Kesempurnaan iman yang aku mahu perolehi. Namun aku hanya manusia tidak akan mampu menjadi sesempurna...
Ibnu Abbas ra berkata: “Kesabaran dalam Al-Quran ada tiga jenis, iaitu kesabaran untuk menunaikan kewajipan-kewajipan kerana Allah SWT dan ia mempunyai 300 darjat, kesabaran untuk tidak melanggar larangan-larangan Allah SWT dan ia mempunyai 600 darjat, dan kesabaran dalam menghadapi musibah pada kali pertama dan ia mempunyai 900 darjat.”
Kesabaran yang bagus itu ialah yang tidak diketahui dari penderita musibah, dan tidak mungkin mencapai akal kecuali tabah... sabar dan teruskan bersabar. Tiap orang yang sabar pasti akan menerima ganjaran yang setimpalnya..... InsyaAllah....
maiza
kenapa aku begitu?
dah sekian lama aku
bersabar bersabar dan terus bersabar..
entah sampai bila
kerna aku tak suka tak bersabar
aku biarkan saja aku tahan semuanya
tahan dan teruskan bertahan
mungkin sampai bila-bila
jika di takdirkan
suatu hari nanti kesabaran aku dah tiada
apa akan jadi?
semoga sentiasa di permudahkan
sentiasa di lindungi
mendapat keberkatan dariNya
InsyaAllah







4 comments:
bersabar - dikaitkan dengan karektor.
jua dikaitkan dengan kepercayaan terhadap agama.
kenapa kita tidak sabar !
kenalpasti - dan kita sama2 atasi.....
Jinggo
sebab itulah saya kena sabar juga. Tapi takut hilang sabar.. susah nanti.. moga terus bersabar.
thanks Jinggo
salam maiza,
mmg blog akak prob , baru semalam dah ok setelah dibuang banyak menda, pai kosong je isi rumah, heeeeeee...
sori juga lama tak bertandang, mmg susah gak nak masuk rumah sendiri apa lagi rumah org lain kan.
sabar kan separuh dari iman
sabar juga kunci paling baik buat kita
dah lama aku bersabar
dah byk situasi yg aku kena tak kena, aku kena bersabar
so, teruskan la sabar
heeeeeee
w'slm akak
patut la.. tiap kl sy nak msuk blog akak laptop sy hang.. sy ingat laptop sy yg problem.. tp masuk blog org lain ok plak.. hee.. segan la nak complain kt tuan rumah... kecik hati nanti.. hee.. gurau ja..
betul akak.. selagi boleh bersabar.. why not.. terukan bersabar.. sabar tue separuh drp iman.. ha... mudah2an begitu la hendaknya kan..kan...
sama2 la kita bersabar akak...
thanks dear...
Post a Comment